Monday, October 26, 2009

Ingatlah Allah Dalam Susah dan Senang

*nasihat buat diri ana dan sahabat2

Dalam kesusahan pasti ada kesenangan…begitulah janji Allah dalam surah Asy-Syarh ayat ke 5 dan 6…

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.”

Suka untuk ana berkongsi 1 kata-kata indah yang ana dapat dari sahabat ana…

‘aku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar, Dia beri kaktus berduri. Aku minta kupu2, diberi ulat berbulu. Aku sedih dan kecewa… namun kemudian kaktus itu berbunga, indah sekali. Dan ulat itupun menjadi kupu2 yg cantik. Itulah jalan Tuhan, indah pada masaNya! Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan, ttp Dia memberi apa yg kita perlukan… kadang kita sedih, kecewa, terluka, ttp jauh diatas segalanya Dia telah mengatur yg terbaik dalam kehidupan kita…’

Lumrah manusia diuji dengan pelbagai dugaan yang tidak terjangka oleh fikiran. Dugaan datang dalam pelbagai bentuk sama ada kesakitan, kesusahan, kesempitan malah kesenangan yang tidak kita sedari. Baik semasa bekerja atau belajar, dugaan tetap datang sebagai ujian dan tarbiyah dari Allah, menguji setiap hambaNya yang beriman dan mungkin satu kifarah kepada kesilapan yang pernah kita lakukan sebelum ini.

Bagaimanapun cara terbaik untuk menangani dugaan adalah dengan terus mengingati Allah. Sama ada ketika senang atau susah, ingatilah Allah sebagai tempat pergantungan. Mengingati Allah tidak hanya ketika kita susah, malah ketika kita berada dalam kegembiraan, sebagai tanda kita bersyukur kepada nikmat yang diturunkanNya.

“ dan apabila manusia disentuh oleh suatu bahaya, mereka menyeru tuhannya dengan kembali bertaubat kepadaNya. Kemudian apabila tuhan memberikan kepada mereka sedikit rahmatNya, tiba-tiba sebahagian mereka mempersekutukan Tuhannya.” Ar-Rum:33

Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam kalangan mereka yang lupa dalam mengingati Allah ketika susah dan melalaikan Allah ketika senang. Amiin…

Friday, October 23, 2009

hati ini

kesedihan...

melanda diri...



Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menghadapi ujian Mu ini

Sunday, October 18, 2009

SIAPAKAH DIRI ANDA SEBENARNYA???

SIAPAKAH DIRI ANADA SEBENARNYA

SIAPAKAH DIRI ANADA SEBENARNYA

1.Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.


2. siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata, “ ya Rabbi, aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.


3. siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara.


4.siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa mengumpul-ngumpul harta.


5. siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.


6. siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


7. siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


8. siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.


9. siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.


10. siapakah orang yang bijak?

Orang yang bijak ialah orang yang menyampaikan seberang ilmu dan maklumat berguna yang diperolehinya kepada orang lain.



Jadi, dimanakah kita dari 10 kelompok ini?


Renung2kan…^_^

:::Buatmu Hawa:::

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana mengizinkan ana untuk menulis lagi dalam blog ini.

Terdetik di hati ana untuk menulis seseuatu untuk kaum hawa. Sesuatu yang amat penting tapi kita sering lupa. insyaAllah, dalam blog ini, ana akan memperbanyakkan penulisan untuk kaum hawa sebagai bimbingan bagi wanita muslimah dari aspek tabarruj, hijab, sufur, ikhtilat dll menurut al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Kerana kaum hawa ini jika salah laluannya, akan mendatangkan fitnah dll.

Tabarruj…

Apa itu tabarruj?

