Saturday, April 24, 2010

Kekasihku^^






dulu

aku pernah mengecapi kebahagiaan, bersama-samanya aku leka, menghabiskan masa yang sepatutnya terisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah. Walaupun dibatasi benua, kami masih dapat mengekalkannya. Sehinggalah, pada suatu hari, di saat hati kami tidak lagi bersatu, bersangka baik dan tolenrasi tidak lagi menjadi pegangan. hati sakit. jiwa pedih.


dan pada saat kekecewaan itu

Kau hadir dalam hidup ku. mengetuk pintu hatiku. membawa seribu pengertian. tidak tergambar riangnya hati ini. Baru ku sedar, sudah lama Kau menabur benih kasih sayang terhadap ku. Cuma aku yang dalam ketidak sedaran. Sepanjang perhubungan ini, belum pernah Kau sakitkan hati aku, belum pernah Kau kecewakan aku. Berita-berita gembira yang Kau bawakan sentiasa menceriakan hidupku. Surat-surat cinta Kau layangkan menjadi peneman aku sehari-hari. Tidak pula ku jemu membacanya malah aku sentiasa dalam kerinduan untuk bertemuMu. Dan tidak pula Kau jemu menjagaku, di kala aku kesedihan, Kau kujadikan tempat meluahkan segala pengaduanku.



dikala aku gembira

ku tahu Kau bersama aku pada ketika itu. Kita berkongsi kegembiraan bersama. Kau hadiahkan aku teman-teman sejati, teman-teman yang ikhlas dalam perjuangan mereka. Aku hargai pemberian itu, agar aku turut sama berada di landasan mereka. Walaupun masih lagi batasi, namun Kau rapatkan jurang itu, sehingga terasa Kau disampingku. NamaMu menjadi siulanku seharian. Ku tahu Kau sering menguji kasih sayangku, Kau uji kesetiaan ku. Sehinggakan dalam tak sedar aku pula menyakiti hati Kau. Maafkan aku wahai kekasih hati. Tidak mampu ku tandingi kehebatan cinta Kau. Sungguh. Inilah manis kebahagian yang aku nantikan. Aku pasti Kau tidak akan pernah meninggalkan aku. Hanya Kau dan aku.


Kerana Engkau, Ya ALLAH! =)




*Mari berCinta dengan ALLAH! ^_^

Friday, April 16, 2010

Rahsia Syafaat di Akhirat: Surah Al-Mulk




Assalamualaikum...


sahabat2 sekalian,

Sabda Rasulullah s.a.w. ,"Sesungguhnya dalam Al-Quran ada satu surah yang mempunyai 30 ayat yang memberi syafaat kepada seorang lelaki sehingga ia diberi keampunan iaitu.......(iaitu surah Al-Mulk)." (H.R, al-Nasai')


marilah kita sama2 memperbaiki diri, mendapatkan keampunan dari AR-RAHMAN...Sungguh, kita telah lalai dengan kesenangan dunia...malulah pd diri jika saat ini kita masih lg dalam ketawa dan leka sedangkan dua malaikat pencatat amalan sentiasa ada d sisi kita...malulah pd diri jika saat ini kita masih lg suka melengahkan ibadah sedangkan umur dah dihujung nyawa...


Ya Allah! selamatkanlah kami daripada azab ini dengan keampuananMu.

renung2kan video di atas dan marilah kita beramal dengan surah Al-Mulk...insyaAllah...


*Mari berCinta dengan ALLAH! ^_^

Wednesday, April 14, 2010

sedikit komen ikhlas dari ana:Ketika Cinta Bertasbih

anna, pelakon dlm Ketika Cinta Bertasbih

Mood: ceria + mengantuk
jam: 02:03
tempat: rumahku syurgaku


Assalamualaikum wbt...


ana xboleh lelap mata. hati ana tergerak untuk melihat movie ketika cinta bertasbih 2 arahan Habiburrahman El Shirazy, penulis Indonesian y mashur dengan nilai Islamisasi dalam setiap karya beliau. ana merupakan salah satu peminat beliau...=)..hehehe...

setiap karya beliau sentiasa d selitkan dengan plot2 y membina dan realistik...tgok movie ne, alangkah bahagia jika Allah menguji pasangan yang meletakkan cintanya pada AL-WADUD...sentiasa diuji keimanan dan kesabaran d setiap perjalanan hidup..Abdullah Khaer Azzam dan Anna, antara watak y menghidupkan plot cerita ini...persoalannya, masih ada lagikah perwatakan ini pada diri remaja2 akhir zaman skrg...ya, kita berada di akhir zaman..Rasulullah S.A.W. pernah bersabda bahawa kita adalah umat akhir zaman, begitu hampir dengan hari berakhirnya jangka hayat bumi ini, dn semua ciptaan AL-KHALIQ ...dan kemudian d bangkitkan pd hari penghisaban dan d situlah hari pembalasan bagi mereka y beriman dan y ingkar...Rasulullah bersabda lagi bahawa hari itu sangat dekat, diibaratkan antara jarak dua celah jari...MasyaAllah...kita bgimana?...cukupkah bekalan ke sana?emmm...

watak Anna, membangkit ruh nissa dalam hati ana...insyaAllah...begitu jg y laen, semoga berjaya mencapai misi ini...wanita solehah ye...Amiin...

