Bismillahirrahmanirrahim.
I am so sorry for my 'silence' in this blog. I was fully occupied with commitments & family matters. Well, to all readers, to those who don't know me, previously I was actively blogging during my studies in Law school. Now, I am married with one of the best man in this world :) and a mother of one handsome & soleh son :)
Alhamdulillah, I am a working mother as an Advocate and Solicitor and Syarie Lawyer in the state of Sabah. I don't ever imagine I can be this way and Allah is so loving and granting my du'a. :'( Now, I have been practice for almost three years. Alhamdulillah.
InsyaALLAH, in my next post, I will share some cases I have handled with which I think really worth to share with you. and maybe few in family & baby tips.
Stay tuned.
Tazkiyyat An Nafs
“Sungguh beruntung orang yang menyucikan jiwanya, dan sungguh merugi orang yang mengotori jiwanya“.(91: 9-10).
Monday, May 13, 2019
Tuesday, October 21, 2014
Doa Senjata Bagi Orang Mukmin
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamua'alaikum wbt buat pembaca-pembaca yang dirahmati Allah. Suka untuk penulis kongsikan beberapa doa khususnya buat pelajar-pelajar :)
InsyaAllah, mudah-mudahan bermanfaat buat kita semua!
Assalamua'alaikum wbt buat pembaca-pembaca yang dirahmati Allah. Suka untuk penulis kongsikan beberapa doa khususnya buat pelajar-pelajar :)
renungan buat kita semua :'( |
a) Doa Penerang Hati
اَللَّهُمَّ
نَوِّرْ قَلْبِيْ بِنُوْرِ هِدَايَتِكَ كَمَا نَوَّرْتَ ﭐلأَرْضِ بِنُوْرِ
شَمْسِكَ أَبَدًا بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
“ Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana
Engkau bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya, Ya Allah Yang Maha Mengasihani.
”
b) Doa Pembuka Hati
اَللَّهُمَّ
اَلْهِمْنِيْ رَشْدِيْ وَقِنِيْ شَرَّ نَفْسِيْ
“ Ya Allah, berikan aku petunjuk dan peliharalah aku dari kejahatan sendiri. ”
“ Ya Allah, berikan aku petunjuk dan peliharalah aku dari kejahatan sendiri. ”
c) Doa Mengulangkaji Pelajaran
اَللَّهُمَّ
أَخْرِجْنِيْ مِنْ ظُلُمَاتِ ﭐلوَهْمِ وَأَكْرِمْنِيْ بِنُوْرِ ﭐلفَهْمِ وَﭐفْتَحْ
عَلَيَّ بِمَعْرِفَتِكَ وَسَهَّلْ لِيْ
أَبْوَابَ فَضْلِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
“ Ya Allah, jauhilah aku dari kebingungan, muliakanlah aku dengan cahaya
ilmu dan pengertian, bukakanlah kepadaku makrifat-Mu, dan mudahkanlah bagiku
pintu-pintu kurnia-Mu, wahai Yang Paling Pengasih di antara yang pengasih.”
d) Doa Sebelum Belajar
اَللَّهُمَّ
ﭐفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَﭐنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَآ
أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
“ Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-Mu dan
limpahkanlah ke atas kami khazanah-Mu, Wahai Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang. ”
e) Doa Sedang Belajar
اَللَّهُمَّ
افْتَحْ عَلَيْنَا فُتُوْحَ ﭐلعَارِفِيْنَ وَارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّـيْنَ
وَإِلْهَامَ ﭐلمَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ
الرَّاحمِيِْنَ
“ Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami sebagaimana orang-orang
yang arif , Kurniakanlah kepada kami kefahaman Nabi-Nabi dan ilham para
Malaikat yang hampir dengan-Mu, dengan Rahmat-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Penyayang. ”
f) Doa Selepas Belajar
اَللَّهُمَّ
إِنِِِّيْ أَسْتَوْدِعُكَ مَا عَلِمْتَنِـيْهِ فَارْدُدْهُ إِلَيَّ عِنْدَ
حَاجَتِيْ إِلَيْهِ وَلاَ تَنْسَنِيـْهِ يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
“ Ya Allah, aku pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau
ajarkan kepadaku, maka kembalikanlah semula kepadaku jika aku memerlukannya dan
janganlah Engkau buat aku melupainya, Wahai Tuhan Yang Sekalian Alam. ”
g) Doa Mohon Diberi Kecerdasan Berfikir
اَللَّهُمَّ
اَلْهِمْنِيْ رَشْدِيْ وَأَعِذْنِى مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ
“ Ya Allah, ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan
lindungilah dari kejahatan nafsuku.”
h) Doa Ketika Menghadapi Peperiksaan
رَبِّ
اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْلِيْ أَمْرِيْ
“ Ya Allah, Lapangkanlah dada(jiwaku) dan permudahkanlah
urusanku.”
i) Doa supaya Dijauhkan Dari Sifat Malas, Bakhil Dan
Pengecut
اَللَّهُمَّ
إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنْ وَأُعُوْذُبِكَ مِنَ العَجْزِ
وَالكَسَلْ وَأَعُوْذُبِكَ مِنَ الجُبْنِ وَالبُخْلِ وَأَعُوْذُبِكَ مِنَ غَلَبَةِ
الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih gelisah
dan aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung
pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari
cengkaman hutang dan penindasan orang (aniaya). ”
j) Doa Supaya Beroleh Ilmu Yang Bermanfaat
اَللَّهُمَّ
إِِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ , وَمِنْ قَلْبٍ لاَ يَخْشَعُ ,
وَمِنْ نَفْسٍ لاَ تَشْبَعُ , وَمِنْ دَعْوَةٍ لاَ يُسْتَجَابُ لَهاَ
“ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari
ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yanh tidak khusyuk, dari nafsu yang tidak
pernah kenyang, dan dari doa yang tidak diperkenankan.”
k) Doa menuntut Ilmu Pengetahuan
يَا
حَيُّ يَا قَيُّوْمُ يَا بَدِيْعُ السَّمَٰوَاتِ وَالأَرْضِ يَا ذَالجَلاَلِ
وَالإِكْرَامِ يَا ﭐﷲُ
لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْـأَلُكَ أَنْ تُحْيِيَ قَلْبِيْ بِنُوْرِ
هِدَايَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِـيْنَ
“Ya Allah, Tuhan Yang Maha Hidup yang Berdiri sendiri, pencipta
langit dan bumi, Tuhan Yang Maha Besar dan Maha Mulia, Ya Allah, Tidak ada
Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, aku memohon kepada-Mu semoga kiranya
Engkau hidupkan akan hatiku dengan Nur hidayah-Mu, Ya Tuhanku Yang Maha
Pengasih dan Penyayang.”
l) Doa Dimudahkan Faham Dan Hafal Pelajaran ( Surah
Al-Anbiya’: ayat 79)
فَفَهَمْنَاهاَ
سُلَيْمَانَ وَكُلاَّ اَٰتَيْناَ حِكْماً وَعِلْمً وَسَخََّرْناَ مَعَ
دَاوُدَالجِْبَالَ يُسَّبِحْنَ وَالطَّيْرِ وُكناَّ فَاعِلِيْنَ , وَ ياَ حَيُّ
يَا قَيُّومُ ياَ رَبَّ مُوسَىٰٰ وَهَارُوْنَ وَرَبَّ إِبْرَاهِيْمَ وَياَ رَبَّ
مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ (صلى الله عليه وسلم)
عَلَيْهِمْ أَجمْـَعِيْنَ , اَللَّّهُمَّ ارْزُقْنِيَ الفَهْمَ وَالعِلْمَ
وَالحِكْمَةً وَالعَقْلَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَاحِمِيْنَ
“ Kami fahamkan Sulaiman akan dia, dan masing-masing kami
berikan hukum dan ilmu, kami tundukkan gunung-ganang dan burung kepada Daud,
dan semuanya itu Kamilah yang membuatnya. Ya Allah, Tuhan Musa dan Tuhan Harun,
Tuhan Ibrahim dan Tuhan sekalian makhluk, berilah aku rezeki, faham ilmu dan
hikmah, dan fikiran dengan-Mu, Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih.”
...........................................................................................
سُبْحَانَ
اللهِ وَالحَمْدُ لِلَّهِ , وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهِ وَﭐللهُ أَكْبَرْ , وَلاَ
حَوْلاَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ , عَدَدَ كُلِّ حَرْفٍ
كُتِبَ أَوْ يُكْتَبُ أَبَدَ الأَبِدِيْنَ وَدَهْرَ الدَّاهِرِيْنَ يَا رَبَّ
العالَمِيْنَ
“ Maha Suci Allah dan
segala puji bagi Allah Tiada Tuhan melainkan Allah Maha Besar. Tiadalah daya
dan kekuatan melainkan daya dan kekuatan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha
Besar. Sebanyak setiap huruf yang telah ditulis (oleh manusia) atau yang akan
ditulis. Terus menerus selama berkekalan kurun dan berterusan masa.
InsyaAllah, mudah-mudahan bermanfaat buat kita semua!
Friday, February 22, 2013
Raih Kebahagiaan dengan Qana'ah (Imam Qurthubi)
*Bedah Buku*
Tajuk asal: Qam'u Al-Hirsh bi Az-Zuhd wa al-Qana'ah
Penulis: Imam Mufassir Abu Abdullah Muhammad Bin Ahmad Al-Qurthubi (Imam Qurthubi)
Terbitan: USWAH (Kumpulan Pro-U Media)
"Qana'ah (merasa cukup) adalah simpanan terbaik untuk orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT. Sebab, qanaah adalah harta simpanan yang tidak akan habis."
Mahukah kita mengecapi kebahagiaan dunia? Bagaimana pula kebahagiaan akhirat? Jika kedua-dua jawapan kita adalah 'Ya', maka sangat wajarlah buku ini menjadi salah satu bacaan kita dalam meraih apa yang kita hasratkan ini.
