Monday, July 30, 2012

KEDUDUKAN DAN PELAKSANAAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MALAYSIA


KEDUDUKAN DAN PELAKSANAAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MALAYSIA






4.1    PENGENALAN


    Sebelum 1998, iaitu sebelum pindaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 121 (1A), kedua-dua Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa untuk mendengar pertikaian mengenai harta sepencarian orang-orang Islam. Mahkamh sivil secara am menganggap bahawa harta sepencarian adalah soal adat resam orang Melayu. Dalam Hujjah Lijah binti Jamal lwn. Fatimah binti Mat Diah,

Brigss, Hakim memutuskan:

    "the rule governing harta sepencarian are not a part of Islamic law proper, but a matter of Malay 'adat' "

Keputusan ini diperkuatkan dalam Roberts lwn. Ummi Kalthom, di mana Raja Azlan Shah, Hakim memutuskan:

"Harta sepencarian is a matter of Malay 'adat' and is applicable only to the case of a divorced spouse who claims against the other spouse during his or her lifetime : this rule of law is local low which the court must take judical notice and it is the duty of the court to propound it…."

Dalam Boto' Binti Taha lwn. Jaafar bin Muhamed, Salleh Abbas, HB. Memutuskan :

"harta sepencarian is not so much based on Islamic jurisprudence as on customs practised by Malays"

Manakala Mahkamah Syariah pula mengatakan harta sepencarian adalah berasaskan Hukum Syarac . dalam Noor Bee Lwn Ahmad Shanusi, Hj Harussani Hj Zakari, Khadi Besar Pulau Pinang, memutuskan:

"Harta sepencarian diluluskan oleh syarac atas dasar khidmat dan perkongsian hidup. Isteri mengurus dan mengawal rumahtangga suami keluar mencari nafkah"

Dalam Kalthom bt Abdul Wahid lwn Nordin bin Othman , Sheikh Ghazali Hj Abdul Rahman, Hakim memutuskan :

Kes harta sepencarian yang telah diputuskan di mahkamah-mahkamah Syariah di Malaysia dibuat berdasarkan kepada pendapat-pendapat ulama dan curuf' bagi negeri ini.

Masalah pertindihan kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah ke atas kes keluarga orang Islam telah diselesaikan pada tahun 1988 oleh Perkara 121 (1A) Perlembagaan Perekutuan yang memperuntukkan:

"Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidangkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah"

Kadar pembahagian harta sepencarian di Malaysia tiada ketetapan yang khusus. Oleh itu di awal bab ini penulis cuba mengetengahkan beberapa kriteria dan cara-cara pembahagian yang dibuat dengan melihat kepada keputusan-keputusan mahkamah di samping melihat kepada peruntukan undang-undang berhubung dengan pembahagian harta sepencarian di dalam Akta atau Enakmen-enakmen Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia. Dalam hal ini beberapa kes akan dirujuk untuk melihat keputusan yang telah dibuat oleh pihak mahkamah berhubung dengan harta yang dipertikaikan.

    Perbincangan selanjutnya memberi tumpuan kepada pengendalian harta sepencarian di mahkamah. Mahkamah manakah yang mempunyai kuasa untuk membicarakannya. Dalam hal ini penulis juga membincangkan tentang prosedur perbicaran di mahkamah, orang yang berhak terhadap harta sepencarian dan bilakah tuntutan harta sepencarian boleh dibuat.


4.2    KADAR PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN



4.2.1    Kriteria pembahagian


Kriteria yang diambilkira bagi memenuhi maksud harta sepencarian adalah harta yang diperolehi melalui punca bersama atau daya usaha secara bersama oleh pihak suami dan isteri dan hendaklah dalam tempoh perkahwinan. Pemerolehan harta sepencarian ini dilihat dari sudut sumbangan yang dicurahkan samada atas asas tenaga, harta, secara moral atau pun atas dasar khidmat.

Pembahagian harta sepencarian adalah sama banyak sekiranya ada sumbangan positif oleh pihak menuntut, walaupun sumbangannya kurang daripada pihak satu lagi. Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan :

(2) Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang –



  1. takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi memperoleh aset-aset itu;




  2. apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka;




  3. keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada,


dan tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah hendaklah membuat pembahagian yang sama banyak.

Sekiranya harta yang diperolehi semasa perkahwinan merupakan hasil usaha tunggal satu pihak sahaja, pihak satu lagi mendapat bahagian lebih kecil. Seksyen 58(3)-(4) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan :

(3) Mahkamah adalah mempunyai kuasa, apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat perintah perceraian, memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi dalam masa perkahwinan dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.

(4) Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (3), Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada-


  1. takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh pihak yang tidak memperolehi aset itu, kepada kebajikan keluarga dengan memelihara rumahtangga atau menjaga keluarga;




  2. keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada,


dan tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah boleh membahagikan aset-aset itu atau hasil jualan itu mengikut apa-apa kadar yang difikirkannya munasabah, tetapi, walaubagaimanapun, pihak yang telah memperolehi aset-aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang lebih besar.


4.2.2    Kadar Pembahagian Berdasarkan Kes-Kes Yang Telah Diputuskan


Kadar yang diperolehi dari pembahagian harta sepencarian adalah mengikut setakat mana banyaknya sumbangan daripada suami dan isteri sebagaimana yang dijelaskan dalam kriteria pembahagian harta sepencarian. Kadarnya tidak ditetapkan, ini kerana pihak mahkamah akan mengambil kira beberapa aspek sebelum menentukan kadarnya. Berdasarkan kes-kes yang telah diputuskan kadangkala pihak isteri akan mendapat bahagian ⅓, atau ½ dan kadangkala tidak mendapat apa-apa bahagian. Begitu juga bahagian untuk suami akan ditentukan ½, ⅔ atau ⅓.

Bagi sumbangan yang berasaskan kepada harta dan tenaga, dapat dilihat dalam kes Haji Ramah lwn. Alpha diputuskan bahawa isteri yang kematian suami berhak memperolehi ¼ daripada nilai tanah yang ia menolong mengusahakannya atas dasar upah atau pampasan atas usaha-usahanya selain dari ¼ yang diperolehinya dalam harta pusaka.

Begitu juga dalam kes Mansjur bin Abdul Rahman lwn. Kariah bte Noordin telah diputuskan bahawa pihak isteri berhak mendapat harta sepencarian ke atas tanah yang diperolehi dalam masa perkahwinan dan menolong mengusahakan tanah itu bersama-sama. Dalam kes Wan Junaidah binti Jusoh lwn. Latif bin Mohd Shah telah diputuskan bahawa harta yang didapati atau dibeli semasa perkahwinan walaupun bayaran dibuat secara ansuran oleh suami, sedangkan pendapatan isteri yang bekerja diletakkan di dalam akaun bersama, maka harta tersebut dikira sebagai harta sepencarian.

Sumbangan yang berbentuk tenaga dan wang dapat dilihat dalam kes Haji Abdul Rahim lwn. Isngaton. Isteri yang telah diceraikan menuntut harta sepencarian diatas rumah di Selangor, suami itu datang dari Indonesia berdagang, bekerja menebang hutan keadaannya miskin. Dia berkahwin dengan isteri itu, seorang janda yang kaya yang kematian suami, meninggalkan kebun dan tanah termasuk sawah. Di dalam perkongsian hidup suami isteri, suami itu telah banyak membeli harta dan kebun atas namanya sendiri, isteri itu mendakwa dia ada menyumbangkan wang untuk membeli tanah yang menjadi tapak tanah rumah dan selain dari itu dia telah menanggung sebahagian besar perbelanjaan rumahtangga mereka. Oleh itu, Jemaah Ulang Bicara Syariah Selangor telah menolak rayuan perayu dan mengekalkan perintah Mahkamah Kadi Besar iaitu pihak isteri mendapat separuh daripada harta sepencarian berasaskan kepada sumbangan yang dicurahkan dalam bentuk tenaga dan wang ringgit.

Manakala sumbangan yang berdasarkan sokongan moral ialah dalam kes Tengku Anun Zaharah lwn. Dato Dr Hussien bin Mohamed Yusuf iaitu walaupun pihak isteri tidak memberi apa-apa sumbangan baik yang berupa wang atau tenaga ke atas harta-harta yang diperolehi oleh pihak suami, namun Mahkamah berpendapat pihak isteri ada memberi sumbangan secara moral iaitu melalui perkahwinan dengan keluarga yang menyumbang kepada perniagaan pihak suami. Demikian juga dalam kes Boto' binti Taha lwn. Jaafar bin Mohamed, mahkamah memutuskan bahawa pihak menuntut berhak mendapat harta sepencarian walaupun sumbangan dalam bentuk moral iaitu sokongan dan menemani suami dalam urusan perniagaan yang memberi ketengan fikiran dalam menjalankan perniagaan.

Beberapa kes menunjukkan bahawa bahagian suami dan isteri adalah separuh daripada harta yang dipertikaikan. Contohnya di dalam kes yang telah diputuskan Kamariah lwn Mansjur pasangan ini telah berkahwin pada 13 September 1959 dan telah bercerai pada 11 September 1970. Selepas perceraian seorang anak mereka telah diserahkan kepada ibunya dan empat orang anak tinggal dengan bapanya. Dalam masa perkahwinan itu pihak suami telah diberi hak penerokaan tanah kerajaan rancangan berkelompok di Kampung Sungai Midah. Mereka berdua tinggal di situ sehingga perceraian. Kemudian jawatankuasa itu telah membenarkan Syarikat Perumahan Pegawai-pegawai Kerajaan mengambil alih tanah itu dan tanah-tanah berhampiran untuk dimajukan sebagai rancangan perumahan dan telah memberi persetujuan kepada bekas suami itu menandatangani surat perjanjian dengan syarikat itu dengan syarat pampasan yang diberi hendaklah dibahagi sama antara bekas suami dan isteri. Suami itu telah membuat rayuan terhadap keputusan jawatankuasa tanah itu akan tetapi rayuan itu telah ditolak. Kedua-dua pihak suami dan isteri gagal mencapai persetujuan. Bekas suami itu telah mencadang memberi 2/7 pampasan tanah itu kepada bekas isteri dan 5/7 pampasan itu diberi kepadanya dan empat orang anak yang tinggal dengannya akan tetapi isteri tidak bersetuju. Isteri telah membuat permohonan kepada Mahkamah Syariah untuk mendapatkan ½ bahagian apa-apa pampasan dan harta yang telah diberi oleh syarikat berkenaan kepada bekas suaminya. Keputusan Qadi Besar, tanah itu adalah harta sepencarian dan hendaklah dibahagi dua antara suami dan isteri, pihak suami telah merayu tetapi rayuan ditolak.

Adakalanya mahkamah akan memutuskan kadar pembahagian adalah ⅓ kepada isteri dan ⅔ kepada suami daripada harta yang dipertikaikan ini kerana mahkamah akan mengambil kira setakat mana sumbangan yang diberikan oleh kedua-dua pihak. Contohnya di dalam kes Tengah lwn Ibrahim suami telah menuntut sebahagian harta sepencarian. Fakta kes ini menunjukkan bahawa dia telah berkahwin dengan isterinya pada tahun 1960. Dia bekerja sebagai buruh dan isterinya bekerja mengambil upah mencabut semai dan lain-lain. Dalam masa perkahwinan mereka telah membuat rumah di atas tanah kepunyaan kedua pihak dan rumah itu telah diduduki oleh isterinya. Mereka telah bercerai pada tahun 1975, suami itu telah menuntut harga rumah itu dibahagi tiga, dua bahagian diberi kepadanya dan satu bahagian diberi kepada isterinya. Isteri itu mengaku harta itu harta sepencarian akan tetapi mendakwa tuntutan itu telah diselesaikan dan harta itu dibahagi dua. Di dalam kes ini pihak qadi telah memutuskan bahawa bahagian suami ⅔ dan isteri ⅓ atas alasan tenaga suami lebih daripada tenaga isteri.

Begitu juga dalam kes Rokiah lwn Mohamed Idris Isteri yang telah diceraikan telah menuntut sebahagian harta sepencarian ke atas tanah di Kuala Lumpur, pelaburan, wang simpanan dalam bank dan sebuah rumah. Di dalam kes ini pemangku Qadi Besar telah menolak tuntutan itu kerana jelas bahawa harta-harta itu adalah hak orang yang kena tuntut. Mahkamah telah menolak tuntutan harta sepencarian kerana harta berkenaan dibeli dengan wang yang kena tuntut itu sendiri. Rayuan telah dibawa ke Lembaga Rayuan. Dalam keputusan, Lembaga Rayuan telah mengambil kira sumbangan secara tidak langsung yang diberi oleh isteri bagi perolehan harta dengan tugasnya memasak, membasuh, mengurus rumahtangga dan memelihara anak dalam masa 35 tahun perkahwinan itu. Oleh itu Lembaga Rayuan telah memerintahkan pihak kena tuntut rayuan memberi ⅓ harta itu dan nilainya kepada pihak perayu.

Di antara kes yang menunjukkan isteri tidak mendapat bahagian langsung daripada harta yang dipertikaikan sebagaimana dalam kes Zarah lwn Idris. Isteri yang telah diceraikan telah menuntut sebahagian daripada harta sepencarian. Bekas suami memberi keterangan bahawa rumah itu dibeli olehnya dari duitnya sendiri, wang cengkeram telah dibayar dari gajinya. Dia juga memberi keterangan bahawa isterinya telah meninggalkan rumah mereka atas pilihannya sendri. Keputusan kes ini menunjukkan bahawa isteri tidak mendapat apa-apa bahagian daripada harta sepencarian. Di dalam hal ini tuntutan harta sepencarian tidak sabit, ini kerana tiada bukti yang menunjukkan penyertaan isteri ke arah menambahkan harta atau tiada dorongan yang menyebabkan terkumpul harta tersebut.

4.2.3    Cara Pembahagian Harta Sepencarian

Cara pembahagian harta sepencarian di negeri-negeri adalah berlainan menurut pertimbangan budibicara dan kebijaksanaan hakim-hakim dalam menanggapi asas sumbangan yang dicurahkan oleh pihak isteri dan suami ke atas segala bentuk harta yang diperolehi sepanjang tempoh perkongsian hidup mereka.

Sebagai contoh di Selangor, dalam kes Laton lwn. Ramah, telah diputuskan bahawa isteri yang telah diceraikan berhak mendapat setengah dari harta yang diperolehi semasa perkahwinan. Dalam kes Roberts @ Kamaruzzaman lwn. Ummi Khaltom diputuskan bahawa seseorang suami yang bercerai itu mendapat setengah dari harta sepencarian ke atas harta tak alih yang didapati semasa tempoh perkahwinan. Persoalan yang timbul adalah sama ada seorang suami Islam yang bercerai boleh menuntut setengah bahagian sebagai harta sepencarian ke atas harta tak alih yang diperolehi bersama dalam tempoh mereka berkahwin dan telah didaftarkan atas nama isteri. Pihak kena tuntut mendakwa pihak menuntut telah memberikan harta itu sebagai hadiah. Raja Azlan Shah memutuskan harta itu diperolehi melalui usaha bersama dan oleh itu ia adalah harta sepencarian dan pihak kena tuntut telah gagal mempertikaikan dengan jelas bahawa pihak menuntut berniat menjadikan harta itu hadiah dan memberikan kepadanya. Oleh itu seseorang suami Islam yang bercerai boleh menuntut setengah bahagian sebagai harta sepencarian atas harta tak alih yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa mereka hidup bersama.

