
“Sungguh beruntung orang yang menyucikan jiwanya, dan sungguh merugi orang yang mengotori jiwanya“.(91: 9-10).
Saturday, November 19, 2011
Harapan dan Kata-Kata Zainab Al-Ghazali

Monday, November 7, 2011
Mutabaah Bukan Amal Kosong!
Cuti dan rehat...mutabaah amal macam mana?
Mutabaah pun nak rehat juga!
Astaghfirullah. Teringat disaat liqa' kami. Bersama murobbi dan ikhwah tercinta. Soal mutabaah amal tidak pernah ada noktahnya. Kalau yang kurang akan ditambah, yang sedia ada akan di upgrade lagi. Itu bila kami bersama, ukhuwwah dan bi'ah solehah mengikat hati-hati ini, merumpunkan dalam segelung nilai tarbiyyah.
Namun jiwa kita tetap manusiawi. Iman kita ada naik dan turunnya. Bila lagi ikhwah berjauhan, urusan tarbiyyah tergendala bak berkurun lamanya, biarpun hanya seminggu dua pada hakikatnya. Maka soalnya pada mutabaah kita. Bukan pada amal, tapi pada pelaksana iaitu kita sendiri.
Mutabaah bukan amal nilai kosong.
Bila musim exam ada alasannya. Bila cuti dan masa terluang pun ada juga alasannya!
Sampai bila nak maju bro!?
Disaat dan ketika ini, yang perlu adalah muhasabah diri pada apa disandarkan iman dan amal kita. Pada bi'ah? Pada ukhuwwah? Pada murobbi?
Biarlah amal itu bersandar pada iman. Iman kita subur dengan gerak kerja da'wah, bila segala-galanya hanya untuk da'wah. Dengan itu amal berkadar terus seiringan kekuatan iman. Usah lagi risau dengan kekontangan amal, andai iman sentiasa dibasahi dengan tarbiyyah, disuburi dengan gerak yang tidak pernah ada putusnya.
Da'wah yang kita tujukan kepada umat Islam ialah mengajak mereka merasai tanggungjawab besar yang diletakkan di bahu mereka apabila mereka mendakwa mereka berIMAN dengan Allah dan akhirat, dan apabila mereka mengaku akur dengan segala perintah Allah dan RasulNya...
[Syeikh Abul al-'Ala al-Maududiyy]
Mutabaah bukan amal kosong. Mutabaah amal perlu menjadi benih yang menyuburkan rasa istiqomah, meningkatkan darjat mujahadah.
Rasa sunyi tidak patut membuatkan amal goyah. Kiranya betul imannya, maka akan betul caranya. Masakan uzlah itu satu pengesyoran membaik pulih amal, padahal uzlah menuju kesunyian, tapi pada kebenarannya ia membina riuhnya iman.
Belum lagi cuti, tapi rasa risau. Bukan risaukan mutarobbi sahaja, tapi lebih-lebih lagi pada diri sendiri.
Akhi! tarbiyyah zatiyah mesti on selalu. Ingat tu, TZ!

Mutabaah bukan amal kosong. Isinya mutabaah amal itu adalah jawapan kepada persoalan, untuk apa aku hidup dalam tarbiyyah? Itu hasilnya liqa' tarbawi yang kita selusuri, yang kita perah untuk mendapatkan hasilnya. Jika tidak, liqa' kita hanya tidak lari seperti kelas-kelas agama, duduk-duduk, sembang-sembang. Tiada manfaat. Catitan mutabaah amal sekadar catitan kedatangan yang tiada ertinya.
Jauh di sudut hati, kita tanam cita-cita tinggi. Jadikan cuti ini manfaatnya bukan pada perut-perut yang bakal kekenyangan, pada mata-mata yang lagha dengan tatapan hiburan dan nafsu. Tapi cuti ini satu medan amal yang luasnya perlu diisi dengan kesungguhan!
Fastaqim kama umirta... Hembusan satu azam. Dengan izinNya.

Sunday, September 18, 2011
Bersabarlah Duhai Ukhti

"Syikin, mak dah tak tahan. Sampai bila kau nak jadi macam ni. Tebal muka mak tolak setiap orang yang datang."
