Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan satu tindakan yang bodoh dan gila. Itu sama ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan seadanya.
Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tak akan dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara, dan mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar melihat cahaya. Kerana bagaimanapun, pelbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.
Dengan demikian, tiada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali kerana ianya memang sudah tiada.
Janganlah anda hidup di dalam mimpi-mimpi buruk masa lalu, atau di bawah bayang-bayang kesedihan masa lalu. Angkatlah diri anda dari fantasi tersebut! Apakah anda menginginkan pelbagai musibah dan pengorbanan tersebut berulang kali?! Apakah anda mengharapkan matahari kembali ke tempat asalnya, bayi kembali ke perut ibunya, air susu kembali ke payudara ibu dan air mata ke dalam kelopak mata, padahal semuanya akan mengalirkan kembali airmata anda?
Dengan kembali ke masa lalu, bererti anda akan merasakan kembali keresahan. Masa lalu tak ubahnya seperti api yang terus membakar dan melelmparkan diri ke masa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yang sangat menyedihkan, sekaligus menakutkan.
Membuka kembali lembaran masa lalu hanya merosakkan suasana yang ada dan menyia-nyiakan perjuangan yang selama ini sudah dilakukan. Allah SWT telah mengingatkan kita dengan umat pada masa lalu serta apa yang telah mereka perbuat :

تِلْكَ أُمَّةٌ قَدْ خَلَتْ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَلَكُمْ مَا كَسَبْتُمْ وَلاَ تُسْأَلُونَ عَمَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ
"Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan"(Al-Baqarah : 134) Semuanya telah berlalu dan tidak akan berulang kembali. Dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada zaman itu.
Orang yang berusaha kembali ke masa lalu adalah tak ubah seperti orang yang menggiling tepung, padahal dirinya sendiri tergiling di dalamnya. Dalam sebuah riwayat diceritakan, bahawa terdapat segolongan orang yang mengerti bahasa binatang. Orang tersebut bertanya kepada keldai :

"Mengapa engkau tidak mahu merenungi apa yang telah berlalu"
Keldai itu menjawab, "Kerana aku tidak suka kebohongan".
Bencana dapat menimpa apabila kita lemah menghadapi masa kini dan menyibukkan diri dengan masa lalu. Kita menyia-nyiakan keindahan istana yang kita miliki dan mempetaruhkan semuanya demi sebuah penampilan masa lalu yang telah usang. Padahal seandainya seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yang telah berlalu, nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya, kerana pada dasarnya semua itu mustahil.
Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang kerana angin akan tetap berhembus ke depan, air mengalir ke depan, setiap khalifah berjalan ke depan. Oleh itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan.

sumber : buku La Tahzan
~Esok Akan Merekah Bunga Yang HArum Baunya Mengusir Segala Kesedihan Dan Menjadi Penghibur Hati..~
No comments:
Post a Comment