Karya nukilan Imam Qurthubi ini dibahagikan kepada 40 tajuk yang ringkas dan sangat mudah difahami untuk dipraktikkan. Banyak kisah sirah dan hadith dikongsikan sebagai panduan kita mengamalkan sifat Qanaah dan zuhud. Kupasannya menyentuh ke sudut hati. Namun, saya kongsikan hanya salah satu daripada hadith yang diketengahkan.
Walau hanya satu hadith saya dapat kongsikan kali ini, tetapi jika kita sama-sama hayati dan praktikkan dalam kehidupan kita, insyaAllah kita berada dalam rangka mendekatkan diri pada Allah yang Esa. Moga sifat qana'ah dan zuhud lahir dan tersemat indah dalam diri kita.
Tirmidzi mentakhrij dari Abu Kabsyah Al-Anmari RA; Rasulullah SAW bersabda,
"Tiga hal aku bersumpah untuknya dan aku sampaikan satu pesanan kepadamu, maka hafalkanlah;
Harta seorang hamba tidak akan berkurang kerana sedekah;
Seorang hamba yang dizalimi dan dia bersabar menanggungnya pasti kemuliaannya akan ditambah oleh Allah;
Dan seorang hamba yang membuka pintu meminta-minta pasti Allah akan membuka pintu kemiskinan untuknya.
Dan aku sampaikan satu pesanan kepadamu, maka hafalkanlah; dunia milik 4 kelompok manusia;
Seorang hamba yang dianugerahi Allah harta dan ilmu. Lalu dia bertakwa kepada Allah, melakukan silaturrahim serta mengetahui hak Allah di dalam hartanya. Ini adalah tingkatan paling baik.
Seorang hamba yang dianugerahi Allah ilmu tetapi tidak dianugerahi harta. Namun dia punyai niat tulus dan mengatakan, 'Andai kata aku punya harta tentu aku akan beramal seperti fulan.' Dan kerana niatnya ini, pahala mereka berdua sama.
Seorang hamba yang dianugerahi Allah harta tetapi tidak dianugerahi ilmu. Dia memakai hartanya tanpa dasar ilmu, tidak bertakwa kepada Allah, tidak melakukan silaturrahim serta tidak mengetahui hak Allah dalam hartanya. Ini adalah tingakatan terburuk.
Serta seorang hamba yang tidak dianugerahi ilmu dan harta namun dia mengatakan, 'Andai kata aku punya harta tentu aku akan beramal seperti amal fulan.' Dan kerana niatnya, dosa mereka berdua sama."
(HR Tirmidzi dan Ahmad, Hadith Hasan sahih)
*Perkongsian daripada Ukhti Rawaida Ain Burhani, Pelajar Phd UTP, Sinergi Edisi 9.
Monday, July 30, 2012
KEDUDUKAN DAN PELAKSANAAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MALAYSIA
KEDUDUKAN DAN PELAKSANAAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MALAYSIA
4.1 PENGENALAN
Sebelum 1998, iaitu sebelum
pindaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 121 (1A), kedua-dua Mahkamah
Sivil dan Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa untuk mendengar
pertikaian mengenai harta sepencarian orang-orang Islam. Mahkamh sivil
secara am menganggap bahawa harta sepencarian adalah soal adat resam
orang Melayu. Dalam Hujjah Lijah binti Jamal lwn. Fatimah binti Mat Diah,
Brigss, Hakim memutuskan:
Brigss, Hakim memutuskan:
"the rule governing harta sepencarian are not a part of Islamic law proper, but a matter of Malay 'adat' "
Keputusan ini diperkuatkan dalam Roberts lwn. Ummi Kalthom, di mana Raja Azlan Shah, Hakim memutuskan:
"Harta sepencarian is
a matter of Malay 'adat' and is applicable only to the case of a
divorced spouse who claims against the other spouse during his or her
lifetime : this rule of law is local low which the court must take
judical notice and it is the duty of the court to propound it…."
Dalam Boto' Binti Taha lwn. Jaafar bin Muhamed, Salleh Abbas, HB. Memutuskan :
"harta sepencarian is not so much based on Islamic jurisprudence as on customs practised by Malays"
Manakala Mahkamah Syariah pula mengatakan harta sepencarian adalah berasaskan Hukum Syarac . dalam Noor Bee Lwn Ahmad Shanusi, Hj Harussani Hj Zakari, Khadi Besar Pulau Pinang, memutuskan:
"Harta sepencarian diluluskan oleh syarac atas dasar khidmat dan perkongsian hidup. Isteri mengurus dan mengawal rumahtangga suami keluar mencari nafkah"
Dalam Kalthom bt Abdul Wahid lwn Nordin bin Othman , Sheikh Ghazali Hj Abdul Rahman, Hakim memutuskan :
Kes harta
sepencarian yang telah diputuskan di mahkamah-mahkamah Syariah di
Malaysia dibuat berdasarkan kepada pendapat-pendapat ulama dan curuf' bagi negeri ini.
Masalah pertindihan kuasa
Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah ke atas kes keluarga orang Islam
telah diselesaikan pada tahun 1988 oleh Perkara 121 (1A) Perlembagaan
Perekutuan yang memperuntukkan:
"Mahkamah-mahkamah
yang disebutkan dalam Fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidangkuasa
berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah"
Kadar pembahagian harta
sepencarian di Malaysia tiada ketetapan yang khusus. Oleh itu di awal
bab ini penulis cuba mengetengahkan beberapa kriteria dan cara-cara
pembahagian yang dibuat dengan melihat kepada keputusan-keputusan
mahkamah di samping melihat kepada peruntukan undang-undang berhubung
dengan pembahagian harta sepencarian di dalam Akta atau Enakmen-enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia. Dalam hal ini beberapa kes
akan dirujuk untuk melihat keputusan yang telah dibuat oleh pihak
mahkamah berhubung dengan harta yang dipertikaikan.
Perbincangan selanjutnya
memberi tumpuan kepada pengendalian harta sepencarian di mahkamah.
Mahkamah manakah yang mempunyai kuasa untuk membicarakannya. Dalam hal
ini penulis juga membincangkan tentang prosedur perbicaran di mahkamah,
orang yang berhak terhadap harta sepencarian dan bilakah tuntutan harta
sepencarian boleh dibuat.
4.2.1 Kriteria pembahagian
Kriteria yang
diambilkira bagi memenuhi maksud harta sepencarian adalah harta yang
diperolehi melalui punca bersama atau daya usaha secara bersama oleh
pihak suami dan isteri dan hendaklah dalam tempoh perkahwinan.
Pemerolehan harta sepencarian ini dilihat dari sudut sumbangan yang
dicurahkan samada atas asas tenaga, harta, secara moral atau pun atas
dasar khidmat.
Pembahagian
harta sepencarian adalah sama banyak sekiranya ada sumbangan positif
oleh pihak menuntut, walaupun sumbangannya kurang daripada pihak satu
lagi. Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)
1984 memperuntukkan :
(2) Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang –
takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi memperoleh aset-aset itu;
apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka;
keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada,
dan tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah hendaklah membuat pembahagian yang sama banyak.
Sekiranya
harta yang diperolehi semasa perkahwinan merupakan hasil usaha tunggal
satu pihak sahaja, pihak satu lagi mendapat bahagian lebih kecil.
Seksyen 58(3)-(4) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1984 memperuntukkan :
(3) Mahkamah
adalah mempunyai kuasa, apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila
membuat perintah perceraian, memerintah supaya apa-apa aset yang
diperolehi dalam masa perkahwinan dengan usaha tunggal satu pihak
kepada perkahwinan itu dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana
aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.
(4) Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (3), Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada-
takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh pihak yang tidak memperolehi aset itu, kepada kebajikan keluarga dengan memelihara rumahtangga atau menjaga keluarga;
keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada,
dan tertakluk kepada
pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah boleh membahagikan aset-aset
itu atau hasil jualan itu mengikut apa-apa kadar yang difikirkannya
munasabah, tetapi, walaubagaimanapun, pihak yang telah memperolehi
aset-aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang lebih
besar.
4.2.2 Kadar Pembahagian Berdasarkan Kes-Kes Yang Telah Diputuskan
Kadar yang
diperolehi dari pembahagian harta sepencarian adalah mengikut setakat
mana banyaknya sumbangan daripada suami dan isteri sebagaimana yang
dijelaskan dalam kriteria pembahagian harta sepencarian. Kadarnya tidak
ditetapkan, ini kerana pihak mahkamah akan mengambil kira beberapa
aspek sebelum menentukan kadarnya. Berdasarkan kes-kes yang telah
diputuskan kadangkala pihak isteri akan mendapat bahagian ⅓, atau ½ dan
kadangkala tidak mendapat apa-apa bahagian. Begitu juga bahagian untuk
suami akan ditentukan ½, ⅔ atau ⅓.
Bagi sumbangan yang berasaskan kepada harta dan tenaga, dapat dilihat dalam kes Haji Ramah lwn. Alpha
diputuskan bahawa isteri yang kematian suami berhak memperolehi ¼
daripada nilai tanah yang ia menolong mengusahakannya atas dasar upah
atau pampasan atas usaha-usahanya selain dari ¼ yang diperolehinya
dalam harta pusaka.
Begitu juga dalam kes Mansjur bin Abdul Rahman lwn. Kariah bte Noordin
telah diputuskan bahawa pihak isteri berhak mendapat harta sepencarian
ke atas tanah yang diperolehi dalam masa perkahwinan dan menolong
mengusahakan tanah itu bersama-sama. Dalam kes Wan Junaidah binti Jusoh lwn. Latif bin Mohd Shah
telah diputuskan bahawa harta yang didapati atau dibeli semasa
perkahwinan walaupun bayaran dibuat secara ansuran oleh suami,
sedangkan pendapatan isteri yang bekerja diletakkan di dalam akaun
bersama, maka harta tersebut dikira sebagai harta sepencarian.
