Sunday, June 13, 2010

25 Ways To Be Happy!!!



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Let us learn the 25 aspects of making ourselves happy from the Sunnah of our Dear Prophet(SAW)...

~sharing is caring~



THE POLISH 2 REMOVE THE DIRT FROM OUR HEARTS IS THE "REMEMBRANCE OF OUR CREATOR".MAY ALLAH OPEN HIS EYES IN OUR HEARTS(aamin thumma aamin).

Friday, June 11, 2010

perjuanganku ~20 tahun~


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Sempena bakal ulangtahun umurku yg ke-20, inginku melakarkan 1 motivasi dan peringatan, sebagai muhasabah bt diriku yang serba lemah dan dhaif dihadapan Rabbul 'Alamiin. ingin ana berkongsi apa yg selama ini ana fikirkan...

MATI


itulah peringatan bt diriku yg sering lupa. baru2 ini ana dikejutkan dengan khabar angin bahawa sahabat sabahan ana meninggal dunia pd hari jumaat yang lalu. ana terkejut dan seakan-akan tidak percaya sehinggakan ana meminta kepastian daripada sahabat baiknya. namun, khabar itu masih lagi bermain d dalam benak fikiran kami. saat itu, barulah ana tersedar dari lamunan yg panjang, mimpi yg tidak sudah, mengangankan hidup panjang dan bahagia. ana berasa sangat takut. Malaikat sakaratul maut sedang bersiap sedia menjalankan tugasnya. Rupa2nya, ALLAH masih lagi memberi sahabat sabahan ini peluang untuk menambah amalan dan menjalankan tugasnya sebagai 'abid dan khalifah di dunia fana ini. Khabar itu hanyalah palsu. Alhamdulillah. Kemudian, ana disedarkan sebenarnya disebalik khabar itu, ada saudara Islam yang mati berjihad di jalan dakwah, mirip muka sahabat sabahan ana itu. subhanallah, akh fil Islam itu meninggal dunia, tetapi di dalam perjalanan hidupnya, dakwah adalah misinya. Alangkah bertuahnya akh tersebut! semoga Allah merahmati kehidupan arwah dan ditempatkan bersama orang2 yg Soleh...Amiin...

sahabat2ku,

Apabila kematian menimpa sahabat atau orang sekeliling kita, kita akan tersedar sejenak dan ia memberi kesedaran kepada kita bahawa dunia ini hanyalah sementara. Semakin kita kejar, semakin itulah dunia melarikan dari kita. Akhiratlah yang abadi. Malangnya, sejauh mana kesedaran kita? lantas kita hanyut terleka kembali dengan dunia....



Tersebut di dalam Unbar (Hadis) lima perkara racun yang membunuh dan lima perkara penawar sebagai ubatnya:
  1. Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya.
  2. Harta itu racunnya dan zakat itu ubatnya.
  3. Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
  4. Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.
  5. Seluruh tahun itu racunnya dan Ramadan itu ubatnya.

Sabda Nabi S.A.W.:
Akan datang kasih mereka lima perkara dan lupa mereka lima perkara:
  1. Kasih mereka kepada hidup — lupa mereka kepada mati.
  2. Kasih mereka kepada harta — lupa mereka kepada hisab.
  3. Kasih mereka kepada mahligai — lupa mereka kepada kubur.
  4. Kasih mereka kepada dunia — lupa mereka kepada akhirat.
  5. Kasih mereka kepada makhluk — lupa mereka kepada Allah.

Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada lima bahagian.
  1. hartanya untuk warisnya.
  2. nyawanya untuk Malaikal Maut.
  3. dagingnya untuk ulat-ulat.
  4. tulangnya untuk tanah.
  5. amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianayainya. ,

Apabila bercerailah nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit tiga kali:
  1. Hai anak Adam, adakah engkau tinggal dunia atau dunia tinggalkan engkau?
  2. Hai anak Adam, adakah engkau himpun dunia atau dunia himpunkan engkau?
  3. Hai anak Adam, adakah engkau bunuh dunia atau dunia bunuhkan engkau?

