Tuesday, October 26, 2010

Wanita Meminang, Berkapel Dan Pertunangan Menurut Islam


Soalan

Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu. Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya. Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul? Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini


Jawapan

Tahniah, kerana bertemu dengan pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering dituduh sebagai ‘konservatif' dari kacamata barat. Hakikatnya, Allah maha bijaksana dan amat mengetahui baik dan buruk untuk manusia di dunia dan akhirat. Justeru, jika dilihat dari apa yang telah meresapi hati saudari, bolehlah di katakan saudari sudah ‘jatuh hati' kepada si pemuda tadi serta memasang niat baik untuk mempersuamikannya. Sebagai manusia biasa, ia sememangnya satu niat dan perasan yang sukar di tolak. Bagaimanapun, saudari perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan pemuda tadi bagi mendapat keredhaan Allah. Tindakan berikut perlulah saudari lakukan :-

1) Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda tadi untuk membina "rumahtangga" bersama. Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW. Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk " Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh" (Rujuk Kitab Nikah); juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya : Ertinya :

"telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; berkatalah wanita itu : " Adakah dikau punyai hajat kepadaku? " ; maka anak perempuan Anas menyampuk : " Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya " ; maka Anas menjawab : " Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW" ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ).


Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ). Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sohih al-Bukhari, 7/15)

2) Saudari diizinkan untuk menjemput pemuda itu ke rumah saudari bagi memperkenalkannya kepada kedua Ibu bapa saudari. Syaratnya, mestilah dengan kewujudan ibu bapa atau ‘wali' lain di dalam majlis itu. Saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik. Ia berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk kahwin, bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing. Antaranya dalilnya :

"telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : "Adakah kamu telah melihatnya? : "Belum jawabnya" ; Nabi menjawab :
Ertinya : "Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)" ( Riwayat Muslim). Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu'bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : " Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya - bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua" ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma'arif ; Sohih menurut Albani ).

Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)

3) Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, ( Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa keapda yang haram. Perihal berangan-angan saudari tadi juga bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan. Nabi SAW menyatakan : Ertinya :

" Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH " ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami' As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa).

Syeikh Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294)

4) Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin' boleh membawa fitnah dengan mudah. Ia juga boleh terungkai dengan beberapa cabaran semasa pertunangan. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)

5) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diiringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu' dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, akan membiarkan maksiat berlaku di antara dua insan tadi, oleh itu individu sepertinya tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.

6) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat). Bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal' lebih mudah.

7) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-

1. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
2. Haram ber"dating" dan berkapel tanpa disertai mahram yang thiqah.
3. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat sama ada sms, phone, chat, mesengger.
4. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
5. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
6. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
7. Awas daripada bertukar gambar.
8. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.


Ingatlah wahai anak-anak muda sekalian, sebarang perilaku 'ringan-ringan' dan dosa yag dikerjakan dalam hubungan sewaktu pertunangan boleh memberikan serba ringkas gambaran bagaimana tingkah laku pasangan selepas berkahwin. Jika semasa berpacaran dia suka meraba-raba, demikian jugalah dia apabila sudah berkahwin kelak (kecuali sesudah dia bertaubat sebenar-benar taubat). Malangnya bukan dengan isteri atau suaminya selaku pasangannya yang halal, tetapi dengan individu lain sebagaimana tergamak dia melakukannya dengan isteri dan suaminya sebelum mereka kahwin. Baca lanjut di sini. Sekian, Wallahu'alam.

Ust Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
15 Disember 2006

Saturday, October 16, 2010

jalan ke SYURGA...


~Bismillahirrahmanirrahim~

Perjalanan ke syurga dilingkungi dengan duri dan onak. Manakala jalan ke neraka dikelilingi dengan keinginan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw. mengenai dua jalan yang ditempuhi oleh manusia.


Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka pula tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh (kejahatan).


Untuk melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan Allah dan rasul serta menjauhi laranganNya. Kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang bermula dari keimanan kepada Allah. Sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. Sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan.


Bukan mudah untuk masuk ke syurga. Kita kena bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk melakukan kebaikan. Syaitan dan nafsu memang menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak menggalakkan kita melakukan kebajikan. Jika kita turutkan kehendak syaitan sudah tentu kita tidak mampu melakukan sebarang kebajikan.


Sebaliknya jalan ke neraka amat mudah kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat. Semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. Syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. Amat mudah melakukan kejahatan.


Nah, di depan kita terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan mana untuk diikuti. Tepuk dada dan tanyakan iman - bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu.


