Thursday, October 8, 2009

KITA TAHU TAPI…


Sahabat wa sahabiah,
Kita bukan tak tahu,
Perjuangan sangat sinonim dengan Islam,
Tanpa perjuangan Islam tak akan harum,
Tanpa perjuangan ar-risalah tak kan kita nikmati,
Tanpa perjuangan juga, umat Islam juga akan terus terhina,
Masalahnya,
Kita buat tak tahu…

Muslimin wa muslimat,
Kita bukan tak tahu,
Perjuangan itu jalannya panjang,
Perjuangan itu untuk orang yang berhati waja,
Perjuangan itu menuntut keseronokan untuk kita korbankan,
Perjuangan itu bukan semata-mata retorik,
Lalu kita mudah futur dan cepat melenting,
Inilah masalahnya,
Kita tak mahu cuba tahu…

Ikhwan wa akhawat,
Kita bukan tak tahu,
Darjat di sisi ALLAH itu ukurannya taqwa,
Balasan baik itu ukurannya amal soleh,
Husnuzzon itu serendah-rendah ukhuwah,
Itsar itu sebaik-baik ribatul muslimin,
Dakwah itu kewajipan ummat Muhammad S.A.W.,
Masalahnya,
Kita tahu tapi tak buat-buat…

Banin wa banat,
Kita bukan tak tahu,
Perjuangan meninggikan kalimah itu wajib,
Bekerja untuk Islam itu penting,
Mengikut tarbiah itu mesti,
Tapi masalahnya,
Kita hanya buat-buat tahu…………………



Renung2kan….^_^

:::MAKNA PERSAHABATAN SEBENAR:::


Assalamualaikum…

Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah, dalam menongkah arus kehidupan ini, kita seringkali tidak keseorangan. Pasti hadir huluran salam persahabatan dari insan-insan yang sanggup mengharungi suka dan duka bersama.

Akan tetapi, sahabat yang bagaimanakah yang dikatakan benar-benar sahabat menurut Islam?

Dan bagaimanakah yang dikatakan
ukhuwah bertunjangkan kerana Yang Khalid?

Dan yang mempersatukan hati mereka(orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (surah Al-Anfaal:63)

Ikatan akidah Islam itu adalah sekuat-kuat ikatan. Dan, di situlah terbitnya ukhuwah fillah(persaudaraan yang terjalin semata-mata kerana Allah). Keindahan persaudaraan akan terserlah tatkala keimanan yang jitu tersemat di dalam hati.

Apabila ditinjau hasil persaudaraan yang dibentuk oleh Rasulullah s.a.w. di jiwa para sahabat, maka di sana terpancarlah betapa mulianya hati-hati yang mampu menghayatinya. Bukan harta sahaja yang sanggup diserahkan hatta
nyawa sekalipun sanggup dijadikan cagaran. Marilah kita renung sejenak kisah pada zaman sahabat. Sebaik sahaja selesai peperangan, para pejuang meninjau sahabat-sahabat mereka yang masih hidup. Tatkala itu, seorang pejuang terlihat tiga sahabatnya dalam keadaan parah dan tidak bermaya. Dia segera menuju sahabat terdekat yang kehausan. tatkala air itu mahu diteguk, lalu didengarinya rintihan sahabat yang berdekatan kehausan lantas diisyaratkan agar air itu diserahkan kepada sahabat kedua itu. Tatkala air hendak diteguk, terdengar rintihan sahabat yang ketiga, lalu diisyaratkan sebagaimana yang dilakukan oleh sahabat yang pertama. Sahabat yang akhirnya pula sayu melihat kedua-dua sahabatnya, lalu meminta agar air itu dikembalikan kepada sahabat yang pertama. Apabila tiba pada pahlawan pertama tadi, ternyata dia telah syahid. Pejuang itu segera menuju dua sahabatnya lagi, namun semuanya kembali menemui Allah dengan keagungan sifat persaudaraan yang tertanam di hati mereka.


Sesungguhnya…ukhuwah itu indah bila tunjangnya kerana Allah. Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah.