"Syikin ukhtiku, bersabarlah. Allah bersama dengan orang-orang yang sabar,kan?""Memanglah, tapi sampai bila? Mana ikhwah-ikhwah kita? Kenapa bukan mereka yang masuk meminang?""Syikin, sabar. Masanya masih belum tiba Syikin. Ana yakin ikhwah-ikhwah kita juga sedang berusaha sedaya-upaya mereka. Realiti masyarakat di Malaysia ini, menikah awal itu suatu yang agak 'luar biasa' bagi mereka. Ana yakin, itulah yang menghambat kebanyakan daripada ikhwah-ikhwah kita. Bukannya mereka tidak berusaha.""Kenapa kita kena susah-susah tunggu ikhwah-ikhwah kita juga? Ramai juga calon lain yang soleh, kenapa mesti mereka?""Ukhti, apa tujuan hidup kita?""Tentulah mengabdi kepada Allah.""Dan enti tahu, untuk beristiqomah di atas jalan pengabdian kepada Allah itu, tidak mudah. Banyak ranjau dan durinya. Sebab itu kita perlu bersedia dengan persiapan yang terbaik. Dan kita bukan pengabdi semata-mata, kita da'i. Pengislah ummat. Mengabdi kepada Allah dan mendakwahi ummat ke jalan Allah. Kerana kita ummat Nabi Muhammad.Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik."[Q.S. Yusuf, 12:108]"Untuk kekal berada dalam jalan ini sekarang, ketika kita bersendirian, yang perlu kita hadapi adalah diri kita sendiri. Namun selepas pernikahan, keputusan kita tidak lagi bersendirian. Suami kita nanti sangat akan mendominasi keputusan- keputusan kita. Jika suami kita nanti bukan seorang yang faham akan dasar-dasar perjuangan kita, sudah pasti usaha untuk kita terus bertahan akan menjadi semakin sukar."Dia terdiam. Syikin atau nama sebenarnya Nurul Asyikin Abdullah, bukannya tidak tahu akan hakikat itu. Cuma fikirannya terganggu menyebabkan diluahkan segala permasalahannya itu kepada akhwat yang sangat dekat kepadanya. Fasihah juga sangat memahami. Tidak perlu diterangkan, ukhuwah yang terbina telah menjelaskan sedari mula. Tekanan perasaan dan masalah dalaman manusia mampu dikurangkan malah diselesaikan dengan berkongsi mengenainya.
'Jangan resah jika belum berpasangan, namun resahlah jika belum mendapat cinta dari Tuhan.'
Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik. [70]
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? [71]
(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih, dipingit dalam rumah. [72]
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? [73]
Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin. [74]
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? [75]
Mereka bertelekan pada bantal-bantal yang hijau dan permadani-permadani yang indah. [76]
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? [77]
Maha Agung nama Tuhanmu Yang Mempunyai Kebesaran dan Karunia. [78]
[Q.S. Ar-Rahmaan, 55:70-78]
Salam. Ukhti, alhamdulillah malam semalam ada ikhwah hantar resume. Kalau enti dah bersedia, nanti ana dan zauj ana akan susunkan majlis ta'aruf untuk enti dan ikhwah tu.
Wednesday, August 17, 2011
Hukum Bermuamalah Dengan Bank Perdagangan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam, Malaysia, kali ke-32 yang bersidang pada 10-11 Jun 1993 di Kedah telah membincangkan hukum bermuamalah dengan bank-bank perdagangan. Muzakarah memutuskan:
Bekerja di bank atau institusi kewangan hukumnya harus
Pinjaman bank atau institusi kewangan adalah haram hukumnya kecuali terpaksa bagi memenuhi keperluan asas yang terdesak
Menyimpan wang di bank dengan tidak mengambil faedah hukumnya harus
Wang faedah yang diperolehi dari bank atau institusi kewangan adalah haram digunakan untuk diri sendiri tetapi hendaklah diserahkan kepada Baitulmal
Menerima pelbagai bentuk hadiah dan pemberian dari bank atau institusi kewangan seperti biasiswa adalah harus hukumnya
Menyewakan bangunan kepada bank adalah haram
Memegang saham bank yang mengamalkan riba adalah haram, dari segi hukum syarak, Lembaga Urusan dan Tabung Haji tidak boleh menyerahkan wang daripada akaun tidak aktif bagi pendeposit-pendeposit Tabung Haji kepada pendaftar wang tak dituntut
Secara ringkasnya,
-
Permasalahan Bermuamalat dgn Bank-Bank Perdagangan
Hukum
- Bekerja
Harus
- Pinjaman
Haram kecuali terdesak
- Menyimpan wang di bank tanpa mengambil faedah
Harus
- Mengambil wang faedah
Haram
- Menerima pelbagai bentuk hadiah dan pemberian dari bank
Harus
- Menyewakan bangunan kepada bank
Haram
- Memegang saham bank yang mengamalkan riba
Haram
*Sumber: Himpunan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
Wallahu’alam
p/s: nak buka akaun CIMB Islamic lah pasni ^_^
Thursday, August 11, 2011
DIMANA IMAN?
