Friday, December 18, 2009

Konsert "De Tour Tahfiz"

salam maal hijrah 1431H...


Alhamdulillah, kita telah memasuki tahun baru... tapi bagaimana dengan persediaan kita? bagaimana pula dengan amalan dan ibadah kita? sudah cukup kah? semakin hari, kita semakin dewasa dan pastinya MATI itu akan datang menjemput kita... ana selalu terfikir, cukupkah amalan yang akan d bawa menghadap AL-KHALIQ? sehinggakan terfikir diri ini tidak layak untuk menemuiNya d Syurga kelak...hati ini sentiasa merintih... bila mana ALLAH menguji hati ini untuk bersabar dengan ujian dunia...Alhamdulillah...ALLAH memujuk hati ini...Ya ALLAH, Engkau tetapkanlah hati2 kami pada AgamaMU dan jihad di jalanMu dalam menempuh ujian dan dugaanMu ini... Amiin

16 December...

satu usaha yang sangat murni dalam mengutip dana untuk mendirikan sebuah tahfiz yang sangat indah d Sabah...insyaAllah pd tahun hadapan. Ust Nazrey telah mengadakan sebuah konsert 'Tour de Tahfiz' yg pertama di UIA Gombak y pastinya membangkitkan semangat ana dan sahabat2 Sabah untuk berjuang dlm menegakkan agama ALLAH y semakin goyah d beberapa tempat pedalaman Sabah... Syukur padaNya kerana masih ada lagi insan2 y memperjuangkan nasib anak2 Sabah dlm menuntut ilmu dan menghafaz Kalamullah, Al-Quran Al-Karim.. Moga ALLAH memberkati hidup dan usaha ust Nazrey dan pihak2 y terlibat...Amiin.

Persembahan hebat dari...

Nazrey Johani


In Team


Nice


Algebra


*Salam Maal Hijrah 1431H... teruskan perjuangan dalam mengejar Mardhotillah...Allahuakbar!

Thursday, December 10, 2009

MASA=NYAWA



Assalamualaikum wbt...

Salam perjuangan buat semua sahabat2... moga kita thabat berada di saf2 hadapan dalam melalui siratulmustaqim menuju Jannah yang dirindui...insyaAllah...

MASA...
sangat penting bukan? Allah sangat mengutamakan masa. Buktinya, Allah telah berkali-kali bersumpah dengan masa dalam surah Al-Asr dan surah2 yang lain...

"Demi masa! sesungguhnya manusia dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."(surah Al-Asr:1-3)

Betapa pentingnya untuk kita mengurus masa...bagaimana?dalam konteks kita selaku pelajar, tak kira di IPTA, IPTS, sekolah menengah, sekolah rendah dsb, kita tidak dapat lari dari ke'busy'an dengan pelbagai kelas, kuliah, program dan sbg... cuma ana tertarik dengan kata2 seorang kaunselor UIA, Mdm Kalsom, beliau mengatakan "hanya orang sibuk sahaja mempunyai masa" kenapa? mula2 ana xfaham dengan apa yang beliau katakan, tetapi bila fikir2 balik, betul jugak... apa yang ana faham, contohnya pelajar yang sering mengatakan xda masa la, busy la, tetapi cuba kita fikir balik...mereka2 yang xda kelas@kuliah, selalu menghabiskan masa dengan melepak dalam bilik( tidur...), sembang2 kosong dengan kawan2 padahal langsung xda manfaat...orang yang seperti inilah yang suka beralasan... Tetapi cuba kita lihat bagaimana Rasulullah s.a.w. mendidik para sahabat yang sangat 'mencemburui' tempoh masa berjihad dan beribadah... contoh seperti inilah yang perlu kita ikuti...

Hidup ini terlalu singkat tetapi sangat berharga. Islam bukan sahaja melarang kita melakukan dosa2, malah perkara yang sia2... benarlah kata Sayidina Ali:

"Masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak memancungnya, ia yang akan memancung kamu"

Apa tujuan hidup kita?

1) Menjadi hamba Allah
Firman Allah: " tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku"

2) Menjadi khalifah di dunia
Firman Allah: "Aku jadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi"

Untuk mencapai misi besar ini, seluruh aktiviti kita hendaklah diurus dengan baik... bagaimana? dengan memanfaatkan waktu... jika hidup kita diatur mengikut syariat, insyaAllah, masa kita akan dihabiskan untuk membuat perkara yang baik, benar dan betul...^_^ Wallahualam...


*peringatan buat diri ini dan sahabat2...

Tuesday, December 8, 2009

~the most beautiful women~



No, she’s not Diana Hayden nor is she Sushmita Sen,
Not even Aishwarya Rai, Who is this girl then?

No, she does not flash her legs nor walk down the aisle semi-nude
For her such things are unthinkable, sacrilegious and downright rude

Miss World, Miss Universe, Miss “Anything”, She does not aspire to be
She shuns all kinds of publicity in privacy she would rather be

Never in a swimming costume will she for a camera pose
Yes, she’s the ‘girl in hijaab’ more beautiful than a rose!

Those who’re ’stripped’ of modesty will ’strip’ for any cause
Whether on a lonely beach or in front of a full house

In their naked greed they dance In pursuit of earth’s glory
Is there a thing more vulgar than a woman devoid of modesty?

In the name of freedom all moral values are now defined
Vulgarity, nudism, nakedness are steps to fame that wind

Those who are of rotten minds call it freedom of “female” species
Yet, they exploit them a-plenty, whenever and wherever they please.

But for their terrible transgressions maybe they are not fully to
blame, The Muslims forgot their duty and let them live in shame

Incumbent upon the Muslims it was to promote good and stop all vice
If they had done their duty such situations wouldn’t arise

Back to our girl in hijaab much loved in Allah’s sight
She is darling of all the angels Heaven beckons to her, by right

She’s a simple Muslim Girl Yet more beautiful than a full moon
The brightness of her face is all “Noor” can there be a greater boon?

Modesty is her birth right without it, she’d feel lost
“Shamelessness” is a Devil’s tool that she avoids at any cost

No, she does not commit sinful acts nor to base desires give vent
In studies, salah, zikr and tilawat much of her time is spent

In obedience of Allah’s commands she does all the things wise
And the riches that she scorns befits a “Princess of Paradise”

Our beloved Prophet (PBUH) said modesty is a part of faith
For those who follow not we solemnly lay a wreath

No, she’s not Diana Hayden nor she is Sushmita Sen
Nothing on earth would entice her Rupees, Dollars or yen!

