Saturday, July 2, 2011

soal JODOH?


Jodoh..satu agenda yang besar dalam kitaran hidup manusia. Jodoh juga adalah agenda pelengkap untuk kesejahteraan dan tuntutan fitrah manusia normal yang dicipta oleh Allah. Indahnya Islam yang mensyariatkan perkahwinan yakni ikatan dan persetujuan antara dua makhluk, iaitu wanita dan lelaki secara sah di sisi syarak dan undang-undang yang memang secara azalinya saling memerlukan. Tatkala terciptanya Adam arakian juga diciptakan Allah akan Hawa.

Persoalannya apakah cara yang terbaik untuk mendapatkan jodoh? Banyak kita dengar dan belajar dari persekitaran kita dengan mendengar cerita dari ibu bapa,pakcik makcik,adik beradik,sahabat handai tentang kisah pertemuan sebelum menjejakkan kaki ke alam perkahwinan, begitu juga kisah agung dongeng-dongeng dan titipan sejarah cinta yang telah dibukukan malah difilemkan yang menjadi garis panduan malah impian kepada manusia dewasa ini.

Tidak kurang juga dengan kisah-kisah sedih dan pilu yang menjadikan perkahwinan satu institusi yang sangat ditakuti oleh sebilangan lelaki dan wanita Melayu beragama Islam di negara kita ini. Setelah membuat banyak kajian secara peribadi dan juga membaca rujukan carta statistik yang dikeluarkan oleh pihak berwajib, saya mendapati beberapa cara telah wujud bagi masyarakat Melayu Islam negara ini berjumpa dengan jodoh mereka. Saya juga mendapati penduduk Malaysia hari lebih suka mencari pasangan sendiri yang kononnya akan menjamin kebahagiaan berkekalan kerana sudah saling mengenali antara satu sama lain. Ini memang terbukti kerana asas bagi sesebuah perkahwinan adalah persetujuan antara dua pihak. Jadi ini memudahkan urusan pembinaan mahligai syahdu pasangan dan saya secara peribadinya sangat menghormati dan kagum terhadap pasangan sebegini. Dengan jangka masa pengenalan yang agak matang itulah mendewasakan mereka malah mampu memahami pasangan sebaik mungkin.

Tetapi setiap yang pro pasti ada kontranya, itulah adat dunia yang tidak mampu disangkal oleh cerdik pandai dari tempat dan masa mana sekalipun. Kalau pasangan pilihan hati sendiri begitu enak melayari bahtera rumah tangga begitu juga mudahnya pasangan yang terlalu memahami pasangan masing-masing terjebak dalam permasaalahan rumah tangga, yang akhirnya terbukti dengan hanya perceraian. Tidak saya mahu huraikan disini apakah faktornya kerana bukan tujuan coretan tinta ini.

Lain pula perbedaan yang berlaku apabila pasangan bersatu kerana dijodohkan, tapi cara ini dianggap kolot dan tidak praktikal kerana pemikiran masyarakat sekarang mementingkan kebebasan berfikir dan bersuara. Jadi cara ini tidak lagi menjadi pilihan masyarakat kini, kerap kali kita dengar banyaknya kesan negatif akibat penjodohan sebegitu. Tapi lain pula jika saya berbual dan bertanya dengan pakcik-pakcik atau makcik-makcik lewat setengah abad yang majoritinya berkahwin setelah dijodohkan tetapi ternyata bahagia sehingga akhir hayat mereka.
Maka saya sedar bahawa selayaknya kita harus berfikir apakah cara yang paling terbaik untuk diri kita mendapat jodoh hayat.


Sedarkah kita bahawa Allah ta’ala sudah berfirman bahawa ketika mana kita berusia 6 bulan di dalam rahim ibu kita sudah ditetapkan kepada kita 3 perkara yakni persoalan ajal maut,rezeki dan akhir sekali jodoh, maka selayaknya persoalan ini kita sandarkan pada Islam yang sentiasa menjadi pemudah dan pedoman hidup mukmin sejati. Disambung lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang menggariskan 4 perkara utama yang perlu pada pemilihan pasangan hidup iaitu rupanya,hartanya,keturunanya dan agamanya. Maka selayaknya menjadi pilihan utama adalah pasangan yang mencintai agama kerana seseorang mukmin secara langsung akan terserlah sifat soleh dan solehahnya. Dengan itu secara langsung sifat kewanitaanya, kekayaanya, kebijaksanaanya jua akan terserlah sama.