Sumbangan yang berbentuk tenaga dan wang dapat dilihat dalam kes Haji Abdul Rahim lwn. Isngaton. Isteri
yang telah diceraikan menuntut harta sepencarian diatas rumah di
Selangor, suami itu datang dari Indonesia berdagang, bekerja menebang
hutan keadaannya miskin. Dia berkahwin dengan isteri itu, seorang janda
yang kaya yang kematian suami, meninggalkan kebun dan tanah termasuk
sawah. Di dalam perkongsian hidup suami isteri, suami itu telah banyak
membeli harta dan kebun atas namanya sendiri, isteri itu mendakwa dia
ada menyumbangkan wang untuk membeli tanah yang menjadi tapak tanah
rumah dan selain dari itu dia telah menanggung sebahagian besar
perbelanjaan rumahtangga mereka. Oleh itu, Jemaah Ulang Bicara Syariah
Selangor telah menolak rayuan perayu dan mengekalkan perintah Mahkamah
Kadi Besar iaitu pihak isteri mendapat separuh daripada harta
sepencarian berasaskan kepada sumbangan yang dicurahkan dalam bentuk
tenaga dan wang ringgit.
Manakala sumbangan yang berdasarkan sokongan moral ialah dalam kes Tengku Anun Zaharah lwn. Dato Dr Hussien bin Mohamed Yusuf
iaitu walaupun pihak isteri tidak memberi apa-apa sumbangan baik yang
berupa wang atau tenaga ke atas harta-harta yang diperolehi oleh pihak
suami, namun Mahkamah berpendapat pihak isteri ada memberi sumbangan
secara moral iaitu melalui perkahwinan dengan keluarga yang menyumbang
kepada perniagaan pihak suami. Demikian juga dalam kes Boto' binti Taha lwn. Jaafar bin Mohamed,
mahkamah memutuskan bahawa pihak menuntut berhak mendapat harta
sepencarian walaupun sumbangan dalam bentuk moral iaitu sokongan dan
menemani suami dalam urusan perniagaan yang memberi ketengan fikiran
dalam menjalankan perniagaan.
Beberapa kes
menunjukkan bahawa bahagian suami dan isteri adalah separuh daripada
harta yang dipertikaikan. Contohnya di dalam kes yang telah diputuskan Kamariah lwn Mansjur
pasangan ini telah berkahwin pada 13 September 1959 dan telah bercerai
pada 11 September 1970. Selepas perceraian seorang anak mereka telah
diserahkan kepada ibunya dan empat orang anak tinggal dengan bapanya.
Dalam masa perkahwinan itu pihak suami telah diberi hak penerokaan
tanah kerajaan rancangan berkelompok di Kampung Sungai Midah. Mereka
berdua tinggal di situ sehingga perceraian. Kemudian jawatankuasa itu
telah membenarkan Syarikat Perumahan Pegawai-pegawai Kerajaan mengambil
alih tanah itu dan tanah-tanah berhampiran untuk dimajukan sebagai
rancangan perumahan dan telah memberi persetujuan kepada bekas suami
itu menandatangani surat perjanjian dengan syarikat itu dengan syarat
pampasan yang diberi hendaklah dibahagi sama antara bekas suami dan
isteri. Suami itu telah membuat rayuan terhadap keputusan jawatankuasa
tanah itu akan tetapi rayuan itu telah ditolak. Kedua-dua pihak suami
dan isteri gagal mencapai persetujuan. Bekas suami itu telah mencadang
memberi 2/7 pampasan tanah itu kepada bekas isteri dan 5/7 pampasan itu
diberi kepadanya dan empat orang anak yang tinggal dengannya akan
tetapi isteri tidak bersetuju. Isteri telah membuat permohonan kepada
Mahkamah Syariah untuk mendapatkan ½ bahagian apa-apa pampasan dan
harta yang telah diberi oleh syarikat berkenaan kepada bekas suaminya.
Keputusan Qadi Besar, tanah itu adalah harta sepencarian dan hendaklah
dibahagi dua antara suami dan isteri, pihak suami telah merayu tetapi
rayuan ditolak.
Adakalanya
mahkamah akan memutuskan kadar pembahagian adalah ⅓ kepada isteri dan ⅔
kepada suami daripada harta yang dipertikaikan ini kerana mahkamah akan
mengambil kira setakat mana sumbangan yang diberikan oleh kedua-dua
pihak. Contohnya di dalam kes Tengah lwn Ibrahim suami telah
menuntut sebahagian harta sepencarian. Fakta kes ini menunjukkan bahawa
dia telah berkahwin dengan isterinya pada tahun 1960. Dia bekerja
sebagai buruh dan isterinya bekerja mengambil upah mencabut semai dan
lain-lain. Dalam masa perkahwinan mereka telah membuat rumah di atas
tanah kepunyaan kedua pihak dan rumah itu telah diduduki oleh
isterinya. Mereka telah bercerai pada tahun 1975, suami itu telah
menuntut harga rumah itu dibahagi tiga, dua bahagian diberi kepadanya
dan satu bahagian diberi kepada isterinya. Isteri itu mengaku harta itu
harta sepencarian akan tetapi mendakwa tuntutan itu telah diselesaikan
dan harta itu dibahagi dua. Di dalam kes ini pihak qadi telah
memutuskan bahawa bahagian suami ⅔ dan isteri ⅓ atas alasan tenaga
suami lebih daripada tenaga isteri.
Begitu juga dalam kes Rokiah lwn Mohamed Idris
Isteri yang telah diceraikan telah menuntut sebahagian harta
sepencarian ke atas tanah di Kuala Lumpur, pelaburan, wang simpanan
dalam bank dan sebuah rumah. Di dalam kes ini pemangku Qadi Besar telah
menolak tuntutan itu kerana jelas bahawa harta-harta itu adalah hak
orang yang kena tuntut. Mahkamah telah menolak tuntutan harta
sepencarian kerana harta berkenaan dibeli dengan wang yang kena tuntut
itu sendiri. Rayuan telah dibawa ke Lembaga Rayuan. Dalam keputusan,
Lembaga Rayuan telah mengambil kira sumbangan secara tidak langsung
yang diberi oleh isteri bagi perolehan harta dengan tugasnya memasak,
membasuh, mengurus rumahtangga dan memelihara anak dalam masa 35 tahun
perkahwinan itu. Oleh itu Lembaga Rayuan telah memerintahkan pihak kena
tuntut rayuan memberi ⅓ harta itu dan nilainya kepada pihak perayu.
Di antara kes yang menunjukkan isteri tidak mendapat bahagian langsung daripada harta yang dipertikaikan sebagaimana dalam kes Zarah lwn Idris. Isteri
yang telah diceraikan telah menuntut sebahagian daripada harta
sepencarian. Bekas suami memberi keterangan bahawa rumah itu dibeli
olehnya dari duitnya sendiri, wang cengkeram telah dibayar dari
gajinya. Dia juga memberi keterangan bahawa isterinya telah
meninggalkan rumah mereka atas pilihannya sendri. Keputusan kes ini
menunjukkan bahawa isteri tidak mendapat apa-apa bahagian daripada
harta sepencarian. Di dalam hal ini tuntutan harta sepencarian tidak
sabit, ini kerana tiada bukti yang menunjukkan penyertaan isteri ke
arah menambahkan harta atau tiada dorongan yang menyebabkan terkumpul
harta tersebut.
Cara
pembahagian harta sepencarian di negeri-negeri adalah berlainan menurut
pertimbangan budibicara dan kebijaksanaan hakim-hakim dalam menanggapi
asas sumbangan yang dicurahkan oleh pihak isteri dan suami ke atas
segala bentuk harta yang diperolehi sepanjang tempoh perkongsian hidup
mereka.
Sebagai contoh di Selangor, dalam kes Laton lwn. Ramah,
telah diputuskan bahawa isteri yang telah diceraikan berhak mendapat
setengah dari harta yang diperolehi semasa perkahwinan. Dalam kes Roberts @ Kamaruzzaman lwn. Ummi Khaltom
diputuskan bahawa seseorang suami yang bercerai itu mendapat setengah
dari harta sepencarian ke atas harta tak alih yang didapati semasa
tempoh perkahwinan. Persoalan yang timbul adalah sama ada seorang suami
Islam yang bercerai boleh menuntut setengah bahagian sebagai harta
sepencarian ke atas harta tak alih yang diperolehi bersama dalam tempoh
mereka berkahwin dan telah didaftarkan atas nama isteri. Pihak kena
tuntut mendakwa pihak menuntut telah memberikan harta itu sebagai
hadiah. Raja Azlan Shah memutuskan harta itu diperolehi melalui usaha
bersama dan oleh itu ia adalah harta sepencarian dan pihak kena tuntut
telah gagal mempertikaikan dengan jelas bahawa pihak menuntut berniat
menjadikan harta itu hadiah dan memberikan kepadanya. Oleh itu
seseorang suami Islam yang bercerai boleh menuntut setengah bahagian
sebagai harta sepencarian atas harta tak alih yang diperolehi bersama
oleh suami isteri semasa mereka hidup bersama.
Di Pulau Pinang, harta sepencarian lebih dikenali sebagai harta syarikat. Dalam kes Haminahbe lwn. Samsudin Mahkamah
memutuskan pihak kena tuntut membahagikan sebahagian nilai sebuah rumah
berjumlah RM3500 dari RM7,000, iaitu pihak isteri mendapat separuh
daripada harta sepencarian tersebut. Kadi Besar Pulau Pinang menyatakan:
"Haminahbe
binti Hassan sepanjang perkahwinannya dengan Samsudin bin Husaini telah
berlaku sebagai isteri dan telah membuat kerja-kerja yang lazim
dilakukan oleh seorang isteri dengan sepenuhnya tanpa membuat
pertolongan dari orang gajian, bolehlah dianggap hasil bersama.
