
“Sungguh beruntung orang yang menyucikan jiwanya, dan sungguh merugi orang yang mengotori jiwanya“.(91: 9-10).
Monday, June 13, 2011
Friday, July 16, 2010
13 Tips Erat Persahabatan
2. BERTERUS TERANG
Jgn sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tdk menyenangi sikap teman2 di sekelilingmu. berbincang & berterus terang agar masalah yg membelengu dirimu aka selesai &jgn meninggikan suara ketika berbincang.
3. IKHLAS
Sentiasa bersikap ikhlas &jgn terlalu berkira dgn org lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.
4. SALING MENGHORMATI
Saling hormat menghormati. Hormatilah org disekelilingmu & sudah tentu org lain juga akan menghormatimu.
5. JUJUR
Belajarlah menjadi seorang yg jujur. Saling percaya mempercayai menjadi hubungan persahabatan yg dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh2 sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan persahabatan.
6. SALING FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami & tdk berprasangka buruk adalah resepi utama dlm membina sebuah persahabatan yg berjaya.
7. SALING MEMAAFKAN
Jadilah seorang yg pemaaf sekiranya teman baikmua menyinggung perasaanmu. & ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yg mulia. Malah dia dpt memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.
8. BERTOLAK ANSUR
Saling bertolak ansur juga merupakan satu faktor penting utk membina sebuah perhubungan yg murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri kamu & orang lain. Namun usah mengharapkan hanya org lain yg perlu bertolak ansur dengan kamu & dlm masa yg sama kamu pula mengambil kesempatan ke atas mereka. Ini tdk adil namanya!
9. JAGA TUTUR KATA
Jagalah tutur kata & jgn terlalu celupar ketika berbicara bersama teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.
10. NASIHAT MENASIHATI
Saling tegur menegur & nasihat menasihati antara satu ama lain. Teguran hendaklah secara baik & bukannya dgn melulu & mengkritik. Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yg mulia?
11. AMBIL BERAT
Jgn pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain. Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah. Berada di sisinya ketika dia sedang susah merupakan satu pengorbanan besar & tanda setia kawan. Ia memberikan kekuatan & sedikit bebanyak masalah yg ditanggunginya akan berkurangan. Tapi awas! Jgn nanti sampai kamu tak tahan telinga jika saban hari terpaksa mendengar luahan masalahnya. Kadangkala kamu juga punya masalah yg perlu diselasaikan!
12. SALING BERHUBUNG
Jauh di mata, dekat di hati. W/pun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak & kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan dgn bertanya khabar. Telefon @ sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu kepadanya.
13. BERTELINGKAH
Sesekali bertelingkah yg berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah baik. Kita lebih sling mengenali & memahami antara satu sama lain. Tapi haruslah diingat, bergaduh tanpa bermaafan tak guna juga. Sekurang kurangnya kita kenalah beralah & bermaaf-maafan agar kekeruhan yg melanda akan jernih semula.
Tuesday, July 6, 2010
T.E.M.A.N.

Teman, aku ingin…
Teman tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq,
Persahabatan dijalin kerana al-Khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran, sanggup bersakit.
Serta tawakal Ibrahim mulia,
Ketika meninggalkan insan tercinta,
Di bumi tandus tanpa bicara,
Meyakini Allah sebagai Penjaga.
Aku impikan antara kita seorang Umar,
Berdiri tatkala tunduknya manusia,
Bersuara tatkala diamnya mereka,
Menggerunkan musuh durjana.
Serta senyuman Syed al-Qutb,
Ketika berhadapan dengan tali maut,
Akidah mantap tidak terrenggut,
Roh dakwahnya tidak surut.
Aku ingin kita seteguh Ibn Zubbair,
Menahan panahan Hajjaj dengan rela,
Bersama si ibu tua,
Lantas syahid, rohnya ke syurga.
Marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna,
Fikrahnya jernih, menggegar dunia,
Merelakan tubuhnya dimamah peluru,
Demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.
Aku cintakan pemuda Giffari,
Menentang kezaliman walaupun diancam,
Moga kan lahir lagi di abad ini,
Jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram.
Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
Walaupun dihumban ke perigi tua,
Terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.
Aku ingin pusara kita harum mewangi,
Bagai harumnya pusara Masyitah,
Semerbak kasturi,
Aku ingin persahabatan indah ini,
Bisa menjadi syafaat,
Di Mahkamah Mahsyar nanti.
Thursday, July 1, 2010
Teman Ke Syurga

Teman yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah. Teman yang baik penunjuk jalan, penguat langkah dan azam, pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi. Manusia yang lemah seperti kita tentunya memerlukan teman, untuk berkongsi suka dan duka, untuk mengingatkan kala terleka, untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh, demi bersama meraih syurgaNya. Seorang Nabi Allah, Nabi Musa AS pun memerlukan teman lantas baginda berdoa kepada Allah agar mengurniakan teman penguat langkah, teman ke syurga.
"Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu (Harun), saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMu, dan banyak mengingatiMu, sesungguhnya Allah Maha Melihat Keadaan kami"
Kisah Nabi Musa memohon teman dari Allah untuk membantu menguatkannya membuktikan betapa kita sebagai manusia sangat memerlukan teman untuk menemani dalam urusan hidup seharian dan juga untuk sama-sama beribadat kepada Allah. Bukankah seorang anak Adam itu akan lebih bersungguh-sungguh mengejar redhaNya dan meningkatkan segala amal apabila mempunyai teman yang seiring dan sejalan?
Saidina Umar mengatakan, "Tiada satu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesudah Islam, selain saudaranya yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendaklah ia berpegang kepadanya".
Malah, Saidina Umar meminta kita 'berpegang kepadanya', iaitu bermakna tidak melepaskan dan menghargai teman tersebut kerana kita sebenarnya dianugerahkan kebaikan yang sangat besar apabila dikurniakan teman yang soleh.
Namun, berusahakah kita untuk menjadi teman ke syurga kala mencari teman ke syurga? Jadikah kita sahabat yang baik yang sentiasa mengajak teman kita kepada kebaikan, yang sentiasa mengingatkan teman kita akan janji-janji Allah, yang menunjukkan kepada teman kita qudwah yang baik? MENJADI TEMAN KE SYURGA Menjadi teman ke syurga dan mencari teman ke syurga, segalanya hanya berlaku apabila asasnya didasari taqwa yang kuat. Taqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dengan ketaqwaan yang layak bagiNya.
"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya"
Ayat ini mengisyaratkan kepada kita untuk membiarkan hati kita berusaha keras mencapai taqwa menurut batas kemampuan yang ada pada dirinya. Setiap kali ia mendekat kepada Allah dengan ketaqwaan maka akan terbukalah hatinya untuk berusaha mencapai kedudukan yang lebih tinggi dari apa yang telah dicapainya, dan merindukan darjat yang ada di atas apa yang telah diraihnya lalu selalu memandang ke arah kedudukan yang lebih tinggi lagi.
Muhammad Ahmad Rasyid mengatakan "ketinggian itu hanya boleh diraih dengan kelelahan", memberitahu kepada kita bahawa kita perlu berusaha bersungguh-sungguh utk mendapat darjat ketinggian taqwa di sisi Allah. Apa kaitan taqwa dan teman ke syurga? Taqwa dalam diri sahaja yang akan mendorong seseorang mencari teman ke syurga, menemaninya dalam kehidupan siang harinya, mendampinginya dalam ibadah malamnya.