Betapa tak susah masuk syurga? Dalam satu keterangan dinyatakan: orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu. Orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal. Orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas. Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. Ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke mercu.


Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan secara Islamik.


Semua manusia inginkan hidup senang. Kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. Orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan yang bersifat sementara. Hanya orang yang cetek akal saja memilih kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat.


Syaitan selalu membisikkan kepada kita tentang amal kita yang banyak walaupun baru sikit benar. Kita gembira apabila dipuji manusia. Timbul rasa ujub dan riak yang memusnahkan pahala. Kita tak perasan kita sebenarnya berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. Kita mesti mengawas dari serangan penyakit batin seperti ria, ujub, bongkak, sombong, dengki yang kesemuanya merosakkan amalan. Di sini peranan ilmu tasauf yang perlu kita pelajari dan dalami.


Perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang ketaatan, Allah sudah terlebih dulu mendahului dan mengingati kita. Kalau Allah tak gerakkan kita untuk beramal, kita tak akan beramal. Ini maknanya Allah mendahului kita. Jangan sangka kita yang beramal, sebenarnya Allah menggerakkan kita beramal. Jadi soal pahala tak timbul. Sepatutnya kita bersyukur kerana Allah gerakkan kita beramal.


Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali memang terkenal dengan zuhud dan banyaknya melakukan amal ibadat. Bagaimana dengan diri kita? Saidina Ali Menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh.


Kesimpulannya kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah-payah menempuh dugaan dan cabaran.


Ingat sekali lagi pesanan Nabi saw


“Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat.”

Oleh itu, utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka. Wallahu ‘Alam. .

Penyakit Rohani


~Bismillahirrahmanirrahim~

Rasulullah SAW bersabda kepada menantunya, Ali r.a.

“ Wahai ‘Ali, setiap sesuatu pasti ada penyakitnya. Penyakit bicara adalah bohong, penyakit ilmu adalah lupa, penyakit ibadah adalah riya’, penyakit akhlaq mulia adalah kagum kepada diri sendiri, penyakit berani adalah menyerang, penyakit dermawan adalah mengungkap pemberian, penyakit tampan adalah sombong, penyakit bangsawan adalah membanggakan diri, penyakit malu adalah lemah, penyakit mulia adalah menyombongkan diri, penyakit kaya adalah kikir, penyakit royal adalah hidup mewah, dan penyakit agama adalah nafsu yang diperturutkan..."


Ketika berwasiat kepada ‘Ali bin Abi Thalib r.a.

Rasulullah SAW bersabda :

"Wahai ‘Ali, orang yang riya’ itu punya tiga ciri, yaitu :

1. rajin beribadah ketika dilihat orang

2. malas ketika sendirian

3. ingin mendapat pujian dalam segala perkara.

Wahai ‘Ali, jika engkau dipuji orang, maka berdo’alah :

“ Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik daripada yang dikatakannya, ampunilah dosa-2ku yang tersembunyi darinya, dan janganlah kata-2nya mengakibatkan siksaan bagiku...”


Ketika ditanya bagaimana cara mengubati hati yang sedang resah dan gundah gulana,

Ibnu Mas’ud r.a berkata :

“ Dengarkanlah bacaan Al-Qur’an atau datanglah ke majlis-2 dzikir atau pergilah ke tempat yang sunyi untuk berkhalwat dengan Allah SWT Jika belum terubati juga, maka mintalah kepada Allah SWT hati yang lain, karena sesungguhnya hati yang kamu pakai bukan lagi hatimu...”

Friday, October 8, 2010

There is Always a Way out for Real Believers


Bismillahirrahmanirrahim

One of the mistakes people generally fall in is their descending into desperation whenever they face even the slightest difficulty. Most people, under such circumstances, instead of thinking "There is definitely a way out that would correct this situation", they are prone to believe that all the solution ways are exhausted by acting with logics such as: "that's it", "there is nothing more to be done," "this is as far as it goes", "we came to a deadlock", "this matter is in a deadlock now". Yet, no matter how difficult the circumstances are; no matter how limited the means he has are; and no matter if he has done everything that could have been done; he should believe that there can always be a new way out, and never lose hope. Allah has revealed in the Qur'an that a person who believes in Allah would never lose hope in any matter as follows:

"My sons! Seek news of Yusuf and his brother. Do not despair of solace from Allah. No one despairs of solace from Allah except for people who are unbelievers.’" (Surah Yusuf: 87)