Pada setengah perkara ternyata tidak layak otak kita yang sejengkal ini mahu membuat perkiraan tepat mengenai apatah lagi persoalan qada dan qadar Allah. Kerana semestinya setiap ketetapan Allah adalah yang terbaik, cuma cara penerimaan kita terhadap nikmat dan ujianNya menunjukkan kita menerima semua ketapan itu sebagai baik atau tidak. Pada golongan yang bakal berhadapan dengan situasi ini mahupun yang telah lewat, “jangan takut dan jangan sedih, sesungguhnya Allah bersama kita” dan lagi Allah berfirman “berdoalah kepaku nescaya akan kumakbulkan.”

Jadi apakah alasan kita hanya mengeluh dan hanya menyalahkan takdir dalam pencarian jodoh. Berdoalah dengan konsisten dan ikhlas, dengan asbab (sebab) pasangan tersebut dijodohkan oleh emak bapa, pertemuan dari kawan-kawan, rakan sekuliah malah mungkin melalui jaringan maya (internet). Walaubagaimana cara sekalipun percaya dan yakinlah, pastinya ketapan Allah adalah yang terbaik. Penulis yakin cara yang paling baik dan berkat ialah berdoa kehadrat Ilahi dengan konsisten dan setulus hati agar dikurniakan pasangan yang akan membahagiakan kita dunia dan akhirat,dengan itu serahkanlah 100% keyakinan pada qada dan qadar Allah Ta’ala. Janganlah terlalu terikut-ikut dengan persekitaran umum sekarang yang banyak terpengaruh dengan cara dan etika bangsa barat yang hanya mementingkan kepuasan dan keselesaan nafsu yang tiada noktah.

Tetapi tidak secara totalnya cara tersebut dijadikan sandaran, macam mana caranya sekalipun, tetapkan hati dan tanamlah dengan bisikan amalmu yang ikhlas kerana Allah, paksalah hatimu untuk belajar menjadi ikhlas hati dan budi. Semestinya kita sebagai orang Islam wajib percaya dengan syurga. Sedarkah kita segala kesempurnaan nikmat hanya boleh dirasai di sana? Berapa ramai para sahabat di zaman Rasulullah hidup penuh dengan keaiban, kehinaan dan penderitaan tetapi sekarang terbayangkah kita di mana mereka? Sebahagian besar daripada mereka sekarang berada di sisi Zat yang agung malah dengan kenikmatan yang tidak akan mati, Allahu rabbul jalil.

Begitu juga dengan hal jodoh yang menjadi topik kita kali ini. Kesempurnaan yang hakiki hanya di syurga, berapa banyak Kalam Allah yang menggambarkan janji nikmat olehNya pada manusia yang soleh dan solehah. Jadilah mukmin yang baik nescaya tiada sesal pada kita akhirnya.



Thursday, May 5, 2011

Menguji Sejauh Mana Kesyukuran Kita


Hakikat hidup ini, tidak selalunya indah. Suatu ketika kita berada di atas, dan mungkin suatu hari nanti, nasib kita dibawah pula. Ibarat roda sedang berguling. Begitulah warna warni kehidupan kita.

Sejauh mana pun keindahan dan keperitan hidup, ada sesuatu disebalik kejadianNya iaitu menguji para hambaNya. Adakah kita bersyukur atau tidak dikala susah mahupun senang.

Sungguh senang kita menyebut "syukur" tetapi sukar bagi kita untuk melakukannya. Kesenangan yang diperolehi itu adalah satu ujian buat diri kita. Ia bukan sekadar pemuas hati semata-mata didunia kerana jika kita gagal melakukan amanah kesenangan yang telah diberikan kepada kita, maka dengan kesenangan itu yang membawa kita ke azab seksaan (kelalain kita dengan kesenangan).

Begitu juga dengan kesusahan yang kita hadapi. Ia merupakan satu bentuk ujian selain dari ujian kesenangan. Menguji kita, sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat yang TELAH diberikan dahulu. Samada kita terus menyalahkan takdir atau iman kita semakin meningkat. Apabila manusia didatangi dengan suatu ujian, jika mereka bersyukur dan semakin berpaut dengan rahmat Allah agar dipermudahkan baginya jalan keluar dari liku kehidupan, mereka itulah orang-orang yang telah berjaya melepasi ujian yang diberikan.