Buatmu Muslimah

Monday, December 7, 2009

~Selamat Bermujahadah~


salam ukhuwwah semua...

Alhamdulillah...setinggi2 kesyukuran ana panjatkan kpd AL-KHALIQ krana mengizinkan ana dan sahabat2 semua berjaya menjadi pelajar UIAM ne...terlalu banyak cabaran dan halangan kat sini...bukan tempat je luas, tetapi persekitaran pn sama...maksud ana dari segi sosialnya, ekonominya, pelajar2 yg berbilang negara, bangsa dan agama...tapi jika kita pandai memilih kawan, insyaAllah, betullah haluan kita...

selamat bermujahadah sahabat2 sekalian...xkira yang kat Gombak dan Nilai... buat yang terbaik...LILLAHI TA'ALA...

Tuesday, December 1, 2009

Pesanan buat HAWA




HAWA, andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...

HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan mahrammu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...

HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki.. TUNDUKKAN PANDANGANMU…

JADILAH SEPERTI MAWAR BERDURI

Jangan Tinggal Solat!






Seksaan Bagi Orang-orang yang Meninggalkan Sembahyang




Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksa; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksa tatkala hendak mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat.

Enam seksa semasa hidup di dunia:
1.
Ditinggalkan berkat pada umurnya.
2.
Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya.
3.
Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.
4.
Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.
5.
Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.
6.
Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih.

Tiga seksa tatkala hendak mati:
1.
Dia mati dalam kehinaan.
2.
Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
3.
Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini, dia tetap merasa tidak puas.
Inilah 3 seksaan tatkala hendak menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Tiga seksa ketika di alam kubur:
1.
Disempitkan kuburnya.
2.
Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya di dalam bara api itu.
3.
Allah mngerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat itu, yang mana dinamakan ular itu ‘SHAJKUL AKRAK’ dan ular itu akan berkata, “Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat.

Tiga seksa di hari kiamat:
1.
Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam neraka.
2.
Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.
3.
Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam neraka, sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Apa yang membawa kamu ke neraka?” Mereka menjawab, “Kami tidak sembahyang.”
hayya 'ala solat!!!

Monday, November 30, 2009

Selamat tinggal CFS!



Assalamualaikum wbt...

2hb Disember ne, ana dan sahabat2 akan menghadapi satu lagi keadaan d mana akan terdapat pelbagai onak dan duri yang pastinya akan mendebarkan setiap hati pelajar Kuliyyah al Qanun dan kuliyyah2 yang lain... insyaAllah setiap tarbiyyah dan pengalaman yang kami dapat dari CFS akan menjadikan kami lebih matang untuk menempuhi hidup baru selaku mahasiswa dan mahasiswi...insyaAllah...Pastinya ana dan sahabat2 nekad akan belajar sehabis baik dan pointer 4.0 menjadi sasaran... tetapi bukan itu sasaran terbesar yang perlu kami kejar, ttp berusaha untuk mendapat keberkatan dan keredhaan dari Maha Pencipta dalam mempelajari dan memperolehi ilmu2 Allah yang amat luas...insyaAllah... kerana itu fardhu bagi setiap muslim dam muslimah...

panjang plak ana bersyarah..hehe..

buat sahabat2 kesayangan d kampus nilai, ana bersyukur sangat dapat berkenalan dengan entunna semua...lebih2 lagi ahli2 bilik e-1-1...
terlalu banyak kenangan manis dan pahit(???) d sana... ukhuwwah terjalin mesra...

program2 yang membina dan membangkitkan ruh ijtihad dalam diri... terima kasih buat ukhti Azimah, selaku timbalan program G.I. Intelek yang baru je selesai minggu lepas bertempat d masjid terapung As-Salam, Puchong yang sangat indah dan mendamaikan hati setiap peserta dan fasi2...banyak ilmu2 dan pengalaman yang ana dan sahabat2 dapat dalam kem ne...Alhamdulillah

JIHAD FI SABILILLAH!

kenangan berhari raya aidil adha kali ne d rumah sahabat baik ana, ukhti Tikah d P.Pinang dan Kedah amatlah berharga buat diri ini...banyak skill2 mengurus rumah yang ana dapat...hehe..bahasa baru pn ada...haha...had tu(yg tu),buang ( buka) dll...hehe...pemandangan yang indah melihat bendang menghijau... hati terubat melihat keindahan ciptaan Allah yang hebat...Subhanallah...suasana hari raya korban d P.Pinang dan Kedah memberi ana satu hikmah yang bernilai iaitu perlunya PENGORBANAN seorang anak untuk berjauhan dari keluarga yg jauh di Sabah demi menuntut ilmu.I will do my very best here, InsyaAllah...

Indahnya HIJAU!!!


akhir kalam, selamat bermujahadah buat sahabat2 sekalian...for the sake of ALLAH...ALLAHUAKBAR!

Monday, November 16, 2009

::YA ALLAH, AMPUNILAH DOSA KAMI::



Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu


Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu


buat diri dan sahabat2 sekalian...usia remaja membuatkan kita lupa dan lalai..senang,lapang,kejayaan,kesenangan..CINTA MANUSIA...ingin dikasihi..ingin mengasihi..ingin berkongsi masalah dan sedih..tapi, adakah si dia betul2 MEMAHAMI kita?adakah PASTI si dia bakal Pemilik Jiwa kita selepas ALLAH dan RASUL? sahabat2 kesayanganku..semua keseronokan ini..membuatkan kita jauh dariNya..hati dahulunya bersih kini dikotori dengan hitam2 dosa..padahal ketika kita dalam kesedihan..DIAlah yang paling hampir dengan kita..disaat titisan syahdu air mata bergelinangan..ketika kita memohon taubat dan pertolongan dariNya..di setiap usai solat..ALLAHlah yang PALING HAMPIR dengan kita..SAHABAT...hamba ini pernah mengalami..disaat kita seronok dibuai keseronokan dunia..adakah ketika itu kita mengingati ALLAH? bagaimana pula dengan HATI kita? jauh sekali berzikir padaNya..SAHABAT...marilah kita sama2 berusaha
mencapai maghfirahNya..fastabiqul khairat..menjadi hamba kesayanganNya..kerana itulah yang hakiki..di akhirat kelak...


