Saturday, October 2, 2010

Masjid Babri: Dimana sokongan umat Islam?

Masjid Babri yang terletak di bandar Ayodhya, negeri Uttar Pradesh,salah satu wilayah dari India yang memiliki penghuni 31 juta umat Islam.

Masih ingatkah anda peristiwa yang menyedihkan berlaku ke atas umat Islam di India pada 6 Disember 1992? Umat Islam di bunuh, dan Masjid Babri, yang merupakan masjid yang tertua di India telah dibakar dan dimusnahkan?


SEJARAH MASJID BABRI

Masjid Babri didirikan oleh Kaisar Mughal pertama India, Babur, di Ayodhya pada tahun 1527. Dahulu masjid ini dinamakan Masjid-I Janmasthan karena didirikan di bukit Ramkot yang disebut juga Janmasthan atau tempat kelahiran.Masjid ini berdiri di Bukit Ramkot (disebut juga Janmasthan (“tempat kelahiran”)). Masjid Babri dianggap yang terbesar kerana terbina di tempat yang menjadi perebutan.Masjid Babri diruntuhkan oleh sekitar 150.000 orang dari kaum nasionalis Hindu pada tanggal 6 Desember 1992,dalam sebuah peristiwa yang sebelumnya sudah dirancang.


Secara garis besar, masjid ini terdiri dari tiga kubah besar, dengan satu di tengah-tengah yang dikelilingi dengan dua dinding tinggi yang berdiri paralel bersebelahan menutup lapangan yang sangat luas. Saat memasuki kubah terdapat dua prasasti batu dengan penjelasan tertulis di dalamnya mengenai masjid yang dibuat oleh Mir Baqi atas perintah dari Babur. Sedangkan dinding dari masjid ini dibuat dari batu pasir berbutir kasar berwarna keputih-putihan dan berbentuk bujur sangkar, sedangkan kubah dibuat dari batu bata bakar yang lebih kecil.


Penganut Hindu memusnahkan Masjid Babri


KEPUTUSAN KES PEREBUTAN

Masyarakat Islam dan Hindu bersengketa sejak lebih 100 tahun lalu mengenai sejarah Masjid Babri.Kaum Hindu mendakwa masjid berkenaan dibina di tempat kelahiran Raja Tuhan mereka, Rama, dan didirikan selepas negeri itu dikuasai oleh umat Islam pada abad ke-16.Mereka mahu membina sebuah kuil di tapak masjid berkenaan. Umat Islam Uttar Pradesh pula mahu masjid yang dirobohkan pelampau Hindu itu dibina semula.


Hari ini, sebuah mahkamah India di New Delhi semalam memutuskan tapak Masjid Babri abad ke-16 di Ayodhya dibahagi dua dengan dua pertiga menjadi milik penganut Hindu dan satu pertiga untuk masyarakat Islam. Keputusan mahkamah itu disiarkan oleh stesen televisyen di negara itu.


“Semua tiga pihak iaitu Muslim, Hindu dan Nirmhoi Akhara (pertubuhan agama Hindu) diisytiharkan pemegang bersama hartanah dalam perbalahan itu,” kata Hakim S. U Khan dalam satu penghakiman yang disiarkan di laman web Mahkamah Tinggi Allahabad.


Peguam Jawatankuasa Bertindak Masjid Babri, Zafaryab Jilani berkata, pihaknya akan membuat rayuan berhubung penghakiman itu. “Kami tidak menerima formula satu pertiga itu dan kami akan (mengemukakan rayuan) ke Mahkamah Agung,” katanya.


Seorang sami India menyambut keputusan mahkamah di
Ayodhya semalam. — Foto Reuters



Syed Ahmed Bukhari, ketua ulama di masjid utama Masjid Jama New Delhi, mencela keputusan hakim, mengatakan mahkamah telah mengarah (memaksa)”atas dasar keyakinan buta dan tidak dengan bukti dan dokumentasi yang jelas kepada hakim.”

“Kami memang tidak setuju dengan keputusan itu,” katanya. “Kami tidak menyerah dengan tuntutan kami (untuk membangun) masjid Babri,” katanya di New Delhi.



Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat mencetuskan perasaan TAHU dan MAHU kita tentang isu umat Islam ini. Janganlah kita sebagai mahasiswa Islam, apabila disentuh tentang isu sensitiviti umat islam ,kita mengambil sikap tidak peduli .. Sudahlah tidak peduli,ambil tahu pun tak mahu.


Firman Allah di dalam Surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud :



"Hendaklah kamu bantu membantu kepada kebaikan dan ketakwaan dan jangan kamu sekali-kali bantu membantu ke arah melakukan dosa dan permusuhan antara satu sama lain”


Semoga kita semua sentiasa dalam jagaanNYA. Dan semoga kita termasuk dalam hambaNYA yang membantu dalam kemenangan Islam.Insyaallah.


WAssalam
Nur Shahidat Mohamed,
Timb.Pengerusi 2
Maruf Club 09/10

No comments:

Post a Comment

I'm back!

Bismillahirrahmanirrahim. I am so sorry for my 'silence' in this blog. I was fully occupied with commitments & family matters....