:::nukilan dari hati:::



Assalamualaikum wbt…Assalamualaikum wbt…


Lama dah ana xupdate blog ne… ana baru je habis final exam tuk final sem di pusat asasi UIA Nilai. insyaAllah. Andai Allah mengizinkan ana dan sahabat2 untuk menyambung ke peringkat ijazah di main campus, UIAM, Gombak pada bulan 12 ne, teramat bersyukurlah kami. Namun andai sebaliknya, moga Allah pasrahkan hati kami untuk menerima kehendakNya. Pasti ada hikmah yang indah disebaliknya…


4hb oktober… detik dimana ana dan sahabat2 merasakan kesedihan yang terlalu berat untuk berpisah. Terdetik rasa sedih bila melihat sahabat ana, ukhti fazreen yang sudi datang ke bilik ana sebelum ana berangkat pulang ke Sabah. Sebak di hati melihat dia menangis. Maafkan fiza.


Rasa bersyukur kerana sahabat2 sebilik ana…ukhti Tiqah, ukhti Midah dan ukhti Juma, sudi untuk menemani dan menghantar ana ke airport LCCT. Lama dah tak bersama dengan keluarga. Menyambut puasa Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri di perantauan tanpa keluarga disisi. Tapi, sedih untuk meninggalkan sahabat2 ana…selama ne, merekalah yang banyak membantu ana…


Kepada sahabat2 yang membaca blog ne, fiza memohon kemaafan sepanjang persahabatan kita ini. Maafkan fiza andai selama ne fiza pernah mengguris hati, tersilap kata dan perbuatan dan sbg…Fiza sayang semua kerana Allah. Moga ukhuwah ini berkekalan dan mendapat keredhaan dariNya. Ukhuwah fillah daiman abadan abadaa…


Betapa kuat dan indahnya ukhuwah persahabatan itu bila tunjangnya kerana Allah.


“ redhalah apa terjadi, usahlah dikau kesali, mungkin ada rahmat yang tersembunyi...Oh tuhan tunjukkanku jalan untuk menempuhi dugaan ini..teman maafkan jikaku melukaimu, moga ikatan ukhuwah yang dibina ke akhirnya…”


pertemuan dan perpisahan adalah ketentuan Ilahi.


Friday, September 11, 2009

RAMADHAN kali ini...



Assalamualaikum wbt…


Apa khabar semua? Puasa penuh dok? =) Moga pada penghujung bulan Ramadhan ini, marilah kita sama2 mengisinya dengan mengerjakan ibadah2 dan meningkatkan ketakwaan pada ALLAH SWT..kerana dijanjikan 1 malam yang teramat istimewa bagi hamba-hambaNya yang tertentu…iaitu malam LAILATULQADAR…


TAHU TAK APA DIA MALAM LAILATULQADAR?


Ana disini hanya ingin berkongsi sedikit tentang malam yang teristimewa ini…kerana ana pasti ramai antara kita semua dah tahu, tapi terlupa…iyalah, kita ni manusia biasa, selalu lupa dan tidak lari dari melakukan kesilapan..betul tak? Tapi semua ni boleh diatasi dengan adanya ilmu dan istiqamah bermuhasabah diri…=)


SEPULUH akhir Ramadhan adalah di antara malam2 yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. ALLAH berfirman dalam al-Quran, Surah Al-Qadr: 1-5


“Sesungguhnya kami menurunkan al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan enkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan, malam ini sejahtera hingga terbit fajar.”


TAHU DOK PE KELEBIHAN MENGHAYATI MALAM LAILATULQADAR?


Rasulullah SAW menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah sepertimana diterangkan dalam hadisnya yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bermaksud:


“Barangsiapa menghayati malam Lailaitulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadah yang lain sedang ia beriman dn mengharap rahmat ALLAH nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.”


Carilah malam itu pada malam-malam ganjil dalam 10 malam yang akhir… 21,23,25,27, dan 29 dari bulan Ramadhan. Dalam hadisnya, Aisyah meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda:


“Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatuladar pada malam-malam ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.”