Di Pulau Pinang, harta sepencarian lebih dikenali sebagai harta syarikat. Dalam kes Haminahbe lwn. Samsudin Mahkamah memutuskan pihak kena tuntut membahagikan sebahagian nilai sebuah rumah berjumlah RM3500 dari RM7,000, iaitu pihak isteri mendapat separuh daripada harta sepencarian tersebut. Kadi Besar Pulau Pinang menyatakan:

"Haminahbe binti Hassan sepanjang perkahwinannya dengan Samsudin bin Husaini telah berlaku sebagai isteri dan telah membuat kerja-kerja yang lazim dilakukan oleh seorang isteri dengan sepenuhnya tanpa membuat pertolongan dari orang gajian, bolehlah dianggap hasil bersama. Kerja-kerja yang dilakukan oleh seorang isteri yang tidak dibantu oleh orang gajian sekurang-kurangnya telah meringankan beban suami setidak-tidaknya sepertiga dari tanggungannya"

Dalam kes Noor Bee lwn. Ahmad Shanusi pihak-pihak dalam kes ini telah berkahwin selama setahun dan pihak yang menuntut telah diceraikan tanpa pengetahuannya. Pihak yang menuntut telah membuat tuntutan harta syarikat sebanyak RM5000 sebagai nilai kepada barang-barang yang dimiliki bersama semasa perkongsian hidup. Mahkamah Kadi Besar Pulau Pinang memutuskan tuntutan harta syarikat (harta sepencarian) pihak yang menuntut telah ditolak kerana barang-barang perkongsian tersebut telah pun dijual dan dibahagikan bahagian masing-masing. Kadi Besar Pulau Pinang telah menyentuh tentang harta sepencarian iaitu:

"Harta sepencarian diluluskan oleh syarak atas dasar khidmat dan perkongsian hidup. Isteri mengurus dan mengawal rumahtangga, suami keluar mencari nafkah. Isteri, menurut syarak berhak mendapat orang gaji dalam mengurus rumahtangga, jika tidak maka kerja memasak , membasuh dan mengurus rumah hendaklah dianggap sebagai sebahagian dari kerja yang mengurangkan tanggungan suami."

Di Kedah, dalam kes Wan Nab lwn. Jasin, mahkamah memutuskan bahawa disebabkan tiadanya suatu kepastian peraturan mengenai harta sepencarian yang boleh dijadikan panduan maka bahagian isteri diberi ⅓ namun dalam kes Habsah bt. Mat lwn. Abdullah bin Jusoh pula telah diputuskan pihak isteri yang diceraikan berhak mendapat separuh daripada harta yang diperolehi bersama dalam tempoh perkahwinan berdasarkan adat yang berlaku di Kedah.

Di Perak, harta sepencarian juga dikenali sebagai harta syarikat. Dalam kes Re Elang Re Kulop Degor dan Lebar lwn. Niat, Hakim menyatakan bahawa berdasarkan pada adat di kampung-kampung sepanjang sungai Perak pembahagian harta sepencarian dibahagikan di antara suami dan isteri bergantung kepada keadaan dengan diaturkan oleh kedua-dua pihak bersama dengan ketua kampung. Bagi isteri yang diceraikan ialah ½ jika terlibat secara langsung mengusahakan tanah tersebut, jika tidak terlibat ia hanya memperolehi ⅓ dan jika suami makan gaji dan memperolehi harta dengan wangnya maka pihak isteri memperolehi ⅓.

Di Terengganu, dalam kes Mohammad lwn. Commisionar of Land and Mines, Terengganu telah diputuskan bahawa tanah yang diperolehi dalam tempoh perkahwinn dikira sebagai harta sepencarian dan isteri berhak mendapat ½ bahagian. Dalam kes Hasnah binti Mat lwn. Hussin bin Musa Mahkamah kadi besar Terengganu memutuskan pihak isteri berhak mendapat ¼ bahagian dari harta sepencarian atas asas pendapatan yang sabit dari tenaga pihak suami adalah lebih dari tenaga pihak isteri.

Di Kelantan dalam kes Hajjah Lijah bt Jamal lwn. Fatimah bt. Mat Diah diputuskan bahawa pihak isteri memperolehi ½ bahagian daripada harta yang didapati semasa perkahwinan sebagai harta sepencarian. Dalam kes Hajjah Saudah bt. Che Mamat lwn. Hanafi b. Hj. Daud dan lain-lain orang, Mahkamah Kadi Besar Kota Bharu memutuskan pihak isteri mendapat ½ daripada tanah-tanah yang telah dipindah milik kepada almarhum Hj. Daud b. Hj. Abdul Rahman sebagai harta sepencarian. Dalam kes Sofiah bte Sulaiman lwn. Abdullah bin Mat Amin, telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu, bahawa pihak isteri mendapat ½ dari bahagian harta sepencarian setelah pihak suami gagal membuktikan bahawa harta tersebut (2 keping tanah) diperolehi melalui pusaka datuk lelakinya.

Di Wilayah Persekutuan, kes-kes harta sepencarian telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah. Dalam kes Khaltom bt. Abdul Wahid lwn. Nordin bin Othman kedua-dua pihak telah berkahwin lebih daripada 35 tahun, pihak yang menuntut telah membuat tuntutan harta sepencarian ke atas tanah yang diperolehi semasa mereka hidup sebagai suami isteri. Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan memutuskan pihak menuntut mempunyai hak harta sepencarian ke atas tanah-tanah tersebut kerana pihak menuntut telah membuktikan sumbangan yang besar ke atas menjaga harta dan kepentingan di atas tanah rancangan yang diperuntukkan kepada mereka. Pihak yang kena tuntut hendaklah memberi setengah bahagian daripada tanah dan pampasan atas tanah tersebut yang telah dimajukan oleh syarikat perumahan kepada pihak yang menuntut.

4.2.4    Pembahagian untuk yang berpoligami


Di Malaysia, tidak ada peruntukan khusus di dalam undang-undang mengenai pembahagian bagi suami yang berpoligami. Namun demikian sekiranya terjadi hal ini pihak mahkamah akan mengambil kira beberapa kriteria sebagaimana yang telah digariskan di samping mengambil kira beberapa faktor lain yang telah ditetapkan di dalam Akta dan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam di setiap negeri.

Secara umumnya, pihak mahkamah akan membuat keputusan untuk yang berpoligami berdasarkan kepada beberapa perkara seperti berikut:


  1. Harta yang diperolehi itu dalam atau semasa perkahwinan.




  2. Takat sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, kerja, nasihat, dorongan dan sumbangan lain yang dapat menambah harta atau modal.



Di Indonesia, undang-undang tentang Perkahwinan Republik Indonesia telah memperuntukkan bahawa harta yang diperolehi selama tempoh perkahwinan adalah harta bersama, kecuali harta yang diperolehi oleh masing-masing sebagai hadiah atau pusaka. Isteri kedua dan seterusnya tidak mempunyai hak atas harta bersama yang telah ada sebelum berlakunya perkahwinan dengannya. Semua isteri mempunyai hak yang sama atas harta bersama yang terjadi sejak perkahwinan masing-masing. Peruntukan yang sedemikian telah dicadangkan untuk Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia.

Malahan dalam Kompilasi Hukum Islam 1990 terdapat peruntukan yang menyatakan bahawa jika terjadi cerai mati, maka separuh daripada harta bersama menjadi hak pasangan yang hidup lebih lama. Pembahagian harta bersama bagi seorang suami atau isteri atau suaminya hilang harus ditangguhkan hingga ada kepastian matinya yang hakiki atau keputusan pengadilan. Janda atau duda cerai hidup masing-masing berhak seperdua daripada harta bersama sepanjang tidak ditentukan selainnya dalam perjanjian perkahwinan.

    Justeru itu, sepatutnya di Malaysia harus ada peruntukan atau garis panduan yang jelas di dalam Akta atau Enakman Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia berhubung dengan pembahagian harta sepencarian bagi perkahwinan yang berpoligami agar tidak ada pertikaian harta atau aset-aset lain di antara isteri-isteri yang menuntut.

4.3      Tatacara Pengendalian Harta Sepencarian



4.3.1    Bidangkuasa Mahkamah


Harta sepencarian merupakan salah satu daripada jenis-jenis harta yang di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri yang digubal oleh badan perundangan negeri-negeri. Peruntukan itu memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah.

"Dalam bidang kuasa mal mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam dan yang berkaitan dengan; pembahagian atau tuntutan kepada harta sepencarian."

Sehubungan dengan itu, Mahkamah Syariah juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan pembahagian harta sepencarian ke atas harta yang diperolehi secara usaha bersama dalam perkahwinan setelah berlakunya perceraian, di bawah Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri. Sebagai contoh Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah) Persekutuan 1984 (Akta 303) No.4 tahun 1984 memperuntukkan :

"Mahkamah adalah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat suatu perintah perceraian, memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka, dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.

Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang :


  1. takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi memperoleh aset-aset itu;


b) apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan
bagi manfaat bersama mereka;


  1. keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu,


jika ada.
Mahkamah hendaklah dengan seberapa segera boleh membuat pembahagian yang sama banyak.

Begitu juga Mahkamah Syariah boleh membuat perintah pembahagian harta sepencarian ke atas harta usaha tunggal satu pihak yang diperolehi dalam masa perkahwinan tersebut.

  1. Prosedur perbicaraan di mahkamah

Ketika mengendalikan sesuatu tuntutan berhubung denagn harta sepencarian, satu perkara yang perlu dipastikan ialah bidangkuasa mahkamah. Kes yang berkaitan dengan tuntutan dan penentuan harta sepencarian adalah di bawah kuasa Mahkamah Syariah. Tetapi sebelum berlaku pindaan Perlembagaan Perkara 121 (1A) beberapa kes yang berkaitan dengan harta sepencarian telah dibawa ke Mahkamah Tinggi seperti kes Roberts @ Kamarulzaman lwn. Umi Khaltom dan kes Boto' binti Taha lwn. Jaafar bin Muhamed.

    Di Kelantan, tuntutan terhadap harta sepencarian telah dibawa ke Mahkamah Tinggi. Akan tetapi jika nilai tersebut kurang daripada RM500.00, Mahkamah Tinggi boleh menolak kes tersebut kepada Mahkamah Kadi Besar. Oleh itu pindaan Perlembagaan Perkara 121 (1A) dan juga Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Perundangan Islam bagi setiap negeri yang memastikan bidang kuasa Mahkamah Syariah dapat meletakkan kes-kes yang berhubung dengan harta sepencarian antara suami isteri yang beragama Islam di tempat yang sepatutnya.

    Berhubung dengan bidang kuasa mahkamah, meskipun mahkamah yang mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kes-kes yang berhubung dengan harta sepencarian ialah Mahkamah Syariah, pelaksanaan hak milik dan pembahagiannya tetap dikendalikan oleh Pejabat Tanah. Oleh itu terdapat pindaan terhadap Kanun Tanah Negara yang mengiktiraf bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam memutuskan harta sepencarian. Pindaan tersebut menentukan bahawa bagi tujuan Seksyen 417 dan Seksyen 420 perkataan mahkamah termasuk Mahkamah Syariah. Akta pindaan tersebut berkuatkuasa mulai 1 Januari 1993.

    Di Selangor, menurut prosedur yang lazim setiap tuntutan berhubung dengan harta sepencarian yang bernilai kurang dari RM 100,000 hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Rendah Syariah. Manakala jumlah yang tidak dapat dianggarkan dengan wang atau melebihi RM 100,000 dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah.

    Di Terengganu, tuntutan harta sepencarian yang bernilai tidak melebihi RM 50,000 hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Rendah Syariah dan selebihnya ke Mahkamah Tinggi Syariah.

    Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, jika nilai harta tersebut tidak melebihi RM 50,000 atau tidak dapat dianggarkan dengan wang maka kes tersebut hendaklah di bawa ke Mahkamah Rendah Syariah.

    Berhubung dengan tuntutan atau dakwaan pula, mengikut hukum syarak, mahkamah mesti melayan setiap tuntutan dan dakwaan yang lengkap. Perkara-perkara yang mesti diberi perhatian dalam kes ialah :



  1. Pihak Menuntut




  2. Pihak Menentang




  3. Keterangan



Pihak Menuntut mestilah mengajukan tuntutannya. Dalam perbicaraan, pihak menuntut hendaklah mengemukakan keterangan iaitu dua orang saksi lelaki atau seorang lelaki dan dua orang perempuan atau empat orang perempuan. Di samping itu bukti-bukti yang lain seperti resit bayaran pembelian harta yang dipertikaikan juga mestilah dikemukakan. Sebagai contoh, dalam kes Overseas Investment Privade Limited Anthony William O'Bmen & Lain-lain, pihak isteri hanya memberi keterangan secara lisan bahawa harta dalam rumahtangganya adalah harta sepencarian. Di samping itu, dia juga menyatakan kedudukan taraf kewangannya sebagai bukti bahawa dia mampu membeli barang-barang tersebut, seperti dia berasal daripada keluarga berada dan mempunyai pendapatan sendiri sebelum dia berkahwin dengan pihak yang kena tuntut pada tahun 1966. meskipun dalam kes tersebut persoalan utama ialah berhubung dengan hak pemberi hutang iaitu Overseas Investment Privade Limited untuk menyita dan menjual harta pihak yang berhutang (Writ of Seizure & Sale), hak isteri sepatutnya dilindungi daripada pihak pemberi hutang suami. Maka dalam kes ini hak isteri ke atas harta terlibat adalah sebagai harta sepencarian.

Jika keterangan daripada pihak penuntut dan penentang sama taraf kekuatannya, maka hakim tidak boleh membuat keputusan sehingga mendapat keterangan yang dapat menyokong dan mengukuhkan lagi keterangan kedua-dua pihak. Jika penafian dibuat terhadap tuntutan maka hendaklah dipastikan penafian tersebut bukan sebagai suatu helah untuk menafikan hak pihak penuntut terhadap harta yang dipertikaikan. Oleh itu sumpah hendaklah dilakukan berdasarkan kaedah.

" Keterangan adalah menjadi tanggungjawab pihak mendakwa dan sumpah menjadi tanggungjawab yang ingkar".

Di samping saksi dan keterangan lain, sumpah juga boleh dipakai.


4.3    KESIMPULAN

Berdasarkan kepada penjelasan dan huraian ringkas di atas, bolehlah dirumus bagaimana berikut :


  1. Masalah harta sepencarian di antara suami dan isteri adalah merupakan sesuatu perkara yang sangat penting dan perlu diselesaikan dengan cara yang adil dan saksama terutama sekali apabila berlaku perceraian.




  2. Khidmat dan kerja seseorang isteri di dalam rumah patut diberi pertimbangan sewajarnya dan diberi nilaian yang patut jika khidmat tersebut tidak ada tanda-tanda yang ianya diberi secara sukarela, sekurang-kurangnya sebagai upah (ujrah al-nisl).




  3. Kedua-dua pihak suami isteri yang masing-masing ada peranan dan usaha bagi memperolehi harta, hendaklah diberi hak masing-masing. Dan dalam menentukan kadar dan bahagiannya terserlah kepada pertimbangan hakim apabila berlaku pertengkaran dan perselisihan.




  4. Adat juga perlu diambil kira sebagai kaedah syariah dalam menentukan hak masing-masing.




  5. Satu perjanjian berhubung dengan harta sepencarian boleh dikaji samada ianya sesuai dibuat atau sebaliknya pada masa ini.




