Thursday, August 20, 2009

MANISNYA RAMADHAN

Salamun'alaik...



SALAM UKHUWAH SEMUA...


RAMADHAN akan menjelma..Adakah kita sudah bersedia? fizikal dan mental? spiritual?...emm, di sini ana ingin menyebut berkenaan dengan ibadah puasa sepertimana ALLAH berfirman dalam surah Al-Baqarah.


"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-Baqarah: 183)


begitu juga dalam hadis Rasulullah S.A.W...


"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu di buka segala pintu syurga dan di tutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan".


Maka, marilah kita sama2 tingkatkan amalan dan ibadah kepada Allah...

Thursday, August 13, 2009

AIYUHAL MUSLIMAT


Salamun'alaik...


ana di sini ingin berkongsi sedikit ilmu yang ana ingin kongsi bersama entunna semua... sekarang ni, kita boleh tengok, dah ramai antara kalangan kita hanya memandang enteng tentang soal batas-batas seorang muslimat... ana sendiri pun mengakuinya pada waktu ana 'jahiliah' dahulu... Sekarang Alhamdulillah, ALLAH dah pertemukan hidayah itu hanya tinggal ana perlu istiqamah dalam melakukannya..

rasanya, isu yang ana ingin bangkitkan dah ramai orang tahu, tapi orang just pandang rendah je...al-maklumlah zaman teknologi... pasal MALU & MARUAH kita... Dalam Islam, sifat malu ditekankan pada setiap umatnya tidak kira sama ada wanita atau lelaki. Namun, wanita Muslimah ditekankan aspek menjaga maruah dan memiliki sifat malu memandangkan wanita merupakan golongan yang lemah, mempunyai 9 nafsu yang pelbagai serta dikatakan paling ramai menghuni neraka.Tentang hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Aku melihat ke dalam syurga, maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.''
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas dan Imran serta selain kedua-duanya)
Sekarang ni, golongan kita ramai dah tersasar dari batas2 yang disyariatkan...Dimanakah maruah diri kita wahai ukhtiku… selama ini kita menjaganya dengan penuh hati2..tp, senang2 sahaja kita memberikannya kepada lelaki2 yang belum pasti lagi menjadi suami kita…MasyaAllah..

Keterbukaan masyarakat dan pendedahan tentang dunia semasa membuatkan wanita mula membuang sifat malu ke sisi yang kononnya dikatakan sifat malu itu merencatkan pembangunan sosial dan kemajuan dalam dunia wanita. Suatu keutamaan yang kurang diperjuang oleh golongan kita terutama untuk mereka yang bergelar muslimat ialah perjuangan mengembalikan wanita kepada lumrah asalnya iaitu memelihara maruah dan melapik diri dengan sifat malu.
Istilah malu mempunyai makna dan pengertian yang luas dalam Islam. Malu merupakan
sebahagian daripada iman. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”

Malu atau dalam bahasa Arabnya ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’ yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah. Selain iman yang lemah, membuang sifat malu untuk mengejar apa yang diimpikan dalam hidup juga merupakan satu kesilapan besar yang menjerumuskan wanita ke kancah kehinaan. Walau bagaimanapun, sifat malu terbahagi kepada dua iaitu malu yang bersifat kebaikan dan malu yang bersifat kejahatan. Wanita khasnya dituntut mempunyai sifat malu terutama hal yang berkaitan maksiat dan larangan-larangan Allah. Apabila menghampiri hal-hal sebegini, mereka akan berasa malu, dan seterusnya memikirkan balasan Allah di dunia dan akhirat.