Ketika berada antara 2 pilihan yang jelas yang mana satu baik, dan mana satu yang bawa bencana...
imanmu berada dimana?
ketika nafsu memaksa dan iman menghalang...
imanmu berada dimana?
ketika tergambar akan azab neraka, dan nikmat syurga melambai...
imanmu berada dimana?
ketika 'amal dikira terpaksa, atau ikhlas terpahat kukuh
imanmu berada dimana?
pada ketika ini.... dan juga hari mendatang???
Masihkah samar....?
Saturday, July 2, 2011
soal JODOH?

Persoalannya apakah cara yang terbaik untuk mendapatkan jodoh? Banyak kita dengar dan belajar dari persekitaran kita dengan mendengar cerita dari ibu bapa,pakcik makcik,adik beradik,sahabat handai tentang kisah pertemuan sebelum menjejakkan kaki ke alam perkahwinan, begitu juga kisah agung dongeng-dongeng dan titipan sejarah cinta yang telah dibukukan malah difilemkan yang menjadi garis panduan malah impian kepada manusia dewasa ini.
Tidak kurang juga dengan kisah-kisah sedih dan pilu yang menjadikan perkahwinan satu institusi yang sangat ditakuti oleh sebilangan lelaki dan wanita Melayu beragama Islam di negara kita ini. Setelah membuat banyak kajian secara peribadi dan juga membaca rujukan carta statistik yang dikeluarkan oleh pihak berwajib, saya mendapati beberapa cara telah wujud bagi masyarakat Melayu Islam negara ini berjumpa dengan jodoh mereka. Saya juga mendapati penduduk Malaysia hari lebih suka mencari pasangan sendiri yang kononnya akan menjamin kebahagiaan berkekalan kerana sudah saling mengenali antara satu sama lain. Ini memang terbukti kerana asas bagi sesebuah perkahwinan adalah persetujuan antara dua pihak. Jadi ini memudahkan urusan pembinaan mahligai syahdu pasangan dan saya secara peribadinya sangat menghormati dan kagum terhadap pasangan sebegini. Dengan jangka masa pengenalan yang agak matang itulah mendewasakan mereka malah mampu memahami pasangan sebaik mungkin.
Tetapi setiap yang pro pasti ada kontranya, itulah adat dunia yang tidak mampu disangkal oleh cerdik pandai dari tempat dan masa mana sekalipun. Kalau pasangan pilihan hati sendiri begitu enak melayari bahtera rumah tangga begitu juga mudahnya pasangan yang terlalu memahami pasangan masing-masing terjebak dalam permasaalahan rumah tangga, yang akhirnya terbukti dengan hanya perceraian. Tidak saya mahu huraikan disini apakah faktornya kerana bukan tujuan coretan tinta ini.
Lain pula perbedaan yang berlaku apabila pasangan bersatu kerana dijodohkan, tapi cara ini dianggap kolot dan tidak praktikal kerana pemikiran masyarakat sekarang mementingkan kebebasan berfikir dan bersuara. Jadi cara ini tidak lagi menjadi pilihan masyarakat kini, kerap kali kita dengar banyaknya kesan negatif akibat penjodohan sebegitu. Tapi lain pula jika saya berbual dan bertanya dengan pakcik-pakcik atau makcik-makcik lewat setengah abad yang majoritinya berkahwin setelah dijodohkan tetapi ternyata bahagia sehingga akhir hayat mereka.
Maka saya sedar bahawa selayaknya kita harus berfikir apakah cara yang paling terbaik untuk diri kita mendapat jodoh hayat.