  6. Harta sepencarian merupakan hak suami dan isteri selama mana terdapat sumbangan ke atas harta yang diperolehi. Tuntutan ke atas harta tersebut boleh dibuat pada bila-bila masa. Tuntutan ke atasnya iaitu harta sepencarian tidak menafikan hak-hak yang berbentuk pembiayaan lain seperti mut'ah, upah hadanah dan nafkah iddah.




  
BAB V


RUMUSAN, PANDANGAN DAN PENUTUP


5.1    PENGENALAN


Konsep harta sepencarian telah lama wujud di bawah undang-undang adat melayu. Ia telah diamalkan di negara-negara seperti Indonesia, Brunei, Singapura dan khususnya di Malaysia. Seterusnya ia telah diakui dan diletakkan peruntukan khusus berhubung dengan harta sepencarian.

Sekiranya kita tinjau dari perspektif Islam, undang-undang ini telah di peruntukkan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam walaupun tidak terdapat di dalam kitab-kitab fiqh Islam. Ini bermakna agak sukar juga untuk mengaitkan harta sepencarian dengan Hukum Syarak.

Harta sepencarian adalah berasal daripada adat melayu dan dahulunya pihak penghakiman terutama di Mahkamah-mahkamah Sivil menerima pemakaian harta sepencarian sebagai adat orang-orang Melayu di Malaysia.



  1. RUMUSAN DAN PENEMUAN KAJIAN



Melalui perbincangan sebelum ini, penulis mendapati telah jelas kepada kita bahawa harta sepencarian ialah harta milik bersama antara suami dan isteri yang diperoleh hasil daripada usaha mereka bersama sepanjang tempoh perkahwinan. Harta ini tidak termasuk apa-apa harta yang diperoleh oleh suami dan isteri samada sebelum perkhwinan atau selepas berlakunya perceraian.

Amalan adat, pembahagian harta ini telah menerima pengiktirafan melalui pengkanunan samada pada sebelum atau semasa kedatangan penjajah atau selepas merdeka. Kini, ia telah dianggap sebagai sebahagian daripada undang-undang Islam setelah ia dikanunkan dan diperuntukkan dengan nyata di dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri. Namun, soal bidangkuasa dan tafsiran harta ini terus dibuat di mana undang-undang yang digubal oleh kerajaan negeri hanya memperuntukkan inter alia tentang perkara-perkara yang berkaitan hal-ehwal agama yang terhad. Sebagai contoh, meskipun sesuatu harta dikumpul dalam tempoh perkahwinan, jika salah satu pihak yang bertikai berjaya membuktikan kepada mahkamah atas anggapan ia sebagai amanah (trust), maka ia tidak temasuk di dalam tafsiran harta sepencarian dalam enakmen yang dikuatkuasakan. Oleh itu perkataan 'perkahwinan dan perceraian' atau 'tuntutan-tuntutan harta yang berbangkit daripada perkahwinan dan perceraian itu' hendaklah berlaku serentak, bukan dalam isu yang tersendiri dan bukan secara insidental berasingan, tetapi sebaliknya perkahwinan dan perceraian itu hendaklah ada unsur dominan dan perkaitan yang begitu rapat dengan apa-apa tindakan dan prosiding. Begitu juga tentang istilah sumbangan secara langsung dan sumbangan secara tidak langsung yang kini mendapat perhatian di Mahkamah Syariah dengan mengambilkira peruntukan-peruntukan yang dibuat dan realiti kehidupan pasangan yang berkahwin kini.


5.3    PERSOALAN YANG TIMBUL

Antara persoalan dan pandangan berkenaan pengaplikasian harta tersebut.

Persoalan yang timbul ialah, apakah semua harta yang diperolehi dari suami isteri di dalam masa perkahwinan di anggap harta sepencarian?

    Dari maklumat dan kajian yang dijalankan dan dari apa yang dibincangkan di atas, harta sepencarian boleh diertikan sebagai harta yang sama-sama dicari, harta yang sama-sama diusahakan bagi mendapatnya dan ini tidaklah termasuk harta pusaka, hadiah-hadiah yang diberi kepada suami atau isteri atau kedua-duanya sekali kerana tiada diusaha, atau yang diperolehi dengan diusaha oleh satu pihak sahaja. Maka harta yang diperolehi ini adalah menjadi hak bagi orang yang berusaha.
Firman Allah S.W.T :



Maksudnya : "laki-laki beroleh bahagian dari usahanya, dan orang-orang perempuan beroleh bahagian dari usahanya"

Berdasarkan kepada pengertian ini boleh dibuat kesimpulan seperti berikut :



  1. Kalau harta yang diperolehi oleh suami atau isteri secara tidak berusaha seperti hadiah, pusaka, hibah dan seumpamanya, tidaklah boleh dibahagikan kecuali yang diberi kepada kedua-duanya sekali.




  2. Kalau harta yang diperolehi daripada usaha sebelum perkahwinan, ini tidak termasuk ke dalam harta sepencarian dan dengan ini tidaklah boleh dibahagikan.




  3. Kalau harta itu merupakan hasil daripada apa yang diusahakan secara berasingan dalam masa perkahwinan tetapi hasil itu tidak dicantumkan, umpamanya suami bekerja di Jabatan Kerajaan dan isteri bekerja di rumah sebagai mengambil upah menjahit atau bekerja di kilang dan wang pendapatan disimpan pada tempat berasingan atau masing-masing membeli rumah atau tanah secara berasingan, harta ini tidak boleh dibahagikan. Malahan harta itu menjadi hak kepunyaan masing-masing.




  4. Sekiranya harta itu diusahakan secara berasingan dan hasilnya dicantumkan tetapi dapat dibezakan antara hak masing-masing, umpamanya mereka membeli sebidang tanah menurut saham masing-masing, maka pada masa itu tiap-tiap seorang berhak menurut kadar sahamnya masing-masing.




  5. Sekiranya hasil dari usaha secara ini dicantumkan tetapi tidak dapat lagi hendak dibezakan maka harta jenis ini boleh dikira termasuk ke dalam jenis harta sepencarian yang akan terlibat dengan pembahagian yang akan dicadangkan




  6. Sekiranya suami isteri sama-sama bertanggungjawab dalam satu pekerjaan atau berlainan pekerjaan tetapi hasilnya tidak dipisahkan, atau dari awal-awal lagi dicampuradukkan maka jenis ini bolehlah dikirakan sebagai harta sepencarian laki bini.



Mengumumkan harta sepencarian, nampaknya tidaklah sesuai dengan prinsip Islam, kerana sebahagian daripadanya adalah jelas hukumnya daripada Syarak. Cuma yang kita rasa seakan-akan kurang jelas ialah dua jenis yang terakhir ini, iaitu jenis dimana suami isteri bekerja di satu tempat atau di tempat yang berasingan tetapi hasilnya dicampuradukkan hingga menjadi sebagai satu harta kepunyaan bersama yang tidak dapat dibezakan. Umpamanya suami isteri bersama-sama ke sawah menanam padi atau bersama-sama membuka sebidang tanah dan bercucuk tanam atau bersama-sama bekerja di satu kebun dan hasilnya dicampurkan atau suami bekerja di lombong dan isteri bekerja di ladang dan hasilnya juga dicampuradukkan.

    Di sini apakah jenis pekerjaan yang dilakukan oleh suami isteri? Adakah pekerjaan ini suatu pekerjaan bersyarikat, atau suatu jenis pekerjaan mengambil upah? Ada pendapat yang mengatakan pekerjaan itu adalah pekerjaan bersyarikat dalam Islam dan ada pula yang mengatakan pekerjaan mengambil upah dan ada pula yang mengatakan bahawa masalah ini adalah masalah adat yang tidak terlibat dengan Hukum Islam.

    Sebenarnya pekerjaan yang diusahakan oleh suami isteri secara ini tidak boleh dianggap sebagai suatu pekerjaan syarikat dalam Islam, begitu juga mengambil upah, kerana syarikat dalam Islam dan juga mengambil upah mempunyai peraturan-peraturan dan syarat-syarat tertentu, sedangkan kalau diperhatikan kepada bekerja bersama dari suami isteri dalam masa perkahwinan tidak mempunyai peraturan dan syarat-syarat yang mesti ada bagi menjadikan kerjasama mereka sebagai bersyarikat atau mengambil upah. Lebih-lebih syarikat secara bersama-sama membanting tenaga, yang diketahui dengan syarikat abdān, tidak lulus menurut madhhab Syāficyyi. Dan pembahagian harta sepencarian ini tidak boleh ditundukkan kepada kaedah 'al-Adah Muhakkamah' atau 'adat menjadi sumber hukum', kerana pembahagian yang dilakukan tidak tetap (ghair muttaridah), di samping tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dan mempunyai syarat-syarat tertentu.

5.4    CADANGAN

Hasil daripada maklumat dan bahan-bahan yang penulis perolehi, penulis mendapati bahawa harta sepencarian suami isteri di masa perkahwinan adalah merupakan hasil dari kerjasama dan tolong menolong dengan jujur dan ikhlas tanpa mengira penat lelah, lebih kurang bekerja dan membanting untuk menjaga dan mendapat maslahah bersama demi kepentingan keluarga dan anak-anak.

    Oleh yang demikian kalau berlaku perceraian atau kematian mana-mana pihak dan timbul pergaduhan, maka penyelesaian kes-kes berkenaan ini janganlah di dasarkan kepada kebendaan sahaja. Malahan hendaklah diperhatikan kepada beberapa perkara yang berkaitan, di antaranya :



  1. Bolehkah diselesaikan dengan perdamaian, kalau boleh hendaklah diselesaikan lebih dahulu secara ini dan diminta pihak-pihak yang terlibat supaya bermaaf-maafan.




  2. Maslahah tiap-tiap suami isteri dan anak-anak.




  3. Sejauhmanakah penglibatan tiap-tiap seorang di dalam penyumbangan tenaga dan pencaruman hasil yang diperolehi, termasuk juga penglibatan dari setengah-setengah anak yang turut bekerja dan membantu.




  4. Hendaklah diperhatikan kepada keadaan dan kenyataan yang menunjukkan bahawa hasil yang diperolehi bersama itu telah diberi atau dihadiah oleh mana-mana seorang (dari suami isteri) kepada seorang yang lain. Kalau ada kenyatan itu, maka apa yang diberikan ini tidak boleh diambil balik. Cuma boleh dikira dalam menyelesaikan harta sepencarian.




  5. Hendaklah diperhatikan juga kepada kedudukan isteri yang bekerja makan gaji, kemudian ia berhenti dari bekerja atau yang diberhentikan oleh suami kerana berkahwin. Kemudian ia tidak menyambung kerjanay lagi.




  6. Mengenai dengan mas kahwin, nafkah-nafkah, pakaian, tikar, tilam, bantal, perkakas dapur seperti pinggan mangkuk dan dapur begitu juga alat-alat bersuci dan bersolek yang diberikan kepada isteri dan seterusnya hadiah-hadiah yang diberikan oleh suami kepada isteri adalah kepunyaan isteri. Suami tidak boleh mengambil melainkan dengan keredhaan isteri atau dengan sebab-sebab yang diluluskan oleh syarak, umpamanya harta ini digunakan bagi menebus talak.




  7. Tempat tinggal, segala perkakas perabot dan seumpamanya adalah menjadi hak khusus kepada suami, kecuali kalau ada bukti-bukti yang menunjukkan bahawa perkakas ini diberi kepada isteri atau hak kepunyaannya. Ini adalah kerana tempat tinggal dan perkakas perabot adalah merupakan hak menikmati dan bukan hak memiliki kepada isteri. Oleh itu tidak boleh dibahagi sebagai harta sepencarian.




  8. Hasil kerja-kerja biasa yang dilakukan oleh isteri di rumah tidak boleh dikira dari harta sepencarian kerana itu termasuk ke dalam pergaulan yang baik. Dengan ini tidaklah harus di tetapkan kadar 1:2 iaitu sebahagian untuk perempuan dan dua bahagian untuk lelaki atau ditetapkan kadar 1:3 atau seumpamanya. Adalah tidak logik kalau hasil dari gaji suami umpamanya RM 2000 sebulan dan hasil dari perolehan isteri RM 200 sebulan kemudian manakala hendak diselesaikan sebagai harta sepencarian dibahagi dengan kadar 1:2 atau seumpamanya. Begitu juga tidak logik kalau suami seorang yang kuat bekerja dan bersungguh-sungguh dalam pekerjaannya sedangkan isteri seorang yang lemah bekerja dan bekerja sambil lewa sahaja atau sebaliknya.




5.5    PENUTUP
Tuntutan harta sepencarian adalah lebih berdasarkan kepada undang-undang adat Melayu. Oleh kerana prinsip harta sepencarian tidak berlawanan dengan kehendak Syariah Islam maka peruntukan harta sepencarian diterima sebagai sebahagian daripada Undang-Undang Islam di Malaysia.
Konsep harta sepencarian dianggap dapat menjaga kepentingan pihak bekas isteri. Ini kerana tidak semua isteri bekerja. Walaubagaimanapun sumbangan yang diberikan oleh mereka dalam pembentukan keluarga dianggap satu pekerjaan yang mulia disisi Allah S.W.T. Justeru itu, adalah sewajarnya mereka diberikan pengikhtirafan atas sumbangan yang telah diberikan
Berdasarkan kes-kes di atas dapat disimpulkan prinsip yang digunakan dalam menetapkan kadar pembahagian oleh kebanyakan Hakim bicara ialah prinsip sumbangan. Kalau sumbangan secara langsung, baik berbentuk tenaga ataupun wang ringgit maka pembahagian adalah sama banyak. Keadaan ini tanpa melihat isteri, seorang yang makan gaji ataupun tidak. Jika sumbangan itu berbentuk tidak secara langsung, iaitu isteri sebagai suri rumah sahaja, maka mahkamah memutuskan isteri berhak mendapat ⅓. Prinsip kadar pembahagian berdasarkan sumbangan adalah satu prinsip yang adil. Walaubagaimanapun dalam kes tertentu, isteri berhak mendapat ½ walaupun hanya merupakan suri rumah.
Kadar berdasarkan prinsip usaha yang dilakukan oleh pengamal undang-undang adalah satu prinsip yang adil. Berdasarkan prinsip ini kemungkinan boleh diputuskan isteri berhak mendapat kadar yang lebih dari separuh sekiranya mereka memberi sumbangan yang lebih besar.