Kerja-kerja yang dilakukan oleh seorang isteri yang tidak dibantu oleh
orang gajian sekurang-kurangnya telah meringankan beban suami
setidak-tidaknya sepertiga dari tanggungannya"
Dalam kes Noor Bee lwn. Ahmad Shanusi
pihak-pihak dalam kes ini telah berkahwin selama setahun dan pihak yang
menuntut telah diceraikan tanpa pengetahuannya. Pihak yang menuntut
telah membuat tuntutan harta syarikat sebanyak RM5000 sebagai nilai
kepada barang-barang yang dimiliki bersama semasa perkongsian hidup.
Mahkamah Kadi Besar Pulau Pinang memutuskan tuntutan harta syarikat
(harta sepencarian) pihak yang menuntut telah ditolak kerana
barang-barang perkongsian tersebut telah pun dijual dan dibahagikan
bahagian masing-masing. Kadi Besar Pulau Pinang telah menyentuh tentang
harta sepencarian iaitu:
"Harta
sepencarian diluluskan oleh syarak atas dasar khidmat dan perkongsian
hidup. Isteri mengurus dan mengawal rumahtangga, suami keluar mencari
nafkah. Isteri, menurut syarak berhak mendapat orang gaji dalam
mengurus rumahtangga, jika tidak maka kerja memasak , membasuh dan
mengurus rumah hendaklah dianggap sebagai sebahagian dari kerja yang
mengurangkan tanggungan suami."
Di Kedah, dalam kes Wan Nab lwn. Jasin,
mahkamah memutuskan bahawa disebabkan tiadanya suatu kepastian
peraturan mengenai harta sepencarian yang boleh dijadikan panduan maka
bahagian isteri diberi ⅓ namun dalam kes Habsah bt. Mat lwn. Abdullah bin Jusoh
pula telah diputuskan pihak isteri yang diceraikan berhak mendapat
separuh daripada harta yang diperolehi bersama dalam tempoh perkahwinan
berdasarkan adat yang berlaku di Kedah.
Di Perak, harta sepencarian juga dikenali sebagai harta syarikat. Dalam kes Re Elang Re Kulop Degor dan Lebar lwn. Niat,
Hakim menyatakan bahawa berdasarkan pada adat di kampung-kampung
sepanjang sungai Perak pembahagian harta sepencarian dibahagikan di
antara suami dan isteri bergantung kepada keadaan dengan diaturkan oleh
kedua-dua pihak bersama dengan ketua kampung. Bagi isteri yang
diceraikan ialah ½ jika terlibat secara langsung mengusahakan tanah
tersebut, jika tidak terlibat ia hanya memperolehi ⅓ dan jika suami
makan gaji dan memperolehi harta dengan wangnya maka pihak isteri
memperolehi ⅓.
Di Terengganu, dalam kes Mohammad lwn. Commisionar of Land and Mines, Terengganu
telah diputuskan bahawa tanah yang diperolehi dalam tempoh perkahwinn
dikira sebagai harta sepencarian dan isteri berhak mendapat ½ bahagian.
Dalam kes Hasnah binti Mat lwn. Hussin bin Musa Mahkamah
kadi besar Terengganu memutuskan pihak isteri berhak mendapat ¼
bahagian dari harta sepencarian atas asas pendapatan yang sabit dari
tenaga pihak suami adalah lebih dari tenaga pihak isteri.
Di Kelantan dalam kes Hajjah Lijah bt Jamal lwn. Fatimah bt. Mat Diah
diputuskan bahawa pihak isteri memperolehi ½ bahagian daripada harta
yang didapati semasa perkahwinan sebagai harta sepencarian. Dalam kes Hajjah Saudah bt. Che Mamat lwn. Hanafi b. Hj. Daud dan lain-lain orang,
Mahkamah Kadi Besar Kota Bharu memutuskan pihak isteri mendapat ½
daripada tanah-tanah yang telah dipindah milik kepada almarhum Hj. Daud
b. Hj. Abdul Rahman sebagai harta sepencarian. Dalam kes Sofiah bte Sulaiman lwn. Abdullah bin Mat Amin,
telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu, bahawa pihak isteri
mendapat ½ dari bahagian harta sepencarian setelah pihak suami gagal
membuktikan bahawa harta tersebut (2 keping tanah) diperolehi melalui
pusaka datuk lelakinya.
Di Wilayah Persekutuan, kes-kes harta sepencarian telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah. Dalam kes Khaltom bt. Abdul Wahid lwn. Nordin bin Othman
kedua-dua pihak telah berkahwin lebih daripada 35 tahun, pihak yang
menuntut telah membuat tuntutan harta sepencarian ke atas tanah yang
diperolehi semasa mereka hidup sebagai suami isteri. Mahkamah Tinggi
Syariah Wilayah Persekutuan memutuskan pihak menuntut mempunyai hak
harta sepencarian ke atas tanah-tanah tersebut kerana pihak menuntut
telah membuktikan sumbangan yang besar ke atas menjaga harta dan
kepentingan di atas tanah rancangan yang diperuntukkan kepada mereka.
Pihak yang kena tuntut hendaklah memberi setengah bahagian daripada
tanah dan pampasan atas tanah tersebut yang telah dimajukan oleh
syarikat perumahan kepada pihak yang menuntut.
Di Malaysia, tidak
ada peruntukan khusus di dalam undang-undang mengenai pembahagian bagi
suami yang berpoligami. Namun demikian sekiranya terjadi hal ini pihak
mahkamah akan mengambil kira beberapa kriteria sebagaimana yang telah
digariskan di samping mengambil kira beberapa faktor lain yang telah
ditetapkan di dalam Akta dan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Keluarga
Islam di setiap negeri.
Secara
umumnya, pihak mahkamah akan membuat keputusan untuk yang berpoligami
berdasarkan kepada beberapa perkara seperti berikut:
Harta yang diperolehi itu dalam atau semasa perkahwinan.
Takat sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, kerja, nasihat, dorongan dan sumbangan lain yang dapat menambah harta atau modal.
Di
Indonesia, undang-undang tentang Perkahwinan Republik Indonesia telah
memperuntukkan bahawa harta yang diperolehi selama tempoh perkahwinan
adalah harta bersama, kecuali harta yang diperolehi oleh masing-masing
sebagai hadiah atau pusaka. Isteri kedua dan seterusnya tidak mempunyai
hak atas harta bersama yang telah ada sebelum berlakunya perkahwinan
dengannya. Semua isteri mempunyai hak yang sama atas harta bersama yang
terjadi sejak perkahwinan masing-masing. Peruntukan yang sedemikian
telah dicadangkan untuk Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia.
Malahan
dalam Kompilasi Hukum Islam 1990 terdapat peruntukan yang menyatakan
bahawa jika terjadi cerai mati, maka separuh daripada harta bersama
menjadi hak pasangan yang hidup lebih lama. Pembahagian harta bersama
bagi seorang suami atau isteri atau suaminya hilang harus ditangguhkan
hingga ada kepastian matinya yang hakiki atau keputusan pengadilan.
Janda atau duda cerai hidup masing-masing berhak seperdua daripada
harta bersama sepanjang tidak ditentukan selainnya dalam perjanjian
perkahwinan.
Justeru itu, sepatutnya di
Malaysia harus ada peruntukan atau garis panduan yang jelas di dalam
Akta atau Enakman Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia
berhubung dengan pembahagian harta sepencarian bagi perkahwinan yang
berpoligami agar tidak ada pertikaian harta atau aset-aset lain di
antara isteri-isteri yang menuntut.
4.3.1 Bidangkuasa Mahkamah
Harta sepencarian
merupakan salah satu daripada jenis-jenis harta yang di bawah
bidangkuasa Mahkamah Syariah sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam
Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri yang digubal oleh badan
perundangan negeri-negeri. Peruntukan itu memperuntukkan bahawa
Mahkamah Syariah.
"Dalam bidang
kuasa mal mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding dalam
mana semua pihak adalah orang Islam dan yang berkaitan dengan;
pembahagian atau tuntutan kepada harta sepencarian."
Sehubungan dengan
itu, Mahkamah Syariah juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan
pembahagian harta sepencarian ke atas harta yang diperolehi secara
usaha bersama dalam perkahwinan setelah berlakunya perceraian, di bawah
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri. Sebagai contoh Akta
Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah) Persekutuan 1984 (Akta
303) No.4 tahun 1984 memperuntukkan :
"Mahkamah
adalah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talak atau apabila
membuat suatu perintah perceraian, memerintah supaya apa-apa aset yang
diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha
bersama mereka, dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu
dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.
Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang :
takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi memperoleh aset-aset itu;
b) apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan
bagi manfaat bersama mereka;
keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu,
jika ada.
Mahkamah hendaklah dengan seberapa segera boleh membuat pembahagian yang sama banyak.
Begitu juga
Mahkamah Syariah boleh membuat perintah pembahagian harta sepencarian
ke atas harta usaha tunggal satu pihak yang diperolehi dalam masa
perkahwinan tersebut.
- Prosedur perbicaraan di mahkamah
Ketika
mengendalikan sesuatu tuntutan berhubung denagn harta sepencarian, satu
perkara yang perlu dipastikan ialah bidangkuasa mahkamah. Kes yang
berkaitan dengan tuntutan dan penentuan harta sepencarian adalah di
bawah kuasa Mahkamah Syariah. Tetapi sebelum berlaku pindaan
Perlembagaan Perkara 121 (1A) beberapa kes yang berkaitan dengan harta
sepencarian telah dibawa ke Mahkamah Tinggi seperti kes Roberts @ Kamarulzaman lwn. Umi Khaltom dan kes Boto' binti Taha lwn. Jaafar bin Muhamed.
Di
Kelantan, tuntutan terhadap harta sepencarian telah dibawa ke Mahkamah
Tinggi. Akan tetapi jika nilai tersebut kurang daripada RM500.00,
Mahkamah Tinggi boleh menolak kes tersebut kepada Mahkamah Kadi Besar.
