Showing posts with label Dakwah dan Tarbiyyah. Show all posts
Showing posts with label Dakwah dan Tarbiyyah. Show all posts

Thursday, April 26, 2012

Sesuatu yang amat berat :'(

hasil lukisan akhawat@freshie ^_^

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

pertama-tama kalinya, marilah kita sama2 ucapkan subhanallah, alhamdulillah wallahuakbar... atas segala nikmat dan rahmat Allah pada kita ♥. Selawat dan salam pada Murobbi agung, Nabi Muhammad S.A.W. kerana pengorbanan dan sikap tidak putus asanya untuk menyampaikan dakwah Islam pada seluruh umat sehinggalah Islam itu sampai kepada kita. Allah T_T..

sebak..andai dihitung jumlah pengorbanan dan tindakan kita untuk menyebarkan dakwah berbanding dengan kekasih Allah ini, sangat lah sedikit. mungkin o.o1 % pun tak sampai.

bukankah itu amanah kita..:( Allah...

sama2 kita rujuk ayat ini:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)." (Al-Anfal:27)


Jelas dalam ayat ini Allah menperingatkan kita dengan amanah2 yang kita pegang. Amanah kita kepada Allah, Amanah kita kepada Rasulullah dan amanah2 kita yang lain contohnya amanah sebagai seorang anak kepada kedua ibu bapanya, amanah sebagai seorang pelajar, amanah sebagai seorang isteri/suami dalam rumahtangga, amanah sebagai seorang pemimpin dan sebagainya...

penulis masih ingat lagi ketika mana halaqahmate penulis mentadabbur ayat ini. sungguh berat untuk memikulnya. ye, banyak amanah yang ditaklifkan kepada kita hinggakan diri ini terasa hampir terjatuh dek kelemahan diri & iman untuk memegang amanah itu. Sama2 kita koreksi semula dengan wasiat Imam Al-Ghazali kepada muridnya. Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya soalan ke-4 :

“Apa yang paling berat di dunia ini?”. Ada yang menjawab : “besi dan gajah”. Semua jawaban adalah BENAR, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH.

Allah T_T... sungguh berat sesuatu amanah itu. sehinggakan tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini.

Sama2 kita rujuk ayat ini:

“Sesungguhnya kami telah menawarkan amanah kepada langit ,bumi dan gunung-gunung,tetapi semuanya enggan untuk memikul amanh itu dan mereka khuatir tidak dpat meleksanakannya(berat),lalu dipikullah amanah itu oleh manusia “.(Al-Ahzab : 72)

Namun, kebanyakan kita dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang amanahnya.

Astaghfirullahaladzim..:'( Penulis rasa sebak sangat2 bila bercakap tentang amanah. diri ini akui banyak tanggungjawab dan amanah untuk disetelkan. Sebagai seorang da'ie, sebagai seorang pelajar, sebagai seorang anak dan sebagainya. Amat terkesan pada diri. Sungguh menjadi pelajar Undang-Undang & Syariah banyak memerlukan komitmen yang tinggi. Begitu juga dengan amanah dakwah & tarbiyah, sangat memerlukan diri ini untuk mengislahkan dan men'solehahkan diri dan orang lain. Amanah mama dan daddy pada diri untuk berjaya dalam kehidupan dan menjadi anak yang taat dan baik pada mereka. :'(

InsyaAllah, penulis cuba untuk memperbaiki sedikit demi sedikit dan cuba untuk menjadi insan yang lebih baik. Mohon doakan~

Penulis ingin berkongsi bagaimana cara untuk kita mencapai amanah. Mungkin ia sedikit dan biasa sahaja, namun Rasulullah dah berpesan kepada kita sampaikanlah ajaran2 Allah dan Rasul walaupun satu ayat.

1.Berpegang dengan agama dengan bersungguh-sungguh dalam pelaksanaannya.
2.Menjaga anggota dari terjerumus dalam perkara yang haram kerana setiap daripadanya akan diminta pertanggungjawaban.
3.Belajar untuk sentiasa ikhlas.
4.Menjaga dan megurus masa dengan baik.

Ingatlah bagaimana cerita Saidina Umar Al-Khattab r.a. diperingatkan oleh pegawai kewangannya supaya tidak menggunakan kemudahan perbendaharaan Islam walaupun ketika itu khalifah dalam kesempitan. Sesungguhnya mati itu sangat hampir dan kita semua tidak tahu setakat mana umur kita.