NOTA KAKI
  1. Semua terjemahan ayat-ayat al-Quran dalam tulisan ini berdasarkan Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran, edisi ke 12, Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2001.
  2. al-Quran,
  3. al-Quran,
  4. Abdul Halim El-Muhammady, Undang-undang Muamalat dan Aplikasinya kepada Produk-produk Perbankan Islam, Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dasar Cetak (M) Sdn. Bhd.
    2001, hlm. 1.
  5. Wahbah al-Zuhaili, Fiqh Perundangan Islam, Penterjemah Md. Akhir Haji Yaacob et al. , Jilid IV, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1996, hlm. 41.
  6. ibid., hlm.2.
  7. ibid., hlm. 3.
  8. John Burke, Jowitt's dictionary of English law, Sweet and Maxwell Ltd., Londan, 1977, Vol.2, hlm. 447.
  9. Harold J. Grilliot, Introduction to Law and the Legal Systems, Houghton Miffin Co., Bosto, 1983, hlm. 40.
  10. M.A Henry Campbell Black, Black's law dictionary, West Publishing Co., Minnesota, 1968, hlm. 1382.
  11. John S. James, Strouds judical dictionary of words and phrases, Sweet & Maxwell Ltd., London, 1986, Vol.4, hlm 2057.
  12. William P.Statsky, West legal thesaurus/dictionary, West Publishing Company, Minnesota, 1986, hlm., 611.
  13. Roger A. Cunningham, William B. Stoebuck & Dale A. Whitman, The Law of Property, West Publishing Co., Minnesota, 1984, hlm. 4
  14. Roscoe Pound, An introduction to the philosophy of law, Yale University Press, New Haven, 1954, hlm. 115
  15. al-Quran, al-Maidah 5 : 17
  16. al-Quran, al-Taha 20 : 6.
  17. ibid., hlm. 13
  18. al-Quran,
  19. al-Quran,
  20. al-Quran
  21. ibid., hlm. 15.
  22. al-Quran,
  23. al-Quran,
  24. al-Quran,
  25. ibid., hlm. 16.
  26. ibid., hlm. 4.
  27. al-Zuhaili, 1996, hlm., 44
  28. ibid., hlm., 45.
  29. Abdul Halim El-Muhammady, 2001, hlm. 5.
  30. Ghazali, al-Wajiz, Matba'at al-Mu'abbad wa al-'adab, Misr, 1317H, jil. 1, hlm., 208.
al-Zuhaili, 1996, hlm., 55
  1. Tajul Aris Ahmad Bustami, Farid Sufian Shuaib, Mohd Hisham Mohd Kamal, Harta Sepencarian, Prosiding Ex-Parte, Perintah Injuksi, 2003, Pusat Undang-Undang Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, hlm. 67.
  2. M.B. Hooker, The Personal Laws Of Malaysia, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1976, hlm. 77.
  3. Lihat keputusan kes Hajjah Lijah bte Jamal lwn. Fatimah binti Mat Diah, (1950), Mlj, hlm. 63.
  4. Norsidah binti Mat Yusoh, Tuntutan Harta Dan Pembiayaan Selepas Perceraian : Kajian Kes Di Mahkamah Johor Bahru, 2005, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 49.
  5. Siti Zalikhah Md. Nor, Pemilikan Harta Dalam Perkahwinan, 1996, Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur, hlm.16
  6. Seksyen 49 (1).
  7. ibid., Seksyen 49 (2).
  8. ibid., Seksyen 49 (4)
  9. Siti Zalikhah Md. Nor, Pemilikan Harta Dan Perkahwinan (Harta Sepencarian), 1998, Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 73.
  10. Akta Keluarga Islam, 1984 : Seksyen 58 (2).
  11. Undang-undang Keluarga Islam Selangor, No.4, 1984 : Seksyen 58 (2).
  12. Undang-undang Keluarga Islam Pulau Pinang, 1985 :Seksyen 85 (2)
  13. Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan, No.7, 1983 : Seksyen 58 (2).
  14. Undang-undang Keluarga Islam Pahang, No. 3, 1987, Seksyen 59 (2)
  15. Undang-undang Keluarga Islam Kelantan, No. 1, 1983, Seksyen 46 (2)
  16. Undang-undang Keluarga Islam Perak, Bil.13, 1984.
  17. Lihat Re Elang, Re Kulop Degor, Lebar lwn Niat 15 JMBRAS (1937) Part 1, hlm., 48.
  18. Azlina bt. Abd. Latiff, Harta Sepencarian : Pelaksanaan dan Penilaian Menurut Hukum Syarak 2004, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 15
  19. (1950) 16 MLJ 63.
  20. (1996) 1 MLJj 163
  21. (1985) 2 MLJ 98
  22. (1980) 1 Jh 71.
  23. ibid., hlm., 74.
  24. Haji Suki, Masalah Perceraian Orang-Orang Islam Dan Peranan Mahkamah Kadi Johor, 1990, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm., 259
  25. Prof. Madya Dr. Mat Saad Abd. Rahman, Undang-Undang Keluarga Islam Aturan Perkahwinan Suatu Pendekatan Berdasarkan Amalan Semasa, 1993, Hizbi Sdn Bhd Shah Alam, hlm., 258
  26. Azlina binti abd. Latiff, 2004, hlm. 24.
  27. ibid., hlm. 24.
  28. Hj. Abd Kadir Bin Hj. Ismail, Abd Monir Bin Hj Yaacob, Harta Sepencarian Menurut Pandangan Islam, 1988, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 55.
  29. al-Quran,
  30. Yang Amat Arif Dato' Haji Daud Bin Muhammad, Harta Sepencarian Dalam Hukum Syarak, 2003, Pusat Undang-Undang Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, hlm., 44.
  31. al-Quran,
  32. Hj. Abd. Kadir bin Hj. Ismail, Abd. Monir bin Hj. Yaacob, 1988, hlm.56.
  33. Hj. Abd. Kadir bin Hj. Ismail, Abd. Monir bin Hj. Yaacob, 1988, hlm. 69.
  34. al-Quran, al-Nisa' 4 : 128
  35. al-Quran,
  36. al-Quran,
  37. al-Quran,
  38. al-Quran,
  39. al-Quran,
  40. al-Quran,
  41. al-Quran,
  42. al-Quran,
  43. al-Quran,
  44. al-Quran,
  45. Azlina bt. Abd. Latiff, Harta Sepencarian : Pelaksanaan dan Penilaian Menurut Hukum Syarak 2004, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 74.
  46. Ibrāhim Muhammad Salqīnī, al-Muyassar Fī Usūl al-Fiqh al-Islāmī, Dār al-Fikr, Dimashq, 1996, hlm., 164.

  47. al-Suyūtī Jalāluddin cAbd al-Rahmān b. Abu Bakr, al-Ashbāh wa al-Nazāir, Dār al-Kutub al- Arabi Beirūt, 1998, hlm., 182.
  48. Kamus Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur, 1994, hlm., 7.
  49. Sheikh Ahmad b. Sheikh Muhammad al-Zarqa', Sharh al-
    Qawācid al-Fiqhiyyah , Dār al-Qalam, Dimashq, 1996, hlm. 219.
  50. Ibrahīm Muhammad Mahmūd al-Harirī, al-Madkhal ila al-Qawācid al-Fiqhiyyah al-Kuliyyah, dār al-cAqar, Amman, 1988, hlm., 108.
  51. Mohd. Saleh Haji Ahmad, Pengantar Syariat Islam, 1999, Pustaka Haji Abdul Majid, Kuala Lumpur, hlm., 128.
  52. ibid., hlm. 78.
  53. Ustaz Basri Ibrahim, Sistem Kekeluargaan Islam Aturan Perkahwinan Dan Perceraian Serta Kesannya Berasaskan Pandangan Ulama Muktabar Dan Sarjana Islam Masa Kini, 1997, Darul Nu'man, hlm., 324.
  54. ibid., hlm., 85.
  55. al-Suyūtī Jalāluddin cAbd al-Rahmān b. Abu Bakr, al-Ashbāh wa al-Nazāir, Dār al-Kutub al- cArabi Beirūt, 1998, hlm., 182.
  56. Sheikh Ahmad b. Sheikh Muhammad al-Zarqa', Sharh al-
    Qawācid al-Fiqhiyyah , Dār al-Qalam, Dimashq, 1996, hlm. 223.
  57. Yang Amat Arif Dato' Haji Daud Bin Muhammad,
    2003, hlm. 52.
  58. al-Quran, al-Nisa' 4 : 32.
  59. al-Quran,
  60. ibid., hlm., 87.
  61. Tajul Aris Ahmad Bustami, Farid Sufian Shuaib, Mohd Hisham Mohd Kamal, Harta Sepencarian, Prosiding Ex-Parte, Perintah Injuksi, 2003, Pusat Undang-Undang Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, hlm. 48.
  62. Yang Amat Arif Dato' Haji Daud Bin Muhammad,
    2003, hlm., 49.
  63. Orang yang dikenakan sekatan atasnya seperti orang muflis.
  64. ibid., hlm. 51.
  65. Wahbah al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami wa udillatuh ,1996,
    Jilid 4, hlm., 792
  66. Ustaz Basri Ibrahim, 1997, hlm., 327.
  67. Wahbah al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami wa udillatuh ,1996,
    Jilid 4, hlm., 792.
  68. Syarikat pemilikan bersama dua atau lebih terhadap harta yang didapatinya melalui pusaka, wasiat, pemberian, belian dan sebagainya.
  69. Dua pihak bersetuju mengeluarkan modal secara bersama untuk menjalankan perniagaan dan membahagikan keuntungan yang didapati antara mereka berdua
  70. Ditakrifkan sebagai syarikat yang dipersetujui oleh dua orang yang mempunyai reputasi yang baik dalam masyarakat untuk menjalankan perniagaan di mana kedua-duanya tidak menyumbangkan modal tetapi mereka mendapat barang untuk diniaga secara hutang dan dijualkan secara tunai dan keuntungan yang didapati dibahagikan antara mereka.
  71. ibid., hlm., 95.
  72. Ditakrifkan sebagai persetujuan yang dibuat oleh dua pihak atau lebih untuk menjalankan perniagaan secara usahasama dengan syarikat.
  73. Syarikat dimana dua pihak atau lebih yang mempunyai kemahiran tertentu bersetuju untuk usaha bersama dalam penerimaan kerja daripada pelanggan dan upah, manakala keuntungan yang didapati dibahagi bersama mengikut kadar yang dipersetujui.
  74. Lihat kes Kamariah lwn Mansjur, (1989) 7 JH 301
  75. ibid., hlm., 96.
  76. Mahmood Zuhdi Abdul Majid & Raihanah Azhari, Undang-undang Keluarga Islam Konsep dan Pelaksanaannya di Malaysia, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1989, hlm., 215.
  77. ibid. hlm. 97.
  78. (1950) 16 MLJ 63.
  79. (1950) 16 MLJ 63, hlm., 64.
  80. (1966) 1 MLJ 163.
  81. (1966) 1 MLJ 163, hlm., 165.
  82. (1985) 2 MLJ 98.
  83. (1985) 2 MLJ 98, hlm., 100.
  84. (1981) 1 (2) JH 63.
  85. (1981) 1(2) JH 63, hlm., 69.
  86. (1994) 9 JH 178.
  87. (1994) 9 JH 178, hlm., 189.
  88. Lihat Mohamed Habibullah bin Mahmood lwn Faridah bt Dato Talib (1994) 9 JH 23.
  89. Harta yang dituntut sebagai harta sepencarian tersebut hendaklah dapat dibuktikan dan boleh ditentukan secara khusus. Lihat keputusan kes Ningal @ Yang Chik lwn. Jamal bin Abdul Rahman (1989) 4 JH (2) 259.
  90. Lihat dalam kes Sepiah lwn Abdullah (1984) 5 JH (1) 82.
  91. ibid., 192.
  92. Seksyen 58 (2).
  93. ibid., hlm., 42.
  94. (1924) 4 FMSLR 179.
  95. (1989) 4 JH (2) 300.
  96. (1991) 8 JH (1) 122.
  97. (1982) 2 JH (2) 264. Dalam kes ini, pihak perayu telah merayu keputusan Mahkamah Kadi Besar Selangor di atas keputusan pensabitan tuntutan harta sepencarian responden ke atas rumah yang perlu dibahagi setengah (½) berasaskan kepada sumbangan tenaga dan wang ringgit responden ke atas harta tersebut. Jemaah Ulang Bicara Syariah Selangor telah menolak rayuan mengenai harta sepencarian dan perintah Mahkamah Kadi Besar dikekalkan.
  98. (1983) 3 JH (1) 125
  99. (1985) 2 MLJ 98; (1984) 5 JH (1) 61.
  100. (1989), 7 JH 301.
  101. ibid., hlm., 302.
  102. (1990), 8 JH 112.
  103. (1984), 5 Jh 186.
  104. ibid., hlm. 195.
  105. (1926) FMSLR 116. Kes ini telah dirayu dan keputusan tersebut telah ditolak dan diperintahkan supaya diadakan perbicaran semula.
  106. (1996) MLJ 163; (1982) 2 JH (1) 82.
  107. (1981) 1 JH (2) 71.
  108. (1981) 1 JH (2) 63.
  109. (1937) 15 JMBRAS Bhg. 1, 20.
  110. (1950) MLJ 60.
  111. (1937) 15 JMBRAS bhg. 1, 48.
  112. ibid., hlm. 198.
  113. (1968) 1 MLJ 227.
  114. (1983) 3 JH (1) 90.
  115. (1950) MLJ 65.
  116. (1991) 8 JH (1) 66.
  117. (1977) MLJ 90.
  118. (1994) 9 JH (2) 178.
  119. Azlina bt Abd Latiff, Harta Sepencarian : Pelaksanaan Dan Penilaian Menurut Hukum Syarak, 2004, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm., 50.
  120. No.1, Tahun 1974.
  121. Undang-undang tentang perkahwinan Republik Indonesia. No. 1 Tahun 1974, fasal 35 (1) dan (2)
  122. Undang-undang tentang perkahwinan Republik Indonesia. No. 1 Tahun 1974, fasal 65 (1).
  123. ibid., fasal 65 (1).
  124. Kompilasi Hukum Islam Tahun 1990 , fasal 96.
  125. Kompilasi Hukum Islam Tahun 1990 , fasal 97.
  126. ibid., hlm 191
  127. Prof. Madya Dr. Siti Zalikhah Md. Nor, Pemilikan Harta Dan Perkahwinan (Harta Sepencarian), Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm., 75.
  128. Seksyen 58 (1) (2)
  129. Sek. 58 (1) & (2), Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor, No.4, tahun 1984.
  130. Sek. 58 (3) (4) , Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor, No.4, tahun 1984.
  131. (1996) 1 MLJ 153.
  132. (1981) 2 MLJ 98.
  133. ibid., hlm. 33.
  134. ibid., hlm. 76.
  135. Kanun Tanah Negara, S412 A.
  136. Enakmen Pentadbiran Islam Selangor, No.2, Tahun 1989, Seksyen 43 (2)(b).
  137. Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam Terengganu, Bil.12, Tahun 1986, Seksyen 32(2)(b)(iv).
  138. Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993, Seksyen 47


RUJUKAN



al-Quran.



Abdul Halim El-Muhammady. 2001. Undang-undang Muamalat dan Aplikasinya kepada
Produk-produk Perbankan Islam. Fakulti Undang-Undang. Universiti Kebangsaan Malaysia. Dasar Cetak (M) Sdn. Bhd.


Azlina bt Abd Latiff. 2004.Harta Sepencarian : Pelaksanaan Dan Penilaian Menurut

Hukum Syarak. Universiti Kebangsaan Malaysia.



Ghazali. 1317H. al-Wajiz, Matba'at al-Mu'abbad wa al-'adab. Misr. Jil. 1.



Hj. Abd Kadir Bin Hj. Ismail, Abd Monir Bin Hj Yaacob. 1988. Harta Sepencarian

Menurut Pandangan Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia.



Haji Ab. Kadir Hj. Muhammad. 1996. Harta Sepencarian : Konsep Dan Pelaksanaannya

Di Malaysia. Jurnal Syariah.



Haji Suki. 1990. Masalah Perceraian Orang-Orang Islam Dan Peranan Mahkamah Kadi

Johor. Universiti Kebangsaan Malaysia.



Harold J. Grilliot. 1983. Introduction to Law and the Legal Systems. Houghton Miffin

Co. Bosto



Ibrahīm Muhammad Mahmūd al-Harirī.1988. al-Madkhal ila al-Qawācid al-Fiqhiyyah

al-Kuliyyah, dār al-cAqar. Amman..



