Cinta adalah satu perkataan yang tidak asingkan lagi di telinga kita. Apalagi di kalangan remaja, kerana sudah menjadi anggapan umum bahawa cinta sinonim dengan ungkapan rasa sepasang sejoli yang mabuk asmara. Ada yang mengatakan cinta itu suci, cinta itu agung, cinta itu indah dan terlalu indah hingga tidak dapat diungkap dengan kata-kata, hanya dapat dirasakan dan sebagainya. Bahkan ada yang menggambarkan oleh kerana tersangat indahnya cinta, syaitan pun berubah menjadi bidadari “racun dirasa bagaikan madu”. Yang jelas kerana cinta, ramai orang merasa bahagia namun sebaliknya kerana cinta ramai pula yang terseksa dan merana. Cinta dapat membuat seseorang menjadi sangat mulia, dan cinta pula yang menjadikan seseorang menjadi sangat tercela.
Kita tahu bagaimana kecintaan Khadijah RA kepada Rasulullah SAW yang rela mengorbankan apa sahaja yang dimilikinya dengan perasaan bahagia demi perjuangan si kekasih yang menjadikannya mulia. Sebaliknya ada pemudi yang mengorbankan kehormatannya demi untuk menyenangkan si kekasih yang dia lakukan atas nama cinta… nauzubillah min zalik. Cinta yang sedemikianlah yang membawanya kepada kehinaan dan menambah saham dosa untuk menempah tiket ke neraka jahanam.
Jadi, apa sebenarnya makna cinta?
Benarkah cinta hanyalah sepenggal kata namun mengandung sejuta makna?
Atau pendapat philosophy bahawa makna cinta bergantung kepada siapa yang memandang?
Rupanya tepat seperti ungkapan Ibnu Qayyim Al Jauziah tentang cinta, bahawasanya, “tidak ada batasan tentang cinta yang lebih jelas daripada kata cinta itu sendiri.”
Adapun kata cinta itu sendiri secara bahasa adalah kecenderungan atau keberpihakan. Cinta dapat didefinisikan sebagai sebuah gejolak jiwa dimana hati mempunyai kecenderungan yang kuat terhadap apa yang disenanginya sehingga membuat untuk tetap mengangankannya, menyebut namanya, rela berkorban atasnya dan menerima dengan segenap hati apa adanya dari yang dicintainya serasa kurang sekalipun, dan ia tumpahkan dengan kata-kata dan perbuatan.
Pandangan Islam terhadap Cinta
Cinta dalam pandangan Islam adalah suatu perkara yang suci. Islam adalah agama fitrah, sedang cinta itu sendiri adalah fitrah kemanusiaan. Allah telah menanamkan perasaan cinta yang tumbuh di hati manusia. Islam tidak pula melarang seseorang untuk dicintai dan mencintai, bahkan Rasulullah menganjurkan agar cinta tersebut diutarakan.
Seseorang muslim dan muslimah tidak dilarang untuk saling mencintai, bahkan dianjurkan agar mendapat keutamaan-keutamaan. Islam tidak membelenggu cinta, kerana itu Islam itu menyediakan penyaluran untuk itu (iaitu pernikahan) dimana sepasang manusia diberikan kebebasan untuk bercinta.
Ayat di atas merupakan jaminan bahawa cinta dan kasih sayang akan Allah tumbuhkan dalam hati pasangan yang bersatu kerana Allah (setelah bernikah). Jadi tak perlu menunggu “jatuh cinta dahulu” baru berani menikah, atau bercouple dahulu baru bernikah sehingga yang menyatukan adalah si syaitan durjana…nauzubillah min zalik. Jadi Islam jelas memberikan batasan-batasan sehingga tidak timbul fenomena kerosakan pergaulan dalam masyarakat kelak.
Dalam Islam ada peringkat-peringkat cinta, siapa yang harus didahulukan/ diutamakan dan siapa/ apa yang harus diakhirkan. Tidak boleh kita menyamakan semuanya.
Menurut Syeikh Ibnul Qayyim, seorang ulama di abad ke-7, ada enam peringkat cinta maratibul-mahabah, iaitu:

“apabila seseorang mencintai saudaranya, maka hendaklah ia memberitahu bahawa ia mencintainya.” HR Abu Daud dan At-Tirmidzi.
Seseorang muslim dan muslimah tidak dilarang untuk saling mencintai, bahkan dianjurkan agar mendapat keutamaan-keutamaan. Islam tidak membelenggu cinta, kerana itu Islam itu menyediakan penyaluran untuk itu (iaitu pernikahan) dimana sepasang manusia diberikan kebebasan untuk bercinta.
“dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
(Ar-Rum: 21)
(Ar-Rum: 21)
Ayat di atas merupakan jaminan bahawa cinta dan kasih sayang akan Allah tumbuhkan dalam hati pasangan yang bersatu kerana Allah (setelah bernikah). Jadi tak perlu menunggu “jatuh cinta dahulu” baru berani menikah, atau bercouple dahulu baru bernikah sehingga yang menyatukan adalah si syaitan durjana…nauzubillah min zalik. Jadi Islam jelas memberikan batasan-batasan sehingga tidak timbul fenomena kerosakan pergaulan dalam masyarakat kelak.
Dalam Islam ada peringkat-peringkat cinta, siapa yang harus didahulukan/ diutamakan dan siapa/ apa yang harus diakhirkan. Tidak boleh kita menyamakan semuanya.
“(walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya)
sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).” Al-(Baqarah:165)
sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).” Al-(Baqarah:165)
Menurut Syeikh Ibnul Qayyim, seorang ulama di abad ke-7, ada enam peringkat cinta maratibul-mahabah, iaitu:
1. Tatayyum: cinta paling agung kepada Allah swt dan hak Allah semata-mata.
“ sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Rabbul alamiin.”
“sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.” (Al-Baqarah:165)
2. ‘Isyk: cinta kepada Rasulullah S.A.W. dan hak Rasulullah S.A.W.
“ katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Ali Imran :31)
3. Syauq: cinta antara mukmin dengan mukmin yang lain. Antara suami isteri, ibu bapa dan anak yang membuahkan rasa mawaddah wa rahmah.
4. Shababah: cinta sesama Muslim yang melahirkan rasa ukhuwah Islamiah.
5. Ithf: simpati kepada sesama manusia. Menyelamatkan manusia, berdakwah dsb.
6. Cinta/ keinginan kepada harta benda: memberi manfaat kepada manusia.

namun,
RAIHLAH CINTA DAN KASIH ILAHI YANG HAKIKI LAGI KEKAL ABADI…
^_^
^_^
No comments:
Post a Comment