Tindakan seorang wanita yang memperlihatkan perhiasan dan keindahan tubuhnya kepada lelaki yang bukan mahramnya. Hukumnya haram kerana seluruh tubuh wanita itu adalah aurat yang tidak boleh sedikit pun dilihat oleh orang-orang yang bukan mahramnya kecuali muka dan tapak tangan.
Firman Allah:

ﻮﻻ ﺘﺑﺭﺟﻥ ﺘﺑﺭﺝ ﺍﻠﺟﺍﻫﻠﻳﺔ ﺍﻷﻮﻠﻰ

dan janganlah kamu hai wanita melakukan tabarruj seperti tabarrujnya wanita-wanita jahiliyah yang terdahulu.” (Al-Ahzab:33)

Perkara2 yang dianggap tabarruj adalah seperti berikut:
1. menunjukkan aurat.
Firman Allah:
dan wanita-wanita itu tidak menunjukkan auratnya melainkan kepada suaminya…” (An-Nur: 31)
Kaki dan lengan tangan perlu dipelihara oleh wanita daripada dilihat lelaki yang bukan mahram, banyak wanita yang tak jaga waktu dia mengangkat tangannya sehingga terlihat lengannya. Begitu juga kaki wanita wajib menutupnya dengan stokin dan lainnya.

2. memakai pakaian atau perhiasan yang menarik perhatian lelaki.
Firman Allah:
dan janganlah wanita itu menghentak kakinya supaya diketahui perhiasan yang tersembunyi.” (An-Nur: 31)
Oleh itu, janganlah pakai pakaian fashion yang lebih-lebih dan lain daripada yang lain atau yang bermekap yang lebih dan perhiasan melampau. Ada juga yang pakai jubah tapi fashion yang berlebih-lebihan seperti terbelah dan sbg…adalah lebih baik pakai jubah yang biasa di samping baju kurung di dalam…
3. cara bermuamalah yang lembut yang dibuat-buat dan menggoda.
Firman Allah:
maka janganlah kamu hai wanita melunakkan suara yang menyebabkan lelaki yang rosak hatinya akan tergoda.” (Al-Ahzab:32)

4. berpakaian sempit dan ketat sehingga menampakkan susuk tubuh.
Anas bin Malik berkata: Saidina Umar r.a. melarang wanita memakai pakaian qubati kerana ianya menampakkan susuk tubuh

5. memakai pakaian seperti lelaki.
Nabi s.a.w. bersabda:
Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan perempuan menyerupai lelaki.” (HR Bukhari)

6. melakukan perhiasan yang diharamkan seperti tatu, menipis atau mencukur kening.
Sabda Nabi:
Allah melaknat wanita yang membuat tatu, menipiskan kening, merenggang gigi untuk kecantikan.” (HR Muslim)


Wanita hendaklah sentiasa berwaspada dan menjauhi perkara-perkara diatas kerana Allah telah menjanjikan azab di neraka bagi hambaNya yang ingkar dan tidap dapat menghidu bau syurga seperti hadis dibawah:

dua golongan daripada ummatku daripada ahli neraka: (salah satunya) perempuan yang berpakaian tetapi seperti telanjang, terpesong dari perintah Allah, berjalan menarik perhatian orang lelaki dan rambut dihiaskan dengan pelbagai bentuk dan didedahkan; mereka itu tidak dapat mencium bau syurga, sekalipun bau syurga boleh dihidu dalam jarak yang jauh (500 tahun perjalanan). (HR Muslim)


Renung2kan…^_^

Friday, October 16, 2009

:::Majlis Kesyukuran:::


rumah ana
Majlis Kesyukuran

Assalamualaikum wbt…


Alhamdulillah, majlis kenduri kesyukuran yang diadakan di rumah ana pada 10 oktober baru-baru ne bertempat di Kg. Seberang Baru Benoni, Papar selamat dilangsungkan dengan penuh rahmat dariNya.


Kakitangan2 yang terlibat,hehe…terdiri daripada ahli keluarga dan saudara2 terdekat…


Pagi2 lagi, ana, adik Amirul dan adik Aieman bertugkus lumus untuk bergotong royong di tingkat atas rumah, venue untuk bacaan doa kesyukuran dan majlis tersebut. Nasib baik la adik ana ne menurut kata. Pada pukul 9 lebih, saudara2 dan jiran2 mula sampai dan bertandang ditingkat bawah…venue untuk menyediakan dan memasak makanan. Menu masakan disediakan oleh ibu ana, Puan Aini. Ada 4 masakan yang dihidangkan. Ayam masak kerisik ala Benoni, Sayur Campur Udang, sambal telur masak sos, dan sup tomyam ayam masakan mama. Hehe. Sadap banar…


Ana juga turut sama membantu. Tapi, mama tak suruh buat yang berat2. ana tak terlibat dalam masakan. Cuma dalam menyediakan dan mengemas makanan sahaja.


