Mood: tenang
jam: 9:06 malam
tempat: bilik d3-2c
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran pada Al-Khaliq atas nikmat Iman dan Islam y telah diberikan...
ana berasa terpegun dan berbangga kepada sahabat2 yang berjuang dalam meninggikan martabat al-Quran khususnya di negeri kesayangan, Sabah...Alhamdulillah, kini, sudah bermula kebangkitannya...ana tumpang gembira walaupun ana bukanlah seorang hafizah, tapi insyaAllah, ana akan thabat untuk memuliakan Kalimah Allah dan tidak lupa pd insan2 y telah menyuntik semangat ana untuk terus istiqamah...:)
baru2 ini, telah diadakan 1 musabaqah Menghafaz Al-Quran Kebangsaan ke 31 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka ( MITC) pada 20-25hb April 2010. Alhamdulillah, negeri SABAH telah menghantar wakil seramai 3 orang... Muhammad Khairul Razikin, Muhammad Nazran dan Zainab Sapiuddin...rezeki menyebelahi mereka, Alhamdulillah, Khairul mendapat tempat ketiga bagi kategori juzuk 1-20 (lelaki) manakala Zainab mendapat tempat ketiga bagi kategori juzuk 1-10(perempuan)... Nazran bagi kategori juzuk 1-10(lelaki) meraih hadiah saguhati... Alhamdulillah, kesemua wakil sabah mendapat keputusan y memberangsangkan...:)...
semoga semangat untuk thabat dalam menghafaz al-Quran terus meresap dalam hati setiap bakal2 huffaz khususnya di Sabah. insyaAllah..
berbalik pada sirah Nabi, Nabi Muhammad SAW adalah orang pertama yang menghafaz al-Quran. tindakan baginda telah menaikkan semangat dan tauladan kepada para sahabatnya. Imam bukhori telah mencatat seramai 7 orang sahabat nabi yang terkenal dengan hafalan al-Qurannya iaitu dalam riwayatnya:
عن عبد الله بن عمرو بن العاص قال : سمعت رسول الله ص.م يقول : خذوا القرآن من أربعة : من عبد الله بن مسعود و سالم ومعاذ وأبي بن كعب.
ertinya: "diriwayatkan dari 'Abdullah bin 'Amr Al 'Ash bahawa Rasulullah pernah bersabda: "Ambillah Al-Quran dari empat orang, iaitu 'Abdullah bin Mas'ud, Salim, Mu'adz bin Jabal dan Ubay bin Ka'ab"
Wallahualam...
Mari berCinta dengan Allah! ^_^
*Sumber
Abu Nuha Corner
No comments:
Post a Comment