Di sini, ana ingin berkongsi sedikit ilmu dari ceramah “MANISNYA RAMADHAN” yang disampaikan oleh Ust Aqasha dan Ust Baharudin (pensyarah Pusat Asasi UIA, Nilai) 2 minggu yang lalu kalau x silap ana…(maaf,ana tak ingat hari apa)…ceramah ni mendapat sambutan yang memberangsangkan dimana dewan masjid Putra Nilai sesak dengan pelajar2 Pusat Asasi UIA Nilai khususnya…nasib baik ana dan sahabat2 sampai awal dan berpeluang untuk duduk dihadapan…=) ana tertarik sekali apabila penceramah2 mengaitkan isu puasa dengan kehidupan seorang pelajar…iyalah,bila masuk je bulan puasa, ramai pelajar termasuk ana sendiri mengambil kesempatan untuk berehat… maksud ana, tidur, berborak kosong dan sebagainya.. Sepatutnya, puasa dapat meningkatkan lagi semangat untuk beramal dan beribadah. Bila kes tidur je, mungkin ada yang terlepas solat fardhu dan kuliah…kan? =)… penceramah juga mengingatkan pelajar2 supaya mementingkan KUALITI, bukan KUANTITI…dan sentiasa IKHLAS dalam apa jua perkara… Tingkatkan kualiti amalan dan ibadah dan mudah-mudahan ALLAH meredhai dan memberkati setiap apa yang kita lakukan…Amiin…


Akhir kalam, ana berharap agar kita semua menghayati hikmah yang tersirat di sebalik bulan Ramadhan yang hadirnya sekali setahun. Hayatilah pesanan Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud:


“Ramai di kalangan umatku yang berpuasa tetapi tiada mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga”


Wallahualam…


Renung2kan…(^_^)

Ukhuwah Fillah Abadan Abada...



ukhuwah fillah =)


Assalamualaikum WBT...


Nilah minggu kuliah terakhir untuk SEM akhir ni sebelum kami bercuti Raya dan seterusnya final exam…sedihnya…rindu dengan suasana kelas C-G-01, C-3-1 ( Laws Classes), C-3-11, C-3-10, C-2-14 ( Arabic Classes: kitabah & istima’) dan C-1-5 ( English Class: Reading)…Sahabat2 yang peramah, baik, penyayang…Ana akan merindui entunna semua… Ukhti Imah, Ukhti Nadzirah, Ukhti Akrimi, Ukhti Nor Faakihin( Chipmunk =p), Kak Fat, Ukhti Husna, Ukhti Farah, Ukhti Aida( Aido=) ), Ukhti Diana(Mu), Ukhti Amirah, dan kakak2 senior….serta classmates semua, entunna dan entum semua ne memang best!!!...Tak ketinggalan juga roommates E-1-1, entunna semua memang best sangat dan ana beruntung dapat bersama dengan entunna dan moga ukhuwwah persahabatan kekal selama-lamanya… Amiin…walaupun memang diakui terjadi perselisihan faham, tapi semua tu dihapuskan dengan sifat saling sayang-menyayangi antara kita semua…dan boleh dikatakan kita ne macam adik beradik sendiri…=)…


*Bittaufiq wannajah filimtihan dan moga kita semua memperoleh kejayaan didunia dan diakhirat…Amiin..


SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI… MAAF ZAHIR DAN BATIN…

JUMPA NANTI DI MAIN CAMPUS, UIAM GOMBAK BULAN 12 NI…INSYAALAH….