Orang yang miskin bukan bermaksud miskin harta di dunia tetapi hati yang dikurniakan harta yang banyak tetapi tidak sesekali mencintai harta di dunia.

Mari nilaikan hati kita, sejauh mana kesyukuran kita pada Nya ketika senang dan susah..Allah tidak melihat pada hasil tetapi Allah melihat usaha kita dan pengorbanan kita dalam setiap ujian.

Friday, April 15, 2011

jiwa halus milik-NYA


Usai maghrib, Mutmainnah mengesat air mata. Betapa deras ia mengalir sementelah hatinya semakin tegang menghitung khilaf yang dilakukan sehari-hari dalam sedar mahupun separa sedar. Bukan dengan Sang Khaliq sahaja, bahkan dengan ciptaannya juga. Bukan dia tidak pernah menyesal suatu ketika dulu. Dia pernah! Tetapi, dia tersungkur lagi.


Air jernih berjuraian menelusuri pipi dan dibiarkannya sahaja. Perempuan dan air mata ibarat sahabat sejati. Wudhu' itu ikatannya. Itu kata ibu Mutmainnah. Lantas, Mushaf ‘Uthmani digapainya. Sudah seminggu dia tidak menyentuh kitab suci itu lantaran telah dilarang oleh Allah kepada kaum hawa agar tidak menyentuh dan membaca kalam itu untuk tempoh-tempoh tertentu.


Walaupun pada hakikatnya, teman-temannya sering mengingatkan, jangan lupa zikir itu masih ada. Setiap langkah kamu ke dewan kuliah, pulang ke bilik, mahu ke mana-mana sahaja, lidah kamu masih tidak dihijabkan untuk menyebut nama-Nya, dan memuji keagungan-Nya.


Mutmainnah akui itu semua tapi tatkala bibir mula bergerak-gerak, pasti syaitan mula memadam ingatan dan mengalihkan pandangannya.


"Mutmainnah, cuba lihat sana! Baiknya lelaki tu kan? Jalan tak pandang perempuan pun.”

“Mutmainnah, tak payah la terkumat-kamit macam tu..Nanti orang ingat kamu sewel pula."

“Mutmainnah…ini...”
"Mutmainnah…itu.."


"Aku memohon ampun darimu ya Allah!" Mukanya diraup entah buat keberapa kali. Jutaan penyesalan dilontarkan untuk mendambakan keampunan Tuannya.


Tenang, diam, dan dengan perlahan-lahan dia menyelak halaman yang ditanda minggu lepas.


Ayat 125 dari surah Al-An’aam dibacanya dengan tartil, kemudian disambung pula dengan ayat 126. Dia berhenti seketika, bagaikan ada magnet yang menariknya untuk mentadabbur ayat tersebut. Terjemahan dibuka dan diteliti maknanya.


Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman. Dan inilah jalan Tuhanmu; (jalan) yang lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat (Kami) kepada orang-orang yang mengambil pelajaran. [Surah Al-An’aam]


Air matanya lebat lagi. Tanda kesyukuran kerana tatkala bergelumang dengan karat-karat dunia, dia masih layak untuk dipimpin bagi menerima taufiq-Nya. Dia tidak memandang ke belakang lagi. Terasa dahaga dan lapar! Dengan rakus dia menyantap hidayah Allah yang mencurah-curah jatuh seolah-olah cuba untuk menyucikan hatinya yang sering berbolak-balik itu.


"Kalau benar aku sentiasa mohon untuk berlindung dengan Allah dari syaitan, kenapalah aku masih terdorong untuk menghampiri lereng-lereng dosa ni?" Mutmainnah berfikir lagi selepas menamatkan bacaannya pada malam itu. Mushaf biru itu disimpan kembali ke tempat asal. Dengan seragam putih yang masih tersarung, dia ingin mengisi malam-malam bercahaya itu dengan muhasabah.


*************************


Dia teringat kembali buku yang pernah dibacanya suatu ketika dulu yang bertajuk; 'Personaliti Wanita Yang Disayangi Allah & Rasul’. Buku itulah yang menjadi hadiah hari lahirnya yang ke-22 oleh kakaknya, Mardhiyah.


Wanita itu banyaknya nafsu 90 peratus manakala akalnya 10 peratus sahaja. Tetapi berbeda bagi sang laki-laki, 90 peratus itu akalnya, tetapi nafsunya 10 peratus sahaja.


Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. [Surah An-Nisaa’: 32]


Maka beruntunglah bagi si wanita kerana telah dianugerahkan sang laki-laki sebagai pemimpinnya, kerana sang laki-laki itu banyak akalnya yang mampu mendidik dan menunduk nafsu si wanita tersebut.


"Eh..betul ke wanita ada banyak nafsu. Aku tengok zaman sekarang lelaki yang berlebihan nafsunya dari wanita." Desas hati kecilnya ketika itu.


***************************


Lantas, malam khamis 3 minggu lalu yang menjadi kebiasaan untuk Mutmainnah dan akhawat lain untuk menerima tarbiah dari naqibah mereka tidak dipersia-siakannya.


"Kak Aishah, kenapa Allah bagi kaum kita ni banyak nafsu?"


"Oh..kaya la kita ada banyak nafsu..hehe." Kak Aishah cuba berseloroh memulakan muqaddimah.


"Ala akak ni...takkan nak bergelar jutawan nafsu pulak, mentang-mentang baru balik Seminar Pengurusan Kewangan dan Keusahawanan minggu lepas ye..." Mutmainnah sengaja menyakat naqibahnya itu kembali.


Seronok. Antara mereka tiada jurang. Walaupun bergelar seorang naqibah yang sudah berkahwin dan berkerjaya pula sebagai seorang jurutera, Kak Aishah tidak pernah meletakkan jurang yang tinggi antara dia dan mad'unya. Uslub tarbiyah yang menarik barangkali.


"Begini Ina, sebenarnya dalam dunia ni, nafsu ada 7 peringkat, dan bukan semua nafsu yang Allah cipta itu tak elok." Kak Aishah menarik nafas panjang.


"Nafsu pertama ialah Ammarah iaitu bagi mereka yang sentiasa menghampiri maksiat, terlalu gembira bila mendapat nikmat, dan terus berputus asa bila diuji. Mereka tak sedih dan tak akan menyesal jika berada di dalam maksiat dan kejahatan."


"Contohnya kak?"


"Contohnya? Emm, macam ni... Seorang wanita yang mengaku sebagai seorang yang beragama Islam tetapi bangga apabila tidak menutup aurat. Dia tahu hukum menutup aurat itu wajib tetapi tidak pernah berasa berdosa bila tidak memakai tudung atau apabila memakai pakaian jarang..."


"Yang kedua, nafsu Lawwamah iaitu bagi mereka yang kadang-kadang terjebak dengan dosa tetapi sering menyesal dengan perbuatannya itu. Dia sentiasa berusaha untuk berubah tapi kadang-kadang tidak dapat mengelak godaan syaitan. Kadang-kadang, manusia bernafsu Lawwamah ni akan terdetik di dalam hati mereka untuk berasa riya’ bila melakukan sesuatu kebaikan."


"Kak, macam mana nak elak nafsu Lawwamah ni ye?"


"Mujahadatunnafs! Jihad melawan nafsu. Sebenarnya, nafsu jahat dan iman sering berlumba-lumba untuk memenangi kita. Kita manusia, siap berakal lagi! Maka, pergunakanlah akal pemberian Allah ini dengan cara yang paling waras."


"Thanks kak…ok, sila sambung lagi. Hehe..."


"Ye baik cik adik. Nafsu ketiga ialah Mulhimah. Peringkat ini boleh dicapai bila manusia tu dapat melawan nafsu Lawwamahnya dengan bersungguh-sungguh untuk menyucikan hati. Biasanya, mereka ini memiliki sifat takut, syukur dan bertawakkal kepada Allah yang sebenar-benar, bukan hanya enak melafazkan kalimah syukur dan tawakkal di mulut sahaja. Taubat mereka pun merupakan sebenar-benar taubat. Bukan on off macam tu je."


Martabat seterusnya ialah nafsu Mutmainnah iaitu peringkat nafsu yang pertama yang diredhai Allah swt dan layak memasuki syurga-Nya."


Kak Aishah berhenti seketika untuk mengambil nafas barangkali, fikir Mutmainnah yang masih tersengih-sengih tatkala namanya disebut sebagai salah satu peringkat nafsu yang layak ke syurga.