Apabila dihantar ke tempat mandi berserulah suara dari langit tiga kali:

  1. Hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat mengapa jadi lemah?
  2. Hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang petah bercakap mengapa diam?
  3. hai anak adam di manakah kekasih engkau mengapakah jadi mulia rakan engkau?

Apabila dibawa ke atas kain kapan maka menyerJah suara dari langit tiga kali:

  1. Hai anak Adam, engkau berjalan kepada perjalanan yang jauh dengan tidak berbekal?
  2. Hai anak Adam, engkau keluar dari rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya?
  3. Hai anak Adam, engkau tinggal segala kenderaan maka tiada engkau kenderai selama-lamanya? dan engkau berpindah kepada negeri yang huru hara!

Apabila mayat dibawa di atas perusung (keranda) maka menyerulah suara dari langit tiga kali:

  1. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat.
  2. Hai anak Adam amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amal mu baik.
  3. Hai anak Adam amat beruntuglah (bahagialah) kamu jika sahabat mu dalam keredaan Allah — dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabat mu orang yang dimurkai Allah.

Apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit tiga kali:

  1. Wahai anak Adam segala amal mu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat.
  2. Wahai anak Adam, jika amal mu itu baik kamu akan lihat baik.
  3. Wahai anak Adam, jika amal mu itu buruk maka kamu kan lihat buruk.

Imam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa bumi setiap hari berkata:
  1. Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas ku, kamu akan kembali ke dalam perut ku (kubur).
  2. Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atas ku, dan kamu akan disiksa di dalam perut ku (kubur).
  3. Kamu bergurau di atas ku, dan kamu akan menangis di dalam perut ku (kubur).

Wallahualam…”sesungguhnya mati itu pasti”

muhasabah bt diri...

"selama kita hidup dan masih diberi kesempatan untuk bernafas di atas muka bumi ini, sejauh manakah perjuangan kita??? apakah kebahagiaan yg dicari sebenarnya???"
......................

*Mari berCinta dengan ALLAH Ta'ala... ^_^

Wednesday, June 9, 2010

Kami Bantah JUDI!


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selepas satu masalah , datang lagi satu masalah . Inilah tradisi kerajaan hari ini yang tidak habis-habis membuat sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak yang berkuasa . Dalam sidang media pada baru-baru ini , Timbalan Menteri Kewangan , Dato Awang Adek Hussein berkata , kerajaan akan mempertimbangkan kelulusan lesen perjudian sempena Piada Dunia 2010 yang bakal mendatang .

kemudian, terbaca 1 keratan akhbar...

KUALA LUMPUR : Kenyataan bahawa pemberian lesen judi masih belum dimuktamadkan oleh kerajaan atas alasan mahu mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak merupakan kejayaan pertama kempen anti-lesen judi menurut Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ).

GMJ melalui setiausahanya Suhaizan Kaiat berkata, ‘tindak balas rakyat’ melalui ceramah, demontrasi, penyerahan memorandum dan halangan daripada kerajaan Pakatan Rakyat memberikan isyarat penentangan yang jelas daripada rakyat.

“Sebenarnya tekanan rakyat ini telah berjaya menghalang pihak kerajaan memberi kebenaran kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd menjalankan operasi judi sukan semasa kejohanan bola sepak piala dunia yang akan berlansung pada 11 Jun 2010.

“Ini merupakan kejayaan 50 peratus rakyat Malaysia untuk memansuhkan judi sukan. Tahniah rakyat Malaysia !” katanya yang juga ketua penerangan Pemuda PAS.

Terdahulu, dalam satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Kementerian Kewangan berkata, kerajaan belum belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma-terma pelesenan dengan syarikat Ascot Sports bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di malaysia.

Menurut kenyataan itu lagi kerajaan masih mendapatkan maklum balas/pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen.

Dalam satu kenyataan dipetik media, Suhaizan berkata, separuh lagi kejayaan itu akan tercapai sekiranya rakyat turun beramai-ramai dalam demontrasi besar mereka di Istana Negara pada 3 Julai depan.

“Tekanan ini perlu dipertingkatkan bagi mempastikan pecutan terakhir ini berjaya memansuhkan judi sukan yang boleh membawa kesan buruk khususnya kepada anak-anak muda di negara ini.”