ILALLIQA’…


WASSALAM…(^_^)

MOOTING session 2009

Assalamualaikum WBT…

Alhamdulillah, mooting dah selesai…akhirnya, klimaks yang selama ni menghantui pelajar undang2 sem akhir sudah termeterai…group ana RESPONDENT’S COUNSEL yang diwakili oleh Senior Counsel ukhti Akrimi, Junior Counsel ukhti Yana dan 2nd Junior Counsel, ukhti Diana ( rebuttle) dan ana sebagai reserved counsel diakhiri dengan kejayaan. Alhamdulillah…memang agak sengit la time tu, sebab sebelum ne pihak appellant yang menguasai case mooting… tapi, atas kesungguhan ahli2, terutama ukhti Yana yg berjaya ‘convince’ Hakim ‘Yang Arif’ ( Madam Mar), Kami berjaya…. Pihak Appellant juga tak kurang hebatnya..fakta dan bukti semua cukup kuat malahan 2nd Counsel mereka mendapat pujian dari Judge…



Ni adalah sesi yang terakhir untuk mooting 09/10 di Pusat Asasi UIA, Nilai. Terlintas di hati ana, ana merasa sangat sedih dan rugi kerana tidak dapat menyertai mooting tu yang sememangnya memberi pengalaman yang cukup bernilai bagi setiap pelajar undang2…tahu kenapa? Pada mooting session, hanya 2 atau 3 members yang terlibat bagi setiap APPELLANT dan RESPONDENT Counsels….pertama, Senior Counsel, kedua, Junior Counsel dan ketiga 2nd Junior Counsel. Agak menyedihkan apabila Madam Mar, lecturer BLM kami hanya membenarkan 2 atau 3 orang sahaja yang terlibat untuk mooting session. Oleh kerana group ana mempunyai 4 orang, Kami semua sepakat untuk membuat cabutan undian untuk lebih adil. Ana terkejut apabila ana membuka lipatan kertas ( undian) yang tertulis “ NGOK”…Maksudnya tengok je…saat itu, ana tak tahu nak kata apa, tapi hanya mampu tersenyum dan mengatakan “ saya tengok je..hehe”…ana memang nak join juga mooting ne sebab rugi…even kami semua mendapat average marks untuk mooting… terdengar kata2 2,3 sahabat2 ana “ beruntungnya fizah, takyah mooting…”. Memang ada baiknya, tapi ana merasakan satu kerugian yang besar sebab inilah yang dinanti2kan oleh pelajar undang2.. Tapi, ana yakin, kenapa ALLAH tentukan macam ni, pasti ada hikmah yang sukar ditafsir oleh kita…Makhluk ALLAH yang lemah. Ana redha sahaja dan ana teruskan membantu dalam menyiapkan BOA ( Bundle of Authority) dan menyokong mereka…=)…


Saturday, September 5, 2009

...SAAT INI...

Asslamualaikum wbt...


entah kenapa hari ini ana teringin untuk menulis sesuatu dalam blog ne.. ana terasa terkilan dengan kata2 Hamba Allah dalam friendster ana baru-baru ni..sepatutnya dakwah yang dibawa di bawah akidah yang 1 disokong tapi, entah la kenapa..mungkin sebelum ne dia pernah menyimpan perasaan tidak puas hati kepada ana dan ana mengaku dengan kekurangan diri ne, hamba Allah yang lemah..tapi ana berusaha untuk memperbaiki diri..Hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaan ana ketika itu...takpe lah...lupakan kisah yang dah berlaku...


dalam 2 minggu ne, agak mustahil lah kalau pelajar-pelajar undang2 tak pening kepala..Semalam ana, ukhti akrimi, ukhti yana, dan ukhti diana menyiapkan bundle of authority untuk dihantar pada hari isnin ne. memamg pening kepala walaupun ana hanya menyumbang sedikit tenaga kerja. Rasa bersalah sangat2...=(... banyak tugasan yang datang belum diselesaikan..semuanya masih dalam proses...saya tidak terkecuali..Alhamdulillah, Presentation law and society,case briefing, ,arabic(kitabah) dan (istima') quiz dah selesai.. hanya tinggal 4 assigments dan mooting perlu diselesaikan..dan yang paling membuatkan kami gementar ialah mooting court session.. Moga Allah membantu kita semua dalam bulan yang penuh keberkatan ini....Amin..

I'm back!

Bismillahirrahmanirrahim. I am so sorry for my 'silence' in this blog. I was fully occupied with commitments & family matters....