~ikhlas dariku buat sahabat2 sekalian...

Saturday, November 14, 2009

:::Ku merintih padaMu:::

:::SYAUQ:::

beloved sister, brother in law, cutest nephew...Umair...





Assalamualaikum...





buat kakak yang tersayang...



thanks a lot...u r always beside me when i was down...



your message always in my heart...



"Assalammualaikum wrh to my dearest lovely sister.First of all, I'd like to wish... HAPPY BIRTHDAY... I believe that you're already 20... maybe not yet 20... perhaps 19, better? You're getting older, and wiser, and yet you still have to face many other situations in the future. As an upcoming lawyer, you're expected to be meticulous with your things, and also with your reading source selections. Please, be strong and face everything. Never deny the fact that you're your worst enemy, and your biggest fear is yourself. If you manage to handle these, I believe you will have no hesitation to challenge other kinds of problem. Have faith! And pray for your luck..."





im so sorry my beloved sis, for doing a lot of troubles, fights, misseries to you...i really love you...really miss you...



on this coming day...26th November, my cutest nephew will be 1 years old...really miss him too...

May ALLAH bless u and ur family there...Belgium...



sis, i promise i will be strong like u and will not be give up easily when facing problems, hurdles, and failures...



Pray 4 me for my next new experience...my first degree... Bachelor of Laws(Syariah) at IIUM Gombak in this December insyaAllah...





~Miss u~

Friday, November 13, 2009

~Ukhuwah E-1-1~

gambar depan blok A...




kat Giant Nilai... makan eskrem...



Assalamualaikum....


To all my beloved friends... thanks 4 giving me a chance to be your friend... our great friendship will be my sweetiest memory in every single of my life...PRAY TO ALLAH...ALHAMDULILLAH...




Sunday, November 8, 2009

indahnya nama Khazinatul Asrar...khazanah kerahsiaan...





tertarik ana dalam novel seindah mawar berduri hasil penulisan Fatimah Syarha. satu mesej yang amat bernilai buat diri ana dan muslimah solehah di luar sana...terima kasih buat sahabat kesayanganku, ukhti Azimah kerana memperkenalkan novel ini. amat2 bermakna untuk meraih CINTA ILAHI lagi HAKIKI... Di sini, ana selitkan helaian2 terakhir dalam novel berteraskan cinta Islami ne...



“Allahyarhamah mati dalam keadaan memangku al-Quran setelah solat Tahajjud,” jelas pengurus itu lagi. Dada Pak Cik Abdul Rahim berombak kencang. Dia cuba mengumpul ketabahan dan kekuatan.

“Innalillahi wainna ialihi rojiu’n…” manik-manik jernih gugur membasahi pipinya satu persatu. Kolam matanya tewas menentang arus kesedihan.

“Beratnya ujian ini…Oh, Tuhan!!!” dadanya sedih menahan sebak.

“Zahra, kau pinjaman Allah! Abang redho dengan kuasa Allah menarik balik pinjaman-Nya. sedangkan Rasulullah juga berpisah dengan Khadijah tercinta…Al-Fatihah,” bisik hatinya penuh sayu dan hiba. Pipinya banjir dibasahi air mata.

Jenazah ibu Khazinatul Asrar selamat disemadikan di Bumi Barakoh, Mekkah Al-Mukarromah. Beruntunglah dia kerana disembahyangkan oleh lautan para jemaah umrah. Tenang wajah Allahyarhamah di saat kematian.

“Ya Allah, golongkan dia bersama golongan yang Kau redhoi kerana dia isteri yang solehah. Jadikan dia sebagai bidadariku andai aku layak untuk syurga-Mu..amin ya Rabbal A’lamin,”.

Doa kudus seorang suami mengakhiri tawaf wida’ sebelum berangkat dari Tanah Suci.

Hatinya berbisik lagi, “Khazinatulo Asrar puteriku, maafkan abah kerana pulang tanpa ummi bersama. Semoga kau akan tabah menerima suratan ini nanti. Abah dapat rasakan, betapa pilunya hatimu duhai puteriku kerana tak dapat lagi melihat ummi untuk selamanya. Ummi milik Allah, anakku…Allah lebih menyayanginya. Abah terpaksa tinggalkan jenazah ummi di Bumi Barakoh ini, namun sifat penyayang ummi tetap abah bawa pulang bersama. Moga, kaulah nanti yang mewarisi keindahan ummimu sabagai hiasan duniawi seorang suami, seindah mawar berduri……..”

Dan air mata lelakinya tumpah lagi.


DEMIKIANLAH, SEINDAH MAWAR BERDURI…..


Ku damba kasih Ilahi…

:::aku pengemis CintaMu Ya Rabb:::

salam ukhuwah buat semua...

salam mahabbah...


Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Allah Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuatkanku lalai akan adanya Engkau

Allahu Rabbi aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tidak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allah Rabbi
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allah Rabbi
Pintaku yang terakhir adalah seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu.

Saturday, November 7, 2009

IKHTILAT IKHWAH DAN AKHAWAT, SEKSISkah KITA???

Assalamua'laikum.. secebis peringatan buatmu yg bergelar daie daeiyah...

IKHTILAT IKHWAH DAN AKHAWAT, SEKSISkah KITA???

Persoalan mungkin, ikhtilat(percampuran) IKHWAH dan AKHAWAT, Bagaimana dengan kita?. Sesungguhnya menjadi kewajipan bagi seseorang muslimin-muslimat yang beriman kepada Allah dan Rasul itu menjauhi ikhtilat yang haram antara lelaki dan perempuan. Hendaklah seorang wanita itu apabila telah cukup ilmu dan fahamnya dan terlibatnya di dalam dakwah untuk memastikan dirinya jauh dari ikhtilat (percampuran lelaki-perempuan) yang bukan mahramnya. Perlanggaran batas-batas pergaulan muslimin-muslimat masih terjadi dan hal ini mungkin disebabkan kerana :

1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan.
2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.
3. Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan.
4. Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.


Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun dengan tudung labuh warna-warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol front Islam namun lupa substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam namun tidak fokus pada pemahaman dan amal. Aktivis sekular tidak lagi segan dengan kita!!!

Seorang ustaz bercerita bahawa ada aktivis sekular yang berkata kepadanya, Ustaz, dulu saya respect pada Islamic student, pakai tudung labuh, berkopiah kerana pandai menjaga pergaulan muslimin-muslimat, namun kini mereka sama saja dengan kami. Kami jadi tak segan lagi.

Ungkapan aktivis sekular di atas memalukan kita selaku jundi-jundi yang ingin memperjuangkan agama-Nya. Menjaga pergaulan lelaki-perempuan memang bukanlah hal yang mudah kerana fitrah lelaki adalah mencintai wanita dan demikian pula sebaliknya. Hanya dengan keimanan yang kukuh dan mujahadah sajalah yang membuat seseorang dapat istiqomah menjaga batas-batas ini. Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini

1. Tidak Menundukkan Pandangan ( Gadhul Bashar )
Bukankah ada pepatah yang mengatakan,Dari mana datangnya cinta ? Dari mata turun ke hati. Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, Ah, tidak perlu gadhul bashar, yang penting kena jaga hati! Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil warak berbungkus.

2. Couple
Duduk berdua di taman-taman, tepi-tepi malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ˜meeting ditempat2 yang mencurigakan. Walaupun kebanyakan masyarakat pelajar Azhar mahupun masyarakat arab tidak mempedulikan sebegini kerana menganggap ustaz-ustazah yang berduaan ini sedang berdiskusi tentang Islam dan tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.

3. Chop awal2 Untuk berkahwin
“Bagaimana, ustazah? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang. Akhawat belum tamat belajar sehingga ‘dichop’ seorang ikhwah untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan ke tanah air. Bukankah Nabi sallahu Alihi Wasallam sendiri melarang kita daripada ‘chop awal’ atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ˜kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara keduanya takut-takut terjerumus kekancah maksiat. Justeru, mana mungkin hubungan suci suami isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan.

4. Telefon Tidak "Urgent"
Menelefon dan berborak tidak tentu arah yang tidak ada nilainya sama ada soal pengajian mahupun atau soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, ana gusar apa akan kita jawab dihadapan Allah nanti. Apa yang lebih malang, kita selaku daei, ulamak dan harapan masyarakat di luar sana sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku agen pengubah masyarakat, harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku

5. SMS Tidak "Urgent"
Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan da’wah, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melempiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.

6. Berbicara Mendayu-Dayu
Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki. Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula. Jadilah mukmin yang gentleman dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.

7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak "Urgent"
YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal2 penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah kemana dan tidak fokus pada da’wah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku. Firman Allah Subhanahu Wataala : Rasulullah s.a.w bersabda,
“ Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan.(HR. Ahmad)

Penutup
Ikhtilat Ikhwah dan Akhawat, seksiskah kita? Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau "ikhtilat" di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa. Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan hariannya dengan kaum Adam. Ini kerana "ikhtilat" yang melanggar batas2 syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di dalam kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri. Jadilah lelaki yamg mampu membela dan memimpin kaum hawa ke jalan yang membawa mereka ke syurga.

Bukankah sekiranya kita sayangkan seseorang, sayang kita akan lebih bermakna jika kita sama2 memperoleh syurga. Mana mungkin lafaz sayang dan kasih kita terpalit lumpur yang natijahnya adalah neraka. Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, Ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Adakah kita terlibat sama?. Jangan sampai suatu masa anak cucu kita mentertawakan dan menghukum kita lantaran salah laku yang kita adakan hari ini. Wallahua'alam.

Friday, November 6, 2009

buat DOSA masuk SYURGA??? buat IBADAH masuk NERAKA???

Berkata seorang alim dari golongan salaf:
" Seseorang yang melakukan dosa dan kemudiannya memasuki syurga kerana itu atau seseorang itu beribadah dan mungkin memasuki neraka kerana ibadahnya."

Orang bertanya: "Bagaimana itu?" Alim itu menjawab, "Dia mungkin melakukan dosa dan berterusan memikirkan dosanya itu. Ketika dia berdiri, duduk dan berjalan, dia asyik teringatkan dosanya, sehinggakan dia merasa malu dan bertaubat dan mengharap keampunan Allah dan menyesali dosa-dosanya, maka itu adalah cara penebusan dosa dirinya.

Sebaliknya, seorang lagi, dia mungkin seorang kuat beribadah dan berterusan memikirkan ibadahnya yang banyak. Ketika dia berdiri, duduk atau berjalan dia asyik memikirkan ibadahnya, dan mencetuskan rasa hairan dan kagum pada dirinya, dan itulah yang membinasakan dirinya." (Madarij al-Salikin, jilid 1, halaman 299)

Monday, October 26, 2009

Ingatlah Allah Dalam Susah dan Senang

*nasihat buat diri ana dan sahabat2

Dalam kesusahan pasti ada kesenangan…begitulah janji Allah dalam surah Asy-Syarh ayat ke 5 dan 6…

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.”

Suka untuk ana berkongsi 1 kata-kata indah yang ana dapat dari sahabat ana…

‘aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar, Dia beri kaktus berduri. Aku minta kupu2, diberi ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa… namun kemudian kaktus itu berbunga, indah sekali. Dan ulat itupun menjadi kupu2 yg cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNya! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan, ttp Dia memberi apa yg kita perlukan… kadang kita sedih, kecewa, terluka, ttp jauh diatas segalanya Dia telah mengatur yg terbaik dalam kehidupan kita…’

Lumrah manusia diuji dengan pelbagai dugaan yang tidak terjangka oleh fikiran. Dugaan datang dalam pelbagai bentuk sama ada kesakitan, kesusahan, kesempitan malah kesenangan yang tidak kita sedari. Baik semasa bekerja atau belajar, dugaan tetap datang sebagai ujian dan tarbiyah dari Allah, menguji setiap hambaNya yang beriman dan mungkin satu kifarah kepada kesilapan yang pernah kita lakukan sebelum ini.