Oleh itu pindaan Perlembagaan Perkara 121 (1A) dan juga Enakmen
Undang-Undang Pentadbiran Perundangan Islam bagi setiap negeri yang
memastikan bidang kuasa Mahkamah Syariah dapat meletakkan kes-kes yang
berhubung dengan harta sepencarian antara suami isteri yang beragama
Islam di tempat yang sepatutnya.
Berhubung
dengan bidang kuasa mahkamah, meskipun mahkamah yang mempunyai bidang
kuasa untuk membicarakan kes-kes yang berhubung dengan harta
sepencarian ialah Mahkamah Syariah, pelaksanaan hak milik dan
pembahagiannya tetap dikendalikan oleh Pejabat Tanah. Oleh itu terdapat
pindaan terhadap Kanun Tanah Negara yang mengiktiraf bidang kuasa
Mahkamah Syariah dalam memutuskan harta sepencarian. Pindaan tersebut
menentukan bahawa bagi tujuan Seksyen 417 dan Seksyen 420 perkataan
mahkamah termasuk Mahkamah Syariah. Akta pindaan tersebut berkuatkuasa
mulai 1 Januari 1993.
Di
Selangor, menurut prosedur yang lazim setiap tuntutan berhubung dengan
harta sepencarian yang bernilai kurang dari RM 100,000 hendaklah
dikemukakan ke Mahkamah Rendah Syariah. Manakala jumlah yang tidak
dapat dianggarkan dengan wang atau melebihi RM 100,000 dibawa ke
Mahkamah Tinggi Syariah.
Di
Terengganu, tuntutan harta sepencarian yang bernilai tidak melebihi RM
50,000 hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Rendah Syariah dan selebihnya
ke Mahkamah Tinggi Syariah.
Di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, jika nilai harta tersebut
tidak melebihi RM 50,000 atau tidak dapat dianggarkan dengan wang maka
kes tersebut hendaklah di bawa ke Mahkamah Rendah Syariah.
Berhubung
dengan tuntutan atau dakwaan pula, mengikut hukum syarak, mahkamah
mesti melayan setiap tuntutan dan dakwaan yang lengkap. Perkara-perkara
yang mesti diberi perhatian dalam kes ialah :
Pihak Menuntut
Pihak Menentang
Keterangan
Pihak
Menuntut mestilah mengajukan tuntutannya. Dalam perbicaraan, pihak
menuntut hendaklah mengemukakan keterangan iaitu dua orang saksi lelaki
atau seorang lelaki dan dua orang perempuan atau empat orang perempuan.
Di samping itu bukti-bukti yang lain seperti resit bayaran pembelian
harta yang dipertikaikan juga mestilah dikemukakan. Sebagai contoh,
dalam kes Overseas Investment Privade Limited Anthony William O'Bmen & Lain-lain,
pihak isteri hanya memberi keterangan secara lisan bahawa harta dalam
rumahtangganya adalah harta sepencarian. Di samping itu, dia juga
menyatakan kedudukan taraf kewangannya sebagai bukti bahawa dia mampu
membeli barang-barang tersebut, seperti dia berasal daripada keluarga
berada dan mempunyai pendapatan sendiri sebelum dia berkahwin dengan
pihak yang kena tuntut pada tahun 1966. meskipun dalam kes tersebut
persoalan utama ialah berhubung dengan hak pemberi hutang iaitu
Overseas Investment Privade Limited untuk menyita dan menjual harta
pihak yang berhutang (Writ of Seizure & Sale), hak isteri
sepatutnya dilindungi daripada pihak pemberi hutang suami. Maka dalam
kes ini hak isteri ke atas harta terlibat adalah sebagai harta
sepencarian.
Jika
keterangan daripada pihak penuntut dan penentang sama taraf
kekuatannya, maka hakim tidak boleh membuat keputusan sehingga mendapat
keterangan yang dapat menyokong dan mengukuhkan lagi keterangan
kedua-dua pihak. Jika penafian dibuat terhadap tuntutan maka hendaklah
dipastikan penafian tersebut bukan sebagai suatu helah untuk menafikan
hak pihak penuntut terhadap harta yang dipertikaikan. Oleh itu sumpah
hendaklah dilakukan berdasarkan kaedah.
" Keterangan adalah menjadi tanggungjawab pihak mendakwa dan sumpah menjadi tanggungjawab yang ingkar".
Di samping saksi dan keterangan lain, sumpah juga boleh dipakai.
4.3 KESIMPULAN
Berdasarkan kepada penjelasan dan huraian ringkas di atas, bolehlah dirumus bagaimana berikut :
Masalah harta sepencarian di antara suami dan isteri adalah merupakan sesuatu perkara yang sangat penting dan perlu diselesaikan dengan cara yang adil dan saksama terutama sekali apabila berlaku perceraian.
Khidmat dan kerja seseorang isteri di dalam rumah patut diberi pertimbangan sewajarnya dan diberi nilaian yang patut jika khidmat tersebut tidak ada tanda-tanda yang ianya diberi secara sukarela, sekurang-kurangnya sebagai upah (ujrah al-nisl).
Kedua-dua pihak suami isteri yang masing-masing ada peranan dan usaha bagi memperolehi harta, hendaklah diberi hak masing-masing. Dan dalam menentukan kadar dan bahagiannya terserlah kepada pertimbangan hakim apabila berlaku pertengkaran dan perselisihan.
Adat juga perlu diambil kira sebagai kaedah syariah dalam menentukan hak masing-masing.
Satu perjanjian berhubung dengan harta sepencarian boleh dikaji samada ianya sesuai dibuat atau sebaliknya pada masa ini.
Harta sepencarian merupakan hak suami dan isteri selama mana terdapat sumbangan ke atas harta yang diperolehi. Tuntutan ke atas harta tersebut boleh dibuat pada bila-bila masa. Tuntutan ke atasnya iaitu harta sepencarian tidak menafikan hak-hak yang berbentuk pembiayaan lain seperti mut'ah, upah hadanah dan nafkah iddah.
BAB V
RUMUSAN, PANDANGAN DAN PENUTUP
Konsep harta sepencarian telah lama
wujud di bawah undang-undang adat melayu. Ia telah diamalkan di
negara-negara seperti Indonesia, Brunei, Singapura dan khususnya di
Malaysia. Seterusnya ia telah diakui dan diletakkan peruntukan khusus
berhubung dengan harta sepencarian.
Sekiranya kita tinjau dari perspektif
Islam, undang-undang ini telah di peruntukkan di dalam Enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam walaupun tidak terdapat di dalam
kitab-kitab fiqh Islam. Ini bermakna agak sukar juga untuk mengaitkan
harta sepencarian dengan Hukum Syarak.
Harta sepencarian adalah
berasal daripada adat melayu dan dahulunya pihak penghakiman terutama
di Mahkamah-mahkamah Sivil menerima pemakaian harta sepencarian sebagai
adat orang-orang Melayu di Malaysia.
RUMUSAN DAN PENEMUAN KAJIAN
Melalui perbincangan sebelum
ini, penulis mendapati telah jelas kepada kita bahawa harta sepencarian
ialah harta milik bersama antara suami dan isteri yang diperoleh hasil
daripada usaha mereka bersama sepanjang tempoh perkahwinan. Harta ini
tidak termasuk apa-apa harta yang diperoleh oleh suami dan isteri
samada sebelum perkhwinan atau selepas berlakunya perceraian.
Amalan adat, pembahagian harta
ini telah menerima pengiktirafan melalui pengkanunan samada pada
sebelum atau semasa kedatangan penjajah atau selepas merdeka. Kini, ia
telah dianggap sebagai sebahagian daripada undang-undang Islam setelah
ia dikanunkan dan diperuntukkan dengan nyata di dalam Enakmen
Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri. Namun, soal bidangkuasa dan
tafsiran harta ini terus dibuat di mana undang-undang yang digubal oleh
kerajaan negeri hanya memperuntukkan inter alia tentang
perkara-perkara yang berkaitan hal-ehwal agama yang terhad. Sebagai
contoh, meskipun sesuatu harta dikumpul dalam tempoh perkahwinan, jika
salah satu pihak yang bertikai berjaya membuktikan kepada mahkamah atas
anggapan ia sebagai amanah (trust), maka ia tidak temasuk di
dalam tafsiran harta sepencarian dalam enakmen yang dikuatkuasakan.
Oleh itu perkataan 'perkahwinan dan perceraian' atau 'tuntutan-tuntutan
harta yang berbangkit daripada perkahwinan dan perceraian itu'
hendaklah berlaku serentak, bukan dalam isu yang tersendiri dan bukan
secara insidental berasingan, tetapi sebaliknya perkahwinan dan
perceraian itu hendaklah ada unsur dominan dan perkaitan yang begitu
rapat dengan apa-apa tindakan dan prosiding. Begitu juga tentang
istilah sumbangan secara langsung dan sumbangan secara tidak langsung
yang kini mendapat perhatian di Mahkamah Syariah dengan mengambilkira
peruntukan-peruntukan yang dibuat dan realiti kehidupan pasangan yang
berkahwin kini.
5.3 PERSOALAN YANG TIMBUL
Antara persoalan dan pandangan berkenaan pengaplikasian harta tersebut.
Persoalan yang timbul ialah,
apakah semua harta yang diperolehi dari suami isteri di dalam masa
perkahwinan di anggap harta sepencarian?
Dari maklumat dan kajian
yang dijalankan dan dari apa yang dibincangkan di atas, harta
sepencarian boleh diertikan sebagai harta yang sama-sama dicari, harta
yang sama-sama diusahakan bagi mendapatnya dan ini tidaklah termasuk
harta pusaka, hadiah-hadiah yang diberi kepada suami atau isteri atau
kedua-duanya sekali kerana tiada diusaha, atau yang diperolehi dengan
diusaha oleh satu pihak sahaja. Maka harta yang diperolehi ini adalah
menjadi hak bagi orang yang berusaha.