Ibrāhim Muhammad Salqīnī. 1996. al-Muyassar Fī Usūl al-Fiqh al-Islāmī. Dār al-Fikr.

Dimashq.



John Burke. 1977. Jowitt's dictionary of English law. Sweet and Maxwell Ltd. Londan.



John S. James. 1986. Strouds judical dictionary of words and phrases. Sweet & Maxwell

Ltd. London..



Kamus Dewan Edisi Ketiga. 1994. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan

Malaysia Kuala Lumpur.

M.A Henry Campbell Black. 1968. Black's law dictionary. West Publishing Co.

Minnesota.



Mahmood Zuhdi Abdul Majid & Raihanah Azhari. 1989. Undang-undang Keluarga

Islam Konsep dan Pelaksanaannya di Malaysia. Universiti Malaya, Kuala
Lumpur.


M.B. Hooker. 1976. The Personal Laws Of Malaysia. Oxford University Press, Kuala

Lumpur.



Mohamad Som bin Sujimon, Abdul Basir bin Mohamad. 2006. Fikah Kekeluargaan.

Universiti Islam Antarabangsa



Mohd. Saleh Haji Ahmad. 1999. Pengantar Syariat Islam. Pustaka Haji Abdul Majid,

Kuala Lumpur.



Norsidah binti Mat Yusoh. 2005. Tuntutan Harta Dan Pembiayaan Selepas Perceraian :

Kajian Kes Di Mahkamah Johor Bahru. Universiti Kebangsaan Malaysia.



Prof. Madya Dr. Mat Saad Abd. Rahman. 1993. Undang-Undang Keluarga Islam Aturan

Perkahwinan Suatu Pendekatan Berdasarkan Amalan Semasa. Hizbi Sdn Bhd
Shah Alam.


Roger A. Cunningham, William B. Stoebuck & Dale A. Whitman. 1984. The Law of

Property. West Publishing Co. Minnesota.



Roscoe Pound. 1954. An introduction to the philosophy of law. Yale University Press.

New Haven.



Sheikh Ahmad b. Sheikh Muhammad al-Zarqa'. 1996. Sharh al-
Qawācid al-Fiqhiyyah.,

Dār al-Qalam Dimashq.



Siti Zalikhah Md. Nor. 1996. Pemilikan Harta Dan Perkahwinan. Dewan Bahasa dan

Pustaka.



Siti Zalikhah Md. Nor. 1998. Pemilikan Harta Dan Perkahwinan (Harta Sepencarian).
Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia

al-Suyūtī Jalāluddin cAbd al-Rahmān b. Abu Bakr. 1998 al-Ashbāh wa al-Nazāir. Dār al-

Kutub al- cArabi Beirūt.

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al- Quran. 2001. Edisi ke 12. Kuala
Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia



Tajul Aris Ahmad Bustami, Farid Sufian Shuaib, Mohd Hisham Mohd Kamal. 2003.

Harta Sepencarian, Prosiding Ex-Parte, Perintah Injuksi. Pusat Undang-Undang

Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim. Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia.


Ustaz Basri Ibrahim. 1997. Sistem Kekeluargaan Islam Aturan Perkahwinan Dan
Perceraian Serta Kesannya Berasaskan Pandangan Ulama Muktabar Dan Sarjana Islam Masa Kini. Darul Nu'man.


Wahbah al-Zuhaili. 1996. Fiqh Perundangan Islam. Penterjemah Md. Akhir Haji Yaacob et al. Jilid IV. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.





William P.Statsky. 1986. West legal thesaurus/dictionary. West Publishing Company.

Minnesota.



Yang Amat Arif Dato' Haji Daud Bin Muhammad. 2003. Harta Sepencarian Dalam
Hukum Syarak. Pusat Undang-Undang Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Wednesday, July 18, 2012

Jangan Menyerah




Bismillahirrahmanirrahim..

sambil meneliti draft permohonan Faraidh, terdengar lagu jangan menyerah dari radio ofis. suka dengar lagu ni..so, gambar di atas penulis buat khas untuk pembaca..senyumlah seriang baby.. ^.^

selamat bekerja. ma'assalamah ;)

Tuesday, July 3, 2012

Hutang dalam perkahwinan


Mahkamah Syariah boleh dengar kes tuntutan hutang
Soalan:
SAYA seorang guru, sudah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai tiga anak. Saya bercerai akhir 2007. Sepanjang perkahwinan, saya banyak berkorban untuk keluarga, memberikan dua pertiga gaji untuk urusan keluarga seperti membayar sekolah anak, duit belanja dan barang dapur. Ketika itu saya tidak kisah kerana fikirkan suami isteri mesti bekerjasama untuk keluarga. Saya juga selalu memberi duit kepada suami kerana katanya dia tiada duit untuk belanja. Semua jumlah kecil itu saya tidak ingat jumlahnya. Tetapi saya pernah memberi RM20,000 kepada suami sebagai hutang ketika kami belum bercerai. Tujuan beliau meminjam wang itu untuk digunakan sebagai tambahan modal perniagaannya. Ada perjanjian ditandatangani antara saya dan bekas suami menyatakan hal-ehwal hutang itu. Sekarang kami sudah bercerai dan perniagaan bekas suami nampaknya maju kerana beberapa kali menukar kereta. Persoalannya adakah saya boleh memfailkan tuntutan hutang ini di Mahkamah Syariah. Saya juga mempunyai tuntutan lain yang difailkan di Mahkamah Syariah seperti mutaah dan harta sepencarian yang akan diberi keputusannya tidak berapa lama lagi. Oleh kerana hutang itu sudah lama dan tidak pernah dibayar oleh bekas suami, adakah saya dihalang daripada menuntutnya sekarang.

Isteri Malang,
Klang.

Jawapan:
Puan perlu bersabar dan kuatkan hati menerima dugaan. Puan bukan seorang yang malang kerana apa saja takdir Ilahi mempunyai hikmah di sebaliknya. Kita terima dengan hati terbuka dan positif. Insya Allah masa depan puan akan lebih cemerlang.

Berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah, Seksyen 61 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 menjelaskan bahawa dalam kes mal, Mahkamah Syariah berbidang kuasa mendengar serta memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan itu adalah orang Islam, tindakan itu berhubungan dengan:
  • Pertunangan, perkahwinan, rujuk, perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz atau perkara pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara berkaitan perhubungan suami isteri;
  • Apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara dinyatakan di atas;
  • Nafkah orang tanggungan, kesahatarafan atau penjagaan atau jagaan (hadhanah) budak;
    Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;
  • Wasiat atau alang ketika nazak (marad al maut);
    Alang ketika hidup atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan memadai dengan wang atau nilaian wang oleh seseorang Islam;
  • Wakaf atau nazar; Pembahagian dan perwarisan harta berwasiat atau tidak berwasiat;
    Penentuan orang berhak kepada bahagian harta pusaka si mati yang beragama Islam atau bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak;
  • Pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam;
    Pengisytiharan bahawa seseorang itu ialah seorang Islam atau sebaliknya pada masa kematiannya;
  • Pentadbiran masjid;
  • Perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Walaupun tiada peruntukan khusus berhubung dengan hutang piutang antara suami isteri, apa-apa pelupusan atau tuntutan harta berbangkit daripada pertunangan, perkahwinan, rujuk, perceraian, pembubaran perkahwinan, nusyuz atau pemisahan kehakiman termasuk dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti diperuntukkan dalam seksyen 61 di atas. 

Hutang bekas suami kepada puan tentunya berbangkit daripada perkahwinan antara puan dengannya. Dalam perkataan lain, jika puan tidak berkahwin dengan bekas suami, tentulah hal ehwal hutang piutang ini tidak berlaku. Oleh itu, Mahkamah Syariah berkuasa mendengar dan memutuskan tuntutan puan. 

Dalam kes Moriazi Mohamad lawan Ajmawati Attan, Mahkamah Rayuan Syariah Selangor memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah mempunyai bidang kuasa membicarakan tuntutan hutang piutang, walaupun di sana tiada peruntukan khusus mengenainya. 

Tuntutan hutang piutang itu terbit daripada perkahwinan mereka, disebabkan mereka berkahwin, maka berlakulah transaksi antara mereka termasuk berniaga dan pinjam meminjam modal dan sebagainya, hatta kepada hutang piutang. 

Oleh kerana peruntukan khusus tidak wujud dalam mana-mana undang-undang bertulis, maka dalam hal ini, Mahkamah Syariah boleh menggunakan peruntukan hukum syarak. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Selangor 2003 menjelaskan dalam seksyen 245(2) bahawa jika wujud lacuna (lompang) atau jika apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata oleh enakmen ini, mahkamah hendaklah memakai hukum syarak. 

Oleh demikian, berdasarkan peruntukan undang-undang yang disebut di atas dan kes Mahkamah Rayuan Syariah Selangor yang diputuskan itu, puan boleh menuntut hutang dibuat suami di Mahkamah Syariah dan bukan di Mahkamah Sivil. Puan dinasihatkan mengemukakan saksi, bukti dokumen dan sebagainya bagi menyokong keterangan ketika membuat ganti rugi. Beban untuk membuktikan bahawa suami berhutang terletak pada bahu puan. 

Berhubung had masa pula, berbeza tuntutan hutang di Mahkamah Sivil yang hanya boleh dibuat dalam tempoh enam tahun daripada tarikh keingkaran, di Mahkamah Syariah dan dalam hukum syarak tidak memperuntukkan masa seperti itu. Ini bermakna tiada had masa bagi tuntutan di Mahkamah Syariah. Perkara itu walaupun sudah lama berlalu, puan masih lagi boleh membuat tuntutan itu di Mahkamah Syariah. 

Tuntutan hutang juga tidak akan memprejudiskan tuntutan lain yang puan failkan terhadap bekas suami seperti mutaah dan harta sepencarian. Tuntutan itu adalah berasingan dan memerlukan pembuktian berlainan. Tuntutan itu adalah hak puan yang dinyatakan dalam hukum syarak dan dikanunkan sebagai undang-undang. 

Oleh itu, puan tidak perlu risau berhubung perkara berkenaan. Mahkamah akan membuat keputusan berdasarkan tuntutan dan pembuktian dikemukakan di mahkamah. 

Jawapan disediakan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Zainul Rijal Abu Bakar. Sebarang persoalan boleh dihantar ke excopgsm@yahoo.com. Layari http://peguamsyarie.blogspot.com

Hak-Hak Wanita Selepas Perceraian


Pengenalan Enakmen Keluarga Islam
Undang-Undang Keluarga Islam adalah kesinambungan daripada kondisi masyarakat yang berbilang bangsa, budaya dan adat resam. Walaupun ia adalah jelmaan daripada Undang-Undang Inggeris pada asalnya, tetapi Undang-Undang Keluarga Islam telah diperluaskan dan diperbaiki serta dikembalikan kedudukan asalnya sebagaimana yang dikehendaki oleh Fiqh Islam.

Undang-undang keluarga Islam hari ini adalah rombakan daripada fiqh yang memperbaiki kedudukan wanita dan kanak-kanak terutamanya dalam masyarakat moden hari ini. Hal ini dapat dilihat daripada beberapa peruntukan undang-undang yang menyentuh khusus tentang hak-hak mereka. Ini diseliputi hak-hak berhubung dengan kewangan seperti mahar, nafkah, mut’ah, harta sepencarian dan lain-lain peruntukan semasa dalam tempoh perkahwinan dan juga selepas perceraian berlaku.

Perkahwinan di dalam Islam adalah tidak menyentuh mengenai kedudukan peribadi seorang perempuan Islam. Perempuan tersebut mempunyai hartanya dan apa-apa gaji atau pendapatan yang diperolehi atau didapati olehnya adalah kepunyaannya. Dia berhak menuntut atas namanya sendiri hartanya dan kontrak yang diikatnya olehnya.

Akta Perempuan-Perempuan Bersuami 1957 memperuntukan bahawa Akta itu berkuatkuasa di negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor, Terengganu dan Wilayah-Wilayah Persekutuan berhubung dengan perempuan Islam yang bersuami dan hak harta mereka dan tanggungjawab mereka tertakluk kepada undang-undang Islam dan adat Melayu mengenai perhubungan antara suami isteri setakat mana ia terpakai dan di negeri-negeri Melaka dan Pulau Pinang, dan tertakluk kepada undang-undang Islam negeri-negeri ini dalam semua perkara di mana undang-undang Islam itu terpakai.

Telah diperuntukan bahawa tertakluk kepada Akta tersebut seorang perempuan yang bersuami hendaklah:-

a) berkebolehan memperolehi, memegang dan melupuskan mana-mana harta;
b) berkebolehan menyebabkan dirinya atau disebabkan ia bertanggungan, berkenaan dengan tort, kontrak, hutang atau tanggungan;
c) berkebolahan mendakwa dan didakwa atas namanya sendiri sama ada berhubung dengan tort atau kontrak atau kaedah lain dan berhak kepada semua remedi dan tebus rugi untuk semua perkara;
d) tertakluk kepada undang-undang kebankrapan dan penguatkuasaan penghakiman dan perintah-perintah;

Semua peruntukan ini sama seperti perempuan yang belum berkahwin.Sehinggalah baru-baru ini Akta Perempuan-perempuan Bersuami 1957 memperuntukan bahawa kecuali untuk perlindungan atau keselamatan hartanya, tidak ada seorang suami atau isteri berhak menuntut pihak yang satu lagi bagi Tort. Peruntukan tersebut dimansuhkan dan diperuntukan sekarang bahawa seorang suami atau isteri berhak mendakwa masing-masing mengenai Tort untuk mendapat gantirugi berkenaan dengan kecederaan kepada badan mereka,seperti juga mana-mana dua orang berasingan. (Seksyen 4A ditambah oleh Akta A893 pada tahun 1994).

Berdasarkan peruntukan seksyen 128 (1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah 2008 bahawa seseorang suami atau isteri yang dengan sengaja menganiaya isterinya atau suaminya atau menipu harta isterinya atau suaminya, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara.128 (2) Mahkamah boleh, sebagai perintah tambahan, memerintahkan supaya dibayar pampasan bagi harta yang telah ditipu itu. 

HAK-HAK WANITA SELEPAS PERCERAIAN

2.1.1        a) Mahar Yang Belum Dijelaskan 
Berdasarkan hukum syarak sebarang mas kahwin yang diberikan kepada seorang isteri semasa berkahwin adalah menjadi hak isteri dan tidak boleh diambil balik oleh suami kecuali dengan izinnya, kecuali apabila berlakunya perceraian sebelum berlakunya persetubuhan.

Firman Allah,Surah An-Nisa’ :19

 Maksudnya
 
“Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kami menyakiti mereka ( dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang telah kamu kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata…..”

Ini menunjukkan bahawa, hak untuk mendapatkan mas kawin atau mahar ini merupakan hak isteri yang wajib ditunaikan oleh suami. Hak ini juga tidak akan terjejas walaupun berlakunya perceraian. Oleh itu, sekiranya jumlah penuh mas kawin atau sebahagian darinya belum dijelaskan lagi oleh suami, isteri berhak untuk menuntutnya selepas terjadinya perceraian. Berhubung dengan hak ini, Seksyen 59, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah 2008 memperuntukkan bahawa, tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Enakmen ini boleh menyentuh apa-apa hak yang mungkin ada pada seorang isteri di bawah Hukum Syarak terhadap mas kawinnya dan pemberian kepadanya atau apa-apa bahagian daripadanya apabila pernikahannya dibubarkan. Ini jelas menunjukkan bahawa, hak-hak isteri yang diceraikan masih lagi boleh dituntut walaupun perceraian telah berlaku, dan suami wajib membayar mahar yang belum dijelaskannya terhadap isterinya.