Bagaimanapun cara terbaik untuk menangani dugaan adalah dengan terus mengingati Allah. Sama ada ketika senang atau susah, ingatilah Allah sebagai tempat pergantungan. Mengingati Allah tidak hanya ketika kita susah, malah ketika kita berada dalam kegembiraan, sebagai tanda kita bersyukur kepada nikmat yang diturunkanNya.

“ dan apabila manusia disentuh oleh suatu bahaya, mereka menyeru tuhannya dengan kembali bertaubat kepadaNya. Kemudian apabila tuhan memberikan kepada mereka sedikit rahmatNya, tiba-tiba sebahagian mereka mempersekutukan Tuhannya.” Ar-Rum:33

Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam kalangan mereka yang lupa dalam mengingati Allah ketika susah dan melalaikan Allah ketika senang. Amiin…

Friday, October 23, 2009

hati ini

kesedihan...

melanda diri...



Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menghadapi ujian Mu ini

Sunday, October 18, 2009

SIAPAKAH DIRI ANDA SEBENARNYA???

SIAPAKAH DIRI ANADA SEBENARNYA

SIAPAKAH DIRI ANADA SEBENARNYA

1.Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.


2. siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata, “ ya Rabbi, aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.


3. siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara.


4.siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa mengumpul-ngumpul harta.


5. siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


6. siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


7. siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


8. siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.


9. siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.


10. siapakah orang yang bijak?

Orang yang bijak ialah orang yang menyampaikan seberang ilmu dan maklumat berguna yang diperolehinya kepada orang lain.



Jadi, dimanakah kita dari 10 kelompok ini?


Renung2kan…^_^

:::Buatmu Hawa:::

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana mengizinkan ana untuk menulis lagi dalam blog ini.

Terdetik di hati ana untuk menulis seseuatu untuk kaum hawa. Sesuatu yang amat penting tapi kita sering lupa. insyaAllah, dalam blog ini, ana akan memperbanyakkan penulisan untuk kaum hawa sebagai bimbingan bagi wanita muslimah dari aspek tabarruj, hijab, sufur, ikhtilat dll menurut al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Kerana kaum hawa ini jika salah laluannya, akan mendatangkan fitnah dll.

Tabarruj…

Apa itu tabarruj?

Tindakan seorang wanita yang memperlihatkan perhiasan dan keindahan tubuhnya kepada lelaki yang bukan mahramnya. Hukumnya haram kerana seluruh tubuh wanita itu adalah aurat yang tidak boleh sedikit pun dilihat oleh orang-orang yang bukan mahramnya kecuali muka dan tapak tangan.
Firman Allah:

ﻮﻻ ﺘﺑﺭﺟﻥ ﺘﺑﺭﺝ ﺍﻠﺟﺍﻫﻠﻳﺔ ﺍﻷﻮﻠﻰ

dan janganlah kamu hai wanita melakukan tabarruj seperti tabarrujnya wanita-wanita jahiliyah yang terdahulu.” (Al-Ahzab:33)

Perkara2 yang dianggap tabarruj adalah seperti berikut:
1. menunjukkan aurat.
Firman Allah:
dan wanita-wanita itu tidak menunjukkan auratnya melainkan kepada suaminya…” (An-Nur: 31)
Kaki dan lengan tangan perlu dipelihara oleh wanita daripada dilihat lelaki yang bukan mahram, banyak wanita yang tak jaga waktu dia mengangkat tangannya sehingga terlihat lengannya. Begitu juga kaki wanita wajib menutupnya dengan stokin dan lainnya.

2. memakai pakaian atau perhiasan yang menarik perhatian lelaki.
Firman Allah:
dan janganlah wanita itu menghentak kakinya supaya diketahui perhiasan yang tersembunyi.” (An-Nur: 31)
Oleh itu, janganlah pakai pakaian fashion yang lebih-lebih dan lain daripada yang lain atau yang bermekap yang lebih dan perhiasan melampau. Ada juga yang pakai jubah tapi fashion yang berlebih-lebihan seperti terbelah dan sbg…adalah lebih baik pakai jubah yang biasa di samping baju kurung di dalam…
3. cara bermuamalah yang lembut yang dibuat-buat dan menggoda.
Firman Allah:
maka janganlah kamu hai wanita melunakkan suara yang menyebabkan lelaki yang rosak hatinya akan tergoda.” (Al-Ahzab:32)

4. berpakaian sempit dan ketat sehingga menampakkan susuk tubuh.
Anas bin Malik berkata: Saidina Umar r.a. melarang wanita memakai pakaian qubati kerana ianya menampakkan susuk tubuh

5. memakai pakaian seperti lelaki.
Nabi s.a.w. bersabda:
Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan perempuan menyerupai lelaki.” (HR Bukhari)

6. melakukan perhiasan yang diharamkan seperti tatu, menipis atau mencukur kening.
Sabda Nabi:
Allah melaknat wanita yang membuat tatu, menipiskan kening, merenggang gigi untuk kecantikan.” (HR Muslim)


Wanita hendaklah sentiasa berwaspada dan menjauhi perkara-perkara diatas kerana Allah telah menjanjikan azab di neraka bagi hambaNya yang ingkar dan tidap dapat menghidu bau syurga seperti hadis dibawah:

dua golongan daripada ummatku daripada ahli neraka: (salah satunya) perempuan yang berpakaian tetapi seperti telanjang, terpesong dari perintah Allah, berjalan menarik perhatian orang lelaki dan rambut dihiaskan dengan pelbagai bentuk dan didedahkan; mereka itu tidak dapat mencium bau syurga, sekalipun bau syurga boleh dihidu dalam jarak yang jauh (500 tahun perjalanan). (HR Muslim)


Renung2kan…^_^

Friday, October 16, 2009

:::Majlis Kesyukuran:::


rumah ana
Majlis Kesyukuran

Assalamualaikum wbt…


Alhamdulillah, majlis kenduri kesyukuran yang diadakan di rumah ana pada 10 oktober baru-baru ne bertempat di Kg. Seberang Baru Benoni, Papar selamat dilangsungkan dengan penuh rahmat dariNya.


