Wednesday, June 9, 2010

Kami Bantah JUDI!


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selepas satu masalah , datang lagi satu masalah . Inilah tradisi kerajaan hari ini yang tidak habis-habis membuat sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak yang berkuasa . Dalam sidang media pada baru-baru ini , Timbalan Menteri Kewangan , Dato Awang Adek Hussein berkata , kerajaan akan mempertimbangkan kelulusan lesen perjudian sempena Piada Dunia 2010 yang bakal mendatang .

kemudian, terbaca 1 keratan akhbar...

KUALA LUMPUR : Kenyataan bahawa pemberian lesen judi masih belum dimuktamadkan oleh kerajaan atas alasan mahu mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak merupakan kejayaan pertama kempen anti-lesen judi menurut Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ).

GMJ melalui setiausahanya Suhaizan Kaiat berkata, ‘tindak balas rakyat’ melalui ceramah, demontrasi, penyerahan memorandum dan halangan daripada kerajaan Pakatan Rakyat memberikan isyarat penentangan yang jelas daripada rakyat.

“Sebenarnya tekanan rakyat ini telah berjaya menghalang pihak kerajaan memberi kebenaran kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd menjalankan operasi judi sukan semasa kejohanan bola sepak piala dunia yang akan berlansung pada 11 Jun 2010.

“Ini merupakan kejayaan 50 peratus rakyat Malaysia untuk memansuhkan judi sukan. Tahniah rakyat Malaysia !” katanya yang juga ketua penerangan Pemuda PAS.

Terdahulu, dalam satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Kementerian Kewangan berkata, kerajaan belum belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma-terma pelesenan dengan syarikat Ascot Sports bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di malaysia.

Menurut kenyataan itu lagi kerajaan masih mendapatkan maklum balas/pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen.

Dalam satu kenyataan dipetik media, Suhaizan berkata, separuh lagi kejayaan itu akan tercapai sekiranya rakyat turun beramai-ramai dalam demontrasi besar mereka di Istana Negara pada 3 Julai depan.

“Tekanan ini perlu dipertingkatkan bagi mempastikan pecutan terakhir ini berjaya memansuhkan judi sukan yang boleh membawa kesan buruk khususnya kepada anak-anak muda di negara ini.”

Sementara itu, Suhaizan juga berkata pihaknya bersedia pada bila-bila masa menyahut seruan kerajaan untuk memberikan pandangan kepada kerajaan bagi membenteras perjudian tanpa lesen di negara ini.

“Bagaimanapun bukanlah pendekatan yang bijak bagi sebuah kerajaan yang kononya sebuah negara Islam meluluskan judi sukan yang bertentangan dengan semua agama di dunia ini,” katanya lagi.-EraPakatan


Alhamdulillah, Itulah refleksi ana atas keprihatinan rakyat ttg masalah umat akhir zaman ini...tetapi, itu bukan menjadi point utama untuk kita pandang sebelah mata. boleh jadi lesen judi HARAM ini akan d luluskan jika kita tidak menentang perjudian ini 100%...suka ana memetik satu suara drpd Pro Mahasiswa IIUM

"Pendirian mahasiswa adalah membantah secara keras tindakan kerajaan ini. Jika kerajaan masih ingin meneruskan hasrat menghalalkan judi tersebut, maka mahasiswa akan turun ke jalanan bersama rakyat membantah tindakan tersebut" - Mahasiswakini

Kerajaan sewajarnya bertindak melawan habis-habisan aktiviti perjudian di negara ini bukannya dengan memberi lesen . Hal ini juga sangat mendukacitakan masyarakat kerana judi bukan sahaja haram di sisi agama Islam , bahkan ia jelas sangat merugikan masyarakat .



Wallahua'alam..

No comments:

Post a Comment

I'm back!

Bismillahirrahmanirrahim. I am so sorry for my 'silence' in this blog. I was fully occupied with commitments & family matters....