Di sini bermulanya…
16 Mei 2008, tarikh di mana perlunya banyak pengorbanan daripada seorang bintun keluarga Encik Alleh & Puan Aini untuk mengembara ke ‘dunia luar’ demi mencapai cita-cita yang diimpikannya…
Agak berat hati untuk berpisah dengan keluaga yang tersayang, namun kugagahkan jua kaki ini untuk melangkah.
Ana memilih Universiti Islam Antarabangsa daripada 4 tawaran yang ana dapat. Kenapa ye? Ramai sahabat-sahabat baik ana memilih untuk meneruskan pembelajaran di Sabah. Memang banyak kelebihan belajar di tempat sendiri dan ana tak nafikannya. Bahkan keluarga ana sendiri menginginkan ana untuk belajar di Sabah dan beberapa daripada mereka pada awalnya menghalang ana. Namun, ana inginkan satu perubahan positif dari segi spiritual, fizikal, mental dan pengalaman. Ana ingin keluar dari satu perasaan takut dan bimbang untuk belajar jauh dari keluarga. Ana ingin merasai hidup berdikari sebab selama ni ana tidak pernah berenggang jauh dari keluarga. Sejak sekolah rendah hingga ke menengah, ana tidak pernah tinggal di asrama kecuali ketika ana form 1 di SMKA Tun Datu Mustapha Papar Sabah, ana diwajibkan untuk tinggal di asrama. Tapi ana tak dapat menahan diri dari ‘homesick’, dan masalah –masalah kemudahan di sana. Ana hanya bertahan selama 6 bulan sahaja dan kemudian berpindah ke SMK Benoni Papar Sabah yang berdekatan dengan tempat tinggal hinggalah habis form 5.
Baiklah, kita berhenti dulu cerita tadi tu. Sesampainya ana di Kuala Lumpur, kelihatan kakak yang tersayang dengan abang ipar menunggu ana di LCCT,KL. Ana amat merindui satu-satunya kakak yang ana ada sebab hampir setahun ana tak berjumpa dengannya. Kemudian, kami terus balik ke tempat kediaman mereka di Putrajaya. Subhanallah, besar dan indahnya bangunan di Putrajaya.huhu.
Tanggal 10 Jun 2008, ana mula mendaftar masuk ke CFS IIUM, Nilai, Negeri Sembilan. Subhanallah. Ramai sahabat-sahabat yang mendaftar. Ada yang berasal dari keluarga elit dan ada yang mempunyai background agama yang kuat dan ada gak yang datang dari bandar dan macam-macam lagi lar…sahabat pertama yang ana mula berkenalan adalah ukhti Juma ( sekarang dah jadi roommate ana). Dia sangat peramah orangnya. Kemudian diikuti ukhti Fazreen, ukhti Angah, ukhti Rehan,dan ukhti Imah. Dan yang paling menggembirakan lagi, ana terjumpa sahabat ana dahulu, Ina dari SMKA Tun Datu Mustapha. Dia ambil kos HS(Human Science). Betapa gembiranya ana ketika itu dan ditambah pula apabila ana terjumpa dengan ukhti Azimah ketika perjumpaan GAPS ( persatuan gabungan anak pelajar Sabah). Pertama kali ana berjumpa dengannya ketika temuduga untuk melanjutkan pengajian Diploma Darul Quran Kuala Kubu Bharu Selangor di bahagian JAKIM, Kota Kinabalu Sabah dan takdir menemukan kami di UIA sebagai sahabat baik insyaAllah..Amin..
Setelah menduduki pelbagai ujian iaitu EPT, APT,Computer dan Fardhu Ain untuk penempatan pelajar mengikut level group dan kelas, ana dapat menghabiskan pembelajaran di Pusat Asasi selama setahun setengah ( 3 semester dan 1 short sem untuk b.Arab lvl 3).Alhamdulillah…
Sekarang, ana dah memasuki semester 3, iaitu semester terakhir di Pusat Asasi ne dan kemudian akan melanjutkan ke pengajian ijazah pertama di UIAM, Gombak insyaAllah. Terlalu banyak komitmen dan assignment yang perlu diuruskan selaku pelajar undang-undang Syariah insyaAllah. Namun, kuteguhkan juga niat dan semangat kerana Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang berjihad di jalanNya. Ana berdoa moga kita semua mendapat kejayaan di dunia dan akhirat…Amin
“Sungguh beruntung orang yang menyucikan jiwanya, dan sungguh merugi orang yang mengotori jiwanya“.(91: 9-10).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
I'm back!
Bismillahirrahmanirrahim. I am so sorry for my 'silence' in this blog. I was fully occupied with commitments & family matters....
-
Mahkamah Syariah boleh dengar kes tuntutan hutang Soalan : SAYA seorang guru, sudah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai tiga anak....
-
KEDUDUKAN DAN PELAKSANAAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MALAYSIA 4.1 PENGENALAN Sebelum 1998, iaitu sebelum pin...
-
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamua'alaikum wbt buat pembaca-pembaca yang dirahmati Allah. Suka untuk penulis kongsikan beberapa doa ...
No comments:
Post a Comment