Kakitangan2 yang terlibat,hehe…terdiri daripada ahli keluarga dan saudara2 terdekat…


Pagi2 lagi, ana, adik Amirul dan adik Aieman bertugkus lumus untuk bergotong royong di tingkat atas rumah, venue untuk bacaan doa kesyukuran dan majlis tersebut. Nasib baik la adik ana ne menurut kata. Pada pukul 9 lebih, saudara2 dan jiran2 mula sampai dan bertandang ditingkat bawah…venue untuk menyediakan dan memasak makanan. Menu masakan disediakan oleh ibu ana, Puan Aini. Ada 4 masakan yang dihidangkan. Ayam masak kerisik ala Benoni, Sayur Campur Udang, sambal telur masak sos, dan sup tomyam ayam masakan mama. Hehe. Sadap banar…


Ana juga turut sama membantu. Tapi, mama tak suruh buat yang berat2. ana tak terlibat dalam masakan. Cuma dalam menyediakan dan mengemas makanan sahaja.


Pada malam sebelumnya, ana dan ibu ana sama2 bergotong royong menyediakan bahan masakan. Dapat dirasakan kesunyian tanpa anak sulung keluarga, kakak ana yang tak dapat datang kerana dia sekarang berada di Belgium bersama keluarganya di sana. Jadi ana sebagai anak perempuan yang tinggal kenalah ringan tulang.


Pada pukul 1.30 tengahari, majlis doa selamat dan kesyukuran berlangsung. Pelajar2 asrama SMK Benoni (bekas sekolah ana dahulu) terdiri daripada ting. 4 dan 5 sudi datang. Kesemuanya pelajar perempuan.


Majlis tersebut berakhir pada pukul 2.30 petang. Kemudian ana,mama dan saudara2 sama-sama bergotong royong membersihkan dan mengemas peralatan memasak dan bekas makanan.


Alhamdulillah, majlis kesyukuran yang diadakan khas untuk anak-anak tersayang dapat dijalankan dengan penuh keberkatan. Moga Allah memberkati sepanjang majlis yang telah kami adakan. Amiin.


CINTA OH CINTA…


Cinta adalah satu perkataan yang tidak asingkan lagi di telinga kita. Apalagi di kalangan remaja, kerana sudah menjadi anggapan umum bahawa cinta sinonim dengan ungkapan rasa sepasang sejoli yang mabuk asmara. Ada yang mengatakan cinta itu suci, cinta itu agung, cinta itu indah dan terlalu indah hingga tidak dapat diungkap dengan kata-kata, hanya dapat dirasakan dan sebagainya. Bahkan ada yang menggambarkan oleh kerana tersangat indahnya cinta, syaitan pun berubah menjadi bidadari “racun dirasa bagaikan madu”. Yang jelas kerana cinta, ramai orang merasa bahagia namun sebaliknya kerana cinta ramai pula yang terseksa dan merana. Cinta dapat membuat seseorang menjadi sangat mulia, dan cinta pula yang menjadikan seseorang menjadi sangat tercela.

Kita tahu bagaimana kecintaan Khadijah RA kepada Rasulullah SAW yang rela mengorbankan apa sahaja yang dimilikinya dengan perasaan bahagia demi perjuangan si kekasih yang menjadikannya mulia. Sebaliknya ada pemudi yang mengorbankan kehormatannya demi untuk menyenangkan si kekasih yang dia lakukan atas nama cinta… nauzubillah min zalik. Cinta yang sedemikianlah yang membawanya kepada kehinaan dan menambah saham dosa untuk menempah tiket ke neraka jahanam.

Jadi, apa sebenarnya makna cinta?
Benarkah cinta hanyalah sepenggal kata namun mengandung sejuta makna?
Atau pendapat philosophy bahawa makna cinta bergantung kepada siapa yang memandang?

Rupanya tepat seperti ungkapan Ibnu Qayyim Al Jauziah tentang cinta, bahawasanya, “tidak ada batasan tentang cinta yang lebih jelas daripada kata cinta itu sendiri.”

Adapun kata cinta itu sendiri secara bahasa adalah kecenderungan atau keberpihakan. Cinta dapat didefinisikan sebagai sebuah gejolak jiwa dimana hati mempunyai kecenderungan yang kuat terhadap apa yang disenanginya sehingga membuat untuk tetap mengangankannya, menyebut namanya, rela berkorban atasnya dan menerima dengan segenap hati apa adanya dari yang dicintainya serasa kurang sekalipun, dan ia tumpahkan dengan kata-kata dan perbuatan.

Pandangan Islam terhadap Cinta

Cinta dalam pandangan Islam adalah suatu perkara yang suci. Islam adalah agama fitrah, sedang cinta itu sendiri adalah fitrah kemanusiaan. Allah telah menanamkan perasaan cinta yang tumbuh di hati manusia. Islam tidak pula melarang seseorang untuk dicintai dan mencintai, bahkan Rasulullah menganjurkan agar cinta tersebut diutarakan.

apabila seseorang mencintai saudaranya, maka hendaklah ia memberitahu bahawa ia mencintainya.” HR Abu Daud dan At-Tirmidzi.

Seseorang muslim dan muslimah tidak dilarang untuk saling mencintai, bahkan dianjurkan agar mendapat keutamaan-keutamaan. Islam tidak membelenggu cinta, kerana itu Islam itu menyediakan penyaluran untuk itu (iaitu pernikahan) dimana sepasang manusia diberikan kebebasan untuk bercinta.

dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
(Ar-Rum: 21)

Ayat di atas merupakan jaminan bahawa cinta dan kasih sayang akan Allah tumbuhkan dalam hati pasangan yang bersatu kerana Allah (setelah bernikah). Jadi tak perlu menunggu “jatuh cinta dahulu” baru berani menikah, atau bercouple dahulu baru bernikah sehingga yang menyatukan adalah si syaitan durjana…nauzubillah min zalik. Jadi Islam jelas memberikan batasan-batasan sehingga tidak timbul fenomena kerosakan pergaulan dalam masyarakat kelak.

Dalam Islam ada peringkat-peringkat cinta, siapa yang harus didahulukan/ diutamakan dan siapa/ apa yang harus diakhirkan. Tidak boleh kita menyamakan semuanya.

(walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya)
sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).” Al-(Baqarah:165)

Menurut
Syeikh Ibnul Qayyim, seorang ulama di abad ke-7, ada enam peringkat cinta maratibul-mahabah, iaitu:


1. Tatayyum: cinta paling agung kepada Allah swt dan hak Allah semata-mata.
sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Rabbul alamiin.”
“sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.” (Al-Baqarah:165)

2.
‘Isyk: cinta kepada Rasulullah S.A.W. dan hak Rasulullah S.A.W.
katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Ali Imran :31)

3.
Syauq: cinta antara mukmin dengan mukmin yang lain. Antara suami isteri, ibu bapa dan anak yang membuahkan rasa mawaddah wa rahmah.

4.
Shababah: cinta sesama Muslim yang melahirkan rasa ukhuwah Islamiah.

5.
Ithf: simpati kepada sesama manusia. Menyelamatkan manusia, berdakwah dsb.

6.
Cinta/ keinginan kepada harta benda: memberi manfaat kepada manusia.


namun,

RAIHLAH CINTA DAN KASIH ILAHI YANG HAKIKI LAGI KEKAL ABADI…

^_^

Thursday, October 8, 2009

KITA TAHU TAPI…


Sahabat wa sahabiah,
Kita bukan tak tahu,
Perjuangan sangat sinonim dengan Islam,
Tanpa perjuangan Islam tak akan harum,
Tanpa perjuangan ar-risalah tak kan kita nikmati,
Tanpa perjuangan juga, umat Islam juga akan terus terhina,
Masalahnya,
Kita buat tak tahu…

Muslimin wa muslimat,
Kita bukan tak tahu,
Perjuangan itu jalannya panjang,
Perjuangan itu untuk orang yang berhati waja,
Perjuangan itu menuntut keseronokan untuk kita korbankan,
Perjuangan itu bukan semata-mata retorik,
Lalu kita mudah futur dan cepat melenting,
Inilah masalahnya,
Kita tak mahu cuba tahu…

Ikhwan wa akhawat,
Kita bukan tak tahu,
Darjat di sisi ALLAH itu ukurannya taqwa,
Balasan baik itu ukurannya amal soleh,
Husnuzzon itu serendah-rendah ukhuwah,
Itsar itu sebaik-baik ribatul muslimin,
Dakwah itu kewajipan ummat Muhammad S.A.W.,
Masalahnya,
Kita tahu tapi tak buat-buat…

Banin wa banat,
Kita bukan tak tahu,
Perjuangan meninggikan kalimah itu wajib,
Bekerja untuk Islam itu penting,
Mengikut tarbiah itu mesti,
Tapi masalahnya,
Kita hanya buat-buat tahu…………………



Renung2kan….^_^

:::MAKNA PERSAHABATAN SEBENAR:::


Assalamualaikum…

Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah, dalam menongkah arus kehidupan ini, kita seringkali tidak keseorangan. Pasti hadir huluran salam persahabatan dari insan-insan yang sanggup mengharungi suka dan duka bersama.

Akan tetapi, sahabat yang bagaimanakah yang dikatakan benar-benar sahabat menurut Islam?

Dan bagaimanakah yang dikatakan
ukhuwah bertunjangkan kerana Yang Khalid?

Dan yang mempersatukan hati mereka(orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (surah Al-Anfaal:63)

Ikatan akidah Islam itu adalah sekuat-kuat ikatan. Dan, di situlah terbitnya ukhuwah fillah(persaudaraan yang terjalin semata-mata kerana Allah). Keindahan persaudaraan akan terserlah tatkala keimanan yang jitu tersemat di dalam hati.

Apabila ditinjau hasil persaudaraan yang dibentuk oleh Rasulullah s.a.w. di jiwa para sahabat, maka di sana terpancarlah betapa mulianya hati-hati yang mampu menghayatinya. Bukan harta sahaja yang sanggup diserahkan hatta
nyawa sekalipun sanggup dijadikan cagaran. Marilah kita renung sejenak kisah pada zaman sahabat. Sebaik sahaja selesai peperangan, para pejuang meninjau sahabat-sahabat mereka yang masih hidup. Tatkala itu, seorang pejuang terlihat tiga sahabatnya dalam keadaan parah dan tidak bermaya. Dia segera menuju sahabat terdekat yang kehausan. tatkala air itu mahu diteguk, lalu didengarinya rintihan sahabat yang berdekatan kehausan lantas diisyaratkan agar air itu diserahkan kepada sahabat kedua itu. Tatkala air hendak diteguk, terdengar rintihan sahabat yang ketiga, lalu diisyaratkan sebagaimana yang dilakukan oleh sahabat yang pertama. Sahabat yang akhirnya pula sayu melihat kedua-dua sahabatnya, lalu meminta agar air itu dikembalikan kepada sahabat yang pertama. Apabila tiba pada pahlawan pertama tadi, ternyata dia telah syahid. Pejuang itu segera menuju dua sahabatnya lagi, namun semuanya kembali menemui Allah dengan keagungan sifat persaudaraan yang tertanam di hati mereka.


Sesungguhnya…ukhuwah itu indah bila tunjangnya kerana Allah. Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah.

:::nukilan dari hati:::



Assalamualaikum wbt…Assalamualaikum wbt…


Lama dah ana xupdate blog ne… ana baru je habis final exam tuk final sem di pusat asasi UIA Nilai. insyaAllah. Andai Allah mengizinkan ana dan sahabat2 untuk menyambung ke peringkat ijazah di main campus, UIAM, Gombak pada bulan 12 ne, teramat bersyukurlah kami. Namun andai sebaliknya, moga Allah pasrahkan hati kami untuk menerima kehendakNya. Pasti ada hikmah yang indah disebaliknya…


4hb oktober… detik dimana ana dan sahabat2 merasakan kesedihan yang terlalu berat untuk berpisah. Terdetik rasa sedih bila melihat sahabat ana, ukhti fazreen yang sudi datang ke bilik ana sebelum ana berangkat pulang ke Sabah. Sebak di hati melihat dia menangis. Maafkan fiza.


Rasa bersyukur kerana sahabat2 sebilik ana…ukhti Tiqah, ukhti Midah dan ukhti Juma, sudi untuk menemani dan menghantar ana ke airport LCCT. Lama dah tak bersama dengan keluarga. Menyambut puasa Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri di perantauan tanpa keluarga disisi. Tapi, sedih untuk meninggalkan sahabat2 ana…selama ne, merekalah yang banyak membantu ana…


Kepada sahabat2 yang membaca blog ne, fiza memohon kemaafan sepanjang persahabatan kita ini. Maafkan fiza andai selama ne fiza pernah mengguris hati, tersilap kata dan perbuatan dan sbg…Fiza sayang semua kerana Allah. Moga ukhuwah ini berkekalan dan mendapat keredhaan dariNya. Ukhuwah fillah daiman abadan abadaa…


Betapa kuat dan indahnya ukhuwah persahabatan itu bila tunjangnya kerana Allah.