Manakala malu yang bersifat kejahatan pula ialah malu melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah. Dalam hal ini mereka bukan sahaja melakukan apa yang dilarang oleh Allah, malahan melanggar sistem sosial masyarakat sehingga melupakan balasan di dunia dan akhirat. Wanita Muslimah atau wanita yang bertamadun tidak akan menggadaikan maruah dan membuang sifat malu semata-mata mahu kelihatan moden. Mementingkan pandangan Allah s.w.t lebih bermakna daripada mementingkan pandangan masyarakat. Tidak kisahlah jika anda dilabel sebagai tidak moden, kolot dan sebagainya. Apa yang lebih penting ialah anda tahu menjaga maruah serta tahu kesan-kesan buruk yang akan berlaku kepada iman, maruah diri, keluarga dan masyarakat jika anda bertindak tidak tahu malu.

Memelihara malu diri sendiri dan menjaga aib (malu) orang lain sangat penting dalam pembinaan bangsa yang bermaruah. Malu dikatakan perisai dan perhiasan kepada wanita dan juga lelaki yang menghalang mereka dari terjerumus kelembah kehinaan serta dosa zahir dan batin. Rasulullah juga pernah mengatakan bahawa malu adalah karektor bagi agama Islam serta mempunyai sifat malu yang sebenar-benarnya tidak akan menyebabkan perkara yang tidak baik.

Aiyuhal muslimat, memandangkan dunia semakin berkembang dengan segala macam teknologi dan perubahan dari semua aspek, sudah sewajarnya setiap daripada kita menilai kembali sifat semulajadi atau lahiriah seorang wanita yang suatu waktu dahulu cukup kebal dengan sifat pemalu. Sifat pemalu tidak akan menyekat pergerakan wanita untuk mengikuti perkembangan dunia semasa. Malahan wanita yang pemalu lebih berjaya bukan sahaja di dunia malah di akhirat juga kelak. Insya-Allah.


Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya (Riwayat Bukhari)

Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur. Percayalah bahawa sifat malu tidak akan menyisihkan anda dari arus globalisasi. Malah, anda akan lebih berkeyakinan serta jelas dengan tujuan anda untuk melakukan sesuatu perkara.
sama2 lah kita dalam memperbaiki sahsiah diri…
wallahualam…
*sumber: ILUVISLAM…

Titik Pengembaraan Bermula...

Di sini bermulanya…

16 Mei 2008, tarikh di mana perlunya banyak pengorbanan daripada seorang bintun keluarga Encik Alleh & Puan Aini untuk mengembara ke ‘dunia luar’ demi mencapai cita-cita yang diimpikannya…
Agak berat hati untuk berpisah dengan keluaga yang tersayang, namun kugagahkan jua kaki ini untuk melangkah.
Ana memilih Universiti Islam Antarabangsa daripada 4 tawaran yang ana dapat. Kenapa ye? Ramai sahabat-sahabat baik ana memilih untuk meneruskan pembelajaran di Sabah. Memang banyak kelebihan belajar di tempat sendiri dan ana tak nafikannya. Bahkan keluarga ana sendiri menginginkan ana untuk belajar di Sabah dan beberapa daripada mereka pada awalnya menghalang ana. Namun, ana inginkan satu perubahan positif dari segi spiritual, fizikal, mental dan pengalaman. Ana ingin keluar dari satu perasaan takut dan bimbang untuk belajar jauh dari keluarga. Ana ingin merasai hidup berdikari sebab selama ni ana tidak pernah berenggang jauh dari keluarga. Sejak sekolah rendah hingga ke menengah, ana tidak pernah tinggal di asrama kecuali ketika ana form 1 di SMKA Tun Datu Mustapha Papar Sabah, ana diwajibkan untuk tinggal di asrama. Tapi ana tak dapat menahan diri dari ‘homesick’, dan masalah –masalah kemudahan di sana. Ana hanya bertahan selama 6 bulan sahaja dan kemudian berpindah ke SMK Benoni Papar Sabah yang berdekatan dengan tempat tinggal hinggalah habis form 5.
Baiklah, kita berhenti dulu cerita tadi tu. Sesampainya ana di Kuala Lumpur, kelihatan kakak yang tersayang dengan abang ipar menunggu ana di LCCT,KL. Ana amat merindui satu-satunya kakak yang ana ada sebab hampir setahun ana tak berjumpa dengannya. Kemudian, kami terus balik ke tempat kediaman mereka di Putrajaya. Subhanallah, besar dan indahnya bangunan di Putrajaya.huhu.