Disamping itu juga, Seksyen 23 (8) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah 2008 memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang membuat akad nikah bersalahan dengan subseksyen (1) hendaklah membayar dengan serta merta jumlah mas kawin dan pemberian yang kena dibayar kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada, dan jika jumlah itu tidak dibayar sedemikian, boleh dituntut sebagai hutang.

b)Nafkah ‘Iddah
‘Iddah dari sudut bahasa bermaksud pengiraan yang diambil daripada perkataan (adad) yang memberi makna bilangan kerana ia mengandungi tempoh suci ataupun bilangan bulan (al Zuhaily, Wahbah, Al Fiqh Al Islam wa Adillatuh,jil 7,hlm 624) 

Dari sudut istilah Fuqaha pula ialah satu masa yang ditentukan untuk menamatkan apa-apa kesan daripada perkahwinan. Apabila berlaku perpisahan di antara seorang lelaki dengan isterinya maka hubungan perkahwinan antara isteri dengan suaminya tidak akan terputus kesemuanya hanya dengan berlakunya perpisahan, bahkan isterinya wajib menahan dirinya dan tidak mengahwini orang lain sehinggalah tamat tempoh yang telah ditetapkan oleh syarak tadi.

Pensyariatan ‘Iddah ini adalah untuk di atas perkahwinan yang telah berlalu. Oleh itu, tidak sah seorang perempuan yang bebas lagi mulia untuk berkahwin sebaik sahaja berlaku perceraian kerana ia dikira menghina perkahwinan yang pertama dan juga hubungan yang telah dijalin bersama yang wajib ditunaikan. Ia juga adalah satu waktu yang ditetapkan untuk memastikan kekosongan rahim dari mengandungkan anak. Maka ia boleh berkahwin selepas dari memastikan bahawa rahimnya tadi adalah kosong. Bagitu juga ‘iddah disyariatkan kerana asalnya dalam perceraian adalah talak raj’ie maka semestinya wujud peluang bagi pihak lelaki untuk rujuk kembali kepada isterinya. Maka ‘iddah adalah selama lebih kurang tiga bulan untuk meneliti kembali keadaan dirinya semoga Allah akan menyedarkannya akan sesuatu. 

Islam bukan sahaja memelihara hak dan kepentingan wanita semasa perkahwinan, malahan juga selepas berlakunya perceraian, selepas perceraian bekas isteri masih berhak menuntut kewangan daripada bekas suaminya iaitu nafkah ‘iddah. Ini berdasarkan seksyen  60 (1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah 2008 yang memperuntukan bahawa tertakluk kepada Hukum Syarak, Mahkamah boleh memerintah seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya. Seksyen 60 (2) menyatakan tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu antara lainnya:-

a)      apabila dia menjauhkan dirinya daripada suaminya;
b)      apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau
c)      apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke suatu rumah atau tempat lain,
      tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak. 

Selain dari aspek kewangan bekas isteri juga boleh menuntut untuk mendapatkan tempat tinggal semasa di dalam tempoh ‘iddah. Ini berdasarkan seksyen 72 (1) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah 2008 yang menyatakan bahawa Seseorang perempuan yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa dia berkahwin selagi suami tidak mendapatkan tempat tinggal yang sesuai untuk isteri.Seksyen 72 (2) Enakmen yang sama menyatakan hak tempat tinggal yang diperuntukkan dalam seksyen (1) akan terhenti:-

a)      jika tempoh iddah telah tamat;
b)      jika tempoh penjagaan anak telah tamat;
c)      jika perempuan itu telah bersalah melakukan perbuatan yang memberahikan secara terbuka (fahisyah).

Dan sesudah itu, suami boleh memohon kepada Mahkamah supaya dikembalikan rumah itu kepadanya.

Tempoh ‘iddah seorang isteri yang diceraikan iaitu bagi wanita yang mengandung sehingga melahirkan anak dan bagi wanita yang masih mempunyai kitaran haid iaitu selama tiga kali kitaran haid.

Kadar nafkah
Kadar nafkah yang diwajibkan hendaklah sekadar keperluan dan hajat, menurut keadaan dan kekuasaan orang yang berkewajipan serta menurut adat tiap-tiap tempat, ini berdasarkan hadis nabi riwayat Bukhari dan Muslim:

Maksudnya : Dari Aisyah, Hindun Binti Utbah telah berkata, Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan (suaminya) seorang yang kedekut. Dia tidak memberi kepada saya dan anak saya belanja yang cukup, kecuali saya ambil dengan tidak diketahuinya (adakah yang demikian itu harus bagi saya) Rasulullah menjawab, Ambillah olehmu daripada hartanya sekadar yang mencukupi keperluanmu dan anakmu dengan cara yang baik.

Al Quran surah al Talaq:6

Maksudnya,

Wahai nabi, Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri kamu maka ceraikanlah mereka pada masa mereka daapat memulakan ciddahnya dna hitunglah masa ciddah itu dengan betul, serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya dan janganlah pula dibenarkan mereka keluar dari situ kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji yang nyata.

Al Quran dan hadis tidaklah menyebut dengan tegas atau mensyaratkan kadar jumlah nafkah yang tertentu; di dalam al Quran surah al Talaq:6&7 hanya memberi gambaran umum iaitu nafkah cuma diberi sekadar yang patut dan cukup bagi keperluan isteri dan sesuai dengan pendapatan suami. Menurut Imam al-Syafie jumlah maksimum dan minimum nafkah berdasarkan kepada nilai kafarah yang terbanyak iaitu 2 mud ( 2 ½ kg beras sehari) dan kadar terendah iaitu 1 mud ( lebih kurang 1 kg lebih beras). Dan sebaik-baik nafkah ialah yang sederhana, jangan terlalu kedekut dan jangan terlampau membazir sebagaimana  firman Allah yang bermaksud “orang yang berkemampuan hendaklah memberi nafkah mengikut kemampuannya”. 

Menurut, Hakim Harussani menyatakan kadar nafkah ‘iddah adalah mengikut kedudukan atas nisbah kaya, miskin dan pertengahan”.

Hukum Nafkah ‘Iddah
Hukum Nafkah adalah wajib berdasarkan al Quran dan juga Sunnah. Di dalam Al Quran telah dijelaskan mengenai nafkah ‘iddah berdasarkan firman Allah Taala dalam surah al-Talak 65:6
Bermaksud:  “Tempatkanlah isteri-isteri yang menjalani ‘iddahnya itu ditempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka ditempat tinggal itu dan tujuan menyusahkan kedudukan mereka supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu”.

Hikmah Nafkah ‘Iddah
Setengah fuqaha menafikan adanya hikmah di sebalik pensyariatan ‘iddah kerana ia adalah perkara yang berbentuk ibadah dan tidak boleh difikirkan dengan akal mana dinyatakan oleh Ibn Hazm al Zahiry. (Muhammad Mustafa al Shalabi, 1977, Jil 2, hlm 630) walau bagaimanapun menurut pendapat fuqaha yang lain hikmah pensyariatan ‘iddah boleh simpulkan seperti berikut:-

a)      Untuk memastikan kekosongan rahim supaya tidak bercampur benih kerana pada kebiasaannya perceraian hanya berlaku selepas daripada persetubuhan di mana ia adalah merupakan fitrah manusia. Oleh sebab itulah ‘Iddah sememangnya dikenali semasa zaman jahiliah kemudian Islam datang menetapkan dan menegaskannya selepas daripada menghapuskan segala kemudharatan yang berlaku ke atas kaum wanita.

b)      Menunjukkan kepentingan perkahwinan dan memberitahu manusia bahawa ia adalah suatu perkara yang mempunyai risiko yang mampu merubah kesemua bentuk akad kerana ia merupakan akad perkongsian hidup. Oleh kerana akad itu tidak sah melainkan dengan kehadiran dua orang saksi begitu jugalah halnya ia tidak semestinya berakhir semata-mata dengan perpisahan. Bahkan perempuan yang telah dicampuri itu mesti menunggu satu tempoh yang cukup kepada pasangan suami isteri untuk mengkaji balik segala keputusan sebelum berpisah.

c)      Membolehkan perempuan yang kematian suami menzahirkan kesedihan yang dialaminya kerana kehilangan suami dengan meninggalkan segala perhiasan diri. Ini adalah satu cara untuk menunaikan tanggungjawabnya, kerana bukanlah menjadi satu perkara yang bermaruah seorang isteri bersegera berkahwin sebaik sahaja kematian suaminya sekalipun suami belum mengaulinya. Begitu juga, perbuatannya itu akan menimbulkan kesan buruk kepada keluarga mentuanya itu kerana dapatkah dibayangkan bagaimana seorang isteri boleh menikmati kehidupan yang baru saat keluarga suaminya masih di dalam keadaan yang hiba.

c)Tunggakan nafkah
Dari segi bahasa nafkah bermaksud mengeluarkan dan membelanjakan.Nafkah menurut pandangan syarak ialah mengeluarkan perbelanjaan atau nafkah kepada mereka yang wajib atas seseorang itu menafkahkannya atau mengeluarkan belanjanya, tetapi yang dimaksudkan dengan belanja disini ialah semua hajat dan keperluan yang berlaku mengikut keadaan dan tempat seperti makanan, pakaian, tempat tidur dan sebagainya.

Nafkah wajib dibayar kepada isteri apabila berlakunya perkahwinan selama mana isteri masih taat kepada suami. Nafkah tersebut termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal, pekakas rumah dan lain-lain lagi menurut keadaan dan adat ditempat masing-masing  berdasarkan juga kemampuan suami untuk menyediakan keperluan tersebut.

Sekiranya isteri taat kepada isteri dan sentiasa menjaga maruah diri dan rumahtangga kepada suami, namun begitu, suami gagal menyediakan makan minum isteri dan keperluan isteri, maka akan menjadi hutang kepada suami untuk membayar nafkah yang tertunggakan tersebut. Isteri tersebut perlu membuktikan di mahkamah bahawa sepanjang perkahwinan tersebut suami telah gagal menyediakan keperluan isteri tersebut selama mana suami gagal membayar akan terbeban ke atas suami untuk menjelaskannya. Ini berdasarkan seksyen 70 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah 2008, yang menyatakan tunggakan nafkah yang tak bercagar, boleh dituntut sebagai suatu hutang daripada pihak yang mungkir itu dan, jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum suatu perintah penerimaan dibuat terhadap pihak yang mungkir itu, tunggakan itu boleh dibuktikan dalam kebankrapannya dan, jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum dia mati, tunggakan itu hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar daripada harta pusakanya. Seksyen 70 (2) menyatakan tunggakan nafkah yang tak bercagar yang berkumpul kena dibayar sebelum orang yang berhak kepadanya itu mati boleh dituntut sebagai suatu hutang oleh wakil diri disisi undang-undang orang itu.

d)Hak Terhadap Mut’ah
Selain dari hak seorang isteri yang diceraikan untuk menuntut nafkah, terdapat lagi hak isteri yang diceraikan untuk menuntut mut’ah. Mut’ah bermaksud pemberian oleh suami kepada isteri yang diceraikan tanpa sebab yang patut. Ayat  Quran yang menjelaskan tentang wajib member Mut’ah kepada isteri yang diceraikan dalam surah al-Baqarah 2:241, 

Maksudnya;

Dan isteri-isteri yang telah diceraikan, berhak mendapat mut’ah (pemberian sagu hati ) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang yang bertaqwa.

Hukum syarak jelas menyebut tentang kewajiapan seorang lelaki membayar mut’ah kepada isteri yang telah diceraikan seperti dalam surah Al Baqarah ayat 236 maksudnya:

“Tidaklah kami bersalah (dan tidaklah kamu menanggung bayaran maskahwin) jika kamu ceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka, walaupun demikian, hendaklah kamu memberi mut’ah (saguhati) kepada mereka (yang diceraikan) iaitu suami yang senang menurut kemampuannya dan suami yang susah pula menuntut kemampuannya sebagai pemberian saguhati  menurut yang patut lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang yang mahu berbuat kebaikan”.

             Menurut pendapat Imam Syafie, mut’ah itu wajib diberikan kepada isteri samada dia diceraikan sebelum disetubuhi, sudah ditentukan maharnya atau belum.  Ianya perlu dibayar dalam semua bentuk perceraian bagi perempuan yang diceraikan setelah maharnya ditentukan dan pensucian itu berlaku sebelum persetubuhan.

Di dalam Seksyen 58, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah 2008 menyatakan “ sebagai tambahan kepada haknya untuk memohon nafkah, seseorang  perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mut’ah atau pemberian saguhati kepada Mahkamah, dan mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuashati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syarak. 

            Namun begitu, tiada cara tertentu untuk menentukan kadar-kadar mut’ah, namun begitu, terdapat prinsip umum iaitu sesuatu pemberian hendaklah diasaskan kepada kemampuan suami yang menceraikan isterinya itu serta faktor-faktor lain seperti lamanya sesuatu perkahwinan tersebut.

e)Harta sepencarian
Definisi
Harta sepencarian boleh ditakrifkan sebagai harta sama ada harta alih atau tidak alih yang diperolehi bersama oleh pasangan suami isteri semasa kewujudan perkahwinan mereka hasil dari sumber-sumber atau usaha mereka. Harta ini dikenali sebagai harta sepencarian dan menurut Adat Temenggong atau harta carian laki-bini menurut istilah Adat Pepatih. 

Di Kedah, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008 ada memperuntukkan dibawah seksyen 122 (1)

“Mahkamah adalah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat suatu  perintah perceraian untuk  memerintahkan supaya apa-apa aset yang diperolehi dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana asset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana asset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.” 

Seksyen 122 (2) menyatakan pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang:-

a)      takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, atau usaha ke arah memperolehi asset-aset itu;
b)      apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka;
c)      keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada,
dan , tertakluk kepada pertimbangan – pertimbangan itu, Mahkamah hendaklah membuat pembahagian yang sama banyak. Seksyen 122 (3) Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa, apabila membenarkan lafaz atau apabila membuat perintah perceraian, memerintahkan supaya apa-apa asset yang diperolehi dalam masa perkahwinan dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu dibahagikan antara mereka atau supaya asset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana asset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu. Peruntukan seksyen 122 (4) menyatakan pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (3), Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada:-
a)      takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh pihak, yang tidak memperolehi asset itu, kepada kebajikan keluarga dengan memelihara rumahtangga atau menjaga keluarga;
b)      keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada,
dan tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah boleh membahagikan asset-aset itu atau hasil jualan itu mengikut apa-apa kadar yang difikirkannya munasabah, tetapi walau bagaimanapun, pihak yang telah memperoleh asset-aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang lebih besar.

Peruntukkan 122 (5) menyatakan  bagi maksud seksyen ini, rujukan-rujukan mengenai asset yang diperoleh dalam masa perkahwinan oleh satu pihak termasuklah asset-aset yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan itu yang telah dimajukan pada sebahagian besarnya dalam masa perkahwinan itu oleh pihak yang satu lain itu atau dengan usaha bersama mereka. 