Pada malam sebelumnya, ana dan ibu ana sama2 bergotong royong menyediakan bahan masakan. Dapat dirasakan kesunyian tanpa anak sulung keluarga, kakak ana yang tak dapat datang kerana dia sekarang berada di Belgium bersama keluarganya di sana. Jadi ana sebagai anak perempuan yang tinggal kenalah ringan tulang.


Pada pukul 1.30 tengahari, majlis doa selamat dan kesyukuran berlangsung. Pelajar2 asrama SMK Benoni (bekas sekolah ana dahulu) terdiri daripada ting. 4 dan 5 sudi datang. Kesemuanya pelajar perempuan.


Majlis tersebut berakhir pada pukul 2.30 petang. Kemudian ana,mama dan saudara2 sama-sama bergotong royong membersihkan dan mengemas peralatan memasak dan bekas makanan.


Alhamdulillah, majlis kesyukuran yang diadakan khas untuk anak-anak tersayang dapat dijalankan dengan penuh keberkatan. Moga Allah memberkati sepanjang majlis yang telah kami adakan. Amiin.


CINTA OH CINTA…


Cinta adalah satu perkataan yang tidak asingkan lagi di telinga kita. Apalagi di kalangan remaja, kerana sudah menjadi anggapan umum bahawa cinta sinonim dengan ungkapan rasa sepasang sejoli yang mabuk asmara. Ada yang mengatakan cinta itu suci, cinta itu agung, cinta itu indah dan terlalu indah hingga tidak dapat diungkap dengan kata-kata, hanya dapat dirasakan dan sebagainya. Bahkan ada yang menggambarkan oleh kerana tersangat indahnya cinta, syaitan pun berubah menjadi bidadari “racun dirasa bagaikan madu”. Yang jelas kerana cinta, ramai orang merasa bahagia namun sebaliknya kerana cinta ramai pula yang terseksa dan merana. Cinta dapat membuat seseorang menjadi sangat mulia, dan cinta pula yang menjadikan seseorang menjadi sangat tercela.

Kita tahu bagaimana kecintaan Khadijah RA kepada Rasulullah SAW yang rela mengorbankan apa sahaja yang dimilikinya dengan perasaan bahagia demi perjuangan si kekasih yang menjadikannya mulia. Sebaliknya ada pemudi yang mengorbankan kehormatannya demi untuk menyenangkan si kekasih yang dia lakukan atas nama cinta… nauzubillah min zalik. Cinta yang sedemikianlah yang membawanya kepada kehinaan dan menambah saham dosa untuk menempah tiket ke neraka jahanam.

Jadi, apa sebenarnya makna cinta?
Benarkah cinta hanyalah sepenggal kata namun mengandung sejuta makna?
Atau pendapat philosophy bahawa makna cinta bergantung kepada siapa yang memandang?

Rupanya tepat seperti ungkapan Ibnu Qayyim Al Jauziah tentang cinta, bahawasanya, “tidak ada batasan tentang cinta yang lebih jelas daripada kata cinta itu sendiri.”

Adapun kata cinta itu sendiri secara bahasa adalah kecenderungan atau keberpihakan. Cinta dapat didefinisikan sebagai sebuah gejolak jiwa dimana hati mempunyai kecenderungan yang kuat terhadap apa yang disenanginya sehingga membuat untuk tetap mengangankannya, menyebut namanya, rela berkorban atasnya dan menerima dengan segenap hati apa adanya dari yang dicintainya serasa kurang sekalipun, dan ia tumpahkan dengan kata-kata dan perbuatan.

Pandangan Islam terhadap Cinta

Cinta dalam pandangan Islam adalah suatu perkara yang suci. Islam adalah agama fitrah, sedang cinta itu sendiri adalah fitrah kemanusiaan. Allah telah menanamkan perasaan cinta yang tumbuh di hati manusia. Islam tidak pula melarang seseorang untuk dicintai dan mencintai, bahkan Rasulullah menganjurkan agar cinta tersebut diutarakan.

apabila seseorang mencintai saudaranya, maka hendaklah ia memberitahu bahawa ia mencintainya.” HR Abu Daud dan At-Tirmidzi.