Sahabat2 sekalian, sama-samalah kita menjaga semua amanah sebaik mungkin, InsyaAllah kita akan selamat didunia dan akhirat.

I like this quote ^_^

"Tarbiyyah is number one, but study is not number two"

Saturday, November 19, 2011

Harapan dan Kata-Kata Zainab Al-Ghazali


Petikan dr Al Mukminah As Solehah:


Semasa perkahwinan akan dijalankan di antaranya dengan suaminya, Zainab Ghazali telah mengenakan syarat supaya suaminya membenarkannya untuk bergiat di dalam harakah Islamnya.

Katanya, "Hak saya untuk membuat syarat kepada engkau supaya tidak menghalang saya untuk berjihad di jalan Allah S.W.T, di mana saya telah diletakkan tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai mujahidah di dalam harakah ini. Janganlah engkau bertanya apa yang akan saya buat, tetapi hendaklah engkau yakin dan percaya sepenuhnya akan tindakan saya."

Beliau memperingatkan suaminya lagi, "Sekiranya berlaku pertembungan di antara perkahwinan dengan dakwah, akan berakhir perkahwinan dan kekal dakwah kepada Allah S.W.T. Saya minta kepada engkau supaya menunaikan janji engkau. Janganlah engkau tanya siapakah saya akan berjumpa. Saya berdoa kepada Allah S.W.T supaya Allah jadikan balasan jihad yang saya lakukan ini sebahagiannya untuk engkau, sekiranya amal saya ini diterima oleh Allah S.W.T."

Monday, November 7, 2011

Mutabaah Bukan Amal Kosong!

cuti musim panas Eropah.

Cuti dan rehat...mutabaah amal macam mana?

Mutabaah pun nak rehat juga!

Astaghfirullah. Teringat disaat liqa' kami. Bersama murobbi dan ikhwah tercinta. Soal mutabaah amal tidak pernah ada noktahnya. Kalau yang kurang akan ditambah, yang sedia ada akan di upgrade lagi. Itu bila kami bersama, ukhuwwah dan bi'ah solehah mengikat hati-hati ini, merumpunkan dalam segelung nilai tarbiyyah.

Namun jiwa kita tetap manusiawi. Iman kita ada naik dan turunnya. Bila lagi ikhwah berjauhan, urusan tarbiyyah tergendala bak berkurun lamanya, biarpun hanya seminggu dua pada hakikatnya. Maka soalnya pada mutabaah kita. Bukan pada amal, tapi pada pelaksana iaitu kita sendiri.

Mutabaah bukan amal nilai kosong.

Bila musim exam ada alasannya. Bila cuti dan masa terluang pun ada juga alasannya!

Sampai bila nak maju bro!?

Disaat dan ketika ini, yang perlu adalah muhasabah diri pada apa disandarkan iman dan amal kita. Pada bi'ah? Pada ukhuwwah? Pada murobbi?

Biarlah amal itu bersandar pada iman. Iman kita subur dengan gerak kerja da'wah, bila segala-galanya hanya untuk da'wah. Dengan itu amal berkadar terus seiringan kekuatan iman. Usah lagi risau dengan kekontangan amal, andai iman sentiasa dibasahi dengan tarbiyyah, disuburi dengan gerak yang tidak pernah ada putusnya.

Da'wah yang kita tujukan kepada umat Islam ialah mengajak mereka merasai tanggungjawab besar yang diletakkan di bahu mereka apabila mereka mendakwa mereka berIMAN dengan Allah dan akhirat, dan apabila mereka mengaku akur dengan segala perintah Allah dan RasulNya...

[Syeikh Abul al-'Ala al-Maududiyy]

Mutabaah bukan amal kosong. Mutabaah amal perlu menjadi benih yang menyuburkan rasa istiqomah, meningkatkan darjat mujahadah.

Rasa sunyi tidak patut membuatkan amal goyah. Kiranya betul imannya, maka akan betul caranya. Masakan uzlah itu satu pengesyoran membaik pulih amal, padahal uzlah menuju kesunyian, tapi pada kebenarannya ia membina riuhnya iman.

Belum lagi cuti, tapi rasa risau. Bukan risaukan mutarobbi sahaja, tapi lebih-lebih lagi pada diri sendiri.

Akhi! tarbiyyah zatiyah mesti on selalu. Ingat tu, TZ!