Sementara itu, Suhaizan juga berkata pihaknya bersedia pada bila-bila masa menyahut seruan kerajaan untuk memberikan pandangan kepada kerajaan bagi membenteras perjudian tanpa lesen di negara ini.

“Bagaimanapun bukanlah pendekatan yang bijak bagi sebuah kerajaan yang kononya sebuah negara Islam meluluskan judi sukan yang bertentangan dengan semua agama di dunia ini,” katanya lagi.-EraPakatan


Alhamdulillah, Itulah refleksi ana atas keprihatinan rakyat ttg masalah umat akhir zaman ini...tetapi, itu bukan menjadi point utama untuk kita pandang sebelah mata. boleh jadi lesen judi HARAM ini akan d luluskan jika kita tidak menentang perjudian ini 100%...suka ana memetik satu suara drpd Pro Mahasiswa IIUM

"Pendirian mahasiswa adalah membantah secara keras tindakan kerajaan ini. Jika kerajaan masih ingin meneruskan hasrat menghalalkan judi tersebut, maka mahasiswa akan turun ke jalanan bersama rakyat membantah tindakan tersebut" - Mahasiswakini

Kerajaan sewajarnya bertindak melawan habis-habisan aktiviti perjudian di negara ini bukannya dengan memberi lesen . Hal ini juga sangat mendukacitakan masyarakat kerana judi bukan sahaja haram di sisi agama Islam , bahkan ia jelas sangat merugikan masyarakat .



Wallahua'alam..

Tuesday, June 1, 2010

La Tahzan: Jadilah Wanita yang Paling Bahagia


Kita selalu ungkapkan perkataan “Jangan Bersedih” pada kawan-kawan yang ditimpa musibah…tapi kadang-kadang bila kita sendiri yang alami perkara macam tu apakah kita akan bersabar dengan dugaan tersebut. Kenapa mesti bersedih, bukankah rahmat Allah tu luas…sekali gagal tak bermakna selamanya tak leh nak berjaya…kita ni hanyalah hamba yg Dhai’f.

Jangan Bersedih
Cinta Rasulullah Menjamin Kebahagiaan
Jangan Bersedih
Redha Dengan Anugerah Allah Membuat
Anda Terkaya di Dunia
Jangan Bersedih
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima
Taubat serta Rahmatnya Maha Luas
Jangan Bersedih
Semata-mata Kerana Anda Berbeza dengan orang lain
Jangan Bersedih
Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan @ Dizalimi
Jangan Bersedih
Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan
Jangan Bersedih
Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira
Jangan Bersedih
Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah
Jangan Bersedih
Allah Tidak kan Mensiakan Pengorbananmu
Jangan Bersedih
Dunia ini Terlalu Hina Untuk Ditangisi


sahabat2 kesayangan,

Allah memujuk dan menjawab setiap persoalan kita dengan ayat2 Kalamullah yang indah...

Kita bertanya : Kenapa aku diuji?

Al-Quran menjawab :

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja berkata, "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji,"? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
Surah Al-Ankabut, ayat 2-3


Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Al-Quran menjawab :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,"
Surah Al-Baqarah, ayat 216


Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?

Al-Quran menjawab :

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Surah Al-Baqarah, ayat 286


Kita bertanya : Kenapa rasa kecewa?

Al-Quran menjawab :

"Janganlah kamu bersifat lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
Surah Al-Imran, ayat 139


Kita bertanya : Apa yang harus aku lakukan?

Al-Quran menjawab :

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebaikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
Surah Ali-Imran, ayat 200

Kita bertanya : Bagaimanakah harus aku menghadapinya?

Al-Quran menjawab :

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat, kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
Surah Al-Baqarah, ayat 45


Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?

Al-Quran menjawab :

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal."
Surah At-Taubah, ayat 129


Kita bertanya : Kenapa aku tidak dapat bertahan?

Al-Quran menjawab :

"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
Surah Yusuf, ayat 87


Kita bertanya : Apa yang aku dapat daripada semua ini?