Seseorang muslim dan muslimah tidak dilarang untuk saling mencintai, bahkan dianjurkan agar mendapat keutamaan-keutamaan. Islam tidak membelenggu cinta, kerana itu Islam itu menyediakan penyaluran untuk itu (iaitu pernikahan) dimana sepasang manusia diberikan kebebasan untuk bercinta.

dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
(Ar-Rum: 21)

Ayat di atas merupakan jaminan bahawa cinta dan kasih sayang akan Allah tumbuhkan dalam hati pasangan yang bersatu kerana Allah (setelah bernikah). Jadi tak perlu menunggu “jatuh cinta dahulu” baru berani menikah, atau bercouple dahulu baru bernikah sehingga yang menyatukan adalah si syaitan durjana…nauzubillah min zalik. Jadi Islam jelas memberikan batasan-batasan sehingga tidak timbul fenomena kerosakan pergaulan dalam masyarakat kelak.

Dalam Islam ada peringkat-peringkat cinta, siapa yang harus didahulukan/ diutamakan dan siapa/ apa yang harus diakhirkan. Tidak boleh kita menyamakan semuanya.

(walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya)
sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).” Al-(Baqarah:165)

Menurut
Syeikh Ibnul Qayyim, seorang ulama di abad ke-7, ada enam peringkat cinta maratibul-mahabah, iaitu:


1. Tatayyum: cinta paling agung kepada Allah swt dan hak Allah semata-mata.
sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Rabbul alamiin.”
“sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.” (Al-Baqarah:165)

2.
‘Isyk: cinta kepada Rasulullah S.A.W. dan hak Rasulullah S.A.W.
katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Ali Imran :31)

3.
Syauq: cinta antara mukmin dengan mukmin yang lain. Antara suami isteri, ibu bapa dan anak yang membuahkan rasa mawaddah wa rahmah.

4.
Shababah: cinta sesama Muslim yang melahirkan rasa ukhuwah Islamiah.

5.
Ithf: simpati kepada sesama manusia. Menyelamatkan manusia, berdakwah dsb.

6.
Cinta/ keinginan kepada harta benda: memberi manfaat kepada manusia.


namun,

RAIHLAH CINTA DAN KASIH ILAHI YANG HAKIKI LAGI KEKAL ABADI…

^_^

Thursday, October 8, 2009

KITA TAHU TAPI…


Sahabat wa sahabiah,
Kita bukan tak tahu,
Perjuangan sangat sinonim dengan Islam,
Tanpa perjuangan Islam tak akan harum,
Tanpa perjuangan ar-risalah tak kan kita nikmati,
Tanpa perjuangan juga, umat Islam juga akan terus terhina,
Masalahnya,
Kita buat tak tahu…

Muslimin wa muslimat,
Kita bukan tak tahu,
Perjuangan itu jalannya panjang,
Perjuangan itu untuk orang yang berhati waja,
Perjuangan itu menuntut keseronokan untuk kita korbankan,
Perjuangan itu bukan semata-mata retorik,
Lalu kita mudah futur dan cepat melenting,
Inilah masalahnya,
Kita tak mahu cuba tahu…

Ikhwan wa akhawat,
Kita bukan tak tahu,
Darjat di sisi ALLAH itu ukurannya taqwa,
Balasan baik itu ukurannya amal soleh,
Husnuzzon itu serendah-rendah ukhuwah,
Itsar itu sebaik-baik ribatul muslimin,
Dakwah itu kewajipan ummat Muhammad S.A.W.,
Masalahnya,
Kita tahu tapi tak buat-buat…

Banin wa banat,
Kita bukan tak tahu,
Perjuangan meninggikan kalimah itu wajib,
Bekerja untuk Islam itu penting,
Mengikut tarbiah itu mesti,
Tapi masalahnya,
Kita hanya buat-buat tahu…………………



Renung2kan….^_^

:::MAKNA PERSAHABATAN SEBENAR:::


Assalamualaikum…

Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah, dalam menongkah arus kehidupan ini, kita seringkali tidak keseorangan. Pasti hadir huluran salam persahabatan dari insan-insan yang sanggup mengharungi suka dan duka bersama.

Akan tetapi, sahabat yang bagaimanakah yang dikatakan benar-benar sahabat menurut Islam?

Dan bagaimanakah yang dikatakan
ukhuwah bertunjangkan kerana Yang Khalid?