They said, ‘We bring you good news of the truth, so do not be among those who despair.’ (Surat Al-Hijr: 55)

Consequently, no matter what the situation a Muslim faces is, he should never give way to hopelessness, despair or negative thoughts even indirectly. This is a command of Allah on Muslims. Lower self, when facing such a situation, -almost like a reflex- would lead one to instantly think about the most negative possibilities that might happen. Almost everyone, ever since their childhood –until they learn the morality of the Qur'an- approach every incident with such a point of view. Since they do not think about the falsity and the harm of this, they do not feel the need to resist and change this reflex. This is the reason why the first words that come out of their mouths are words like "alas!" and "unfortunately". And the pain that desperation, thinking with negative possibilities and believing that there is no way out, would make people feel is really severe. The state of mind of people, who feel this way, is the reward Allah had created for them in this world as a result of their living by a morality Allah does not approve. Yet, living by the morality which is opposite to this one is really easy. A person's knowing Allah Who has infinite wisdom, Who has infinite justice, Who has infinite compassion and infinite grace, Who is forgiving and Who possesses infinite creation power is really a great blessing for him Allah is mighty of creating whatever He wills, whenever He wants. And in the Qur'an Allah says:

"If My servants ask you about Me, I am near. I answer the call of the caller when he calls on Me. They should therefore respond to Me and believe in Me so that hopefully they will be rightly guided" (Surat al-Baqara: 186)

In the Qur'an Allah had informed us that people can ask whatever they want from Allah. Since a person could ask for anything from Allah Who has the power to create whatever He wants, whenever He wills, it is totally unreal for him to be living among the possibilities such as: having exhausted all the ways out or having no way out. That is because –by the will and help of Allah- a person's way is always open in every matter. His knowing Allah's might and compassion would always enable him to be hopeful about every matter. This morality is the one Allah commanded in the Qur'an. And carrying out this command of Allah turns into a great blessing for people. It is much more beautiful, reassuring and comfortable for people to live by a hopeful morality, instead of pessimism. While, in the contrary, a person would be continuously living restless, in a state of fear with his mind occupied in negative suggestions; someone abiding by the morality Allah demands, would live in peace, tranquility and joy of expecting the help, mercy and the closeness of Allah even under most difficult conditions. And another point that should be thought about here is; while living among blessings, plenty and safety, a person trusts in Allah and lives in the awareness of the truth that all those come about because of the infinite might of Allah; but when there is something missing about those, he forgets how limitless and endless the might of Allah is. Allah has informed us about the morality that people in this situation would show in the Qur'an, as follows:

When We give people a taste of mercy, they rejoice in it, but when something bad happens to them because of what they themselves have done, they immediately lose all hope. (Surat Ar-Rum : 36)

Man never tires of praying for the good and if evil touches him, he despairs and loses hope. (Surat Fussilat : 49)

Such a person cannot appreciate the fact that Allah Who had given him blessings before, also have the Power to give –again and again whenever He wants as much as He wills. He fails to think that all the beauties he has in his life exist not because he himself had found a way to attain them but because Allah had willed them to be so and granted him that means through His Grace. Everything that he possesses has been created from nothing. When difficulty and troubles arise the situation is no different than that: Allah, Who created everything from nothing, even if there is a situation in which there seems to be a no way out, would again create the way from nothing and would show him the way out. Allah says in the Quran:

"… But your Lord is a sufficient guide and helper." (Surat Al-Furqan: 31).

The guidance of Allah for a man is – by the leave of Allah- a great blessing with which he can solve every matter. And moreover man does not have the power to find a way out on his own anyway. Humans are weak creatures who have no power for anything unless Allah wills the contrary. Man is in need of Allah showing him the ways out, the solutions and rights. Consequently what one should do is to trust in Allah very much, by being very sincere towards Allah; to ask full of hope for His help and to show all the effort that he is capable of showing by using his mind and conscience in the best possible manner. However the secret here is in wanting everything from Allah in hope and believing that they can definitely come true. It is Allah Who creates the result. And Allah is the One Who always creates the best for Muslims both in this world and in the Hereafter.