"Orang yang memiliki nafsu Mutmainnah ni memiliki sifat pemurah yang amat sangat. Wang di tangan mereka tak pernah lekat kerana kerapnya bersedekah. Mereka juga kuat beribadah dan memiliki taqwa yang sebenar iaitu takut dan harap."


***************************


Oh...sesungguhnya nama tak dapat mewarisi peringkat nafsu! Mutmainnah hanya mampu mendengus di dalam hati. Dia masih ingat lagi kisah 'Takut & Harap Saidina Umar' yang mana bila ditanyakan oleh Rasulullah SAW.


"Hai Umar, apa yang kamu maksudkan dengan taqwa?"


Jawab Umar; "takut & harap, iaitu aku takut jika semua manusia layak ke syurga kecuali aku dan andaikata jika seorang saja manusia yang layak ke syurga, aku berharap itulah aku."


"Ok..nak sambung lagi ke?" Kak Aishah memecahkan kesunyian yang menyelubungi mereka sebentar tadi.


"Nak, nak..." Nusaibah, sahabat mereka dari Baling, Kedah cepat-cepat menjawab. Fuh, bersemangat.


"Seterusnya ialah nafsu Radhiah. Mereka yang berjaya sampai ke peringkat nafsu ini mempunyai hubungan dengan Allah yang dekat. Mereka mengenali zat-zat Allah dengan kenal yang sebenar-benarnya. Yang paling hebat, mereka tidak pernah takut akan bala dan tidak tahu gembira pada nikmat, yang mereka kenali ialah keampunan dan redha Allah sahaja."


"Oh...ini macam tahap wali-wali Allah la ni ye kak?"


"Yup..selain itu wali-wali Allah ini dianugerahkan dengan kelebihan memiliki firasat yang tinggi.” Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya; Takutilah akan firasat orang mukmin, sesungguhnya mereka melihat dengan nur(petunjuk) Allah SWT. [Riwayat At-Tarmizi]


"Oh...macam tu rupanya." sampuk Anisa, teman sehalaqah mereka juga.


"Ok..akak sambung sikit lagi ye. Dua saja lagi, akak cuba ringkaskan. Yang keenam ialah nafsu Mardhiyah, iaitu orang yang memiliki peringkat nafsu ini mempunyai hati dan jiwa yang benar-benar sebati dengan Allah SWT dan yang paling best, setiap perbuatan mereka pasti telah diredhai Allah. Best kan?"


"Ha'ah...seronoknya kalau setiap amal kita confirm and confidence je Allah redha."


"Conclusion, buat yang Allah suruh, tinggal yang Allah larang! Seronok je akak cakap macam ni kan? Payah nak buat tu dik, payah! Sebab tu la, kita diberi peluang untuk istighfar. Leka dan terus memohon ampun. It is the best formula!"


"Dan yang last ialah nafsu Kamilah, peringkat yang hanya mampu diperoleh oleh para rasul, para nabi dan wali Allah. Betapa hebatnya mereka, setiap detik amal di dalam kehidupan mereka hanya Allah tujuannya. Tiada dunia dan segala isinya. Subhanallah!"


"Fuh..semput akak nak habiskan semua peringkat nafsu tu. Ok, semua dapat dan faham?"


"Dapat kak..." jawab mereka serentak.


"Ha..good girls! Sekarang, akak nak korang semua nilai balik nafsu korang semua kat peringkat mana. Muhasabah itu mesti! Ingat, penciptaan nafsu oleh Allah SWT itu cantik. Ada nafsu yang baik dan jahat. So, tak boleh nak pertikaikan lagi kenapa wanita tu ada banyak nafsu sebab kalau dia pandai menundukkan nafsunya, insyaAllah akal dan nafsu tu akan berjalan seiring."


Lagi satu, walaupun nafsu yang baik tu macam payah je kita nak dapat, tapi kita tak boleh putus asa. Contohnya, kalau Ina nak dapatkan peringkat nafsu Mutmainnah tu, kena jihad lebih la ye sayang..."


“Err...hehe. InsyaAllah kak!” Tersengih-sengih Mutmainnah. Macam tahu-tahu je aku tengah terfikir tentang tahap nafsu tu.