Sedarkah kita bahawa Allah ta’ala sudah berfirman bahawa ketika mana kita berusia 6 bulan di dalam rahim ibu kita sudah ditetapkan kepada kita 3 perkara yakni persoalan ajal maut,rezeki dan akhir sekali jodoh, maka selayaknya persoalan ini kita sandarkan pada Islam yang sentiasa menjadi pemudah dan pedoman hidup mukmin sejati. Disambung lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang menggariskan 4 perkara utama yang perlu pada pemilihan pasangan hidup iaitu rupanya,hartanya,keturunanya dan agamanya. Maka selayaknya menjadi pilihan utama adalah pasangan yang mencintai agama kerana seseorang mukmin secara langsung akan terserlah sifat soleh dan solehahnya. Dengan itu secara langsung sifat kewanitaanya, kekayaanya, kebijaksanaanya jua akan terserlah sama.
Pada setengah perkara ternyata tidak layak otak kita yang sejengkal ini mahu membuat perkiraan tepat mengenai apatah lagi persoalan qada dan qadar Allah. Kerana semestinya setiap ketetapan Allah adalah yang terbaik, cuma cara penerimaan kita terhadap nikmat dan ujianNya menunjukkan kita menerima semua ketapan itu sebagai baik atau tidak. Pada golongan yang bakal berhadapan dengan situasi ini mahupun yang telah lewat, “jangan takut dan jangan sedih, sesungguhnya Allah bersama kita” dan lagi Allah berfirman “berdoalah kepaku nescaya akan kumakbulkan.”
Jadi apakah alasan kita hanya mengeluh dan hanya menyalahkan takdir dalam pencarian jodoh. Berdoalah dengan konsisten dan ikhlas, dengan asbab (sebab) pasangan tersebut dijodohkan oleh emak bapa, pertemuan dari kawan-kawan, rakan sekuliah malah mungkin melalui jaringan maya (internet). Walaubagaimana cara sekalipun percaya dan yakinlah, pastinya ketapan Allah adalah yang terbaik. Penulis yakin cara yang paling baik dan berkat ialah berdoa kehadrat Ilahi dengan konsisten dan setulus hati agar dikurniakan pasangan yang akan membahagiakan kita dunia dan akhirat,dengan itu serahkanlah 100% keyakinan pada qada dan qadar Allah Ta’ala. Janganlah terlalu terikut-ikut dengan persekitaran umum sekarang yang banyak terpengaruh dengan cara dan etika bangsa barat yang hanya mementingkan kepuasan dan keselesaan nafsu yang tiada noktah.
Tetapi tidak secara totalnya cara tersebut dijadikan sandaran, macam mana caranya sekalipun, tetapkan hati dan tanamlah dengan bisikan amalmu yang ikhlas kerana Allah, paksalah hatimu untuk belajar menjadi ikhlas hati dan budi. Semestinya kita sebagai orang Islam wajib percaya dengan syurga. Sedarkah kita segala kesempurnaan nikmat hanya boleh dirasai di sana? Berapa ramai para sahabat di zaman Rasulullah hidup penuh dengan keaiban, kehinaan dan penderitaan tetapi sekarang terbayangkah kita di mana mereka? Sebahagian besar daripada mereka sekarang berada di sisi Zat yang agung malah dengan kenikmatan yang tidak akan mati, Allahu rabbul jalil.
Begitu juga dengan hal jodoh yang menjadi topik kita kali ini. Kesempurnaan yang hakiki hanya di syurga, berapa banyak Kalam Allah yang menggambarkan janji nikmat olehNya pada manusia yang soleh dan solehah. Jadilah mukmin yang baik nescaya tiada sesal pada kita akhirnya.
Monday, June 13, 2011
I'm back!
Bismillahirrahmanirrahim. I am so sorry for my 'silence' in this blog. I was fully occupied with commitments & family matters....
-
KEDUDUKAN DAN PELAKSANAAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MALAYSIA 4.1 PENGENALAN Sebelum 1998, iaitu sebelum pin...
-
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamua'alaikum wbt buat pembaca-pembaca yang dirahmati Allah. Suka untuk penulis kongsikan beberapa doa ...
-
Kita selalu ungkapkan perkataan “ Jangan Bersedih ” pada kawan-kawan yang ditimpa musibah…tapi kadang-kadang bila kita sendiri yang alami...