Their sides eschew their beds as they call on their Lord in fear and ardent hope. And they give of what We have provided for them. (Surat Al-Sajda:16)
And when the two hosts came into sight of one another Musa’s companions said, ‘We will surely be overtaken!’ He said, ‘Never! My Lord is with me and He will guide me.’ So We revealed to Musa, ‘Strike the sea with your staff.’ And it split in two, each part like a towering cliff. And We brought the others right up to it. We rescued Musa and all those who were with him. (Surat Ash-Shu‘ara’: 62-65)

Source from Harun Yahya

Wednesday, October 6, 2010

Penyakit Wahn


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana dengan taufiq dan hidayahNya telah mengizinkan penulis menukil perkongsian di halaman ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar buat qudwah hasanah kita, Nabi Muhammad saw.

Penyakit Wahn. Sabda Rasulullah

Nyaris orang-orang kafir menyerbu dan membinasakan kalian, seperti halnya orang-orang yang menyerbu makanan di atas piring.” Seseorang berkata, “Apakah karena sedikitnya kami waktu itu?” Beliau bersabda, “Bahkan kalian waktu itu banyak sekali, tetapi kamu seperti buih di atas air. Dan Allah mencabut rasa takut musuh-musuhmu terhadap kalian serta menjangkitkan di dalam hatimu penyakit wahn.” Seseorang bertanya, “Apakah wahn itu?” Beliau menjawab, “Cinta dunia dan takut mati.” (HR. Ahmad, Al-Baihaqi, Abu Dawud No. 3745)

apa yang ingin penulis higlightkan disini adalah " حب الدنيا وكراهية الموت" bermaksud " cinta pada dunia, takut akan mati". sebahagian umat pada zaman ini semakin hari semakin hebat. hebat apa? hebat tu hah, buang bayi kat tempat sampah, sehinggakan sanggup membiarkan bayi tersebut menjadi santapan si anjing-anjing liar dan serangga. dimanakah tanggungjawab kita sebagai ibu? dimanakah tanggungjawab kita sebagai bapa? muhasabah kembali. banyak lagi masalah-masalah yang telah berlaku dimana menggambarkan kita kini sudah meniti akhir zaman. si perempuan kini sudah tidak segan silu mempamerkan auratnya kepada si jejaka yang bukan berhak ke atasnya. si pemerintah kini tidak lagi mengikuti syariatnya. musibah alam kerap kali berlaku. adakah semua hint2 yang Allah tunjukkan ini masih lagi tidak menyedarkan kita? ataupun kita sengaja buat2 tidak tahu? tepuk dada tanya iman.


umat Islam diibaratkan seperti buih di atas air. bagaimana sifat buih itu? mudah pecah bukan? benteng iman seseorang mudah pecah jika kita tidak mentarbiyah hati. hati adalah raja, jika mengikut kata hati beserta nafsu, maka pendapat iman tidak lagi dipandang. tetapi jika mengikut kata hati beserta iman, insyaAllah setiap jalan yang dilalui menjadi tenang. kerana jalan yang dilalui adalah jalan yang mendapat redhaNya...


penulis suka dengan 1 perkongsian murobbiyah penulis ^___^ . murobbiyah bercerita secara santai mengenai satu kisah ketika dahulu.


"orang kafir ni gerun melihat kekuatan orang Islam dan orang kafir ni cuba mencari 'formula' kekuatan orang Islam. pada suatu hari setiap pagi, orang Islam ni akan pergi bersugi. maka orang kafir ni pergi mengintip. orang kafir ni terkejut dan menyangka punca kekuatan orang Islam ni sebab makan kayu..."


penulis tergelak tak henti2 termasuk la sahabat halaqah penulis, cik hanim...memang kelakar...ish3...(astaghfirullahalaziim...) ok. stop.


sahabat sohabiah yang diredhai Allah, muhasabah dan islahkan diri. Janganlah kita menjadi hamba dari nafsu kita sendiri dan terus melayani nafsu sebagai tuannya. Dan nafsunya begitu cinta terhadap kehidupan duniawi. Nauzubillah...

Wallahua'alam.

Mohon perlindungan dari-Nya. Amiin.

Saturday, October 2, 2010

Masjid Babri: Dimana sokongan umat Islam?

Masjid Babri yang terletak di bandar Ayodhya, negeri Uttar Pradesh,salah satu wilayah dari India yang memiliki penghuni 31 juta umat Islam.

Masih ingatkah anda peristiwa yang menyedihkan berlaku ke atas umat Islam di India pada 6 Disember 1992? Umat Islam di bunuh, dan Masjid Babri, yang merupakan masjid yang tertua di India telah dibakar dan dimusnahkan?