Tanggal 10 Jun 2008, ana mula mendaftar masuk ke CFS IIUM, Nilai, Negeri Sembilan. Subhanallah. Ramai sahabat-sahabat yang mendaftar. Ada yang berasal dari keluarga elit dan ada yang mempunyai background agama yang kuat dan ada gak yang datang dari bandar dan macam-macam lagi lar…sahabat pertama yang ana mula berkenalan adalah ukhti Juma ( sekarang dah jadi roommate ana). Dia sangat peramah orangnya. Kemudian diikuti ukhti Fazreen, ukhti Angah, ukhti Rehan,dan ukhti Imah. Dan yang paling menggembirakan lagi, ana terjumpa sahabat ana dahulu, Ina dari SMKA Tun Datu Mustapha. Dia ambil kos HS(Human Science). Betapa gembiranya ana ketika itu dan ditambah pula apabila ana terjumpa dengan ukhti Azimah ketika perjumpaan GAPS ( persatuan gabungan anak pelajar Sabah). Pertama kali ana berjumpa dengannya ketika temuduga untuk melanjutkan pengajian Diploma Darul Quran Kuala Kubu Bharu Selangor di bahagian JAKIM, Kota Kinabalu Sabah dan takdir menemukan kami di UIA sebagai sahabat baik insyaAllah..Amin..

Setelah menduduki pelbagai ujian iaitu EPT, APT,Computer dan Fardhu Ain untuk penempatan pelajar mengikut level group dan kelas, ana dapat menghabiskan pembelajaran di Pusat Asasi selama setahun setengah ( 3 semester dan 1 short sem untuk b.Arab lvl 3).Alhamdulillah…
Sekarang, ana dah memasuki semester 3, iaitu semester terakhir di Pusat Asasi ne dan kemudian akan melanjutkan ke pengajian ijazah pertama di UIAM, Gombak insyaAllah. Terlalu banyak komitmen dan assignment yang perlu diuruskan selaku pelajar undang-undang Syariah insyaAllah. Namun, kuteguhkan juga niat dan semangat kerana Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang berjihad di jalanNya. Ana berdoa moga kita semua mendapat kejayaan di dunia dan akhirat…Amin

Saturday, August 8, 2009

Bermulanya satu pengembaraan...

Salamun'alaik..


ada banyak kisah2 pengembaraan hidup yang ana ingin tulis dalam blog ne, tetapi di sebabkan ana mempunyai hal2 yang perlu di selesaikan, ana kena tangguhkan dahulu..


mohon maaf atas segalanya..


wassalam..

Thursday, August 6, 2009

Salam perkenalan

Assalamualaikum warahmatullahi barakatuh...

Alhamdulillah, akhirnya impian ana untuk memiliki sebuah blog sendiri tercapai... lebih lebih lagi di dalam bulan Sya'ban dan bakal melalui bulan yang penuh berkat nanti, bulan Ramadan...

ana berharap niat ana untuk memiliki blog ini adalah betul sebagai medium ilmu, percambahan minda dan pengalaman, dan merapatkan lagi ukhuwah silaturrahim dengan hamba- hamba ALLAH berpaksikan akidah yang satu di sisiNYA...

Andai ana tersilap dalam penulisan ana dalam blog ini, silalah tegur ana...

Moga ALLAH meredhai setiap langkah dan perbuatan kita...Rebutlah cinta ALLAH yang hakiki itu...

Wallahu'alam...

I'm back!

Bismillahirrahmanirrahim. I am so sorry for my 'silence' in this blog. I was fully occupied with commitments & family matters....