Mutabaah bukan amal kosong. Isinya mutabaah amal itu adalah jawapan kepada persoalan, untuk apa aku hidup dalam tarbiyyah? Itu hasilnya liqa' tarbawi yang kita selusuri, yang kita perah untuk mendapatkan hasilnya. Jika tidak, liqa' kita hanya tidak lari seperti kelas-kelas agama, duduk-duduk, sembang-sembang. Tiada manfaat. Catitan mutabaah amal sekadar catitan kedatangan yang tiada ertinya.

Jauh di sudut hati, kita tanam cita-cita tinggi. Jadikan cuti ini manfaatnya bukan pada perut-perut yang bakal kekenyangan, pada mata-mata yang lagha dengan tatapan hiburan dan nafsu. Tapi cuti ini satu medan amal yang luasnya perlu diisi dengan kesungguhan!

Fastaqim kama umirta... Hembusan satu azam. Dengan izinNya.


'Hammuka ala qadari ma ahammak'

'Keseriusan anda adalah bergantung pada kadar apa yang kamu sibukkan'


shared from Sahabat Raudhah =)

Sunday, January 30, 2011

10 Muwasafat Tarbiyyah


بِسمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحَيْم

1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:

Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.


Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.


2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.


3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna:

"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."


Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.


5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.


6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.


7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.


8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.


9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.


10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.




Link: Iluvislam


Jom tarbiyyahkan diri dan jiwa kita! ^__^

Friday, June 25, 2010

Dakwah & Tarbiyah- Wasilah Utama dalam Pembentukan Ummah


(Disusun oleh Omar Hj Salleh)

Rasulullah saw memulakan jihadnya melalui dakwah dan Tarbiyah, bukan terbentuk secara tiba-tiba atau kebetulan tanpa apa-apa persediaan dan pembentukan bahkan Rasulullah saw menghadapi berbagai kesukaran dan halangan dan terus berjihad sehingga terbentuk satu ummah yang terpuji sebagai Khaira Ummah di abadikan didalam Al-Quran. Seperti di tegaskan dalam Al-Quran ayat 110 Surah Al Imran maksudnya:
"Kamu adalah sebaik-baik ummah dikeluarkan untuk manusia seluruhnya, kamu memerintah (menyuruh) kepada ma’aruf dan mencegah mungkar serta kamu tetap beriman kepada Allah"

Rasulullah saw mula berdakwah dan membentuk ummah sejak di zaman Makkah lagi. Baginda mendidik (mentarbiyah) sekumpulan jamaah mukminin yang menjadi benih terbentuknya masyarakat yang baru (berbeza daripada masyarakat jahiliyah). Ketika Rasulullah saw membentuk jamaah mukminah di Makkah dimasa itu. Baginda menyedari bahawa peranannya lebih besar daripada Makkah dan Semenajung Arab dan Risalah yang Baginda bawa bukan semata-mata khusus untuk satu bangsa dan satu generasi bahkan Risalahnya bersifat sejagat (‘Alamiyah) dan halatujunya menghapuskan jahiliyyah dan membina insaniah yang baru, menepati prinsip-prinsip Al-Quran dan ajarannya.

Ketika Baginda menjadikan kota Makkah sebagai markas dakwahnya, Baginda tidak memulakan dengan membentuk daulah yang terdiri dari pembesar-pembesar Quraisy bagi menundukkan seluruh orang Arab dan memaksa mereka menerima prinsip-prinsipnya dengan kekerasan. Baginda tidak melakukan demikian kerana Baginda bukan diutuskan untuk menghapuskan kerosakan dengan mengundang kerosakkan lain dan bukan untuk memaksa masyarakat menerima dakwahnya dengan kekerasan tetapi Baginda diutuskan untuk menyampaikan Risalah Allah SWT dan mengajak semua manusia dengan penuh hikmah serta dengan peringatan-peringatan yang baik. Serta sabar bersama-sama orang-orang yang beriman membentuk jamaah yang menjalankan kerja-kerja Islah agar mereka menjadi asas yang kukuh bagi kelahiran masyarakat (generasi) baru (Generasi Mukmin).