SEJARAH MASJID BABRI

Masjid Babri didirikan oleh Kaisar Mughal pertama India, Babur, di Ayodhya pada tahun 1527. Dahulu masjid ini dinamakan Masjid-I Janmasthan karena didirikan di bukit Ramkot yang disebut juga Janmasthan atau tempat kelahiran.Masjid ini berdiri di Bukit Ramkot (disebut juga Janmasthan (“tempat kelahiran”)). Masjid Babri dianggap yang terbesar kerana terbina di tempat yang menjadi perebutan.Masjid Babri diruntuhkan oleh sekitar 150.000 orang dari kaum nasionalis Hindu pada tanggal 6 Desember 1992,dalam sebuah peristiwa yang sebelumnya sudah dirancang.


Secara garis besar, masjid ini terdiri dari tiga kubah besar, dengan satu di tengah-tengah yang dikelilingi dengan dua dinding tinggi yang berdiri paralel bersebelahan menutup lapangan yang sangat luas. Saat memasuki kubah terdapat dua prasasti batu dengan penjelasan tertulis di dalamnya mengenai masjid yang dibuat oleh Mir Baqi atas perintah dari Babur. Sedangkan dinding dari masjid ini dibuat dari batu pasir berbutir kasar berwarna keputih-putihan dan berbentuk bujur sangkar, sedangkan kubah dibuat dari batu bata bakar yang lebih kecil.


Penganut Hindu memusnahkan Masjid Babri


KEPUTUSAN KES PEREBUTAN

Masyarakat Islam dan Hindu bersengketa sejak lebih 100 tahun lalu mengenai sejarah Masjid Babri.Kaum Hindu mendakwa masjid berkenaan dibina di tempat kelahiran Raja Tuhan mereka, Rama, dan didirikan selepas negeri itu dikuasai oleh umat Islam pada abad ke-16.Mereka mahu membina sebuah kuil di tapak masjid berkenaan. Umat Islam Uttar Pradesh pula mahu masjid yang dirobohkan pelampau Hindu itu dibina semula.


Hari ini, sebuah mahkamah India di New Delhi semalam memutuskan tapak Masjid Babri abad ke-16 di Ayodhya dibahagi dua dengan dua pertiga menjadi milik penganut Hindu dan satu pertiga untuk masyarakat Islam. Keputusan mahkamah itu disiarkan oleh stesen televisyen di negara itu.


“Semua tiga pihak iaitu Muslim, Hindu dan Nirmhoi Akhara (pertubuhan agama Hindu) diisytiharkan pemegang bersama hartanah dalam perbalahan itu,” kata Hakim S. U Khan dalam satu penghakiman yang disiarkan di laman web Mahkamah Tinggi Allahabad.


Peguam Jawatankuasa Bertindak Masjid Babri, Zafaryab Jilani berkata, pihaknya akan membuat rayuan berhubung penghakiman itu. “Kami tidak menerima formula satu pertiga itu dan kami akan (mengemukakan rayuan) ke Mahkamah Agung,” katanya.


Seorang sami India menyambut keputusan mahkamah di
Ayodhya semalam. — Foto Reuters



Syed Ahmed Bukhari, ketua ulama di masjid utama Masjid Jama New Delhi, mencela keputusan hakim, mengatakan mahkamah telah mengarah (memaksa)”atas dasar keyakinan buta dan tidak dengan bukti dan dokumentasi yang jelas kepada hakim.”

“Kami memang tidak setuju dengan keputusan itu,” katanya. “Kami tidak menyerah dengan tuntutan kami (untuk membangun) masjid Babri,” katanya di New Delhi.



Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat mencetuskan perasaan TAHU dan MAHU kita tentang isu umat Islam ini. Janganlah kita sebagai mahasiswa Islam, apabila disentuh tentang isu sensitiviti umat islam ,kita mengambil sikap tidak peduli .. Sudahlah tidak peduli,ambil tahu pun tak mahu.


Firman Allah di dalam Surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud :



"Hendaklah kamu bantu membantu kepada kebaikan dan ketakwaan dan jangan kamu sekali-kali bantu membantu ke arah melakukan dosa dan permusuhan antara satu sama lain”


Semoga kita semua sentiasa dalam jagaanNYA. Dan semoga kita termasuk dalam hambaNYA yang membantu dalam kemenangan Islam.Insyaallah.


WAssalam
Nur Shahidat Mohamed,
Timb.Pengerusi 2
Maruf Club 09/10

I'm back!

Bismillahirrahmanirrahim. I am so sorry for my 'silence' in this blog. I was fully occupied with commitments & family matters....