Al-Quran menjawab :

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka.."
Surah At-Taubah, ayat 111


~Esok Akan Merekah Bunga Yang HArum Baunya Mengusir Segala Kesedihan Dan Menjadi Penghibur Hati..~

*Mari berCinta dengan Allah! ^_^

Jangan Bersedih:Yang Lalu Biarlah Berlalu


Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan satu tindakan yang bodoh dan gila. Itu sama ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan seadanya.

Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tak akan dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara, dan mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar melihat cahaya. Kerana bagaimanapun, pelbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.

Dengan demikian, tiada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali kerana ianya memang sudah tiada.

Janganlah anda hidup di dalam mimpi-mimpi buruk masa lalu, atau di bawah bayang-bayang kesedihan masa lalu. Angkatlah diri anda dari fantasi tersebut! Apakah anda menginginkan pelbagai musibah dan pengorbanan tersebut berulang kali?! Apakah anda mengharapkan matahari kembali ke tempat asalnya, bayi kembali ke perut ibunya, air susu kembali ke payudara ibu dan air mata ke dalam kelopak mata, padahal semuanya akan mengalirkan kembali airmata anda?

Dengan kembali ke masa lalu, bererti anda akan merasakan kembali keresahan. Masa lalu tak ubahnya seperti api yang terus membakar dan melelmparkan diri ke masa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yang sangat menyedihkan, sekaligus menakutkan.

Membuka kembali lembaran masa lalu hanya merosakkan suasana yang ada dan menyia-nyiakan perjuangan yang selama ini sudah dilakukan. Allah SWT telah mengingatkan kita dengan umat pada masa lalu serta apa yang telah mereka perbuat :

تِلْكَ أُمَّةٌ قَدْ خَلَتْ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَلَكُمْ مَا كَسَبْتُمْ وَلاَ تُسْأَلُونَ عَمَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ
"Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan"(Al-Baqarah : 134)

Semuanya telah berlalu dan tidak akan berulang kembali. Dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada zaman itu.

Orang yang berusaha kembali ke masa lalu adalah tak ubah seperti orang yang menggiling tepung, padahal dirinya sendiri tergiling di dalamnya. Dalam sebuah riwayat diceritakan, bahawa terdapat segolongan orang yang mengerti bahasa binatang. Orang tersebut bertanya kepada keldai :

"Mengapa engkau tidak mahu merenungi apa yang telah berlalu"

Keldai itu menjawab, "Kerana aku tidak suka kebohongan".

Bencana dapat menimpa apabila kita lemah menghadapi masa kini dan menyibukkan diri dengan masa lalu. Kita menyia-nyiakan keindahan istana yang kita miliki dan mempetaruhkan semuanya demi sebuah penampilan masa lalu yang telah usang. Padahal seandainya seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yang telah berlalu, nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya, kerana pada dasarnya semua itu mustahil.

Manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang kerana angin akan tetap berhembus ke depan, air mengalir ke depan, setiap khalifah berjalan ke depan. Oleh itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan.

sumber : buku La Tahzan

~Esok Akan Merekah Bunga Yang HArum Baunya Mengusir Segala Kesedihan Dan Menjadi Penghibur Hati..~

Sunday, May 30, 2010

Besarnya cintaMu padaku



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Salam ukhuwwah buat sahabat sohabiah yang diredhai Allah Ta'ala.


sahabat akhawat sekalian, ikhlas di hati ini untuk berkongsi satu kisah benar dari seorng hamba ALLAH yg bertaubat dari kejahilannya dahulu...Allah telah memberinya hidayah dan menyayangi dia. Allah tidak ingin melihat dia jauh dariNya...cinta Ilahi, itulah yang sepatutnya kita cari duhai sahabat. bukannya cinta sang adam, hanya datang ketika dia memerlukan. sedarlah al fatat, si dia itu belum pasti lagi menjadi bakal pemimpin bahtera bahagia menuju syurga hakiki.mari kita sama2 ambil iktibar dari kisah ini...


