saat ini, aku hanya inginkan satu ketenangan dari segala kekusutan... aku ingin lari, tapi langkah ku berat dan tidak berdaya... disaat diri ini berdialog sendirian, aku terfikir layakkah aku untuk mendapat 'sahabat ukhuwwah fillah' itu? sedangkan hablu minAllah pun kadang-kadang tak terjaga...aku menangis, aku merintih, layakkah aku bernafas di muka bumi ciptaan Allah yang indah ini...
semalam aku bermimpi aku meninggalkan dunia fana ini, ketika rohku dicabut oleh malaikat sakaratul maut, begitu pedih dan sakit...(namun mimpi ini hanyalah mainan tidur)...ketika rohku melayang, aku melihat ayahku mengusung jenazahku dengan wajah yang sedih, kulihat ibuku menangis kerana kehilangan seorang anak perempuannya yang sering rindu padanya, kulihat sahabat2ku terdiam dan menangis, kulihat seseorang, yang bakal memiliki hatiku berwajah sedih dan muram, kulihat awan mendung ketika mana jenazahku diusung...tiba2 air mataku mengalir deras melihat kesedihan mereka, lantas aku terbangun dan hatiku sebak...malam itu, seakan-akan tenang dan jiwaku damai...dan kemudiaannya aku terlelap...
kini, jiwaku kembali tenang...aku bersyukur kerana ALLAH masih lagi memberi aku peluang untuk berbakti padaNya...bernafas di atas muka bumi yang indah ini...ku mohon maghfirahMu ya Rabb kerana tidak tabah menghadapi setiap mehnah dan uijanMu... aku mengakui bahawa Engkau sedang mentarbiyyah aku supaya lebih cekal dan kuat...aku bersyukur kepadaMu kerana Engkau telah menganugerahkan insan2 yang sentiasa membantu dan menyayangiku...kerana Engkaulah ya Al-Khaliq...Engkaulah yang telah menciptakan kami...
Syukur Alhamdulillah...
*Mari berCinta dengan ALLAH...^_^
“Sungguh beruntung orang yang menyucikan jiwanya, dan sungguh merugi orang yang mengotori jiwanya“.(91: 9-10).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
I'm back!
Bismillahirrahmanirrahim. I am so sorry for my 'silence' in this blog. I was fully occupied with commitments & family matters....
-
Mahkamah Syariah boleh dengar kes tuntutan hutang Soalan : SAYA seorang guru, sudah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai tiga anak....
-
KEDUDUKAN DAN PELAKSANAAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MALAYSIA 4.1 PENGENALAN Sebelum 1998, iaitu sebelum pin...
-
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamua'alaikum wbt buat pembaca-pembaca yang dirahmati Allah. Suka untuk penulis kongsikan beberapa doa ...
No comments:
Post a Comment