“ redhalah apa terjadi, usahlah dikau kesali, mungkin ada rahmat yang tersembunyi...Oh tuhan tunjukkanku jalan untuk menempuhi dugaan ini..teman maafkan jikaku melukaimu, moga ikatan ukhuwah yang dibina ke akhirnya…”


pertemuan dan perpisahan adalah ketentuan Ilahi.


Friday, September 11, 2009

RAMADHAN kali ini...



Assalamualaikum wbt…


Apa khabar semua? Puasa penuh dok? =) Moga pada penghujung bulan Ramadhan ini, marilah kita sama2 mengisinya dengan mengerjakan ibadah2 dan meningkatkan ketakwaan pada ALLAH SWT..kerana dijanjikan 1 malam yang teramat istimewa bagi hamba-hambaNya yang tertentu…iaitu malam LAILATULQADAR…


TAHU TAK APA DIA MALAM LAILATULQADAR?


Ana disini hanya ingin berkongsi sedikit tentang malam yang teristimewa ini…kerana ana pasti ramai antara kita semua dah tahu, tapi terlupa…iyalah, kita ni manusia biasa, selalu lupa dan tidak lari dari melakukan kesilapan..betul tak? Tapi semua ni boleh diatasi dengan adanya ilmu dan istiqamah bermuhasabah diri…=)


SEPULUH akhir Ramadhan adalah di antara malam2 yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. ALLAH berfirman dalam al-Quran, Surah Al-Qadr: 1-5


“Sesungguhnya kami menurunkan al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan enkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan, malam ini sejahtera hingga terbit fajar.”


TAHU DOK PE KELEBIHAN MENGHAYATI MALAM LAILATULQADAR?


Rasulullah SAW menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah sepertimana diterangkan dalam hadisnya yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bermaksud:


“Barangsiapa menghayati malam Lailaitulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadah yang lain sedang ia beriman dn mengharap rahmat ALLAH nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.”


Carilah malam itu pada malam-malam ganjil dalam 10 malam yang akhir… 21,23,25,27, dan 29 dari bulan Ramadhan. Dalam hadisnya, Aisyah meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda:


“Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatuladar pada malam-malam ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.”


Di sini, ana ingin berkongsi sedikit ilmu dari ceramah “MANISNYA RAMADHAN” yang disampaikan oleh Ust Aqasha dan Ust Baharudin (pensyarah Pusat Asasi UIA, Nilai) 2 minggu yang lalu kalau x silap ana…(maaf,ana tak ingat hari apa)…ceramah ni mendapat sambutan yang memberangsangkan dimana dewan masjid Putra Nilai sesak dengan pelajar2 Pusat Asasi UIA Nilai khususnya…nasib baik ana dan sahabat2 sampai awal dan berpeluang untuk duduk dihadapan…=) ana tertarik sekali apabila penceramah2 mengaitkan isu puasa dengan kehidupan seorang pelajar…iyalah,bila masuk je bulan puasa, ramai pelajar termasuk ana sendiri mengambil kesempatan untuk berehat… maksud ana, tidur, berborak kosong dan sebagainya.. Sepatutnya, puasa dapat meningkatkan lagi semangat untuk beramal dan beribadah. Bila kes tidur je, mungkin ada yang terlepas solat fardhu dan kuliah…kan? =)… penceramah juga mengingatkan pelajar2 supaya mementingkan KUALITI, bukan KUANTITI…dan sentiasa IKHLAS dalam apa jua perkara… Tingkatkan kualiti amalan dan ibadah dan mudah-mudahan ALLAH meredhai dan memberkati setiap apa yang kita lakukan…Amiin…


Akhir kalam, ana berharap agar kita semua menghayati hikmah yang tersirat di sebalik bulan Ramadhan yang hadirnya sekali setahun. Hayatilah pesanan Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud:


“Ramai di kalangan umatku yang berpuasa tetapi tiada mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga”


Wallahualam…


Renung2kan…(^_^)

Ukhuwah Fillah Abadan Abada...



ukhuwah fillah =)


Assalamualaikum WBT...


Nilah minggu kuliah terakhir untuk SEM akhir ni sebelum kami bercuti Raya dan seterusnya final exam…sedihnya…rindu dengan suasana kelas C-G-01, C-3-1 ( Laws Classes), C-3-11, C-3-10, C-2-14 ( Arabic Classes: kitabah & istima’) dan C-1-5 ( English Class: Reading)…Sahabat2 yang peramah, baik, penyayang…Ana akan merindui entunna semua… Ukhti Imah, Ukhti Nadzirah, Ukhti Akrimi, Ukhti Nor Faakihin( Chipmunk =p), Kak Fat, Ukhti Husna, Ukhti Farah, Ukhti Aida( Aido=) ), Ukhti Diana(Mu), Ukhti Amirah, dan kakak2 senior….serta classmates semua, entunna dan entum semua ne memang best!!!...Tak ketinggalan juga roommates E-1-1, entunna semua memang best sangat dan ana beruntung dapat bersama dengan entunna dan moga ukhuwwah persahabatan kekal selama-lamanya… Amiin…walaupun memang diakui terjadi perselisihan faham, tapi semua tu dihapuskan dengan sifat saling sayang-menyayangi antara kita semua…dan boleh dikatakan kita ne macam adik beradik sendiri…=)…


*Bittaufiq wannajah filimtihan dan moga kita semua memperoleh kejayaan didunia dan diakhirat…Amiin..


SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI… MAAF ZAHIR DAN BATIN…

JUMPA NANTI DI MAIN CAMPUS, UIAM GOMBAK BULAN 12 NI…INSYAALAH….

ILALLIQA’…


WASSALAM…(^_^)

I'm back!

Bismillahirrahmanirrahim. I am so sorry for my 'silence' in this blog. I was fully occupied with commitments & family matters....