Kata-kata itu masih terngiang-ngiang sampai malam ini. Ya, mungkin aku terlalu mengikut nafsu yang kurang baik menyebabkan aku terjebak untuk melakukan dosa-dosa kepada Allah. Mungkin bagi mereka di luar sana, khilaf yang dilakukannya itu sekadar dosa-dosa kecil yang boleh diampunkan Allah bila-bila masa. Tetapi tidak bagi Mutmainnah, selagi mana tindakannya itu bakal menghantar kakinya untuk selangkah ke neraka, dia tidak tega untuk terus berasa bersalah!


Alhamdulillah, jiwa aku makin damai sekarang. Aku tahu Allah sayang pada aku. Moga hijrah aku kali ini lebih bererti. Aku yakin dengan izin Allah! Mutmainnah sudah mampu tersenyum. Malam 10 Muharam 1432 hijrah ini amat bermakna baginya. Dia telah menemui erti hijrah yang sebenar-benarnya. Esok, hari assyura. InsyaAllah, dia akan berpuasa sebagaimana disunatkan berpuasa.


Sabda Rasulullah SAW:
Puasa 'Asyura akan menghapuskan dosa setahun yang lalu. [Riwayat Imam Muslim]


Moga Allah terima taubat hamba-hamba yang suka meminta-minta tapi tidak pernah lupa untuk bersyukur pada-Nya!


- Artikel iluvislam.com

waktu yang tinggal


Sepi meruntun jiwa-jiwa hampa
malam berlalu tanpa pengabdian hamba
terbuka pintu langit, berakhir sia-sia
sayap malam pergi mengibas alpa.


Siangmu sibuk mencari harta
cintamu mabuk pada dunia
sujud terlepas, kewajipan hancur
harta takkan dibawa ke kubur.


Waktu yang tinggal, himpunkan bekal
bila daunmu gugur, ada yang tinggal
ajal maut tak kenal usia dan darjat
kelmarin sihat, sekarang diangkat.


Tatkala zaqqum disuguhkan ke lapar
hancurlah isi dan kulit menggelepar
tubuh luluh, roh menggeletar
mana mungkin ada maut mengejar.


Bahang membangkit panas membukit
minuman diteguk menambah sakit
dahaga tak mungkin akan menghilang
sampai kapan dicarik dan diganyang?

Tuesday, March 8, 2011

Rasulullah Menangis di Padang Mahsyar



Daripada Abbas r.a Rasulullah s.a.w bersabda: "Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad s.a.w. Jibril a.s akan datang kepadanya membawa seekor Buraq. Israfil datang membawa bendera dan mahkota. Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga.
Israfil bersuara: "Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik. Maka kubur mula terbongkar. Pada seruan yang kedua pula, ketika Rasulullah berdiri, baginda s.a.w telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda s.a.w. Baginda s.a.w melihat kanan dan kiri, tiada lagi bangunan. Baginda s.a.w menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Baginda s.a.w bersabda: "Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!"
Jibril a.s. berkata: "Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?"
Baginda s.a.w bersabda: " Bukan seperti itu pertanyaanku."
Jibril a.s. berkata: " Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?"
Baginda s.a.w bersabda: " Bukan seperti itu pertanyaanku."
Baginda s.a.w bersabda: " Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?"
Baginda s.a.w bersabda: " Nesacaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku."
Jibril a.s menyeru: "Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan olah Allah taala."
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad s.a.w berjumpa satu umat, baginda s.a.w akan bertanya: " Di mana umatku?"
Jibril a.s berkata: " Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir."
Apabila Nabi Isa a.s datang, Jibril a.s menyeru: "Tempatmu!" Maka Nabi Isa a.s dan Jibril a.s menangis.
Nabi Muhammad s.a.w berkata: " Mengapa kamu berdua menangis?"
Jibril a.s berkata: "Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?"
Nabi Muhammad bertanya: "Di mana umatku?"
Jibril a.s berkata: "Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan."
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad s.a.w menangis lalu bertanya: "Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?"
Jibril a.s berkata: "Lihatlah mereka wahai Muhammad s.a.w!"
Nabi Muhammad s.a.w bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: " Wahai Muhammad!"
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Wahai umatku." Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.
Allah taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: "Di mana umat Muhammad s.a.w?"
Jibril a.s berkata: "Mereka adalah sebaik umat."
Allah taala berfirman: "Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad s.a.w bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu."
Jibril a.s kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah taala."
Nabi Muhammad s.a.w berpaling ke arah umatnya lalu berkata: 'Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah taala."
Allah taala berfirman: "Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu."
Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad s.a.w menyeru: 'Tuhanku... Penguasaku Penghuluku..! Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dari-Mu!"
Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: "Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?"
Neraka pula berseru: "Wahai Tuhanku...Penguasaku Penghuluku..! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak sabar dengan penyeksaan."
Nabi Muhammad s.a.w lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dari pipinya. Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya.
Mereka berkata: "Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah taala ini begitu mengambil berat hal keadaan umatnya."
Fatimah r.a bertanya; "Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?"
Baginda s.a.w menjawab: " Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku."
Tatkala umat Nabi Muhammad sedang mencari mimbar Nabi Muhammad untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat, Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk. Ketka Mariam melihat umat Nabi Muhammad s.a.w, dia berkata: " Ini umat Nabi Muhammad s.a.w. Mereka telah sesat dari Nabi mereka. Suara Mariam telah didengari Nabi Muhammad s.a.w.
Nabi Adam a.s berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w: "Ini umatmu wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah taala.
Nabi Muhammad menjerit dari atas mimbar lalu bersabd: "Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah taala untukmu!"
Umat Nabi Muhammad s.a.w berkumpul di sisinya.
Ketika di atas sirat, Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepaba malaikat Malik: "Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar melihatmu."
Nabi Muhammad s.a.w berhenti di atas sirat. Setiap kali baginda s.a.w melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda s.a.w akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.
Nabi Muhammad s.a.w berkata: "Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!"