Dan yang mempersatukan hati mereka(orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (surah Al-Anfaal:63)

Ikatan akidah Islam itu adalah sekuat-kuat ikatan. Dan, di situlah terbitnya ukhuwah fillah(persaudaraan yang terjalin semata-mata kerana Allah). Keindahan persaudaraan akan terserlah tatkala keimanan yang jitu tersemat di dalam hati.

Apabila ditinjau hasil persaudaraan yang dibentuk oleh Rasulullah s.a.w. di jiwa para sahabat, maka di sana terpancarlah betapa mulianya hati-hati yang mampu menghayatinya. Bukan harta sahaja yang sanggup diserahkan hatta
nyawa sekalipun sanggup dijadikan cagaran. Marilah kita renung sejenak kisah pada zaman sahabat. Sebaik sahaja selesai peperangan, para pejuang meninjau sahabat-sahabat mereka yang masih hidup. Tatkala itu, seorang pejuang terlihat tiga sahabatnya dalam keadaan parah dan tidak bermaya. Dia segera menuju sahabat terdekat yang kehausan. tatkala air itu mahu diteguk, lalu didengarinya rintihan sahabat yang berdekatan kehausan lantas diisyaratkan agar air itu diserahkan kepada sahabat kedua itu. Tatkala air hendak diteguk, terdengar rintihan sahabat yang ketiga, lalu diisyaratkan sebagaimana yang dilakukan oleh sahabat yang pertama. Sahabat yang akhirnya pula sayu melihat kedua-dua sahabatnya, lalu meminta agar air itu dikembalikan kepada sahabat yang pertama. Apabila tiba pada pahlawan pertama tadi, ternyata dia telah syahid. Pejuang itu segera menuju dua sahabatnya lagi, namun semuanya kembali menemui Allah dengan keagungan sifat persaudaraan yang tertanam di hati mereka.


Sesungguhnya…ukhuwah itu indah bila tunjangnya kerana Allah. Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah.

:::nukilan dari hati:::



Assalamualaikum wbt…Assalamualaikum wbt…


Lama dah ana xupdate blog ne… ana baru je habis final exam tuk final sem di pusat asasi UIA Nilai. insyaAllah. Andai Allah mengizinkan ana dan sahabat2 untuk menyambung ke peringkat ijazah di main campus, UIAM, Gombak pada bulan 12 ne, teramat bersyukurlah kami. Namun andai sebaliknya, moga Allah pasrahkan hati kami untuk menerima kehendakNya. Pasti ada hikmah yang indah disebaliknya…


4hb oktober… detik dimana ana dan sahabat2 merasakan kesedihan yang terlalu berat untuk berpisah. Terdetik rasa sedih bila melihat sahabat ana, ukhti fazreen yang sudi datang ke bilik ana sebelum ana berangkat pulang ke Sabah. Sebak di hati melihat dia menangis. Maafkan fiza.


Rasa bersyukur kerana sahabat2 sebilik ana…ukhti Tiqah, ukhti Midah dan ukhti Juma, sudi untuk menemani dan menghantar ana ke airport LCCT. Lama dah tak bersama dengan keluarga. Menyambut puasa Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri di perantauan tanpa keluarga disisi. Tapi, sedih untuk meninggalkan sahabat2 ana…selama ne, merekalah yang banyak membantu ana…


Kepada sahabat2 yang membaca blog ne, fiza memohon kemaafan sepanjang persahabatan kita ini. Maafkan fiza andai selama ne fiza pernah mengguris hati, tersilap kata dan perbuatan dan sbg…Fiza sayang semua kerana Allah. Moga ukhuwah ini berkekalan dan mendapat keredhaan dariNya. Ukhuwah fillah daiman abadan abadaa…


Betapa kuat dan indahnya ukhuwah persahabatan itu bila tunjangnya kerana Allah.


“ redhalah apa terjadi, usahlah dikau kesali, mungkin ada rahmat yang tersembunyi...Oh tuhan tunjukkanku jalan untuk menempuhi dugaan ini..teman maafkan jikaku melukaimu, moga ikatan ukhuwah yang dibina ke akhirnya…”


pertemuan dan perpisahan adalah ketentuan Ilahi.


I'm back!

Bismillahirrahmanirrahim. I am so sorry for my 'silence' in this blog. I was fully occupied with commitments & family matters....