Dan seseorang yang benar-benar meletakkan taqwanya kepada Allah sahaja akan bersungguh-sungguh (sehingga kelelahan tetapi) terus ingin meningkatkan darjatnya di sisi Allah dan dia benar-benar memerlukan teman untuk menguatkan urusan siang dan malamnya, sebagai hamba, dan khalifah. Ciri taqwa ini akan menjadikan dirinya sendiri adalah seorang teman ke syurga, lantas dia layak untuk mendapat teman ke syurga yang hanya didapati melalui anugerah dari Allah. Teman yang akan sentiasa mengingatkan, tatkala kelelahan, akan janji yang menjadi asas perhubungan ini, asasnya hanya kerana Allah, lantas itu kita menjadi "menjadi teman ke syurga".
Kita bertemu atas kesungguhan dan ikrar kita pada jalan Allah, dan perpisahan kita pun hanyalah kerana Allah juga kerana walau apapun matlamat kita hanya satu, meraih syurgaNya.
Marilah sejenak kita mengambil pengajaran dari Hadith Qudsi, dari Allah, Pencipta dan Pemilik kasih sayang dan cinta, yang menitipkan kasih sayang antara hati-hati, yang mengekalkan ikatan antaranya, yang memperteguhkan janji ikrar mereka untuk menjadi 'teman ke syurga', mencari redhaNya yang Esa, Pemberi Segalanya, Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
"CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku, CintaKu mesti mesti bagi orang yang saling menasihati kerana AKu, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku"
Lihatlah betapa Allah menjanjikan cintaNya yang Maha Agung kepada "teman ke syurga". Besarnya kemuliaan Allah janjikan kepada mereka yang mendasari perhubungan kerana sama-sama mahu mengejar redhaNya, menjadi teman ke syurga lantas dikurniakan teman ke syurga.
Ayuh, perbaiki diri !
*Mari berCinta dengan Allah!
Friday, May 14, 2010
Love them for the sake of ALLAH!
Brothers and sisters, we always hear this lovely quotation
Well, one of the most prominent distinguishing features of the true Muslim is his love for his friends and brothers/ sisters in faith, a love that is untainted by any worldly interests or ulterior motives. this is true brotherly love, whose purity is derived from the light of Islamic guidance. its effect on the behaviour of Muslims is quite unique in the history of human relationships.
The bond that links a Muslim to his brother, regardless of race, colour or language, is the bond of faith in Allah:
The brotherhood of faith is the strongest of bonds between hearts and minds. It comes as no surprise that this unique brotherhood bears fruits of love that are amazingly sublime, pure, deep and lasting...=). Islam calls it "love for the sake of Allah", in which the true Muslim finds the sweetness of faith:
"there are 3 things that whoever attains them will find the sweetness of faith: if Allah and His Messenger are dearer to him than anyone else; if he loves a person solely for the sake of Allah; and if he would hate to return to kufr after Allah has rescued him from it, as much as he would hate to be thrown into the Fire." (Bukhari and Muslim)
Wallahua'alam..^^
Lets start loving HIM! ^_^
Friday, November 13, 2009
~Ukhuwah E-1-1~
Thursday, October 8, 2009
:::MAKNA PERSAHABATAN SEBENAR:::

Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah, dalam menongkah arus kehidupan ini, kita seringkali tidak keseorangan. Pasti hadir huluran salam persahabatan dari insan-insan yang sanggup mengharungi suka dan duka bersama.
Akan tetapi, sahabat yang bagaimanakah yang dikatakan benar-benar sahabat menurut Islam?
Dan bagaimanakah yang dikatakan ukhuwah bertunjangkan kerana Yang Khalid?
“Dan yang mempersatukan hati mereka(orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (surah Al-Anfaal:63)
Ikatan akidah Islam itu adalah sekuat-kuat ikatan. Dan, di situlah terbitnya ukhuwah fillah(persaudaraan yang terjalin semata-mata kerana Allah). Keindahan persaudaraan akan terserlah tatkala keimanan yang jitu tersemat di dalam hati.
