Thursday, October 8, 2009

:::MAKNA PERSAHABATAN SEBENAR:::


Assalamualaikum…

Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah, dalam menongkah arus kehidupan ini, kita seringkali tidak keseorangan. Pasti hadir huluran salam persahabatan dari insan-insan yang sanggup mengharungi suka dan duka bersama.

Akan tetapi, sahabat yang bagaimanakah yang dikatakan benar-benar sahabat menurut Islam?

Dan bagaimanakah yang dikatakan
ukhuwah bertunjangkan kerana Yang Khalid?

Dan yang mempersatukan hati mereka(orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (surah Al-Anfaal:63)

Ikatan akidah Islam itu adalah sekuat-kuat ikatan. Dan, di situlah terbitnya ukhuwah fillah(persaudaraan yang terjalin semata-mata kerana Allah). Keindahan persaudaraan akan terserlah tatkala keimanan yang jitu tersemat di dalam hati.

Apabila ditinjau hasil persaudaraan yang dibentuk oleh Rasulullah s.a.w. di jiwa para sahabat, maka di sana terpancarlah betapa mulianya hati-hati yang mampu menghayatinya. Bukan harta sahaja yang sanggup diserahkan hatta
nyawa sekalipun sanggup dijadikan cagaran. Marilah kita renung sejenak kisah pada zaman sahabat. Sebaik sahaja selesai peperangan, para pejuang meninjau sahabat-sahabat mereka yang masih hidup. Tatkala itu, seorang pejuang terlihat tiga sahabatnya dalam keadaan parah dan tidak bermaya. Dia segera menuju sahabat terdekat yang kehausan. tatkala air itu mahu diteguk, lalu didengarinya rintihan sahabat yang berdekatan kehausan lantas diisyaratkan agar air itu diserahkan kepada sahabat kedua itu. Tatkala air hendak diteguk, terdengar rintihan sahabat yang ketiga, lalu diisyaratkan sebagaimana yang dilakukan oleh sahabat yang pertama. Sahabat yang akhirnya pula sayu melihat kedua-dua sahabatnya, lalu meminta agar air itu dikembalikan kepada sahabat yang pertama. Apabila tiba pada pahlawan pertama tadi, ternyata dia telah syahid. Pejuang itu segera menuju dua sahabatnya lagi, namun semuanya kembali menemui Allah dengan keagungan sifat persaudaraan yang tertanam di hati mereka.


Sesungguhnya…ukhuwah itu indah bila tunjangnya kerana Allah. Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah.

No comments:

Post a Comment

I'm back!

Bismillahirrahmanirrahim. I am so sorry for my 'silence' in this blog. I was fully occupied with commitments & family matters....