"Saat ini aku cuba menutup mata…cuba untuk mengusir kekacauan hati yang sedang bermain emosi…cuba untuk melupakan kejadian dahulu…namun hatiku terus berdarah…pedihnya hati saat mendapat tahu kasih yang selama ini dipuja-puja mula beralih arah… Arrgghhh….!Masih terbayang lagi saat pertama bermain mata, mengutus sms siang dan petang, malam ke tengah malam dan perhubungan bermula…semuanya nampak indah…duit poket habis untuk mengisi topup…sms berbunga-bunga…sayang-ayang, abi-ummi, adik-abang jadi ganti nama…hujung minggu janji keluar sama2…masa tu lupa dah dosa pahala…seolah-olah dunia kami yang punya… nasihat kawan ditolak ke tepi…ok apa yang penting tak terlanjur lagi…Tiba-tiba aku rasa malu sangat…rasa macam rendah sangat harga diri…mudah dibawa lelaki kesana kemari…walhal lelaki tu belum tentu bergelar suami…kenapalah dulu aku tak sedar mcm ne…bencinya pada diri ini…bencinya pada lelaki yang membuatku lupa akan hukum ALLAH hanya kerana gara-gara nafsu…dia baik…dia selalu ambil berat pasal aku…dia selalu nasihatkan aku…dia pandai…selalu tolong aku..tapi dia membuatkanku jauh dari ALLAH…dia membuatkanku semakin dekat dengan NEraka…dia membuatku berpotensi untuk melakukan zina…ASTAGHFIRULLAH…kali ini saya tersentak…Ya ALLAH, aku datang ke IPT ini untuk belajar…mencari ilmu sebagai bekalan diri nnt…ilmu itu cahaya dan ilmu itu dariMU…malunya aku waktu itu…aku telah bermaksiat ttpi masih lagi mengharap ilmu kurniaan ALLAH…tak sedar air mataku mengalir deras…YA ALLAH… terima kasih kerana menyedarkan aku kembali…rupanya perpisahan dgn lelaki itu memang rancanganMU…KAU ingin menggantikan cinta murahan ini dgn cintaMU yang lebih agung dan abadi…"


Alhamdulillah, moga kita semua berada d bawah lembayung kasih sayang dan rahmat dariNya...Amiin...=)



p/s renungi ayat2 cinta daripadaNya...insyaAllah hati akan berbunga bahagia...

*Mari berCinta dengan Allah! ^_^

Thursday, May 27, 2010

p.e.n.c.a.r.i.a.n.


suatu kisah.
kisah benar belaka,
seorang lelaki dalam pencarian
mencari pemilik rusuk kirinya
sudah bertahun bersendirian
muncullah calon yang entah ke berapa,
seperti biasa
diusulkan emak tersayang.

bukan calang-calang calon yang diusulkan
lulusan universiti Timur Tengah
menghormati permintaan si anak
yang mahu pendamping solehah
sejuk mata memandang
bertudung labuh litup
pandai berbahasa Arab
pendek kata tip top.

si lelaki memulakan istikharah
hampir berminggu
setelah meneliti gambar
mula mencari maklumat
sebelum sesi taaruf bermula.

si lelaki menjengok ke web
laman friendster kegemaran ramai
yang kini mungkin facebook
satu keajaiban!
si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
tiba-tiba tergamam
si gadis masih anggun
bertudung labuh litup
bergambar sakan
terkejut bukan kepalang
calon solehah direject tanpa ihsan,
bukan menjadi pilihan
hanya kerana gambar ditayang
pemilihan terbatal.

dia pernah berkata
tidak memandang dan tidak dipandang
perempuan cantik itu
tidak mengenali dan tidak dikenali
perempuan cantik itu
tidak menegur dan tidak ditegur.

solehah kempunan calon soleh
merayu untuk dipertimbangkan
tapi sayang sekali
tidak berganjak dengan keputusan.

wahai muslimah
aku dan kamu
mari mempelajari, mencontohi
watak-watak wanita salafussoleh
sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
kerana wanita solehah itu
lebih baik daripada
seribu lelaki yang tidak soleh.


Copy right by - Nor Azleen Shamshuddin, Kluang Johor.

Sahabat2, renungkan kembali janji Allah dalam surah An-Nur: 26

وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ أُوْلَئِكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
"...Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik..."


Wallahualam.

*Mari Bercinta dengan Allah! ^_^

I'm back!

Bismillahirrahmanirrahim. I am so sorry for my 'silence' in this blog. I was fully occupied with commitments & family matters....