~sekadar renungan bersama~

"WANITA SOLEHAH AKHIR ZAMAN: wanita sejati y melindungi diri dan hatinya dgn malu, y mnabur kesopanan setiap penjuru, y merendahkan suaranya, y sentiasa cekal dan tabah hatinya, y x patah semangat wajanya, y memenuhkan hatinya dengan keinsafan, y mengosongkan kalbu dr dendam, y menyemarakkan kasturi d kelopak iman...dipandang dr peribadinya, dilihat dr akhlaknya, dinilai dr kesabarannya, ditinjau dr sifat keibuannya, ALLAH dibesarkan dlm solatnya, puasa dijadikan tradisinya, Al-Quran menjadi hiburan dan akhlaknya, jihad menjadi gelanggangnya...menjadi impian insan soleh akhir zaman"


insyaAllah...


*Mari berCinta dengan ALLAH! ^_^

Sunday, April 11, 2010

~Mahar Hafazan AL-QURAN~

Mood: ok
Jam: 00:12
Tempat: rumahku syurgaku


Assalamualaikum wbt...


ana tertarik dengan isi2 kandungan dalam satu buku ne...bak kata sahabat ana, buku ilmiah...^_^ agak menarik cara penulisan Ustaz Mohammad Nidzam Abd. Kadir, tidak terlalu formal bahkan ade unsur jenaka tp betul...emmm..agak2ny pembaca2 semua dah bole agak buku ne pasal ape kan...

ok lah, mahar hafazan...agak jarang kita dengar kat negara kita ne...yang selalu kita dengar, mahar dengan wang, cincin, senaskhah AL-QURAN dsb... ana tertarik dengan mahar y baru ana sebut ne...ana berimpian juga untuk bermahar mcm ne, tp ana ne mcm xlayak plak...byk lg kekurangan pada diri ne...

baeklah..ada 1 hadis nabi drpd Sahl bin Saad r.a. : menceritakan bahawa pd satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Rasulullah s.a.w. seraya berkata, Wahai Rasulullah, Aku datang untuk menyerahkan diriku kepadamu." Apabila perempuan itu mendapati Rasulullah s.a.w. diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk. Lalu, bangunlah seorang sahabat dan berkata, "Wahai Rasulullah, sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya, kahwinkanlah aku dengannya."

Rasulullah s.a.w. segera bertanya, " Adakah engkau memiliki sesuatu y boleh dijadikan mas kahwin?" Sahabat menjawab, "Tidak ada." Baginda bersabda, " Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu y boleh dijadikan mas kahwin." Lantas sahabat tersebut pulang, kemudian beliau kembali menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata, "Demi Allah, aku tidak menjumpai apa2 pun y boleh dijadikan mas kahwin." Maka Rasulullah s.a.w. berkata lg, "Carilah walaupun sebentuk cincin besi." Lalu sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata, " Wahai Rasulullah, demi Allah aku tidak menjumpai apa2 walaupun sebentuk cincin besi, ttp aku hny memiliki kainku ini." Iaitu kain y hny boleh mentupi bhgian bwh bdnnya.

Rasulullah s.a.w. berkata, "Apa y engkau boleh buat dengan kain engkau itu, sekiranya engkau memakai kain itu. Perempuan tersebut tidak dapat memakainya walaupun sedikit. Kalau dia pakai juga kain tu, engkau tidak mempunyai apa2 untuk dipakai." Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun. Rasulullah s.a.w. memandang kepadanya seterusnya dia beredar dr situ. Setelah itu Rasulullah s.a.w. memerintahkan supaya dia dipanggil. Apabila sahabat tersebut sampai, Rasulullah s.a.w. bertanya, "Apakah y engkau miliki daripada Al-Quran?" Sahabat tersebut menjawab, "Aku hafaz surah itu dan surah ini." Sahabat berkenaan menghitung surah y dihafaz. Rasulullah s.a.w. bersabda lg, "Adakah engkau membacanya secara hafalan?" Sahabat tersebut menjawab, "Ya." Rasulullah bersabda, " Pergilah, engkau telah memilikinya bermas kahwinkan ayat atau surah Al-Quran y engkau hafaz."

Alangkah bertuahnya kaum hawa jika sang adam memilikimu dengan mahar y mulia ini...ttp y penting, ana tertarik dengan kata2 sahabt ana, "xnak lah couple2, nak dapat suami soleh, tp kena men'solehah'kan diri dlu, brulah".... emm, agk2, mcm tu lah kata2 dia td...^_^...renung2kan...


Mari berCinta dengan ALLAH...^_^


Wednesday, April 7, 2010

Tawakal...

Assalamualaikum...


alhamdulillah, akhirnya dah habis xm pun...kepada semua sahabat2, selamat bercuti...cuti2 jom tambah ilmu...=)

ana akan terbang k sabah..waa..hampir 6 bln ana xbalik, xsabar nak tengok wajah2 kesayangan ana...emm...

doakan ana selamat tiba di sabah pada hari jumaat ne, pukul 6.30 petang insyaAllah...


yang penting, kita jangan risau dengan xm y telah lalu, jika kita dah berusaha bersungguh2, insyaAllah, Allah akan bg sebaik2 natijahnya..berdoa dan bertawakal kepadaNya...


bittaufiq wannajah sahabat2 kesayanganku...


*Mari berCinta dengan ALLAH! ^_^

I'm back!

Bismillahirrahmanirrahim. I am so sorry for my 'silence' in this blog. I was fully occupied with commitments & family matters....