Firman Allah S.W.T :
Maksudnya : "laki-laki beroleh bahagian dari usahanya, dan orang-orang perempuan beroleh bahagian dari usahanya"
Berdasarkan kepada pengertian ini boleh dibuat kesimpulan seperti berikut :
Kalau harta yang diperolehi oleh suami atau isteri secara tidak berusaha seperti hadiah, pusaka, hibah dan seumpamanya, tidaklah boleh dibahagikan kecuali yang diberi kepada kedua-duanya sekali.
Kalau harta yang diperolehi daripada usaha sebelum perkahwinan, ini tidak termasuk ke dalam harta sepencarian dan dengan ini tidaklah boleh dibahagikan.
Kalau harta itu merupakan hasil daripada apa yang diusahakan secara berasingan dalam masa perkahwinan tetapi hasil itu tidak dicantumkan, umpamanya suami bekerja di Jabatan Kerajaan dan isteri bekerja di rumah sebagai mengambil upah menjahit atau bekerja di kilang dan wang pendapatan disimpan pada tempat berasingan atau masing-masing membeli rumah atau tanah secara berasingan, harta ini tidak boleh dibahagikan. Malahan harta itu menjadi hak kepunyaan masing-masing.
Sekiranya harta itu diusahakan secara berasingan dan hasilnya dicantumkan tetapi dapat dibezakan antara hak masing-masing, umpamanya mereka membeli sebidang tanah menurut saham masing-masing, maka pada masa itu tiap-tiap seorang berhak menurut kadar sahamnya masing-masing.
Sekiranya hasil dari usaha secara ini dicantumkan tetapi tidak dapat lagi hendak dibezakan maka harta jenis ini boleh dikira termasuk ke dalam jenis harta sepencarian yang akan terlibat dengan pembahagian yang akan dicadangkan
Sekiranya suami isteri sama-sama bertanggungjawab dalam satu pekerjaan atau berlainan pekerjaan tetapi hasilnya tidak dipisahkan, atau dari awal-awal lagi dicampuradukkan maka jenis ini bolehlah dikirakan sebagai harta sepencarian laki bini.
Mengumumkan harta sepencarian,
nampaknya tidaklah sesuai dengan prinsip Islam, kerana sebahagian
daripadanya adalah jelas hukumnya daripada Syarak. Cuma yang kita rasa
seakan-akan kurang jelas ialah dua jenis yang terakhir ini, iaitu jenis
dimana suami isteri bekerja di satu tempat atau di tempat yang
berasingan tetapi hasilnya dicampuradukkan hingga menjadi sebagai satu
harta kepunyaan bersama yang tidak dapat dibezakan. Umpamanya suami
isteri bersama-sama ke sawah menanam padi atau bersama-sama membuka
sebidang tanah dan bercucuk tanam atau bersama-sama bekerja di satu
kebun dan hasilnya dicampurkan atau suami bekerja di lombong dan isteri
bekerja di ladang dan hasilnya juga dicampuradukkan.
Di sini apakah jenis
pekerjaan yang dilakukan oleh suami isteri? Adakah pekerjaan ini suatu
pekerjaan bersyarikat, atau suatu jenis pekerjaan mengambil upah? Ada
pendapat yang mengatakan pekerjaan itu adalah pekerjaan bersyarikat
dalam Islam dan ada pula yang mengatakan pekerjaan mengambil upah dan
ada pula yang mengatakan bahawa masalah ini adalah masalah adat yang
tidak terlibat dengan Hukum Islam.
Sebenarnya pekerjaan yang
diusahakan oleh suami isteri secara ini tidak boleh dianggap sebagai
suatu pekerjaan syarikat dalam Islam, begitu juga mengambil upah,
kerana syarikat dalam Islam dan juga mengambil upah mempunyai
peraturan-peraturan dan syarat-syarat tertentu, sedangkan kalau
diperhatikan kepada bekerja bersama dari suami isteri dalam masa
perkahwinan tidak mempunyai peraturan dan syarat-syarat yang mesti ada
bagi menjadikan kerjasama mereka sebagai bersyarikat atau mengambil
upah. Lebih-lebih syarikat secara bersama-sama membanting tenaga, yang
diketahui dengan syarikat abdān, tidak lulus menurut madhhab Syāficyyi. Dan pembahagian harta sepencarian ini tidak boleh ditundukkan kepada kaedah 'al-Adah Muhakkamah' atau 'adat menjadi sumber hukum', kerana pembahagian yang dilakukan tidak tetap (ghair muttaridah), di samping tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dan mempunyai syarat-syarat tertentu.
5.4 CADANGAN
Hasil daripada maklumat dan
bahan-bahan yang penulis perolehi, penulis mendapati bahawa harta
sepencarian suami isteri di masa perkahwinan adalah merupakan hasil
dari kerjasama dan tolong menolong dengan jujur dan ikhlas tanpa
mengira penat lelah, lebih kurang bekerja dan membanting untuk menjaga
dan mendapat maslahah bersama demi kepentingan keluarga dan anak-anak.
Oleh yang demikian kalau
berlaku perceraian atau kematian mana-mana pihak dan timbul pergaduhan,
maka penyelesaian kes-kes berkenaan ini janganlah di dasarkan kepada
kebendaan sahaja. Malahan hendaklah diperhatikan kepada beberapa
perkara yang berkaitan, di antaranya :
Bolehkah diselesaikan dengan perdamaian, kalau boleh hendaklah diselesaikan lebih dahulu secara ini dan diminta pihak-pihak yang terlibat supaya bermaaf-maafan.
Maslahah tiap-tiap suami isteri dan anak-anak.
Sejauhmanakah penglibatan tiap-tiap seorang di dalam penyumbangan tenaga dan pencaruman hasil yang diperolehi, termasuk juga penglibatan dari setengah-setengah anak yang turut bekerja dan membantu.
Hendaklah diperhatikan kepada keadaan dan kenyataan yang menunjukkan bahawa hasil yang diperolehi bersama itu telah diberi atau dihadiah oleh mana-mana seorang (dari suami isteri) kepada seorang yang lain. Kalau ada kenyatan itu, maka apa yang diberikan ini tidak boleh diambil balik. Cuma boleh dikira dalam menyelesaikan harta sepencarian.
Hendaklah diperhatikan juga kepada kedudukan isteri yang bekerja makan gaji, kemudian ia berhenti dari bekerja atau yang diberhentikan oleh suami kerana berkahwin. Kemudian ia tidak menyambung kerjanay lagi.
Mengenai dengan mas kahwin, nafkah-nafkah, pakaian, tikar, tilam, bantal, perkakas dapur seperti pinggan mangkuk dan dapur begitu juga alat-alat bersuci dan bersolek yang diberikan kepada isteri dan seterusnya hadiah-hadiah yang diberikan oleh suami kepada isteri adalah kepunyaan isteri. Suami tidak boleh mengambil melainkan dengan keredhaan isteri atau dengan sebab-sebab yang diluluskan oleh syarak, umpamanya harta ini digunakan bagi menebus talak.
Tempat tinggal, segala perkakas perabot dan seumpamanya adalah menjadi hak khusus kepada suami, kecuali kalau ada bukti-bukti yang menunjukkan bahawa perkakas ini diberi kepada isteri atau hak kepunyaannya. Ini adalah kerana tempat tinggal dan perkakas perabot adalah merupakan hak menikmati dan bukan hak memiliki kepada isteri. Oleh itu tidak boleh dibahagi sebagai harta sepencarian.
Hasil kerja-kerja biasa yang dilakukan oleh isteri di rumah tidak boleh dikira dari harta sepencarian kerana itu termasuk ke dalam pergaulan yang baik. Dengan ini tidaklah harus di tetapkan kadar 1:2 iaitu sebahagian untuk perempuan dan dua bahagian untuk lelaki atau ditetapkan kadar 1:3 atau seumpamanya. Adalah tidak logik kalau hasil dari gaji suami umpamanya RM 2000 sebulan dan hasil dari perolehan isteri RM 200 sebulan kemudian manakala hendak diselesaikan sebagai harta sepencarian dibahagi dengan kadar 1:2 atau seumpamanya. Begitu juga tidak logik kalau suami seorang yang kuat bekerja dan bersungguh-sungguh dalam pekerjaannya sedangkan isteri seorang yang lemah bekerja dan bekerja sambil lewa sahaja atau sebaliknya.
5.5 PENUTUP
Tuntutan harta sepencarian
adalah lebih berdasarkan kepada undang-undang adat Melayu. Oleh kerana
prinsip harta sepencarian tidak berlawanan dengan kehendak Syariah
Islam maka peruntukan harta sepencarian diterima sebagai sebahagian
daripada Undang-Undang Islam di Malaysia.
Konsep
harta sepencarian dianggap dapat menjaga kepentingan pihak bekas
isteri. Ini kerana tidak semua isteri bekerja. Walaubagaimanapun
sumbangan yang diberikan oleh mereka dalam pembentukan keluarga
dianggap satu pekerjaan yang mulia disisi Allah S.W.T. Justeru itu,
adalah sewajarnya mereka diberikan pengikhtirafan atas sumbangan yang
telah diberikan
Berdasarkan
kes-kes di atas dapat disimpulkan prinsip yang digunakan dalam
menetapkan kadar pembahagian oleh kebanyakan Hakim bicara ialah prinsip
sumbangan. Kalau sumbangan secara langsung, baik berbentuk tenaga
ataupun wang ringgit maka pembahagian adalah sama banyak. Keadaan ini
tanpa melihat isteri, seorang yang makan gaji ataupun tidak. Jika
sumbangan itu berbentuk tidak secara langsung, iaitu isteri sebagai
suri rumah sahaja, maka mahkamah memutuskan isteri berhak mendapat ⅓.
Prinsip kadar pembahagian berdasarkan sumbangan adalah satu prinsip
yang adil. Walaubagaimanapun dalam kes tertentu, isteri berhak mendapat
½ walaupun hanya merupakan suri rumah.
Kadar
berdasarkan prinsip usaha yang dilakukan oleh pengamal undang-undang
adalah satu prinsip yang adil. Berdasarkan prinsip ini kemungkinan
boleh diputuskan isteri berhak mendapat kadar yang lebih dari separuh
sekiranya mereka memberi sumbangan yang lebih besar.