Rasulullah saw memberi penekanan kepada Tarbiyah Jiwa/ Dhomir / Al Wijdaan dan tarbiyah akhlak dan budi pekerti berteraskan keimanan/tauhid; kerana inilah asas sebenarnya bagi pembinaan ummah yang menjamin masyarakat dan Daulah daripada berlaku penyelewengan, kezaliman dan kerosakan. Ilmu perlembagaan, dan undang-undang serta deen undang-undang serta peratusan semata-mata belum cukup untuk mcmbina ummah tanpa dididik jiwa dan akhlaq masyarakat. Sehubungan ini Al Quran telah menegaskan dalam surah Al Ra’ ad ayat 11, maksudnya
"Sesungguh Allah SWT tidak mengubah apa yang terdapat pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mngubah apa yang terdapat dalam jiwa mereka."

Ustaz Mohd Syadid dalam kitabnya Al Jihad Fil Islam menjelaskan bahawa inilah jalan membentuk dan membina ummah serta membangunkan tamaddun dan kemajuan. Pengislahan masyarakat tidak akan sempurna melainkan di mulakan dengan jiwa masyarakat itu sendiri.... kerana itu maka medan Islam yang pertama ialah alam jiwa dan dhamir. dan wasilahnya yang pertama dan utama untuk sampai kepada matlamat ialah At-Tarbiyah.

Wallahua'alam

Tuesday, December 1, 2009

Jangan Tinggal Solat!






Seksaan Bagi Orang-orang yang Meninggalkan Sembahyang




Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksa; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksa tatkala hendak mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat.

Enam seksa semasa hidup di dunia:
1.
Ditinggalkan berkat pada umurnya.
2.
Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya.
3.
Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.
4.
Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.
5.
Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.
6.
Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih.

Tiga seksa tatkala hendak mati:
1.
Dia mati dalam kehinaan.
2.
Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
3.
Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini, dia tetap merasa tidak puas.
Inilah 3 seksaan tatkala hendak menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Tiga seksa ketika di alam kubur:
1.
Disempitkan kuburnya.
2.
Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya di dalam bara api itu.
3.
Allah mngerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat itu, yang mana dinamakan ular itu ‘SHAJKUL AKRAK’ dan ular itu akan berkata, “Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat.

Tiga seksa di hari kiamat:
1.
Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam neraka.
2.
Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.
3.
Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam neraka, sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Apa yang membawa kamu ke neraka?” Mereka menjawab, “Kami tidak sembahyang.”
hayya 'ala solat!!!

Saturday, November 7, 2009

IKHTILAT IKHWAH DAN AKHAWAT, SEKSISkah KITA???

Assalamua'laikum.. secebis peringatan buatmu yg bergelar daie daeiyah...

IKHTILAT IKHWAH DAN AKHAWAT, SEKSISkah KITA???

Persoalan mungkin, ikhtilat(percampuran) IKHWAH dan AKHAWAT, Bagaimana dengan kita?. Sesungguhnya menjadi kewajipan bagi seseorang muslimin-muslimat yang beriman kepada Allah dan Rasul itu menjauhi ikhtilat yang haram antara lelaki dan perempuan. Hendaklah seorang wanita itu apabila telah cukup ilmu dan fahamnya dan terlibatnya di dalam dakwah untuk memastikan dirinya jauh dari ikhtilat (percampuran lelaki-perempuan) yang bukan mahramnya. Perlanggaran batas-batas pergaulan muslimin-muslimat masih terjadi dan hal ini mungkin disebabkan kerana :

1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan.
2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.
3. Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan.
4. Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.


Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun dengan tudung labuh warna-warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol front Islam namun lupa substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam namun tidak fokus pada pemahaman dan amal. Aktivis sekular tidak lagi segan dengan kita!!!

Seorang ustaz bercerita bahawa ada aktivis sekular yang berkata kepadanya, Ustaz, dulu saya respect pada Islamic student, pakai tudung labuh, berkopiah kerana pandai menjaga pergaulan muslimin-muslimat, namun kini mereka sama saja dengan kami. Kami jadi tak segan lagi.

Ungkapan aktivis sekular di atas memalukan kita selaku jundi-jundi yang ingin memperjuangkan agama-Nya. Menjaga pergaulan lelaki-perempuan memang bukanlah hal yang mudah kerana fitrah lelaki adalah mencintai wanita dan demikian pula sebaliknya. Hanya dengan keimanan yang kukuh dan mujahadah sajalah yang membuat seseorang dapat istiqomah menjaga batas-batas ini. Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini

1. Tidak Menundukkan Pandangan ( Gadhul Bashar )
Bukankah ada pepatah yang mengatakan,Dari mana datangnya cinta ? Dari mata turun ke hati. Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, Ah, tidak perlu gadhul bashar, yang penting kena jaga hati! Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil warak berbungkus.

