Mahkamah Syariah boleh dengar kes tuntutan hutang
Soalan:
SAYA seorang guru, sudah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai tiga anak. Saya bercerai akhir 2007. Sepanjang perkahwinan, saya banyak berkorban untuk keluarga, memberikan dua pertiga gaji untuk urusan keluarga seperti membayar sekolah anak, duit belanja dan barang dapur. Ketika itu saya tidak kisah kerana fikirkan suami isteri mesti bekerjasama untuk keluarga. Saya juga selalu memberi duit kepada suami kerana katanya dia tiada duit untuk belanja. Semua jumlah kecil itu saya tidak ingat jumlahnya. Tetapi saya pernah memberi RM20,000 kepada suami sebagai hutang ketika kami belum bercerai. Tujuan beliau meminjam wang itu untuk digunakan sebagai tambahan modal perniagaannya. Ada perjanjian ditandatangani antara saya dan bekas suami menyatakan hal-ehwal hutang itu. Sekarang kami sudah bercerai dan perniagaan bekas suami nampaknya maju kerana beberapa kali menukar kereta. Persoalannya adakah saya boleh memfailkan tuntutan hutang ini di Mahkamah Syariah. Saya juga mempunyai tuntutan lain yang difailkan di Mahkamah Syariah seperti mutaah dan harta sepencarian yang akan diberi keputusannya tidak berapa lama lagi. Oleh kerana hutang itu sudah lama dan tidak pernah dibayar oleh bekas suami, adakah saya dihalang daripada menuntutnya sekarang.
Isteri Malang,
Klang.
Jawapan:
Puan perlu bersabar dan kuatkan hati menerima dugaan. Puan bukan seorang yang malang kerana apa saja takdir Ilahi mempunyai hikmah di sebaliknya. Kita terima dengan hati terbuka dan positif. Insya Allah masa depan puan akan lebih cemerlang.
Berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah, Seksyen 61 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 menjelaskan bahawa dalam kes mal, Mahkamah Syariah berbidang kuasa mendengar serta memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan itu adalah orang Islam, tindakan itu berhubungan dengan:

- Pertunangan, perkahwinan, rujuk, perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz atau perkara pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara berkaitan perhubungan suami isteri;
- Apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara dinyatakan di atas;
- Nafkah orang tanggungan, kesahatarafan atau penjagaan atau jagaan (hadhanah) budak;
Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian; - Wasiat atau alang ketika nazak (marad al maut);
Alang ketika hidup atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan memadai dengan wang atau nilaian wang oleh seseorang Islam; - Wakaf atau nazar; Pembahagian dan perwarisan harta berwasiat atau tidak berwasiat;
Penentuan orang berhak kepada bahagian harta pusaka si mati yang beragama Islam atau bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak; - Pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam;
Pengisytiharan bahawa seseorang itu ialah seorang Islam atau sebaliknya pada masa kematiannya; - Pentadbiran masjid;
- Perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Walaupun
tiada peruntukan khusus berhubung dengan hutang piutang antara suami
isteri, apa-apa pelupusan atau tuntutan harta berbangkit daripada
pertunangan, perkahwinan, rujuk, perceraian, pembubaran perkahwinan,
nusyuz atau pemisahan kehakiman termasuk dalam bidang kuasa Mahkamah
Syariah seperti diperuntukkan dalam seksyen 61 di atas.
Hutang
bekas suami kepada puan tentunya berbangkit daripada perkahwinan antara
puan dengannya. Dalam perkataan lain, jika puan tidak berkahwin dengan
bekas suami, tentulah hal ehwal hutang piutang ini tidak berlaku. Oleh
itu, Mahkamah Syariah berkuasa mendengar dan memutuskan tuntutan puan.
Dalam
kes Moriazi Mohamad lawan Ajmawati Attan, Mahkamah Rayuan Syariah
Selangor memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah mempunyai bidang
kuasa membicarakan tuntutan hutang piutang, walaupun di sana tiada
peruntukan khusus mengenainya.
Tuntutan hutang piutang itu terbit
daripada perkahwinan mereka, disebabkan mereka berkahwin, maka
berlakulah transaksi antara mereka termasuk berniaga dan pinjam meminjam
modal dan sebagainya, hatta kepada hutang piutang.
Oleh kerana
peruntukan khusus tidak wujud dalam mana-mana undang-undang bertulis,
maka dalam hal ini, Mahkamah Syariah boleh menggunakan peruntukan hukum
syarak. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Selangor 2003 menjelaskan
dalam seksyen 245(2) bahawa jika wujud lacuna (lompang) atau jika
apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata oleh enakmen ini,
mahkamah hendaklah memakai hukum syarak.
Oleh demikian,
berdasarkan peruntukan undang-undang yang disebut di atas dan kes
Mahkamah Rayuan Syariah Selangor yang diputuskan itu, puan boleh
menuntut hutang dibuat suami di Mahkamah Syariah dan bukan di Mahkamah
Sivil. Puan dinasihatkan mengemukakan saksi, bukti dokumen dan
sebagainya bagi menyokong keterangan ketika membuat ganti rugi. Beban
untuk membuktikan bahawa suami berhutang terletak pada bahu puan.
Berhubung
had masa pula, berbeza tuntutan hutang di Mahkamah Sivil yang hanya
boleh dibuat dalam tempoh enam tahun daripada tarikh keingkaran, di
Mahkamah Syariah dan dalam hukum syarak tidak memperuntukkan masa
seperti itu. Ini bermakna tiada had masa bagi tuntutan di Mahkamah
Syariah. Perkara itu walaupun sudah lama berlalu, puan masih lagi boleh
membuat tuntutan itu di Mahkamah Syariah.
Tuntutan hutang juga
tidak akan memprejudiskan tuntutan lain yang puan failkan terhadap bekas
suami seperti mutaah dan harta sepencarian. Tuntutan itu adalah
berasingan dan memerlukan pembuktian berlainan. Tuntutan itu adalah hak
puan yang dinyatakan dalam hukum syarak dan dikanunkan sebagai
undang-undang.
Oleh itu, puan tidak perlu risau berhubung perkara
berkenaan. Mahkamah akan membuat keputusan berdasarkan tuntutan dan
pembuktian dikemukakan di mahkamah.
Jawapan
disediakan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Zainul
Rijal Abu Bakar. Sebarang persoalan boleh dihantar ke
excopgsm@yahoo.com. Layari http://peguamsyarie.blogspot.com
Suami mcm tu...maju dan bertambah kaya..... then ceraikan isteri... suami mcm ni bersepah kat luar sana. Kpd bekas isteri, Banyakkan bersabar.. Sabar. Sabar. Sabar dan dekatkan diri dgn Yang Maha Esa. Permisi.
ReplyDeletebetul. saya setuju dengan pendapat mamawana.kita doakan smoga puan ni sentiasa kuat dan sabar...:)
ReplyDeleteFree Spins | Casino Bonuses and Promotions
ReplyDeleteThe main feature of casino bonuses is the welcome bonuses. If you enjoy 바카라 playing 안전한 바카라 사이트 the free casino games you get to keep an eye on for when you 온라인 바카라 사이트 win. It is also known as 라이브스코어 free spins 토토사이트