NOTA KAKI
- Semua terjemahan ayat-ayat al-Quran dalam tulisan ini berdasarkan Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran, edisi ke 12, Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2001.
- al-Quran,
- al-Quran,
- Abdul Halim El-Muhammady, Undang-undang Muamalat dan Aplikasinya kepada Produk-produk Perbankan Islam, Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dasar Cetak (M) Sdn. Bhd.
2001, hlm. 1.
- Wahbah al-Zuhaili, Fiqh Perundangan Islam, Penterjemah Md. Akhir Haji Yaacob et al. , Jilid IV, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1996, hlm. 41.
- ibid., hlm.2.
- ibid., hlm. 3.
- John Burke, Jowitt's dictionary of English law, Sweet and Maxwell Ltd., Londan, 1977, Vol.2, hlm. 447.
- Harold J. Grilliot, Introduction to Law and the Legal Systems, Houghton Miffin Co., Bosto, 1983, hlm. 40.
- M.A Henry Campbell Black, Black's law dictionary, West Publishing Co., Minnesota, 1968, hlm. 1382.
- John S. James, Strouds judical dictionary of words and phrases, Sweet & Maxwell Ltd., London, 1986, Vol.4, hlm 2057.
- William P.Statsky, West legal thesaurus/dictionary, West Publishing Company, Minnesota, 1986, hlm., 611.
- Roger A. Cunningham, William B. Stoebuck & Dale A. Whitman, The Law of Property, West Publishing Co., Minnesota, 1984, hlm. 4
- Roscoe Pound, An introduction to the philosophy of law, Yale University Press, New Haven, 1954, hlm. 115
- al-Quran, al-Maidah 5 : 17
- al-Quran, al-Taha 20 : 6.
- ibid., hlm. 13
- al-Quran,
- al-Quran,
- al-Quran
- ibid., hlm. 15.
- al-Quran,
- al-Quran,
- al-Quran,
- ibid., hlm. 16.
- ibid., hlm. 4.
- al-Zuhaili, 1996, hlm., 44
- ibid., hlm., 45.
- Abdul Halim El-Muhammady, 2001, hlm. 5.
- Ghazali, al-Wajiz, Matba'at al-Mu'abbad wa al-'adab, Misr, 1317H, jil. 1, hlm., 208.
- Tajul Aris Ahmad Bustami, Farid Sufian Shuaib, Mohd Hisham Mohd Kamal, Harta Sepencarian, Prosiding Ex-Parte, Perintah Injuksi, 2003, Pusat Undang-Undang Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, hlm. 67.
- M.B. Hooker, The Personal Laws Of Malaysia, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1976, hlm. 77.
- Lihat keputusan kes Hajjah Lijah bte Jamal lwn. Fatimah binti Mat Diah, (1950), Mlj, hlm. 63.
- Norsidah binti Mat Yusoh, Tuntutan Harta Dan Pembiayaan Selepas Perceraian : Kajian Kes Di Mahkamah Johor Bahru, 2005, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 49.
- Siti Zalikhah Md. Nor, Pemilikan Harta Dalam Perkahwinan, 1996, Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur, hlm.16
- Seksyen 49 (1).
- ibid., Seksyen 49 (2).
- ibid., Seksyen 49 (4)
- Siti Zalikhah Md. Nor, Pemilikan Harta Dan Perkahwinan (Harta Sepencarian), 1998, Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 73.
- Akta Keluarga Islam, 1984 : Seksyen 58 (2).
- Undang-undang Keluarga Islam Selangor, No.4, 1984 : Seksyen 58 (2).
- Undang-undang Keluarga Islam Pulau Pinang, 1985 :Seksyen 85 (2)
- Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan, No.7, 1983 : Seksyen 58 (2).
- Undang-undang Keluarga Islam Pahang, No. 3, 1987, Seksyen 59 (2)
- Undang-undang Keluarga Islam Kelantan, No. 1, 1983, Seksyen 46 (2)
- Undang-undang Keluarga Islam Perak, Bil.13, 1984.
- Lihat Re Elang, Re Kulop Degor, Lebar lwn Niat 15 JMBRAS (1937) Part 1, hlm., 48.
- Azlina bt. Abd. Latiff, Harta Sepencarian : Pelaksanaan dan Penilaian Menurut Hukum Syarak 2004, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 15
- (1950) 16 MLJ 63.
- (1996) 1 MLJj 163
- (1985) 2 MLJ 98
- (1980) 1 Jh 71.
- ibid., hlm., 74.
- Haji
Suki, Masalah Perceraian Orang-Orang Islam Dan Peranan Mahkamah Kadi
Johor, 1990, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm., 259
- Prof. Madya Dr. Mat Saad Abd. Rahman, Undang-Undang Keluarga Islam Aturan Perkahwinan Suatu Pendekatan Berdasarkan Amalan Semasa, 1993, Hizbi Sdn Bhd Shah Alam, hlm., 258
- Azlina binti abd. Latiff, 2004, hlm. 24.
- ibid., hlm. 24.
- Hj. Abd Kadir Bin Hj. Ismail, Abd Monir Bin Hj Yaacob, Harta Sepencarian Menurut Pandangan Islam, 1988, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 55.
- al-Quran,
- Yang Amat Arif Dato' Haji Daud Bin Muhammad, Harta Sepencarian Dalam Hukum Syarak, 2003, Pusat Undang-Undang Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, hlm., 44.
- al-Quran,
- Hj. Abd. Kadir bin Hj. Ismail, Abd. Monir bin Hj. Yaacob, 1988, hlm.56.
- Hj. Abd. Kadir bin Hj. Ismail, Abd. Monir bin Hj. Yaacob, 1988, hlm. 69.
- al-Quran, al-Nisa' 4 : 128
- al-Quran,
- al-Quran,
- al-Quran,
- al-Quran,
- al-Quran,
- al-Quran,
- al-Quran,
- al-Quran,
- al-Quran,
- al-Quran,
- Azlina bt. Abd. Latiff, Harta Sepencarian : Pelaksanaan dan Penilaian Menurut Hukum Syarak 2004, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 74.
- Ibrāhim Muhammad Salqīnī, al-Muyassar Fī Usūl al-Fiqh al-Islāmī, Dār al-Fikr, Dimashq, 1996, hlm., 164.
- al-Suyūtī Jalāluddin cAbd al-Rahmān b. Abu Bakr, al-Ashbāh wa al-Nazāir, Dār al-Kutub al- Arabi Beirūt, 1998, hlm., 182.
- Kamus Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur, 1994, hlm., 7.
- Sheikh Ahmad b. Sheikh Muhammad al-Zarqa', Sharh al-
Qawācid al-Fiqhiyyah , Dār al-Qalam, Dimashq, 1996, hlm. 219.
- Ibrahīm Muhammad Mahmūd al-Harirī, al-Madkhal ila al-Qawācid al-Fiqhiyyah al-Kuliyyah, dār al-cAqar, Amman, 1988, hlm., 108.
- Mohd. Saleh Haji Ahmad, Pengantar Syariat Islam, 1999, Pustaka Haji Abdul Majid, Kuala Lumpur, hlm., 128.
- ibid., hlm. 78.
- Ustaz Basri Ibrahim, Sistem
Kekeluargaan Islam Aturan Perkahwinan Dan Perceraian Serta Kesannya
Berasaskan Pandangan Ulama Muktabar Dan Sarjana Islam Masa Kini, 1997, Darul Nu'man, hlm., 324.
- ibid., hlm., 85.
- al-Suyūtī Jalāluddin cAbd al-Rahmān b. Abu Bakr, al-Ashbāh wa al-Nazāir, Dār al-Kutub al- cArabi Beirūt, 1998, hlm., 182.
- Sheikh Ahmad b. Sheikh Muhammad al-Zarqa', Sharh al-
Qawācid al-Fiqhiyyah , Dār al-Qalam, Dimashq, 1996, hlm. 223.
- Yang Amat Arif Dato' Haji Daud Bin Muhammad,
2003, hlm. 52.
- al-Quran, al-Nisa' 4 : 32.
- al-Quran,
- ibid., hlm., 87.
- Tajul Aris Ahmad Bustami, Farid Sufian Shuaib, Mohd Hisham Mohd Kamal, Harta Sepencarian, Prosiding Ex-Parte, Perintah Injuksi, 2003, Pusat Undang-Undang Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, hlm. 48.
- Yang Amat Arif Dato' Haji Daud Bin Muhammad,
2003, hlm., 49.
- Orang yang dikenakan sekatan atasnya seperti orang muflis.
- ibid., hlm. 51.
- Wahbah al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami wa udillatuh ,1996,
Jilid 4, hlm., 792
- Ustaz Basri Ibrahim, 1997, hlm., 327.
- Wahbah al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami wa udillatuh ,1996,
Jilid 4, hlm., 792.
- Syarikat
pemilikan bersama dua atau lebih terhadap harta yang didapatinya
melalui pusaka, wasiat, pemberian, belian dan sebagainya.
- Dua pihak
bersetuju mengeluarkan modal secara bersama untuk menjalankan
perniagaan dan membahagikan keuntungan yang didapati antara mereka
berdua
- Ditakrifkan
sebagai syarikat yang dipersetujui oleh dua orang yang mempunyai
reputasi yang baik dalam masyarakat untuk menjalankan perniagaan di
mana kedua-duanya tidak menyumbangkan modal tetapi mereka mendapat
barang untuk diniaga secara hutang dan dijualkan secara tunai dan
keuntungan yang didapati dibahagikan antara mereka.
- ibid., hlm., 95.
- Ditakrifkan
sebagai persetujuan yang dibuat oleh dua pihak atau lebih untuk
menjalankan perniagaan secara usahasama dengan syarikat.
- Syarikat
dimana dua pihak atau lebih yang mempunyai kemahiran tertentu bersetuju
untuk usaha bersama dalam penerimaan kerja daripada pelanggan dan upah,
manakala keuntungan yang didapati dibahagi bersama mengikut kadar yang
dipersetujui.