2. Couple
Duduk berdua di taman-taman, tepi-tepi malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ˜meeting ditempat2 yang mencurigakan. Walaupun kebanyakan masyarakat pelajar Azhar mahupun masyarakat arab tidak mempedulikan sebegini kerana menganggap ustaz-ustazah yang berduaan ini sedang berdiskusi tentang Islam dan tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.

3. Chop awal2 Untuk berkahwin
“Bagaimana, ustazah? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang. Akhawat belum tamat belajar sehingga ‘dichop’ seorang ikhwah untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan ke tanah air. Bukankah Nabi sallahu Alihi Wasallam sendiri melarang kita daripada ‘chop awal’ atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ˜kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara keduanya takut-takut terjerumus kekancah maksiat. Justeru, mana mungkin hubungan suci suami isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan.

4. Telefon Tidak "Urgent"
Menelefon dan berborak tidak tentu arah yang tidak ada nilainya sama ada soal pengajian mahupun atau soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, ana gusar apa akan kita jawab dihadapan Allah nanti. Apa yang lebih malang, kita selaku daei, ulamak dan harapan masyarakat di luar sana sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku agen pengubah masyarakat, harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku

5. SMS Tidak "Urgent"
Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan da’wah, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melempiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.

6. Berbicara Mendayu-Dayu
Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki. Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula. Jadilah mukmin yang gentleman dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.

7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak "Urgent"
YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal2 penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah kemana dan tidak fokus pada da’wah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku. Firman Allah Subhanahu Wataala : Rasulullah s.a.w bersabda,
“ Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan.(HR. Ahmad)

Penutup
Ikhtilat Ikhwah dan Akhawat, seksiskah kita? Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau "ikhtilat" di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa. Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan hariannya dengan kaum Adam. Ini kerana "ikhtilat" yang melanggar batas2 syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di dalam kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri. Jadilah lelaki yamg mampu membela dan memimpin kaum hawa ke jalan yang membawa mereka ke syurga.

Bukankah sekiranya kita sayangkan seseorang, sayang kita akan lebih bermakna jika kita sama2 memperoleh syurga. Mana mungkin lafaz sayang dan kasih kita terpalit lumpur yang natijahnya adalah neraka. Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, Ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Adakah kita terlibat sama?. Jangan sampai suatu masa anak cucu kita mentertawakan dan menghukum kita lantaran salah laku yang kita adakan hari ini. Wallahua'alam.

Thursday, October 8, 2009

KITA TAHU TAPI…


Sahabat wa sahabiah,
Kita bukan tak tahu,
Perjuangan sangat sinonim dengan Islam,
Tanpa perjuangan Islam tak akan harum,
Tanpa perjuangan ar-risalah tak kan kita nikmati,
Tanpa perjuangan juga, umat Islam juga akan terus terhina,
Masalahnya,
Kita buat tak tahu…

Muslimin wa muslimat,
Kita bukan tak tahu,
Perjuangan itu jalannya panjang,
Perjuangan itu untuk orang yang berhati waja,
Perjuangan itu menuntut keseronokan untuk kita korbankan,
Perjuangan itu bukan semata-mata retorik,
Lalu kita mudah futur dan cepat melenting,
Inilah masalahnya,
Kita tak mahu cuba tahu…

Ikhwan wa akhawat,
Kita bukan tak tahu,
Darjat di sisi ALLAH itu ukurannya taqwa,
Balasan baik itu ukurannya amal soleh,
Husnuzzon itu serendah-rendah ukhuwah,
Itsar itu sebaik-baik ribatul muslimin,
Dakwah itu kewajipan ummat Muhammad S.A.W.,
Masalahnya,
Kita tahu tapi tak buat-buat…

Banin wa banat,
Kita bukan tak tahu,
Perjuangan meninggikan kalimah itu wajib,
Bekerja untuk Islam itu penting,
Mengikut tarbiah itu mesti,
Tapi masalahnya,
Kita hanya buat-buat tahu…………………



Renung2kan….^_^

I'm back!

Bismillahirrahmanirrahim. I am so sorry for my 'silence' in this blog. I was fully occupied with commitments & family matters....