Haji Harussani Bin Haji Zakaria, ketika menjadi Kadi Besar Pulau Pinang menyarankan “bahawa harta sepencarian itu ialah harta yang diperolehi bersama, suami isteri itu hidup bersama dan berusaha bersama, sama ada kedua-dua pasangan itu sama-sama bekerja dalam bidang yang sama atau dalam bidang yang berlainan dan sama ada secara rasmi atau tidak rasmi, sama ada dibahagi-bahagikan tugas atau tidak”. M.B. Hooker dalam bukunya Personal Laws Of Malaysia menyatakan bahawa harta sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama suami isteri dalam masa perkahwinan.

Di sini jelas menunjukkan, bahawa harta sepencarian merupakan “harta yang diperolehi bersama oleh pasangan suami isteri dari hasil usaha mereka bersama, sama ada mereka berusaha dalam satu bidang kerja seperti sama-sama bekerja membuat bendang, sama-sama bertani, berniaga atau berlainan bidang kerja umpama suami bekerja makan gaji dan isteri pula berniaga atau sama-sama bekerja makan gaji. Hasil dari pendapatan itu dibelikan sesuatu harta tak alih atau harta alih seperti saham dan sebagainya, sama ada harta itu atas nama bersama atau atas nama suami atau isteri, pokoknya ialah mereka hendaklah sama-sama menyumbangkan tenaga atau modal dalam mengadakan harta tersebut dalam jangkamasa bersuami isteri atau dalam tempoh perkahwinan”.

Asas Hukum
Islam merupakan satu agama yang syumul dan lengkap. Kesyumulannya itu, dapat dilihat dalam pelbagai bidang yang berhubung dengan keperluan manusia, di antaranya ialah berkaitan dengan pengurusan atau pembahagian harta. Islam telah meletakkan beberapa prinsip dalam mentadbir harta bagi mengatur serta menjamin kemaslahatan manusia sejagat. Prinsip-prinsipnya itu sesuai diamalkan di setiap tempat dan masa. Di anatara prinsip tersebut ialah harta adalah amanah dari Allah Taala kepada manusia dan mereka hendaklah mentadbirkannya mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah Taala sebagai tuan empunya harta tersebut.

Sebagaimana yang dimaklumi harta sepencarian pada asalnya adalah suatu amalan yang bertunjangkan kepada adat semata-mata. Namun ia tidak bermakna bahawa perkara itu tidak termasuk dalam mana-mana kategori hukum. Hal ini disebabkan amalan individu, kelompok, mahupun masyarakat tetap tunduk kepada satu daripada kategori iaitu harus atau tidak harus, boleh atau tidak boleh ataupun yang ketiga, penerimaan dengan pindaan.

Sejarah perundangan sendiri menunjukkan bahawa apabila rasulullah SAW berhadapan dengan persoalan adat (uruf), baginda mengambil sikap berbeza-beza antara satu adat dengan adapt yang lain. Apabila suatu uruf atau adat telah diakui kebaikannya dan telah diberi pengiktirafan undang-undang, kedudukannya bukan lagi sebagai uruf atau adat, tetapi bertukar menjadi suatu peraturan atau perundangan yang mesti diikuti dan dikuatkuasakan. 

f)Hak penjagaan anak (Hadhanah)
Wanita yang diceraikan juga berhak untuk mendapatkan hak mengenai penjagaan anak-anak mereka selepas berlakunya perceraian.

Definisi Hadhanah
Hadhanah dari perkataan Arab yang berasal dari perkataan  “ Hadhanah”  yang bermaksud “rusuk” atau “peluk”. Ini kerana, kelaziman bagi seorang ibu apabila ia sedang mengasuh atau mendukung anaknya maka anak tersebut akan dipangku disebelah rusuknya, jika kalimah itu dinisbahkan kepada seseorang, maka ia memberi erti mendidik atau mengasuh atau mentadbir sesuatu.

Dari segi istilah syarak pula, para ulamak membuat pelbagai definisi mengikut pemahaman mereka antaranya ialah:-
a)      Menurut al-Hanafiah, hadhanah ialah “hak penjagaan anak-anak bagi sesiapa yang dibenarkan untuk mendidik/membesarkan kanak-kanak tersebut serta menjaga dan memenuhi segala keperluannya dalam usia yang tertentu”.
b)      Al Syafiiyah pula mendefinisikan hadhanah dengan “keupayaan untuk menjaga/ mengawasi orang-orang yang tidak dapat membezakan atau tidak mampu menjaga diri mereka (seperti anak kecil dan oang gila) serta mendidik dan membesarkan mereka kearah kebaikan dan melindungi mereka daripada bahaya dan kemudharatan”.
c)      Al-Malikiyah pula mendefinasikan “ penjagaan /penyeliaan anak di dalam kediaman (rumah) dengan menyediakan makan.minum, pakaian, tempat tidur serta kebersihan dirinya”.
d)     Al Hanabilah mendefinisikan hadhanah sebagai “menjaga/menyelia budak kecil dan selainya (orang gila) daripada apa-apa yang memudharatkannya dan mendidiknya dengan sesuatu yang mendatangkan kebaikan untuknya”.

Orang Yang Diberi Keutamaan Menjaga Anak
Para fuqaha bersepakat mengatakan bahawa hak untuk menjaga atau memelihara anak yang belum mumaiyiz apabila terjadi sesuatu perceraian sama ada perceraian hidup atau mati adalah milik ibu. Ia merupakan satu kesepakatan oleh setiap imam mazhab yang empat, bahkan sudah menjadi ijmak terhadap masalah tersebut.

Hikmah diberikan hak hadhanah kepada ibu kerana golongan tersebut mempunyai sifat mendidik dan mengasuh seperti penyabar, belas kasihan, lemah lembut dan sebagainya yang sesuai dengan fitrah wanita.

KESIMPULAN

            Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah tahun 2008, juga adalah peruntukan undang-undang yang boleh menangani masalah umat Islam di Negeri Kedah selepas berlakunya perceraian, iaitu bagi memastikan pihak-pihak isteri mahupun suami yang telah berpisah mendapatkan hak-hak mereka selepas berlakunya perceraian. Iaitu bagi memastikan bahawa pihak-pihak yang telah bercerai itu mendapatkan hak mereka seperti, bagi isteri boleh mendapatkan kembali mahar yang tertangguh, iaitu mahar yang masih belum dijelaskan oleh pihak suami semasa perkahwinan, nafkah ciddah, mut’ah, tunggakan nafkah dan apa-apa hutang yang dibuat oleh suami semasa di dalam perkahwinan. Di samping itu, kedua-dua pihak sama ada suami ataupun isteri boleh untuk menuntut harta sepencarian yang diperolehi selepas perkahwinan berpandukan kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah tahun 2008, begitu juga dengan penjagaan anak selepas berlakunya perceraian. Tuntutan nafkah anak juga boleh di tuntut berdasarkan peruntukan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah tahun 2008 kepada bapa ataupun waris kanak-kanak tersebut.

           Dengan ini dapatlah disimpulkan, bahawa Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kedah tahun 2008 merupakan satu undang-undang keluarga yang menjadi panduan kepada orang-orang Islam untuk menangani masalah rumahtangga iaitu sama ada jalan pendamaian kembali pasangan tersebut ataupun dengan jalan pembubaran perkahwinan. Walaupun pasangan-pasangan tersebut dipisahkan setelah tidak dapat lagi menyelamatkan rumahtangga mereka, namun begitu, hak-hak selepas perkahwinan boleh dituntut, secara tidak langsung pihak-pihak terlibat tidak mengalami kerugian harta mahupun kasih sayang anak-anak hasil daripada perkahwinan.

oleh :
Hasniah Hassan
Pegawai Syariah
Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah

Monday, July 2, 2012

Ikatan Mitsaqan Ghaliza..


Majlis Pernikahan Irma Hasmie & Redza Shah

PERKAHWINAN

Oleh: Mohd Rozaimi Bin Salleh

 ABSTRAK
Berkahwin adalah merupakan suatu perkara yang digalakkan, Mereka yang enggan berkahwin, Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan hadith dari Anas bin Malik, katanya : Tiga orang sahabat datang berkunjung ke rumah isteri-isteri Rasulullah s.a.w. menanyakan tentang 'ibadat yang dikerjakan oleh Baginda. Setelah tiga orang sahabat tadi mendapat jawapan dari isteri-isteri Baginda, mereka merasa bahawa 'ibadat mereka itu bila dibandingkan dengan ibadat Rasullah s.a.w. adalah terlalu sedikit dan sangat-sangat "kurang."

Mereka berkata sesamanya: "Bagaimana 'ibadat kita? Padahal Baginda adalah orang yang ma'shum - tidak sedikit pun mempunyai dosa, dan Allah telah mengampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang?. "Maka salah seorang dari mereka itu berkata: "Aku akan sembahyang Tahajjud setiap malam." Dan seorang yang lain akan berkata:"Aku akan berpuasa sepanjang tahun, dan tidak akan berbuka." Dan seorang yang lain lagi berkata: "Aku akan mengasingkan diri dari orang perempuan, dan aku tidak akan berkahwin selama-lamanya (hidup membujang)" Maka datang Rasulullah s.a.w., lalu bersabda:

Kamu semua berkata begitu? Ingat dan ketahuilah, demi Allah, aku adalah orang yang sangat takut terhadap Allah, dan sangat taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadang-kadang aku (tidak berpuasa), dan aku sembahyang, dan aku tidur, dan aku juga berkahwin dengan perempuan. Maka sesiapa yang tidak suka dengan sunnahku, mereka itu bukanlah pengikutku (bukan dari kalangan ummahku). (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Takrif Nikah

i) Dari segi bahasa : Ikatan atau simpulan.
ii) Dari segi istilah Syarak : Suatu Ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulan dan membatas hak dan kewajipan serta bertolong-tolong di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang di antara keduanya bukan mahram.
Kufu Dalam Pernikahan

Kufu bermaksud persamaan, kelayakkan atau sepadan. Kufu tidak menjadi syarat dalam perkahwinan, tetapi jika tidak dengan keredhaan masing-masing, maka bolehlah memfasakhkan nikahnya itu dengan alasan tidak kufu.
Kufu berpunca daripada lima sebab iaitu:
• Selamat daripada 'aib seperti gila atau penyakit kulit.
• Merdeka bukan hamba .
• Keturunan.
• Pekerjaan.
• 'Iffah (Kebolehan atau kesopanan )

Khiar Dalam Perkahwinan
Khiar bermaksud salah satu pihak samada suami atau isteri mempunyai hak untuk memilih di antara diteruskan nikahnya atau fasakh. Apabila berlaku pernikahan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang tidak diketahui ada cacat-celanya, maka bolehlah kedua belah pihak atau salah satu daripadanya khiar. Bagi lelaki yang membolehkan khiar padanya ada lima perkara iaitu:

a) Gila.
b) Jazam. ( penyakit kusta )
c) Barash. ( penyakit sopak )
d) Zakar yang terpotong semua sekali atau separuh.
e) 'Unnah ( mati pucuk )
Bagi perempuan pula yang membolehkan khiar padanya ada lima perkara iaitu:
a) Gila.
b) Jazam. (penyakit kusta)
c) Barash (penyakit sopak)
d) Rutaqa' (faraj yang tersumbat dengan daging dan menghalang dari persetubuhan)
e) Qurana' (faraj yang tersumbat dengan tulang dan menghalang dari persetubuhan)

Jika berlaku salah satu daripada cacat-cela ini maka bolehlah kedua belah pihak atau salah satu daripadanya khiar, fasakh aqad nikah seberapa segera dengan syarat dilakukan khiar dihadapan Qadhi.
'Unnah ( mati pucuk ) tidak dinafikan melainkan pengakuan dari suami sendiri di hadapan Qadhi atau dengan saksi yang menyaksikan ikrarnya atau dengan sumpah isteri jika suaminya enggan membuat pengakuan, maka ditetapkan bahawa ia mati pucuk, selepas itu Qadhi memberi tempoh setahun kepada suami supaya berubat.Apabila sudah setahun tempohnya jika ia tidak mampu mensetubuhi isterinya maka isteri mengadu kepada Qadhi maka diterima fasakhnya.

Wanita-wanita Yang Haram Dikahwini
Dalam islam terdapat juga perempuan-perempuan yang haram dikahwini. Ia terbahagi kepada dua bahagian:
i. Haram buat selamanya.
ii. Haram buat sementara waktu.
Islam telah menggariskan antara sebab-sebab haram dikahwini:
i. Haram dengan sebab keturunan.
ii. Haram dengan sebab susuan.
iii. Haram dengan sebab persemendaan. ( Musyaharah )
Antara yang Haram dengan sebab keturunan adalah:
i. Ibu dan nenek hingga ke atas.
ii. Anak dan cucu hingga kebawah.
iii. Adik-beradik perempuan seibu-sebapa atau sebapa atau seibu sahaja.
iv. Ibu saudara sebelah bapa ( adik beradik perempuan sebelah bapa ) hingga ke atas.
v. Ibu saudara sebelah ibu ( adik-beradik perempuan sebelah ibu ) hingga ke atas.
vi. Anak saudara dari adik-beradik lelaki hingga kebawah.
vii. Anak saudara dari adik-beradik perempuan hingga ke bawah.
Antara yang haram dengan sebab susuan :
i. Ibu yang menyusukan.
ii. Saudara perempuan sesusuan.
Perempuan-perempuan yang haram dengan sebab susuan adalah sama dengan orang-orang yang haram dengan sebab keturunan.

Pengertian maskahwin(mahar).

Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan.

Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.

Bahagian-bahagian mahar

Mahar Misil. Iaitu Mahar yang dinilai mengikut maskahwin saudara-saudara perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu dan hendaklah yang dinilai sama dengan maskahwin keluarganya yang paling dekat sekali seperti kakak, ibu saudaranya dan seterusnya disamping menilaikan keadaan perempuan itu sendiri dari segi kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sebagainya.

Mahar Musamma. Iaitu maskahwin yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang kepada nilai maskahwin saudara-saudara perempuan itu.

Hukum menyebut maskahwin ketika akad nikah

Wajib jika bakal isteri itu seorang budak yang masih kecil, gila atau bodoh sedangkan bakal suami ingin membayar mahar yang lebih tinggi dari mahar yang sepatutnya ( Mahar Misil ). Bakal isteri yang sudah baligh bijak dan boleh menguruskan dirinya sendiri dan telah membenarkan wali untuk mengkahwinkannya tetapi ia tidak menyerahkan kepada wali untuk menetapkan maskahwinnya juga hukumnya adalah wajib.

Jika bakal suami itu tidak boleh menguruskan hal dirinya sendiri seperti masih budak, gila atau bodoh dan sebelum akad telah mendapat persetujuan dari bakal isteri tersebut tentang bayaran maskahwin kurang daripada mahar yang sepatutnya, oleh yang demikian maskahwin wajib dinyatakan sebagaimana yang dipersetujui. Maksud wajib disini bukanlah bererti perkahwinan itu tidak sah, tetapi perbuatan itu dianggap berdosa dan maskahwin dibayar mengikut kadar yang sepatutnya ( Mahar Misil ).

Sunat jika Rasulullah s.a.w tidak pernah meninggalkan dari menyebutnya semasa akad, apabila ia menikahkan orang lain. Dengan menyebutnya semasa akad berlangsung dapat mengelakkan dari berlaku perselisihan, berhubung dengannya, disamping dapat membezakan diantara perkahwinan biasa dengan perkahwinan pada seorang perempuan yang menghebahkan dirinya kepada Rasulullah s.a.w. tanpa mahar. Sekiranya mahar tidak di sebut dimasa akad, tidaklah bererti akad perkahwinan itu tidak sah tetapi makruh jika mahar itu tidak disebut.