Renungan Bersama

Apabila baginda menjadi manusia pertama yang dibangunkan juga, yang diingati adalah umatnya.
Apabila di Padang Masyar, semua sibuk dengan urusan sendiri, hatta orang yang paling kita sayangi; ibu, bapa, sahabat, dan sesiapa saja.
Tetapi hanya baginda saja yang sibuk mengambil tahu tentang kita.
Agak-agaknya kita bagaimana?
Wahai diri, bersyukurlah bahawa kitalah umatnya. Buat renungan bagi diri ini yang selalu alpa.

Monday, March 7, 2011

Non-Muslims cannot become Syariah Lawyers, Court hears

KUALA LUMPUR, March 4 (Bernama) -- The High Court here was today told that non-Muslims cannot become syariah lawyers as this could create confusion among Muslims.

Lawyer Sulaiman Abdullah, who is representing the Federal Territory Islamic Religious Council (MAIWP), said the National Fatwa Council (NFC) at its meeting on Dec 15 last year ruled that for a person to become a syariah lawyer, the person must have mastered the Quran and Hadith and make Prophet Muhammad their role model.

"Syariah lawyers must also be proficient in Arabic and Islamic jurisprudence which must be based on faith to Allah so that they can discharge their responsibilities according the Islamic perspective.

"As such, to protect the sanctity of Islam, the NFC decided that non-Muslims cannot be allowed to be appointed as syariah lawyers," he said in his submission in the judicial review application filed by Victoria Jayaseele Martin, who is challenging the requirement that only a Muslim can practise as a syariah lawyer in syariah courts in the Federal Territory of Kuala Lumpur.

Sulaiman further submitted that the overriding interests of Muslims was more important than the interest of an individual in this matter.

"Also based on existing legal provisions, if a non-Muslim who is allowed to practice as a syariah lawyer is later found to have been in breach of ethics or other procedures related to the syariah courts, no action can be taken because non-Muslims do not come under the jurisdiction of syariah courts," he said.

However, lawyer Ranjit Singh, who is representing Victoria, argued that his client was qualified in Islamic law and had obtained a diploma in Syariah Law and Practice from the International Islamic University, Malaysia in 2004.

He added that it was not stated in the Federal Constitution that non-Muslims cannot become syariah lawyers and only Muslims can.

Judge Datuk Rohana Yusuf set March 17 to deliver her decision.

In her judicial review application which was filed on May 19 last year, Victoria, 49, sought a certiorari (formal) order to compel MAIWP to allow her to practice as a syariah lawyer in the Federal Territory of Kuala Lumpur.

She also wants the court the issue a declaration that Order 10 of the Syariah Lawyers Regulations 1993 which only allows Muslims to be accepted as syariah lawyers, to be ultra-vires Articles 5, 8 and 10 of the Federal Constitution.

This is the first case of its kind in the country.

I'm back!

Bismillahirrahmanirrahim. I am so sorry for my 'silence' in this blog. I was fully occupied with commitments & family matters....