Apabila ditinjau hasil persaudaraan yang dibentuk oleh Rasulullah s.a.w. di jiwa para sahabat, maka di sana terpancarlah betapa mulianya hati-hati yang mampu menghayatinya. Bukan harta sahaja yang sanggup diserahkan hatta nyawa sekalipun sanggup dijadikan cagaran. Marilah kita renung sejenak kisah pada zaman sahabat. Sebaik sahaja selesai peperangan, para pejuang meninjau sahabat-sahabat mereka yang masih hidup. Tatkala itu, seorang pejuang terlihat tiga sahabatnya dalam keadaan parah dan tidak bermaya. Dia segera menuju sahabat terdekat yang kehausan. tatkala air itu mahu diteguk, lalu didengarinya rintihan sahabat yang berdekatan kehausan lantas diisyaratkan agar air itu diserahkan kepada sahabat kedua itu. Tatkala air hendak diteguk, terdengar rintihan sahabat yang ketiga, lalu diisyaratkan sebagaimana yang dilakukan oleh sahabat yang pertama. Sahabat yang akhirnya pula sayu melihat kedua-dua sahabatnya, lalu meminta agar air itu dikembalikan kepada sahabat yang pertama. Apabila tiba pada pahlawan pertama tadi, ternyata dia telah syahid. Pejuang itu segera menuju dua sahabatnya lagi, namun semuanya kembali menemui Allah dengan keagungan sifat persaudaraan yang tertanam di hati mereka.
Sesungguhnya…ukhuwah itu indah bila tunjangnya kerana Allah. Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah.
Friday, September 11, 2009
Ukhuwah Fillah Abadan Abada...


ukhuwah fillah =)
Assalamualaikum WBT...
Nilah minggu kuliah terakhir untuk SEM akhir ni sebelum kami bercuti Raya dan seterusnya final exam…sedihnya…rindu dengan suasana kelas C-G-01, C-3-1 ( Laws Classes), C-3-11, C-3-10, C-2-14 ( Arabic Classes: kitabah & istima’) dan C-1-5 ( English Class: Reading)…Sahabat2 yang peramah, baik, penyayang…Ana akan merindui entunna semua… Ukhti Imah, Ukhti Nadzirah, Ukhti Akrimi, Ukhti Nor Faakihin( Chipmunk =p), Kak Fat, Ukhti Husna, Ukhti Farah, Ukhti Aida( Aido=) ), Ukhti Diana(Mu), Ukhti Amirah, dan kakak2 senior….serta classmates semua, entunna dan entum semua ne memang best!!!...Tak ketinggalan juga roommates E-1-1, entunna semua memang best sangat dan ana beruntung dapat bersama dengan entunna dan moga ukhuwwah persahabatan kekal selama-lamanya… Amiin…walaupun memang diakui terjadi perselisihan faham, tapi semua tu dihapuskan dengan sifat saling sayang-menyayangi antara kita semua…dan boleh dikatakan kita ne macam adik beradik sendiri…=)…
*Bittaufiq wannajah filimtihan dan moga kita semua memperoleh kejayaan didunia dan diakhirat…Amiin..
SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI… MAAF ZAHIR DAN BATIN…
JUMPA NANTI DI MAIN CAMPUS, UIAM GOMBAK BULAN 12 NI…INSYAALAH….
ILALLIQA’…
WASSALAM…(^_^)
I'm back!
Bismillahirrahmanirrahim. I am so sorry for my 'silence' in this blog. I was fully occupied with commitments & family matters....

-
KEDUDUKAN DAN PELAKSANAAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MALAYSIA 4.1 PENGENALAN Sebelum 1998, iaitu sebelum pin...
-
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamua'alaikum wbt buat pembaca-pembaca yang dirahmati Allah. Suka untuk penulis kongsikan beberapa doa ...
-
Mahkamah Syariah boleh dengar kes tuntutan hutang Soalan : SAYA seorang guru, sudah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai tiga anak....