- Lihat kes Kamariah lwn Mansjur, (1989) 7 JH 301
- ibid., hlm., 96.
- Mahmood Zuhdi Abdul Majid & Raihanah Azhari, Undang-undang Keluarga Islam Konsep dan Pelaksanaannya di Malaysia, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1989, hlm., 215.
- ibid. hlm. 97.
- (1950) 16 MLJ 63.
- (1950) 16 MLJ 63, hlm., 64.
- (1966) 1 MLJ 163.
- (1966) 1 MLJ 163, hlm., 165.
- (1985) 2 MLJ 98.
- (1985) 2 MLJ 98, hlm., 100.
- (1981) 1 (2) JH 63.
- (1981) 1(2) JH 63, hlm., 69.
- (1994) 9 JH 178.
- (1994) 9 JH 178, hlm., 189.
- Lihat Mohamed Habibullah bin Mahmood lwn Faridah bt Dato Talib (1994) 9 JH 23.
- Harta
yang dituntut sebagai harta sepencarian tersebut hendaklah dapat
dibuktikan dan boleh ditentukan secara khusus. Lihat keputusan kes Ningal @ Yang Chik lwn. Jamal bin Abdul Rahman (1989) 4 JH (2) 259.
- Lihat dalam kes Sepiah lwn Abdullah (1984) 5 JH (1) 82.
- ibid., 192.
- Seksyen 58 (2).
- ibid., hlm., 42.
- (1924) 4 FMSLR 179.
- (1989) 4 JH (2) 300.
- (1991) 8 JH (1) 122.
- (1982) 2
JH (2) 264. Dalam kes ini, pihak perayu telah merayu keputusan Mahkamah
Kadi Besar Selangor di atas keputusan pensabitan tuntutan harta
sepencarian responden ke atas rumah yang perlu dibahagi setengah (½)
berasaskan kepada sumbangan tenaga dan wang ringgit responden ke atas
harta tersebut. Jemaah Ulang Bicara Syariah Selangor telah menolak
rayuan mengenai harta sepencarian dan perintah Mahkamah Kadi Besar
dikekalkan.
- (1983) 3 JH (1) 125
- (1985) 2 MLJ 98; (1984) 5 JH (1) 61.
- (1989), 7 JH 301.
- ibid., hlm., 302.
- (1990), 8 JH 112.
- (1984), 5 Jh 186.
- ibid., hlm. 195.
- (1926)
FMSLR 116. Kes ini telah dirayu dan keputusan tersebut telah ditolak
dan diperintahkan supaya diadakan perbicaran semula.
- (1996) MLJ 163; (1982) 2 JH (1) 82.
- (1981) 1 JH (2) 71.
- (1981) 1 JH (2) 63.
- (1937) 15 JMBRAS Bhg. 1, 20.
- (1950) MLJ 60.
- (1937) 15 JMBRAS bhg. 1, 48.
- ibid., hlm. 198.
- (1968) 1 MLJ 227.
- (1983) 3 JH (1) 90.
- (1950) MLJ 65.
- (1991) 8 JH (1) 66.
- (1977) MLJ 90.
- (1994) 9 JH (2) 178.
- Azlina bt Abd Latiff, Harta Sepencarian : Pelaksanaan Dan Penilaian Menurut Hukum Syarak, 2004, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm., 50.
- No.1, Tahun 1974.
- Undang-undang tentang perkahwinan Republik Indonesia. No. 1 Tahun 1974, fasal 35 (1) dan (2)
- Undang-undang tentang perkahwinan Republik Indonesia. No. 1 Tahun 1974, fasal 65 (1).
- ibid., fasal 65 (1).
- Kompilasi Hukum Islam Tahun 1990 , fasal 96.
- Kompilasi Hukum Islam Tahun 1990 , fasal 97.
- ibid., hlm 191
- Prof. Madya Dr. Siti Zalikhah Md. Nor, Pemilikan Harta Dan Perkahwinan (Harta Sepencarian), Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm., 75.
- Seksyen 58 (1) (2)
- Sek. 58 (1) & (2), Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor, No.4, tahun 1984.
- Sek. 58 (3) (4) , Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor, No.4, tahun 1984.
- (1996) 1 MLJ 153.
- (1981) 2 MLJ 98.
- ibid., hlm. 33.
- ibid., hlm. 76.
- Kanun Tanah Negara, S412 A.
- Enakmen Pentadbiran Islam Selangor, No.2, Tahun 1989, Seksyen 43 (2)(b).
- Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam Terengganu, Bil.12, Tahun 1986, Seksyen 32(2)(b)(iv).
- Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993, Seksyen 47
al-Quran.
Abdul Halim El-Muhammady. 2001. Undang-undang Muamalat dan Aplikasinya kepada
Produk-produk Perbankan Islam. Fakulti Undang-Undang. Universiti Kebangsaan Malaysia. Dasar Cetak (M) Sdn. Bhd.
Azlina bt Abd Latiff. 2004.Harta Sepencarian : Pelaksanaan Dan Penilaian Menurut
Hukum Syarak. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ghazali. 1317H. al-Wajiz, Matba'at al-Mu'abbad wa al-'adab. Misr. Jil. 1.
Hj. Abd Kadir Bin Hj. Ismail, Abd Monir Bin Hj Yaacob. 1988. Harta Sepencarian
Menurut Pandangan Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Haji Ab. Kadir Hj. Muhammad. 1996. Harta Sepencarian : Konsep Dan Pelaksanaannya
Di Malaysia. Jurnal Syariah.
Haji Suki. 1990. Masalah Perceraian Orang-Orang Islam Dan Peranan Mahkamah Kadi
Johor. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Harold J. Grilliot. 1983. Introduction to Law and the Legal Systems. Houghton Miffin
Co. Bosto
Ibrahīm Muhammad Mahmūd al-Harirī.1988. al-Madkhal ila al-Qawācid al-Fiqhiyyah
al-Kuliyyah, dār al-cAqar. Amman..
Ibrāhim Muhammad Salqīnī. 1996. al-Muyassar Fī Usūl al-Fiqh al-Islāmī. Dār al-Fikr.
Dimashq.
John Burke. 1977. Jowitt's dictionary of English law. Sweet and Maxwell Ltd. Londan.
John S. James. 1986. Strouds judical dictionary of words and phrases. Sweet & Maxwell
Ltd. London..
Kamus Dewan Edisi Ketiga. 1994. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan
Malaysia Kuala Lumpur.
Minnesota.
Mahmood Zuhdi Abdul Majid & Raihanah Azhari. 1989. Undang-undang Keluarga
Islam Konsep dan Pelaksanaannya di Malaysia. Universiti Malaya, Kuala
Lumpur.
M.B. Hooker. 1976. The Personal Laws Of Malaysia. Oxford University Press, Kuala
Lumpur.
Mohamad Som bin Sujimon, Abdul Basir bin Mohamad. 2006. Fikah Kekeluargaan.
Universiti Islam Antarabangsa
Mohd. Saleh Haji Ahmad. 1999. Pengantar Syariat Islam. Pustaka Haji Abdul Majid,
Kuala Lumpur.
Norsidah binti Mat Yusoh. 2005. Tuntutan Harta Dan Pembiayaan Selepas Perceraian :
Kajian Kes Di Mahkamah Johor Bahru. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Prof. Madya Dr. Mat Saad Abd. Rahman. 1993. Undang-Undang Keluarga Islam Aturan
Perkahwinan Suatu Pendekatan Berdasarkan Amalan Semasa. Hizbi Sdn Bhd
Shah Alam.
Roger A. Cunningham, William B. Stoebuck & Dale A. Whitman. 1984. The Law of
Property. West Publishing Co. Minnesota.
Roscoe Pound. 1954. An introduction to the philosophy of law. Yale University Press.
New Haven.
Sheikh Ahmad b. Sheikh Muhammad al-Zarqa'. 1996. Sharh al-
Qawācid al-Fiqhiyyah.,
Dār al-Qalam Dimashq.
Siti Zalikhah Md. Nor. 1996. Pemilikan Harta Dan Perkahwinan. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Siti Zalikhah Md. Nor. 1998. Pemilikan Harta Dan Perkahwinan (Harta Sepencarian).
Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia
Kutub al- cArabi Beirūt.
Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al- Quran. 2001. Edisi ke 12. Kuala
Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam MalaysiaTajul Aris Ahmad Bustami, Farid Sufian Shuaib, Mohd Hisham Mohd Kamal. 2003.
Harta Sepencarian, Prosiding Ex-Parte, Perintah Injuksi. Pusat Undang-Undang
Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim. Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia.
Ustaz Basri Ibrahim. 1997. Sistem Kekeluargaan Islam Aturan Perkahwinan Dan
Perceraian Serta Kesannya Berasaskan Pandangan Ulama Muktabar Dan Sarjana Islam Masa Kini. Darul Nu'man.
Wahbah al-Zuhaili. 1996. Fiqh Perundangan Islam. Penterjemah Md. Akhir Haji Yaacob et al. Jilid IV. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
William P.Statsky. 1986. West legal thesaurus/dictionary. West Publishing Company.
Minnesota.
Yang Amat Arif Dato' Haji Daud Bin Muhammad. 2003. Harta Sepencarian Dalam
Hukum Syarak. Pusat Undang-Undang Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
copied from: http://mahir-al-hujjah.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)
I'm back!
Bismillahirrahmanirrahim. I am so sorry for my 'silence' in this blog. I was fully occupied with commitments & family matters....
-
Mahkamah Syariah boleh dengar kes tuntutan hutang Soalan : SAYA seorang guru, sudah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai tiga anak....
-
KEDUDUKAN DAN PELAKSANAAN PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN DI MALAYSIA 4.1 PENGENALAN Sebelum 1998, iaitu sebelum pin...
-
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamua'alaikum wbt buat pembaca-pembaca yang dirahmati Allah. Suka untuk penulis kongsikan beberapa doa ...