Wajib maskahwin

Maskahwin itu wajib dibayar mengikut sebagaimana yang tersebut didalam akad jika dinyatakan dimasa akad dan maskahwin itu wajib dibayar dengan keadaan-keadaan yang berikut:-
- Apabila suami menetapkan yang ia akan membayarnya sebelum dukhul dan dipersetujui oleh pihak isteri, oleh yang demikian isteri berhak melarang atau meghalang suami dari mensetubuhinya sehingga suami tersebut menentukan kadar maskahwin yang akan diberinya sama ada dengan cara tunai atau hutang, jika dijanjikan tunai maka pihak isteri berhak menghalang suami tersebut dari mensetubuhinya sehingga dijelaskan maskahwinnya itu.
- Bila penetapan maskahwin itu dibuat oleh kadi dengan sebab keengkaran pihak suami dari membuat ketetapan atau dengan sebab perbalahan atau perselisihan kedua belah pihak tentang kadar maskahwin tersebut dan bila kadi menentukannya akan maskahwin tersebut, hendaklah dibayar tunai (tidak boleh hutang).

Gugur separuh maskahwin

Apabila berlaku talak sebelum persetubuhan maka gugurlah separuh maskahwin sebagaimana firman Allah ta'ala Yang bermaksud: "Dan jika kamu menceraikan perempuan sebelum persetubuhan sedangkan kamu telah menentukan kepada perempuan tersebut akan maskahwinnya , maka bagi perempuan itu setengah dari apa yang kamu tentukan itu".

Gugur separuh maskahwin sekiranya perceraian ini berlaku berpunca dari pihak suami, seperti suami jadi murtad atau suami menganut Islam dan isterinya tidak. Tetapi sekiranya berlaku perceraian itu berpunca dari pihak isteri, seperti suami memfasakhkan perkahwinan tersebut dengan sebab kecacatan yang ada pada isteri maka maskahwin itu akan gugur semuanya.


Mati suami atau isteri sebelum persetubuhan
Jika seorang suami meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak waris si suami wajib membayar maskahwin itu sepenuhnya kepada bekas isterinya dan jika maskahwin itu belum ditentukan kadarnya, maka wajib dibayar dengan nilai mahar misil.

Sebaliknya pula jika seorang isteri meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak suami wajib membayar maskahwin sepenuhnya kepada waris bekas isterinya jika maskahwin itu belum dijelaskan lagi.

Mut’ah
Mut'ah bererti satu pemberian dari suami kepada isteri sewaktu ia menceraikannya. Pemberian ini adalah wajib diberikan sekiranya perceraian itu berlaku dengan kehendak suami, bukan kemahuan isteri. Banyaknya pemberian itu adalah berdasarkan kepada persetujuan atau keredhaan kedua-dua belah pihak, di samping mempertimbangkan keadaan kedua-duanya sama ada kaya atau miskin dan sebagainya tidak kurang dari separuh mahar.

Pengertian walimatul’arus
Walimatul ‘arus ialah kenduri bagi meraikan atau merayakan pengantin baru. Walimah ialah jamuan agama, bukan jamuan adat kebiasaan yang dibuat kerana Allah, bukan jamuan kebanggaan dan bukan sumber untuk mendapat keuntungan duniawi.

Pensyariatan walimatul’arus
Mengadakan majlis walimah adalah sangat digalakkan dalam Islam. Tujuan mengadakan walimah adalah untuk mengumumkan pernikahan di samping menggembirakan pengantin yang baru menjejaki jinjang pelamin dan ia juga sebagai tanda kegembiraan orang tua kerana mendapat menantu baru. Pengumuman yang sebaik-baiknya ialah majlis perkahwinan yang diadakan di masjid dan dipukul gendang dan rebana.

Hukum mengadakan walimatul’arus
Hukum mengadakan kenduri kahwin ini adalah sunat muakkad (sangat dituntut)

Hukum menghadirinya
Menerima jemputan ke majlis perkahwinan adalah wajib terhadap setiap orang yang dijemput kecuali ada sesuatu keuzuran. Tidak dapat menghadirinya disebabkan sakit atau sebagainya.

PENUTUP
Islam adalah melarang ummahnya hidup membujang - tanpa berkahwin dengan tujuan untuk menjauhkan diri dari menikmati kesedapan berkelamin dan kesenangan hidup didunia serta mengelakkan diri dari menikmati kegembiraan berkeluarga dan tidak mahu mempunyai keturunan.

Dalam Islam berkahwin adalah merupakan suatu perkara yang digalakkan, kerana dengan perkahwinan itu akan berkembang biak ummah Nabi Muhammad s.a.w., dimana baginda adalah merasa bangga dan bergembira dengan sebab banyak ummatnya. Ini telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada Sa'ad bin Abi Waqqas : "Berkahwinlah kamu Maka sesungguhnya aku dihari qiamat kelak akan bergembira dengan sebab banyak ummahku. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang - orang Nasrani bertapa - hidup membujang".

Isteri mahupun suami hendaklah menjaga pasangannya, baik sewaktu ia pergi ataupun ketika ia ada di rumah. Hendaklah diusahakan agar pasangannya gembira dalam segala perkara yang dihadapinya. Jangan sekali-kali mengkhianati pasangan masing- masing.

Punca Nikah yang diFarakkan : Nikah Sindiket

Mulai 1 Januari 2010, Selangor menaikkan kadar mas kahwin kepada minimum RM300. Apakah hak wanita Islam (isteri) dalam bab pemberian mas kahwin ini menurut Islam?

ZAINUL RIJAL: Pada saya kenaikan ini tidak memberi kesan yang besar sama ada kepada suami mahupun isteri. Sebabnya, masyarakat Melayu negara ini masih lagi gagal membezakan antara adat dan ibadat. Ini apabila pengantin lelaki lazimnya perlu membayar mas kahwin (mahar) dan hantaran.

Mas kahwin ini bersumberkan kepada hukum syarak dan sudah tentu memberi mas kahwin itu merupakan suatu ibadat. Wang hantaran pula lebih berakar umbi kepada adat Melayu sahaja.

Wang hantaran biasanya digunakan untuk perbelanjaan kenduri oleh ibu bapa pengantin perempuan.

Mas kahwin adalah hak isteri tetapi wang hantaran pula adalah belanja hangus yang biasanya diberikan kepada keluarga pengantin perempuan bagi mengadakan kenduri kendara. Dengan menaikkan kadar mas kahwin, pengantin perempuan akan mempunyai lebih wang.

Namun masyarakat kita lebih bermegah dengan wang hantaran yang tinggi bagi mengadakan kenduri yang mewah-mewah. Akhirnya, setelah berkahwin kesemua wang telah 'hangus' dan amat sukar bagi pasangan ini memulakan bahtera pelayaran mereka.

Mas kahwin ini juga merupakan hak mutlak si isteri. Suami pun tidak boleh mengambilnya tanpa keredaan isteri tersebut. Terpulanglah kepada isteri bagaimana untuk menggunakan mas kahwinnya itu.

Apakah punca-punca kes farak (pengasingan sementara) pasangan suami isteri berlaku sedangkan pernikahan dalam Islam memberikan jaminan dan kebaikan kepada semua pihak.

ZAINUL RIJAL: Tujuan sesuatu perkahwinan adalah bagi mencapai mawaddah wa rahmah (kasih sayang). Islam telah mengatur hidup berkeluarga yang berpaksikan kepada syariah dalam keadaan yang amat sempurna dengan tidak menghakis hak mana-mana pasangan.

Walaupun berkahwin, wanita Islam masih mempunyai hak memiliki harta, wanita Islam tidak menjadi satu entiti dengan suaminya seperti dalam agama lain. Boleh bercerai jika itu jalan yang terbaik.

Sesuatu perkahwinan itu difarakkan apabila terdapat sebab-sebab yang munasabah bahawa ada kemungkinan pernikahan yang dilakukan itu tidak sah dari sudut hukum syarak.

Farak tidak semestinya berakhir dengan perceraian. Apabila sesuatu perkahwinan itu difarakkan sementara sudah tentulah bagi membolehkan mahkamah mengkaji kedudukan pernikahan tersebut dengan lebih terperinci.

Ia juga bagi mengelakkan lebih banyak dosa berlaku antara pasangan tersebut sekiranya pernikahan tersebut didapati tidak selari dengan hukum syarak.

Antara punca berlakunya perkahwinan difarakkan adalah rukun nikah itu tidak dipenuhi ataupun suami atau isteri tidak berkelayakan memasuki pernikahan tersebut.

Contohnya lelaki yang telah mempunyai empat isteri atau wanita yang masih merupakan isteri lelaki lain, tidak mempunyai kelayakan untuk memasuki pernikahan yang baru. Mahkamah perlu memutuskan pernikahan terdahulu itu masih berkuatkuasa atau tidak. Sementara menunggu siasatan itu, pernikahan baru itu difarakkan.

Ia juga hasil dari kegelojohan pasangan untuk memasuki gerbang perkahwinan tanpa menitikberatkan hukum syarak. Umpamanya pernikahan yang tidak mempunyai wali ataupun pernikahan melalui sindiket yang tidak diiktiraf oleh undang-undang kerana berlawanan dengan hukum syarak.

Islam adalah agama yang mudah. Namun ada pihak yang mengambil kesempatan, peluang dan ruang untuk melakukan penipuan dan sebagainya waima dalam bab nikah kahwin. Ini termasuklah nikah sindiket dan nikah batin. Apakah kesan daripada aspek moral, perundangan dan sosial terutama dalam bab nasab anak dan keturunan?

ZAINUL RIJAL: Di Malaysia, undang-undang Islam dikodifikasikan dalam bentuk Akta atau Enakmen. Memanglah pada zaman Rasulullah SAW perkahwinan itu begitu mudah, tiada pendaftaran, sijil nikah dan sebagainya.

Ini kerana pada zaman Rasulullah masyarakatnya mengenali antara satu sama lain. Masyarakat ketika itu agak simple berbanding masyarakat sekarang yang begitu kompleks dan tidak mengenali antara satu sama lain.

Oleh yang demikianlah terdapatnya peraturan pendaftaran pernikahan, sijil dan sebagainya bagi memudahkan pembuktian dan kawalan. Ia tidak harus dilihat dalam aspek menyusahkan tetapi mempunyai objektif yang murni iaitu menjaga maqasid al syariah yang lima iaitu menjaga agama, keturunan, harta, jiwa dan akal.

Oleh kerana terdapat peraturan yang seperti 'menyusahkan' ini, ada golongan yang ingin mencari jalan mudah dengan bernikah melalui sindiket atau nikah batin. Namun sebenarnya mereka tidak memikirkan kesannya dari aspek moral, perundangan dan sosial.

Nikah sindiket adalah manifestasi akhlak yang rendah kerana kebanyakannya membelakangkan keluarga sendiri, memberi aib kepada ibu bapa dan merosakkan nama baik keluarga.

Dalam aspek undang-undang memang jelas ia merupakan suatu kesalahan manakala dari sudut sosial juga ia akan meranapkan institusi keluarga, mengkucar-kacirkan nasab anak dan keturunan. Mungkin ada sesetengah wanita yang terheret dalam pernikahan melalui sindiket ini kerana walinya enggan mengahwinkannya dengan lelaki pilihan wanita tersebut.

Undang-undang Islam sebenarnya tidaklah zalim terhadap wanita tersebut kerana undang-undang membenarkan permohonan dibuat oleh wanita tersebut terhadap wali ingkar.

Wali perlu mempunyai alasan yang munasabah untuk tidak merestui sesuatu perkahwinan. Hak walian ini bukanlah sesuatu yang mutlak ia boleh berpindah kepada wali lain termasuklah wali hakim.

Oleh yang demikian tidaklah perlu wanita tersebut melakukan pernikahan sindiket yang tidak tentu sah atau tidak itu, tetapi apa yang perlu dilakukan ialah memohon kepada mahkamah syariah permohonan mengisytiharkan wali ingkar ataupun mendapatkan kebenaran bagi wali hakim bagi mereka yang tidak mempunyai wali nasab.

Namun yang agak menariknya, kes-kes seperti ini turut melibatkan mereka yang kononnya adalah golongan profesional dan berlatar pendidikan tinggi, bagaimana masih boleh terjebak?

ZAINUL RIJAL: Apabila nafsu menguasai akal, apa pun boleh terjadi. Tidak menghairankan orang yang mempunyai latarbelakang pendidikan tinggi juga terjebak dalam nikah sindiket ini.

Malah orang yang berlatarbelakang agama juga ada yang terjerumus di dalam nikah sindiket ini. Perkara ini berlaku kerana fakulti akal mereka telah diselaputi dengan keinginan tegar untuk berkahwin dan mencari jalan singkat tanpa menyedari implikasinya di hari kemudian.

Sistem pendidikan kita juga tidak memainkan peranan yang jelas di dalam mengadun percambahan ilmu antara ilmu duniawi dan ukhrawi.

Dalam satu aspek kita mementingkan keputusan peperiksaan tanpa menyediakan pelajar kepada kehidupan atau pendedahan pasca persekolahan.

Pelajar aliran perdana mementingkan pencapaian akademik bagi 'subjek-subjek penting' sahaja. Yang mengambil aliran agama pula agak ketinggalan dengan perkembangan semasa dan sistem sosial di dalam negara.

Hasilnya, lahirlah graduan yang mahir dalam suatu bidang yang begitu terhadap dan tidak dapat merasionalkan fikirannya di luar bidang pengkhususannya. Golongan inilah yang mudah terjebak dalam kecelaruan ini.

Peranan wali adalah penting dalam pernikahan. Apakah yang melayakkan kedudukan bapa sebagai wali mujbir ini diganti oleh wali hakim (pemerintah) khususnya untuk dijadikan alasan bernikah melebihi jarak dua marhalah?

ZAINUL RIJAL: Mengikut mazhab Shafie wali adalah amat penting dalam sesuatu pernikahan. Tanpa wali sama ada wali nasab atau wali hakim pernikahan tidak sah.

Kebiasaannya bapa adalah wali yang paling utama yang dipanggil wali mujbir, selepas bapa adalah datuk. Selepas itu ia berpindah kepada wali ghair mujbir iaitu lelaki lain mengikut turutan tertentu di sebelah keluarga lelaki. Apabila ketiadaan wali nasab ini wali hakim boleh dipohon ataupun sekiranya wali nasab berada jauh, sekurang-kurangnya dua marhalah (satu marhalah bersamaan suatu perjalanan unta tanpa perlu berhenti meminum air dianggarkan lebih kurang 45 kilometer bagi setiap marhalah). Jumhur ulama berpandangan keizinan wali adalah syarat yang mesti ada di dalam setiap perkahwinan. Jika tiada wali nasab, seorang wanita boleh memohon wali hakim.

Permohonan Wali Hakim dibuat apabila berlaku keadaan seperti berikut :

a) Tiada wali yang sah dari nasab

b) Wali ghaib (hilang atau tidak diketahui)

c) Saudara baru/ Mualaf

d) Anak tak sah taraf

e) Wali enggan

f) Wali dalam ihram haji/umrah

g) Wali tidak dapat dihubungi atas sebab darurat

Oleh yang demikian bakal pengantin mempunyai remedi yang boleh dituntut di mahkamah syariah terhadap walinya dan janganlah terus mahu terjerumus kepada nikah sindiket ini.


Rujukan:Nikah Sindiket Rosakkan Nasab

I'm back!

Bismillahirrahmanirrahim. I am so sorry for my 'silence' in this blog. I was fully occupied with commitments & family matters....